UMNO buka jalan Malaysia jadi sebuah republik !
Satu tajuk berita dalam Berita Harian hari ini "Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa", memaksa saya untuk menulis di blog pada hari cuti ini. Inilah kerja-kerja yang dilakukan oleh media arus perdana sekarang ini bagi mengekalkan kuasa pemerintahan Barisan Nasional dan UMNO yang semakin terhakis sekarang.
Setiap kali UMNO melakukan kebiadapan terhadap raja-raja seperti Pindaan Perlembagaan 1983, krisis dengan Istana Kelantan 1990 dan Pindaan Perlembagaan 1993, surat khabar inilah yang menjadi dalang mendedah dan memperbesarkan keburukan perangai raja-raja dan istana dengan tujuan untuk memalukan raja-raja dimata rakyat.
Hari ini mereka cuba pula menjadi jaguh mempertahankan raja-raja Melayu dan pihak istana, dengan cara menyebarkan dakyah-dakyah dan berita-berita yang diputar belitkan dengan mendakwa pihak pembangkang menderhaka kepada raja.
Dalam lapurannya di bawah tajuk tersebut, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamduddin Hussein, dilapurkan berkata, rakyat tidak harus memperjudikan masa depan negara kerana tidak mustahil pemimpin Pakatan Rakyat yang menyatakan hasrat mahu menyaman Sultan Perak akan menukar Malaysia menjadi republik sekiranya diberi peluang memerintah.
Apakah mereka sudah lupa bahawa pemimpin UMNOlah yang telah cuba membuka laluan untuk membolehkan Malaysia menjadi sebuah republik dalam pindaan perlembagaan 1983, yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Mengikut pindaan tersebut sebarang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sekiranya tidak ditandatangani atau diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong, akan kekal menjadi undang-undang.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia telah melahirkan kebimbangannya mengenai pindaan perlembagaan 1983 dalam bukunya "Kenangan Tunku" yang diwawancara oleh K.Das. Dalam buku tersebut Tunku menyatakan;
"Saya telah menulisnya di dalam buku saya. Dia boleh menjadikan negara ini sebagai satu republik dalam masa dua minggu saja. Apa yang perlu dia lakukan adalah dengan membawa usul ini ke Parlimen dengan majoriti dua pertiga yang dia ada, mereka menerimanya dan jika ia tidak diperkenankan atau diluluskan dalam masa dua minggu, ia akan menjadi undang-undang.
Dan dia boleh menukar negara ini dari pemerintahan beraja kepada sebuah negara republik. Ada beberapa perkara lagi yang telah dipinda dalam perlembagaan dan saya mencadangkan supaya perlembagaan itu dikaji semula. Chandra (Muzaffar) yang mengadakan seminar bertujuan untuk mengkaji semula perlembagaan. Oleh kerana tindakan itu, Chandra telah ditahan (dibawah Operasi Lalang) dan akhbar saya (The Star) digantung" .
Begitu jugalah dengan isu Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak. Seperti yang saya tulis dalam posting saya yang lalu,
"bahawasanya: UMNOlah yang telah meminda Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993, dimana imuniti raja-raja telah dihapuskan dan raja-raja boleh disaman dan di bawa ke mahkamah".
Oleh itu pak yet-pak yet UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dan juga media-media arus perdana, janganlah cuba membuat dakyah-dakyah dan memutarbelitkan fakta-fakta sejarah yang telahpun kamu buat.
dicilok dari http://politikbanjar
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
20 February 2009
UMNO And Republic of Malaysia....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment