AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

22 February 2009

Dakwaan Rasuah MB Selangor adalah permainan politik kotor Umno - AMK Selangor

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI (SK) - Dakwaan wujudnya rasuah berhubung tuduhan keatas Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim telah menyalahguna kuasanya dalam pembelian lembu korban dan penyelenggaran kereta peribadinya adalah permainan politik kotor Umno.

Angkatan Muda KeADILan (AMK) Selangor dalam kenyataan melalui Ketua Peneranganya, Mazli Saring berkata, isu lembu dan kereta yang telah dimainkan oleh media melalui laporan calon Ketua Pemuda Umno Khir Toyo dan Pengerusi NGO Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus adalah semata-mata bagi memerangkap dan permainan politik .

“Isu perangkap jahat dan mainan politik kotor UMNO-BN dalam strategi serangan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir Negeri Selangor di bawah kepimpinan Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar yang amat disegani,” katanya kepada Suara Keadilan.

Menurutnya, Khir Toyo dan Umno, sudah tiada strategi lain dalam berpolitik untuk memenangi hati rakyat Negeri Selangor sehingga sanggup membawa isu-isu pudar dalam niat untuk menjatuhkan kepimpinan Abdul Khalid.

Tambah Mazli, Khir Toyo seharusnya harus menunjukan kecerdikan beliau untuk berpolitik dan harus diingat beliau adalah calon untuk bertading dalam pemilihan Umno Mac depan.

“AMK Selangor ingin mengingatkan lagi Khir Toyo agar lebih cerdik dan sopan dalam berpolitik sebelum beliau bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO bulan Mac depan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, amat yakin dengan ketelusan pentadbiran Abdul Khalid dan menganggap bahawa kenyataan-kenyataan terhadap isu kereta dan lembu adalah bersikap jahat dan cuba untuk mengganggu gugat pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor kini.

Oleh yang demikian menurut Mazli, AMK Selangor akan mempertahankan dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dalam isu ini.

“AMK Selangor penuh yakin dan tiada keraguan terhadap tindakan beliau untuk menyaman Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dalam isu kereta dan lembu ini,” katanya.

Beliau juga menambah agar pihak Mahkamah yang mengadili kes ini agar bertindak secara adil bagi membersihkan nama Menteri Besar Selangor yang saban hari dicemari oleh permainan kotor politik UMNO-BN.

Semalam, dalam laporan media Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Ahmad Said kertas siasatan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.

Sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU