AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

28 April 2009

Tiada litar pintas untuk zambry!!!!

Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bantahan awal yang dibuat oleh Dato Seri Nizar. Maka 'litar pintas' Zambry tidak dibenarkan oleh mahkamah. Kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Mei 2009. Isu 'siapakah MB yang sah' masih belum diputuskan lagi. Ini merupakan satu perkembangan yang baik pada hari ini.
allah hu akbar!!!!

lagi beriter......Dari Suara Keadilan

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry

Tuesday, 28 April 2009 •

Anna Yusof

PUTRAJAYA, 28 April (SK) : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.

Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.



-Jika mahkamah tidak dpt memutuskan keputusan sehingga 7 Mei ini,maka PRK seluruh Negeri Perak terpaksa dijalan dgn segera!PRK...PRK lagi.....PRK.....oh membazir nanti.....kita harus memikir hal rakyat,tidak perlu PRK.....abih tu masa 'merampas' negeri Perak ada fikir pasal hal rakyat????

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU