SHAH ALAM - Pas mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan permohonan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu dipengaruhi Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, keadaan itu sepatutnya tidak berlaku sekiranya Mahkamah Rayuan mengambil kira segala persoalan dan keresahan seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik negeri itu. “Saya percaya kalau Mahkamah Rayuan semalam melihat masalah-masalah ini selain berdasarkan undang-undang, saya percaya bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak digantung.
“Jadi saya khuatir ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang menguasai keputusan Mahkamah Rayuan semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mahfuz juga mendakwa BN terdesak memastikan Zambry sah sebagai Menteri Besar Perak agar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dilakukan di bawah kerajaan BN.
Menurutnya, kemelut politik di Perak telah sampai ke kemuncaknya di mana UMNO-BN sendiri merasakan tidak ada jalan lain bagi menyelesaikan kemelut itu selain mengadakan pilihan raya semula.
Beliau percaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyedari inilah masa terbaik mengeluarkan Institusi Raja yang tercalar akibat krisis tersebut dengan pembubaran DUN, tetapi ia dapat dikesan oleh BN sehingga terpaksa memohon menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
“Saya melihat BN tidak mahu pembubaran DUN itu berlaku di bawah Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak ada ‘kelebihan politik’ kepada BN sebab bila Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat perkenan Sultan Perak untuk bubar DUN, sudah tentulah kerajaan
sementaranya PR.
“Jadi BN melihat ini sebagai satu kerugian kepada mereka sebab itu saya khuatir keputusan Mahkamah Rayuan semalam (kelmarin) dipengaruhi oleh kepentingan politik BN yang memang sudah merasakan tiada jalan lain melainkan pembubaran DUN,” katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan semalam sambil menegaskan PR boleh bertoleransi dengan keputusan itu sekiranya dibuat dengan menetapkan syarat-syarat tertentu.
“Antaranya walaupun Zambry kembali pada kedudukan Menteri Besar, beliau tidak boleh buat keputusan sewenang-wenangnya seperti tidak boleh memohon membubarkan DUN dan tidak boleh memanggil sidang DUN kerana Mahkamah Tinggi telah memutuskan beliau bukan Menteri Besar.
“Beliau juga sepatutnya hanya boleh mempengerusikan mesyuarat Exco dari sudut soal pentadbiran rutin harian kerajaan negeri tetapi tidak boleh meluluskan apa-apa projek yang memberikan implikasi kewangan dan perkara-perkara yang memberi kesan kepada masa depan negeri Perak,” katanya.
Mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN mempunyai kes kuat untuk membuat rayuan, Mahfuz berkata, itu terpulang kepada BN kerana Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan sebaliknya.
Katanya, tindakan BN mahu melakukan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu juga sebenarnya tindakan yang terus mencemarkan nama baik Sultan Perak.
“Keputusan Mahkamah Tinggi itu bermakna Sultan Perak telah melakukan satu keputusan yang silap.
“Jadi kalau sekali lagi Mahkamah Rayuan kata keputusan Mahkamah Tinggi betul, maknanya Mahkamah Rayuan juga mengatakan Sultan (Perak) buat silap, sekali lagi nama baik Sultan tercalar,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
15 May 2009
‘Tangan ghaib’ kuasai keputusan BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment