AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

07 February 2009

Kerajaan Paktan Rakyat umum empat dasar penting untuk rakyat Perak

MENTERI Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Ipoh, tengah hari tadi.

Empat keputusan yang diambil dalam mesyuarat bersama tujuh Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak ialah, untuk membenarkan syarikat penerbangan tambang murah, Firefly mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Keputusan untuk menghidupkan semula lapangan terbang itu adalah bagi menggalakkan pelaburan masuk ke negeri Perak.

Selain itu, mesyuarat itu turut mengambil keputusan pajakan untuk perindustrian akan ditukar status kepada pegangan bebas selama 99 tahun untuk merangsang pelaburan ke negeri tersebut.

Mesyuarat berkenaan itu juga memperuntukkan RM1 juta kepada warga tua yang meninggal dunia di negeri Perak , dan 342 anggota majlis pihak berkuasa tempatan bawah kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa.

Menurut beberapa laporan media, Mohammad Nizar berkata, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.

Sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU