AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

13 May 2009

Kita Ditipu lagi...petrol tetap naik!!!!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol RON95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.

petrol price hike 040608Ia dilancarkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Apabila digunakan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.

Dan mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.

Ismail berkata serentak itu RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran.

Katanya sesuai dengan status sebagai produk premium, harga RON97 tidak akan dikawal oleh kerajaan berbanding RON95 yang merupakan produk harga tetap.

Menurut Bernama, Ismail berkata, kenaikan harga RON97 di pasaran tidak perlu membuatkan rakyat berasa panik kerana RON95 menawarkan kualiti dan prestasi yang sama hebatnya.

"Walaupun harga RON95 agak tinggi berbanding RON92 yang dijual pada harga RM1.70 seliter, namun ia lebih berkualiti dan dari segi prestasi, ia jauh lebih baik berbanding RON92," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, keupayaan RON95 yang lebih tinggi membolehkan ia digunakan pada semua jenis kenderaan, termasuk kereta mewah yang diimport dari luar negara.

"Semua kereta boleh guna RON95 termasuk kereta yang berkuasa tinggi, berjenama mewah dan sebagainya. Jika sebelum ini kereta-kereta dari jenis itu menggunakan petrol RON97, kini mereka boleh beralih kepada RON95 yang lebih murah.

"Agensi kerajaan berkaitan menyokong penjualan RON95 malah perbincangan bersama industri kenderaan bermotor mendapati kebanyakan enjin yang diguna oleh kenderaan di negara ini sesuai menggunakan RON95," kata Ismail.

Kerajaan juga, katanya masih meneruskan pemberian subsidi kepada penjualan petrol sebanyak tiga sen seliter.
----------------------------------------------------------------------------

Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada berkaitan dengan minyak petrol. Saya tahu mereka yang berkerja dengan Petronas, Shell atau Mobil akan marah saya tetapi ini realiti yang mana kebanyakan rakyat Malaysia ditipu atau tertipu.

Untuk pengetahuan semua, RON atau dikenali sebagai Octane Rating merupakan pengukuran rintangan dalam bahanapi (fuel) terhadap detonataion (engine knocking) terutama enjin nyalaan palam pencucuh. RON number sebenar bergantung kepada ratio mampatan sesebuah enjin (compression ratio). Jika ratio mampatan lebih tinggi, maka itu adalah lebih baik kita menggunakan minyak RON yang lebih tinggi. Selain itu pemilihan RON hendaklah merujuk kepada prestasi enjin tersebut. Penggunaan bahanapi RON tinggi sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap enjin prestasi rendah seperti enjin motorsikal honda dan sebagainya. Penggunaannya hanyalah satu pembaziran. Adalah sedia maklum bahawa RON yang tinggi iaitu RON 100 ke atas digunakan oleh enjin lumba formula one.

Kita sedia maklum bahawa kelajuan kereta formula one adalah hampir 300 km/jam dan putaran per min aci engkol lebih daripada 10000 rpm.

Persoalan di sini adakah enjin kenderaan kita merupakan enjin prestasi tinggi sama seperti kereta formula one. Jika kita lihat USA mengguna RON 87 dan untuk Europa pula adalah RON 91-92 yang kenderaan biasa kenapa kita tergila-gila dengan RON 97 atau 95. Siapakah yang menasihatkan kerajaan tentang penggunaan kedua minyak ini atau kerajaan berusaha untuk mendapatkan keuntungan dengan membebankan rakyat.

Harga minya mentah dunia (setahun) diramalkan US 68 per barrel (
www.oil-price. net) atau RM239 per barrel. Harga minyak mentah seliter adalah RM1.50, maka itu pada mulai 1 sept 2009, RON 97 dihasilkan dengan kos tambahan RM0.50 manakala RON 95 pula adalah RM0.25.

RON92-RM1.70-dimansuhkan.....diguna pakai oleh motor2 dan kenderaan lama.

RON97-RM1.80 ke RM2.00(naik 20sen)-yg dipakai oleh semua dan kebanyakkan kereta sekarang.

RON95-RM1.75 diperkenalkan bg menggantikan minyak RON92.

Kesimpulan:Pengguna/rakyat yg menggunakan petrol RON92 terpaksa menanggung kos kenaikkan sebanyak 5sen/liter kerana terpaksa menggunakan petrol RON95.Siapa pengguna petrol RON92 ni????Datuk-Datuk???....Tan Sri?????atau org2 kaya di malaysia????Hakikatnyer RAKYAT YG TIDAK BERKEMAMPUAN yg hanyer menggunakan petrol tersebut!!!!Org2 kampung,peniaga2 yg menggunakan generator,peladang dan petani yg menggunakan mesin2 pembajak dan ramai lg...kos kehidupan bg mereka meningkat lg....

RON97-Siapa pengguna/rakyat yg menggunakan petrol tersebut???Org berpendapatan sederhana jer....mereka terpaksa menanggung kos kenaikan 20sen/liter....

RON95-Kita di bagikan option(mmg tiada pilihan lain lg..) utk menggunakan petrol ini...entah sesuai dgn enjin kita atau tidak.....????klu rosak kereta kita disebab implikasi penggunaan petrol tersebut,kerajaan nak tanggung ker???

Impaknyer....minyak tetap naik!!!Kita ditipu lg....Kata 'Rakyat Didahulukan'...apa ceriter...tu lah UBN..tidak pernah belajar dgn kesilapan..dah jatuh tersungkur pun masih tak sedar diri lagi.....Sememangnyer kita telah dikaburi dgn isu Perak....Isu ini penting juga...

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU