Pada 24 Januari yang lepas bertempat di Restoren Lek Yuan, Taman Cheng Baru telah berlangsung satu Majlis Hi-Tea dengan slogan 'Jom Pakat Masuk Keadilan' anjuran PKR dan AMK Bahagian Tangga Batu. Antara tetamu terhormat yang hadir ke majlis ini ialah YB Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, ADUN Kota Anggerik YB Yakob Sapari dan Ginie Lim yang merupakan ahli majlis tertinggi Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
Seramai kira-kira 300 orang penduduk yang tinggal di kawasan Tangga Batu telah sudi hadir ke majlis ini untuk sesi suaikenal dan beramah mesra bersama pemimpin. Majlis ini telah digamatkan lagi dengan pertunjukan Naga hasil ehsan salah seorang "orang kuat" PKR bahagian Tangga Batu iaitu saudara Lim.
Ketiga-ketiga tetamu terhormat yang hadir telah sudi menyampaikan ucapan yang banyak berkisarkan tentang keadaan sebelum, semasa dan selepas kemenangan Pakatan Rakyat yang di wakili PAS dalam pilihanraya di Kuala Terengganu yang lepas. Mereka juga telah memberi sedikit motivasi dan kata-kata semangat kepada tetamu yang hadir untuk memberi sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat dan bekerja lebih kuat dalam usaha untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang khususnya di Parlimen bahagian Tangga Batu.
Diakhir majlis tersebut, satu upacara cabutan bertuah telah diadakan dimana sebanyak 5 cabutan telah dilakukan oleh YB Tian Chua untuk memilih para pemenang. Hadiah-hadiah berupa hamper hasil sumbangan beberapa orang dermawan juga telah disampaikan oleh YB Tian Chua.

0 comments:
Post a Comment