Oleh Muhammad Arif Ismail Foto Wan Zahari Wan Salleh
PUCHONG, 21 April (Hrkh) - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah menyerah sedikit sumbangan dalam satu Majlis Kesyukuran sempena penubuhan sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Al-Hira dekat sini pada 19 April lalu.Gobind ketika ditemui berkata, beliau berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kesyukuran sempena penubuhan Akademi Tahfiz Al Hira.
"Saya diberitahu dalam beberapa minggu lalu agar boleh mendapatkan sedikit sumbangan kewangan bagi menjayakan projek memberi pendidikan agama dan tahfiz kepada penduduk di sekitar Puchong.
"Di sini saya mahu tegaskan dua perkara iaitu, sebagaimana kita maklum bahawa saya sebagai Ahli Parlimen Puchong, peruntukkan yang kita dapat ini tidak selaras dengan peruntukkan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)," katanya.Oleh itu, menurut beliau yang berjanji dengan pengetua sekolah ini untuk sedaya upaya untuk mendapatkan sedikit sebanyak sumbangan dari Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek ini yang dilaksanakan oleh akademi ini.
Beliau menegaskan bahawa, akademi tahfiz seperti ini cukup penting kepada penduduk di dalam Parlimen Puchong.
"Saya hadir pada hari ini kerana hendak melihat sendiri sejauh mana perjalanan projek yang dilaksanakan dan projek ini memang berjaya. Saya harap, akademi ini akan terus berkembang agar seluruh Puchong bahkan seluruh negara tahu mengenai akademi tahfiz ini," sambung beliau.
Sementara itu, menurut pengetua, Ustaz Mohamad Izan Abdullah Halim al hafiz atau lebih mesra dikenali Adam, akademi ini telah ditubuhkan pada 5 Februari lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat mengalakan."Atas dasar inilah kita cuba tubuhkan sebuah institusi yang bertarafkan agama yang akan memberi faedah kepada seluruh penduduk di kawasan ini," katanya.
"Kita di sini tidak meletakkan kadar yuran yang tinggi. Sebab itulah kami, memerlukan sumbangan dari orang ramai kerana kami hanya untuk membantu memberi pendidikan Islam ketika masyarakat sangat dahagakan ilmu agama iaitu kami bantu orang yang jahil dalam ilmu agama.
"Apa yang penting ialah mereka mempunyai kesedaran dan minat untuk menghafaz kalam-kalam Allah bagi merubah diri masing-masing, sebab itulah kami tidak meletakkan yuran yang tinggi," katanya.
Sebarang sumbangan ikhlas hendaklah dihulurkan kepada Akaun CIMB, Akademi Tahfiz Al-Hira, 12320000060108 atau boleh layari laman di www.akademitahfiz.com. - mns_
Sumber : Harakahdaily
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
21 April 2009
Gobind Singh serah sumbangan kepada sekolah tahfiz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment