AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

04 May 2009

Kuasa Speaker Diperbodohkan......

Berada di tempat Sivakumar pastinya sangat menghimpit. Integritinya sebagai seorang yang speaker malahan maruahnya sebagai seorang manusia seumpama diperbodohkan oleh apa yang diperjuangkan oleh beliau sendiri – iaitu batu asas yang membentuk negara tanah tumpah darahnya.

Pihak yang terbabit sewenang-wenangnya mencabar kuasa yang diperuntukkan kepada beliau di mahkamah. Tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Kudeta sebagai Pengerusi EXCO tanpa segan silu merampas tugas beliau sebagai pengerusi DUN apabila dia cuba menetapkan tarikh Dewan Undangan Negeri bersidang pada 7 May ini. Tindakan Zambry tersebut seumpama bermain hoki di padang golf. Rakyat yang masih waras dan punya perikemanusiaan sudah pasti melihat tindakan ini sebagai tidak bodoh dan membodohkan.

Walaupun ramai orang tertarik dengan kegilaan yang bakal terjadi pada hari yang diumumkan itu, kita tidak seharusnya mengangguk tanpa menggeleng terlebih dahulu.

“Isu tempat duduk antara dua kumpulan – siapa yang patut berada disebelah kanan Speaker kelak? Mungkin keputusan perbicaraan pada 5 dan 6 Mei ini akan dapat menentukannya. Andainya Mahkamah Tinggi berpihak kepada Zambry dalam keputusannya pada 5 dan 6 Mei ini, maka Zambry dan kuncunya akan duduk disebelah kanan speaker. Bagaimana pula dengan kedudukan 3 katak itu?”AlHusseyn

Tindakan Sivakumar membenarkan semua media membuat liputan adalah tepat dan di dalam bidang kuasa yang diperuntukkan kepada beliau sebagai seorang Speaker. Kegilaan yang bakal terjadi nanti harus ditonton oleh segenap rakyat di Malaysia.

“Saya membuat ketetapan bahawa semua pihak media dibenarkan masuk untuk membuat liputan persidangan Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009.”

“Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya. Di sisni, saya menggunakan Perintah-perintah 84 yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan” - Sivakumar

Namun itu sudah tentu melahirkan rasa tidak senang kepada pihak yang segan untuk berhadapan dengan rakyat. Cacing-cacing kepanasan ini sekali lagi dengan sewenang-wenangnya bercakap dengan angkuh dan takbur terutamanya seekor cacing yang berpangkat Dato’ kepada SUK Perak.

“Dato' SUK Negeri Perak sudah hilang pertimbangan apabila merampas kuasa Speaker Dewan Negeri Perak. Beliau telah mengeluarkan perintah melarang media memasuki persidangan Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei ini melainkan media-media yang dibenarkan sahaja, sudah tentu media yang dibenarkan itu media arus perdana yang laporan menyebelahi mereka.

Tindakan Dato' SUK dianggap melangkaui bidang tugasnya yang sebenar. Beliau langsung tidak ada hak dan kuasa menentukan perjalanan Sidang Dewan. Perjalanan Dewan Negeri adalah di bawah kuasa Speaker. Speaker yang menentukan agenda mesyuarat, berapa hari bersidang, menentukan dan menyusun soalan-soalan lisan dan bertulis untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Orang lain boleh tidak boleh campurtangan dalamm urusan ini. Satu dunia tahu bidang kuasa Speaker.

Kita hairan bagaimana seorang SUK, pegawai kerajaan yang paling tinggi jawatannya di Perak tetapi jahil dalam bab ini. Atau dia ingat Speaker kita ini boleh diperbodohkannya.

Sebelum ini, Dato' SUK juga yang membuat kenyataan sidang DUN tergempar 3 Mac yang lalu tidak boleh dijalankan dan tidak sah, dia juga yang menghalang Speaker dan semua ADUN PR memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang. Sedangkan Speaker dan semua ADUN ada hak memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan apatah lagi memasuki Dewan Undangan Negeri samada ketika bersidang ataupun tidak.” – Misbahul

malaysianparliament1

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU