KUALA LUMPUR - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kesal dengan tindakan Kementerian Pelajaran tidak mendedahkan laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains.
Setiausaha Agung PKPIM, Khairul Anwar Shazali mendakwa hasil kajian anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) itu juga mendapati majoriti negara yang menduduki tangga teratas dalam kajian itu menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran kedua-dua subjek berkenaan.
“Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya menjadi kayu ukur letak duduk pelajar Malaysia di arena antarabangsa.
“Ia turut menggambarkan betapa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menyebabkan prestasi pelajar dalam ke dua-dua subjek merosot,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
TIMSS 2007 adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik.
Malaysia telah terlibat di dalam kajian ini sebanyak tiga kali iaitu pada 1998 hingga 2000, 2001 hingga 2004 dan 2005 hingga 2008.
Seramai 4,466 pelajar Tingkatan Dua, 150 guru Matematik dan 150 guru Sains yang mengajar pelajar Tingkatan Dua daripada 150 sekolah seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kajian itu.
“Perlu diberi perhatian bahawa murid Tingkatan Dua yang menjadi responden kajian ini adalah generasi pelajar Malaysia yang melalui program PPSMI, jadi dapatan TIMSS 2007 ini turut memberi gambaran akan keberkesanan PPSMI,” katanya.
Beliau berkata, kedudukan Malaysia daripada 49 negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007 bagi mata pelajaran Matematik berbanding 46 negara dalam TIMSS 2003, telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10 kepada tempat yang ke-20.
“Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500. Skor ini juga telah merosot sebanyak 34 mata pada 2007 berbanding 508 pada TIMSS 2003.
“Negara-negara yang mempunyai skor purata yang lebih tinggi dan perbezaannya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei (598), Korea (597), Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570), Hungary (517) dan Rusia (512),” katanya.
Menurutnya, kedudukan Malaysia bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada tempat ke-20 (TIMSS 2003) ke tempat ke-21 pada TIMSS 2007.
“Skor purata Malaysia (Sains) juga telah merosot sebanyak 29 kepada 471 (TIMSS 2007) berbanding Singapura (567), China Taipei (561), Jepun (554), Korea (553), England (542), Hungary (539), Australia (515) dan Sweden (511),” katanya.
Khairul Anwar juga mengulangi pendirian PKPIM yang menolak dan membantah pelaksanaan PPSMI.
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
14 February 2009
PKPIM kesal laporan kemerosotan Matematik, Sains tidak didedahkan - Malaysiakini
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
12:42 AM
Labels: Pendidikan, Umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment