AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

09 May 2009

Kerakusan kerajaan BN di Perak terbukti! : Anwar

Oleh Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 8 Mei (SK) : Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim menyatakan kekaguman beliau dengan keberanian dan kelantangan Speaker Dun Perak V. Sivakumar dan kesemua 64 tahanan polis yang telah menunjukkan semangat juang yang kental demi menegakkan demokrasi di negara ini serta mahukan ‘Perubahan’.

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan BN-Umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan.

Maka sudah terbukti bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah seluruh rakyat Malaysia mahukan ‘perubahan’.

Anwar juga menegaskan bahawa rakyat juga sudah muak dengan pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak, walaupun baru sebulan berkuasa tetapi dilihat tidak lebih dari sandiwara lapuk.

Seluruh dunia merakamkan peristiwa bersejarah di Ipoh yang merujuk kepada kejahilan Najib Razak dan menujukkan kuasa kuku besi serta mempersendakan perlembagaan seolah-olah hidup di zaman primitif.

Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar dari dewan secara biadap dan melakukannya dengan penuh kebanggaan tidak menghiraukan peradaban serta menginjakan perlembagaan.

“Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, demokrasi dan keluhuran perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa,” jelas Anwar lagi.

“Kepada Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan,” Tegas Anwar dalam kenyataan beliau.

“Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat,” kata beliau.

“Penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini,” jelas Anwar.

Pada masa sama, beliau juga menyatakan kekesalan terhadap tindakan polis yang menjadi tali barut dan agen BN yang menjahanamkan hak-hak asasi kemanusiaan dengan menangkap dan menahan rakyat secara membabi buta seperti kejadian di Brickfields apabila polis menahan seorang wartawan Law Teck Hao.

Saya nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:

“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar. Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”


Sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU