AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

17 March 2009

APA KHABAR DAN SELAMAT PETANG ORANG MELAKA??????

Apa cerita orang Melaka?Datuk SRK sihat?Dengar-dengar org Melaka tengah PANAS sekarang macam cacing kepanasan.Dengar cerita ada perhimpunan haram petang ni?Nak bantah apa?Ohhh......tak puas hati rupanya.....hahahahaha....terimalah kenyataan bahawa langit tak selalu cerah.......mendung tak bererti hujan.......hahahahha....ku ingatkan panas hingga ke petang TETAPI hujan di tengah hari.......ya'alibaba.......ya'alibabaaaaaaaa.......ya'alibaba........(teringat lagu alibaba bujang lapuk bersama dengan 40org penyamun!!!!!)...hahahhahahahaha


Mohd Ali serah kepada lembaga disiplin-malaysiakini
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan sama ada beliau bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang, lapor Utusan Online."Tu kena tanya Lembaga Disiplin Umno," katanya.Beliau memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di kediaman rasminya di Seri Bendahara di Melaka hari ini.Mohd Ali berkata beliau juga tidak akan menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin Umno petang ini, lapor Utusan online.''Saya akan ke Ipoh, Perak petang ini untuk majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) Umno," katanyaMengulas jika beliau dikenakan tindakan digantung keahlian setahun atau tiga tahun, beliau berkata: "Perkara ini perlu ditanya ke Lembaga Disiplin Umno."Saya hormati Lembaga Disiplin Umno, tidak boleh cakap sebarangan, nanti jadi tak elok."Sementara itu, hampir 100 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno datang memberi sokongan kepada beliau di kediaman rasminya.

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU