Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini diberitahu pembangunan tanah di Perak bawah portfolio menteri besar dan bukan portfolio dua bekas exco negeri, yang kini telah meninggalkan PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi.
Saksi pertama pendakwa Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Perak, Abdulah Antong Sabri berkata Mohd Osman sebelum ini adalah pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan Bukan Kerajaan, manakala Jamaluddin pula pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.
Katanya, oleh itu semua fail pembangunan tanah mesti dilihat oleh menteri besar - waktu itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat mingguan exco untuk keputusan dan semua Exco terlibat untuk membuat keputusan bersama.
“Kertas MMK pembangunan tanah seperti perumahan, industri dan projek berbentuk pembangunan tanah mesti dibawa dan diputuskan dalam mesyuarat itu oleh semua ahli exco yang diwajibkan hadir dan terlibat secara bersama untuk membuat keputusan di dalam mesyuarat,” katanya dalam perbicaraan hari pertama kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar membabitkan dua bekas ahli exco berkenaan dan empat yang lain.
Abdullah, juga setiausaha DUN Perak, berkata semakan beliau menunjukkan tidak ada kertas kerja pembangunan tanah di Seri Iskandar telah dibawa ke mesyuarat Exco untuk keputusan pada tahun lepas.
Beliau bersetuju dengan saranan peguam Abdul Roni Rahman yang mewakili Mohd Osman (Adun Bebas-Changkat Jering) dan Jamaluddin (Adub Bebas-Behrang) bahawa oleh kerana tidak ada kertas cadangan bagi pembangunan di kawasan tersebut, maka perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco atau di peringkat pentadbir tanah dan pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak.
Katanya, semua kertas kerja pembangunan tanah disediakan oleh pentadbir tanah di mana tanah tersebut berada dan disemak serta dikemaskan oleh PTG Perak untuk perhatian menteri besar sebelum dibawa ke mesyuarat mingguan tersebut.
Menjawab soalan balas timbalan pendakwa raya Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi mengenai apakah kertas kerja yang dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco, Abdullah berkata mesyuarat itu kebiasaannya akan membincangkan tiga komponen kertas kerja iaitu pembangunan tanah, kewangan dan urusan pentadbiran dengan 95 peratus daripada kerta kerja yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan melibatkan pembangunan tanah.
Sementara itu, saksi kedua pendakwa, pengurus sumber manusia Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Sabariah Abdul Manan ketika disoal Mohammad Jazamuddin berkata juruteknik perbadanan itu Ruslan Sahat bertugas memantau kerja-kerja di tapak pembinaan termasuk kerja-kerja infrastruktur, sistem pembentungan, kerja cerucuk dan konkrit, pemeriksaan bahan binaan dan mendokumentasi dokumen kontrak.
Sabariah, yang disoal balas oleh Abdul Roni, bersetuju bahawa sebagai juruteknik PKNP, Ruslan tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berhubung pembangunan tanah di Perak, lapor agensi berita itu lagi.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menangguhkan perbicaraan ke pagi esok selepas Sabariah selesai memberikan keterangannya.
Mohd Osman, Jamaluddin, Ruslan dan dua orang lagi iaitu bekas ADUN PKR bagi Bota Usaili Alias dan bekas ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.
Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.
Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lepas untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.
Ruslan diwakili peguam Surjan Singh dan Yunos Ali, Usaili diwakili Ting Chek Meng dan Ranjit Singh. Peguam S Muthu dan Mohd Asri Othman masing-masing mewakili Zul dan Fairul Azrim manakala Mohammad Jazamuddin dibantu oleh Nafhatun Mohd Pozi.- MalaysiaKini
Sumber : Suarakeadilan
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
15 June 2009
Rasuah: MB Perak Sepatutnya Lulus Projek, Bukan Exco PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment