AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

29 July 2009

Anwar, pemimpin PKR Turun Ke Himpunan Mansuh ISA

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim bersama semua pimpinan kanan PKR akan turun menyertai Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai tanda solidariti kepada tuntutan memansuhkan akta zalim itu.

Setiausaha Agung Dato Salehuddin Hashim berkata PKR menyokong penuh perhimpunan rakyat yang akan dianjurkan 1 Ogos nanti kerana akta lapuk penjajah British itu disalahguna pemerintah sebagai alat mengancam dan mengugut rakyat Malaysia.

"Akta ISA ini adalah tiket jahat untuk kerajaan Umno-BN memastikan mereka terus berkuasa. Ia mencemar keluruhan Perlembagaan Malaysia dan mencemar kedaulatan undang-undang. Kerajaan Umno-BN menangkap sesiapa-sahaja sesuka hati tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak guaman, menyebabkan berlakunya pelbagai penyeksaan fizikal dan mental," tegas Salehuddin.

Beliau berkata bantahan rakyat menentang akta ganas dan zalim adalah kesinambungan perjuangan yang sudah berlarutan sekian lama, dan komitmen kepada perjuangan itu akan dizahirkan oleh Anwar dan seluruh warga kepimpinan PKR dalam himpunan 1 Ogos nanti.

"Semua pimpinan tertinggi, anggota parti akan hadir bersama Ketua Umum Anwar Ibrahim menyatakan pendirian parti menentang undang-undang zalim," kata Salehuddin.

Sumber : tvantara

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU