AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

08 May 2009

Sidang Dun Perak : Sivakumar tolak usul, Ganesan Speaker Haram

Oleh Anna Yusof

IPOH, 7 Mei (SK) : Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar berkata beliau tidak mengiktirafkan R. Ganesan sebagai Speaker baru kerana usul perlantikan beliau telah ditolak.

Berikut ialah kenyataan ringkas beliau kepada media hari ini:

Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya di bawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.

Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.

Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak.

Jadi jelas ada campurtangan pihak lain ke atas kuasa Speaker.

Sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU