AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

30 May 2009

Bekas exco Pemuda PKR bidas Khalid

Oleh Abdul Rahim Sabri

Seorang bekas aktivis reformasi turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana meminta kerajaan persekutuan dan polis mengkaji semula undang-undang berkaitan perhimpunan awam di negara ini.

Beliau adalah bekas exco Pemuda PKR, Azwanddin Hamzah yang pernah menyertai siri demontrasi termasuk 'Black 14' dan demonstrasi 100,000 rakyat di Lebuh Raya Kesas pada tahun 2001.

azwanddin hamzah'Black 14' adalah sambutan bantahan tahunan terhadap tindakan memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan rasuah.

Demonstrasi 100,000 rakyat pula diterajui gerakan reformasi yang turut disertai pemimpin PKR untuk terus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan perdana menteri.

Azwanddin (foto) membuat laporan polis itu di Ibu pejabat Polis Dang Wangi petang semalam.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) turut membuat laporan polis terhadap Khalid atas perkara yang sama.

Mesti ikut undang-undang


Ketika dihubungi Malaysiakini, Azwanddin tidak menolak demonstrasi tetapi hendaklah mengikut prosedur undang-undang yang betul.

"Saya tidak menolak demontrasi, sebab Umno sendiri pernah buat demontrasi tapi (perlu) mengikut prosedur dan mengikut undang-undang (dengan memohon permit).

"Kita perlu mengajar rakyat mendapatkan permit (untuk berhimpun) terutama sekali di Selangor.

"Berapa banyak stadium dan dewan di negeri ini (boleh digunakan untuk berhimpun)?" soalnya.

ezam pc 290508 01Azwanddin yang juga pengerusi sebuah NGO tempatan, mengikut jejak langkah mantan bosnya, Ezam Mohd Nor menyertai Umno tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa penyertaannya dalam Umno menyebabkan beliau tidak bersetuju perhimpunan atau demontrasi diadakan.

Sebaliknya, kata Azwanddin, perhimpunan yang hendak diadakan perlu menetapkan objektifnya yang tersendiri.

Khalid wakili rakyat S'gor

"Sebaiknya, perhimpunan perlu ada objektif. Apa objektif perhimpunan itu dibuat. Perhimpunan yang dilakukan sekarang tidak ada arah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar perhimpunan harus diadakan di dalam stadium atau kerana ia adalah tempat yang selamat dan tidak mengganggu orang lain.

Menurut Azwanddin, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Khalid, kerana sebagai menteri besar, kenyataannya perlu mewakili rakyat Selangor dan bukan Pakatan Rakyat sahaja.

"MB kena jaga keselamatan rakyat Selangor. Tidak semua rakyat di Selangor bersetuju dengan apa yang dicadangkan.

"MB sebagai ketua negeri, perlu jaga keselamatan rakyat. Dalam konteks di Selangor, beliau sebagai pemerintah.

"Beliau kena jaga hati rakyat yang tidak bersama dengan Pakatan Rakyat," katanya.

-admin-ini salah seorang dari 'pejuang kotak mat ezam'...sudahlah tu....dulu berhimpun masa reformasi boleh...erks...skg dah tak boleh pulak....GERAK jangan tak GERAK.....

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU