BUKIT GANTANG : Setelah blog cina islam menyiarkan gambar banner mengenai ADUN lompat Changkat Jering yang menjadi minat ramai pihak termasuk beberapa akhbar parti dalam Pakatan Rakyat yang menyiarkan gambar tersebut.
Kini unit jurugambar kami menampil gambar terkini dari Bukit Gantang hasil lukisan dari artis yang tidak dikenali yang digantung di persimpangan jalan Batu 9 jalan ke Terong. Gambar-gambar ini dirakamkan sekitar jam 11 pagi tadi.
Keadilan!Keadilan rakyat kita Menjana arus Kami arus perjuangan bangsa Keluhuran perlembagaan Perpaduan negara Masa depan anak Malaysia
Kebebasan! Kebebasan rakyat kita Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat Membujur lalu, melintang patah Perjuangan rakyat Malaysia Membujur lalu, melintang patah Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik) (Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka, Kita dirikan Jiwa Merdeka, Bersatu padulah segenap baka, Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara Jika pusaramu tanpa nama Jika pusaramu tanpa bunga Mereka mengatakan kau penderhaka Engkau tetap pahlawan Sungai Pahang berubah merah Rumput tebingnya segala musnah Satu-satu pahlawan rebah Arus merahnya menjulang mayat Pahlawan bangsa pahlawan rakyat Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment