AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

09 May 2009

Laut Ditambak, Tanah Rakyat Di Darat Tergadai??

Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk membangunkan kawasan tambak laut seluas 280 hektar di pantai Klebang sekali gus menukar wajah lokasi di situ sebagai satu projek 'pelancongan'. Menurut Ketua Menteri Melaka, antara landskap baru yang merubahkan kawasan Pantai Klebang itu ialah pembinaan hospital pakar, sukan rekreasi laut, sebuah marina dan pembinaan hotel bertaraf antarbangsa selain dilengkapi dengan kemudahan lebuhraya baru yang menghubungkan laluan pesisir pantai dari Masjid Tanah ke pusat bandar.

Kerajaan negeri mendakwa pembangunan yang pesat ini sekali gus meningkatkan lagi populariti kawasan Pantai Klebang dan kawasan2 yang berdekatan dengannya kepada pengungjung luar yang datang ke negeri Hang Tuah ini dan secara tidak langsung ianya akan dapat merancakkan lagi ekonomi serta faedah kepada penduduk tempatan di situ.

Namun begitu apa yang dihasratkan oleh Ketua Menteri Melaka itu mungkin tidak dapat disahut sebahagian daripada rakyatnya sendiri yang menetap Lot 137, Seksyen 1, Kampung Batang Tiga Timur, Klebang yang diarah berpindah dan mengosongkan tanah yang diduduki sebelum 1 Jun depan. Jika arahan tersebut dilaksanakan, ini akan membabitkan sejumlah 22 rumah yang masih dihuni sejak 1940an di atas tanah tersebut.

Menurut beberapa penduduk yang terbabit, pada Julai tahun lepas, mereka terkejut apabila menerima notis meminta mereka mengosongkan tanah seluas 1.21 hektar berkenaan kerana dikatakan sudah dijual kepada sebuah syarikat pemaju. Masalah mereka telah dibawa kepengetahuan ADUN Klebang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Yaakub Md Amin namun beliau mendakwa tidak dapat berbuat apa2 kerana tanah mereka telah dimiliki oleh pihak lain.

Keratan akhbar KOSMO 2 Mei 2009.


Kulat: Memang tidak dinafikan pembangunan negeri Melaka antara yang terpantas membangun di negara ini. Justeru ianya memperlihatkan kecekapan pemimpin negeri mentadbirkan negerinya sehingga menjadi antara negeri yang termaju dan terkenal kepada pengunjung dari luar Melaka dan juga luar negara. Namun dalam kegairahan tersebut, apalah ertinya kemajuan dan pembangunan di situ jika rakyatnya sendiri bakal merempat di tanah tumpah darahnya sendiri yang telah melahirkan beberapa generasi di situ? Apa ertinya kemajuan pelancongan jika rakyatnya sendiri menanggung kesempitan hidup akibat daripada kerakusan pembangunan. Apalah ertinya slogan keramat "Tradisi Membela Rakyat" yang telah menjadi sebati dan resepi rakyat Melaka yang setia kepada kerajaannya jika masalah mereka tidak dibela? Wallahuaalam.

Sumber : Cendawan MALAYA

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU