AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

06 May 2009

Tangkapan seperti tidak bertamadun : Salahuddin

Oleh Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 6 Mei (SK) KEMASKINI : Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

Berikutan penahanan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pada jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

Sekumpulan anggota polis di percayai Unit tugas Khas, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Mat Sabu keluar dari restoran berkenaan.

“Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

“Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat tetapi dihalang anggota yang ramai,” ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

“Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu,” kata Salahuddin.

Sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU