AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

28 January 2010

Siaran Langsung Himpunan 100,000 Royalti Minyak Kelantan..!

Secara Langsung dibawakan untuk anda program Solat Hajat & Ceramah Royalti Petroleum malam ini bermula jam 7:00 malam dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan Bersama YAB Tuan Guru Dato' MB Kelantan dan Ahli Parlimen G.Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah menerusi Kelantan TV di http://www.mykelantan.tv/.

Semua dijemput HADIR atau ikuti secara LIVE pada malam ini.

20 November 2009

Konvensyen PKR Negeri Melaka.



diminta semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat memeriahkan suasana dan mendengar perbincangan kertas kerja yg akan dibincangkan...


p/s-ahli umno pun di jemput hadir....tp jgn buat provokasi yer....hehehehehe

19 October 2009

Ameno For ALL...??? ~ malaysiakini

p/s-cilok lg....umno kejenya cilok idea org jer....16sept-malaysia day...cilok idea dsai,1malaysia=1israel....cilok idea zionis....lepas ni apa pulak?

28 September 2009

Pemuda dan AMK Pakatan Rakyat sedia tawan Bagan Pinang

Penyerahan panji-panji Pakatan Rakyat kepada Pemuda dan AMK Cabang Teluk Kemang

Penyerahan panji-panji Pakatan Rakyat kepada Pemuda dan AMK Cabang Teluk Kemang

Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang semakin terasa bahangnya.

Barisan Pemuda Pakatan Rakyat mengumumkan kesediaan menghadapi UMNO-Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Pimpinan kanan Pakatan Rakyat melancarkan jentera bersepadu sayap pemuda gagasan kerajaan alternatif itu di Bagan Pinang semalam dalam usaha merampas kerusi yang dikatakan kubu kuat Umno-BN.

Perasmian jentera Pemuda Pakatan ini dihadiri oleh ramai barisan pemuda dan penduduk Kampung Bagan Pinang.

Hadir pada majlis itu adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi dan Ketua DAPSY, Loke Siew Foke.

Bagi tetamu istimewa, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Syed Hussien Ali yang merasmikan pelancaran tersebut berkata, apa pun jua permasalahan di Bagan Pinang ianya perlu ditangani dengan bijak.

Beliau berkata demikian mengulas tentang undi pos yang difahamkan akan terus digunakan pada pilihanraya kecil Bagan Pinang.

” Sebaik-baiknya pengundian dilakukan macam biasa. Ada kotak misalnya ada tong di pintu pejabat atau di luar kem dan mereka keluar untuk mengundi. Mengapa tak boleh? Sama macam proses yang lain. Mereka tidak di Monggolia atau di perbatasan. Mereka sentiasa ada di kem itu, Mereka tidak ke mana-mana pun” ujarnya.

Sementara itu bagi Ustaz Nasaruddin pula, meski apa pun halangan yang bakal dihadapi oleh Pakatan di Bagan Pinang, jentera pemuda sudah bersedia.

Beliau tidak lupa memberikan nasihat kepada Pemuda supaya sentiasa bersedia mendengar arahan dan jangan sesekali melakukan perkara negatif yang memungkinkan harapan parti itu terkubur.

” Biarpun kita diganggu dan diancam dengan undi pos di Bagan Pinang ini. Saya yakin kita masih mempunyai peluang yang cerah di DUN Bagan Pinang ini asal sahaja kita mempunyai komitmen yang tinggi, bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita”.

Bagi Siew Foke pula, UMNO-BN katanya semakin hilang sengat. Bagi DAP, gagasan parti-parti perkauman itu dalam keadaan tertekan dan terdesak memenangi Bagan Pinang.

” Kita nampak UMNO sudah ketandusan isu. Sudah bankrap idea. Tidak ada idea baru. Tidak ada cara baru untuk mendekati hati rakyat. Tidak ada cara untuk menangkan pilihanraya. Todak ada cara untuk berkempen. Balik-balik cara yang lama” ujarnya kepada sidang hadirin.
Malah Siew Foke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, taktik UMNO-BN yang sering menyogok rakyat dengan pembangunan tidak akan berhasil di Negeri Sembilan.

Pembangunan apa lagi yang diharapkan oleh rakyat Negeri Sembilan sekiranya insfrastruktur yang sudah sedia ada juga telah lama terbengkalai.

” Kita sudah nampak masa kita masuk Kampung Bagan Pinang tadi. Sudah mula lah. Hari Sabtu pun sudah ada kerja sekarang. Kontraktor kelas F semua gembiralah. Musim perayaan untuk mereka sekarang ini. Banyak projek dapat” tambahnya lagi.

Manakala bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar, Bagan Pinang bukan hanya satu laluan yang sukar kepada kepimpinan Umno malah mereka turut menghadapi krisis untuk memulakan pertarungan sengit ini.

Beliau berkata demikian kerana parti itu ujarnya dalam dilema untuk menentukan siapa calon mereka nanti.

” UMNO sekarang ini mengalami satu sindrom takut nak jadi calon. Berapa banyak calon-calon UMNO hilang pekerjaan. Formula Manek Urai, terbarai. Dulu pengarah sekarang penganggur. Problem. Kawan saya di Permatang Pasir, tak apalah dia lawyer tapi susah juga nak jawab (tuduhan ada) bini nombor dua. Kalau tak jadi calon tak apa. Sudah jadi calon keluar semua. Kalah pula tu”.

Sebelum ini heboh diperkatakan UMNO akan meletakkan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon mereka di Bagan Pinang.

Malah menurut Shamsul lagi, mungkin ada benarnya meletakkan Isa Samad kerana beliau sememangnya sudah kaya dan tidak risau sekiranya kehilangan pekerjaan.

Namun begitu katanya, UMNO-Barisan Nasional meletakkan diri mereka dalam zon merbahaya kerana Isa Samad cukup sinonim dengan kes rasuah.

Nota : Video boleh dilihat di www.tvantara.com

Pejabat Ketua AMK

Mengapa UMNO Galak Sangat Mempertahankan Hasan Ali?

Monday, September 28, 2009

Dalam isu SELCAT baru-baru ni, nampaknya yang begitu bersemangat pertahan kenyataan Hasan Ali adalah UMNO. Di kala kenyataan dari pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat baik dari PKR, DAP mahupun PAS mengkritik keras Hasan Ali, nampaknya pimpinan2 UMNO begitu galak sekali mempertahankan Hasan Ali.


Pimpinan UMNO yang pertama mempertahankan Hasan Ali adalah Datuk Dr. Maamor Othman yang juga SU Agung, Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau pandai mengelat dengan mengeluarkan kenyataan di atas platform PPIM. Beliau sengaja tidak mahu mengeluarkan kenyataan di atas platform beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO Ampang.

Dr Maamor, telah meminta supaya SELCAT mencontohi prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dibawah:

PPIM: Selcat jangan dera mental
Sep 26, 09 4:22pm -Malaysiakini

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor(Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu.

Sedarkah Dr Maamor bahawa prosiding di PAC tidak jauh panasnya berbanding dengan prosiding SELCAT. Mengikut maklumat yang saya dapati, hanya PM dan TPM sahaja yang belum dipanggil mengadap prosiding PAC di Parlimen? Boleh dikatakan semua ketua2 jabatan telahpun mengadap PAC dalam sejarah PAC.

Saya nak Tanya Dr. Maamor, ketua Bahagian UMNO Ampang, apa kurangnya SELCAT berbanding PAC di Parlimen yang SELCAT terpaksa mengikut contoh PAC? Apa yang SELCAT sedang lakukan segalanya selari dan mengikut contoh PAC di Parlimen tanpa ada satu cacat ataupun cela.

Jelas Dr Maamor bersuara kerana takut rahsia UMNO terbongkar. Setakat ini prosiding SELCAT telah memdedahkan kepada rakyat Selangor bahawa UMNO telah sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya.

Sebagai SU PPIM, saya hairan mengapa Dr Maamor tidak bersuara bila Najib Tun Razak luluskan 10 lesen judi sebulan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan? Kenapa tidak bersuara apabila Anwar Ibrahim dituduh meliwat tanpa dibawa 4 saksi yang adil? Kenapa tidak bersuara bila ada 3 orang Melayu/Islam yang duduk di Lembaga Pengarah Calrberg?

Jelas Dr Maamor melacurkan NGO beliau bernama PPIM untuk kepentingan UMNO.
Selepas itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Noh Omar, juga bersuara menyokong Hasan Ali dalam isu SELCAT ini. Takut sangat ke Noh Omar? Saya nak tanya Noh Omar, apa yang beliau takutkan sangat berkaitan dengan SELCAT ini?

Kudis2 dan Busung2 UMNO Semakin Lama Semakin Terdedah
Semua ini menunjukkan betapa UMNO sedang berpeluh dan dalam ketakutan yang amat sangat. Setelah pendedahan berkenaan Khir Toyo yang dan bini Khir Toyo sebelum ini, UMNO semakin tidak popular dan apa-apa sokongan yang mereka dapati sebelum ini pun, sudah semakin terhakis.

Dengan berlangsung lagi SELCAT bermaksud lagi banyak kudis-kudis dan busung-busung UMNO akan terdedah. Sekarang pun orang ramai sudah mulai tahu betapa UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka sedangkan rakyat di bawah memerlukan sangat wang tersebut untuk mengurangkan beban hidup yang semakin berat.
Imej UMNO yang korup tidak mungkin dapat dihilangkan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang sekiranya pendedahan2 yang dilakukan oleh SELCAT ini diteruskan sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

Hasil dari prosiding SELCAT ini akan terus menguatkan imej UMNO sebagai parti korup dan UMNO tidak mungkin membuat rakyat melupakan hakikat ini. UMNO memerlukan rakyat Malaysia melupakan bahawa UMNO adalah parti korup kalau mereka mahu memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

Dan apa yang berlaku di Selangor akan mempunyai kesan ke seluruh Malaysia. Walaupun UMNO Selangor yang melakukan korupsi, tapi bala dan bahana akan dirasai oleh UMNO seluruh negara.

Itulah sebabnya UMNO takut akan prosiding SELCAT ini. Dan yang lebih menyedihkan Hasan Ali bertindak melindungi kepentingan UMNO, bukannya kepentingan PAS dan Pakatan Rakyat. Prosiding SELCAT ini menguntungkan Pakatan Rakyat dan merugikan UMNO, namun Hasan Ali mahu membela UMNO.

Tulang Besi

admin-berselindung di sebalik ngo....mmg bacul dan terkutuk!

17 September 2009

Lagi projek kroni...1malaysia...rakyat di HULUkan,KEUNTUNGAN di utamakan...

Cicero

Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan isteri seorang pemimpin Be End, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).
Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.
Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.
Difahamkan, Kerajaan mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.
Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan tu hanya mempunyai pada masa ini tetapi akan modal berbayar RM2mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.
Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.
Sumber-sumber memberitahu bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus.
Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerjak -kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.
Sumber itu memberitahu, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali sebagai 'Prasarana'.
Sumber juga mendakwa, Prasarana telah 'diarah' oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat tersebut.
Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.
Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan LRT, PUTRA dan juga STAR.
Dalam pada itu, seeorang pengusaha pengangkutan yang berpengalaman dalam pembinaan bas berkata pemilihan bas buatan China menimbulkan banyak persoalan.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bas buatan China mempunyai banyak masalah teknikal selain tidak efisyen manakala kos penyenggarannya tinggi.
"Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada ratusan bas jenis sama milik Rapid KL yang tersadai hingga menjadi besi buruk di merata Lembah Kelang. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?" soal beliau.
"Bagaimana pula keselamatan atau kesejahteraan anak -anak muda kita yang bakal dihantar ke kem-kem PKLN di seluruh negara menggunakan bas-bas ini?" tambahnya.

The End 4 Be End

-admin....aduh...tak habis-habis nak kebas duit rakyat....isu PKFZ tak settle lagi...ni isu bas kroni pulak...bayangkan 1 syarikat yg bermodalkan RM2...boleh dapat untung berjuta-juta ringgit...logik ker?1malaysia semua boleh....alahai...moh kita bongkar isu ini di bagan pinang....telanjangkan mereka

14 September 2009

RIZAB EMAS NEGARA SUDAH BERKURANGAN



Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerian Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisthiarkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999.Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno.

Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999. Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan. Sehingga ini, tidak ada usaha dibuat oleh Umno-BN untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama “gold swapped” atau emas yang ditukar. Ini bermaksud walaupun dalam rekod rasmi Malaysia mempunyai simpanan 12 tan emas, rizab itu “dipinjamkan” kepada negara ketiga dan tidak berada dalam simpanan Bank Negara.Langkah “meminjamkan” rizab emas negara kepada negara luar membolehkan Bank Negara mendaptkan pulangan pada kadar 1 peratus setahun atas nilai emas yang dipinjam.

“Amalan ini amat merbahaya kerana apa pun boleh berlaku jadi sekiranya rezab emas negara tidak dapat dipulangkan kepada Malaysia disebabkan negara yang meminjam telah menggunakan kesemuanya dan tidak mampu untuk mengembalikannya setelah habis tempoh kontrak,’ kata seorang pakar eknomi yang tidak mahu dikenali. “Ini mungkin berlaku sekiranya negara peminjam menghadapi kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi oleh dunia sekarang.

Akhirnya rezab emas negara hanya tinggal sebagai butiran pada kertas sahaja,” kata beliau. Pendekatan Bank Negara menyatakan simpanan emas negara hanya dalam bentuk nilai dan bukan berat fizikal boleh memberi gambaran salah terhadap status simpanan itu. Nilai rizab tidak banyak berubah pada purata USD293 juta antara Jan 2006 dan September 2008 walaupun harga emas pada pasaran dunia turun naik.

Ini bererti pada purata USD293 juta nilai rizab emas pada 27 Jan 2006 BNM mampu membeli 18.5 tan emas tetapi pada nilai rizab yang sama pada 30 Sept 2008 emas yang boleh dibeli ialah 10.7 tan.Kesimpulannya langkah BNM mencatatkan rizab emas negara hanya pada nilai matawang adalah tidak tepat tanpa menyatakan dengan jelas harga emas semasa. Namun yang lebih parah, ialah ketirisan ekonomi negara yang disengajakan oleh Umno-BN sehingga menyebabkan rizab emas negara yang menjadi kemegahan Malaysia pada satu ketika, kini hampir luput sama sekali.

TVANTARA

Komen: Patutlah Anwar Ibrahim dipecat dulu ... rupa2nya mereka nak rompak duit rakat! Bila Anwar Ibrahim dipecat aja terus rezab emas negara dirompak sedemikian rupa...


Designed by - AMK TANGGA BATU