Selepas gagal mengadakan piket di perhimpunan agung Umno bulan lalu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Isunya bukan kegagalan rundingan tentang perjanjian bersama (CA) wartawan akhbar Umno itu dengan majikannya tetapi mengenai harga tiang gol yang didakwa terlalu mahal.
"Kita (wartawan) sendiri telah ke sana dan melihat tiang gol tersebut, ia adalah tiang yang biasa, tiada pun tandatangan (David) Beckham dan (Didier) Drogba di atasnya," kata pengerusi NUJ berkenaan Amran Ahmad kepada Malaysiakini tengah hari tadi.Beliau bersama empat exco kesatuan itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 3.30 petang.
Bercakap kepada pemberita selepas aduan tersebut, Amran menjelaskan, mereka meminta isu pembelian set tiang gol – merangkumi dua tiang dan pagar halangan – yang berharga lebih RM160,000 disiasat.
Selain memberikan keterangan, mereka turut menyerahkan dua invois berkaitan serta beberapa keping gambar tiang gol berkenaan untuk membantu siasatan.
Menurut satu invois itu, RM82,539.29 dibelanjakan untuk "cantilever steel support & goal post for CW1" dan satu lagi invois bernilai RM85,578.30 untuk "goal post fencing".
Amran berkata, pengurusan akhbar tersebut membeli set tiang gol untuk kegunaan padang bola di kilang percetakan Utusan Melayu (M) Bhd di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 2006.
Dalam kenyataan bertulisnya kepada media, Amran mendakwa pembelian set tiang gol itu "paling mahal di dunia" dan "urus niaga luar biasa pengurusan atasan Utusan."
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan pengerusi syarikat itu Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin setakat ini belum berhasil.
Pada 25 Mac, sewaktu Umno sedang sibuk mengadakan pemilihan dan perhimpunan agungnya, NUJ Utusan membatalkan piket berhubung isu CA apabila gagal mendapat permit polis.
Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.
Rundingan terbaru itu susulan CA lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.
Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar kumpulan berkenaan - Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.
Ketika diminta mengulas perkembangan rundingan CA, Amran menyifatkan ia masih menemui "jalan buntu" setelah dua kali berunding bulan ini.
Sumber : Malaysiakini
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
25 April 2009
Wartawan Utusan usung isu tiang gol ke SPRM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment