AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

31 March 2009

Angkat sumpah PM 3 April: Kenapa jemputan bukan dari Istana?

Tuesday, 31 March 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 31 MAC (SK) - MAJLIS angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia yang baru akan diadakan pada hari Jumaat 3 April jam 10 pagi di Istana Negara.

Itu menurut maklumat yang diterima Suara Keadilan. Salah seorang pegawai tinggi kerajaan mengesahkan beliau mendapat jemputan untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi enggan mendedahkan kandungan surat itu.

Cuma, menurut beliau, yang menjadi persoalan ialah kenapa jemputan itu tidak datang dari Istana Negara seperti sebelum ini. “Pada kebiasaannya, surat angkat sumpah dan penerimaan watikah untuk jawatan tinggi macam ini, dikeluarkan oleh Istana Negara. Tapi surat yang saya terima berkepalakan logo rasmi Kerajaan Malaysia,” kata beliau yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sumber -sk(sekarang di panggil suara keamanan bukan lagi suara keadilan).

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU