AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

16 July 2009

Chua Jui Meng akan sertai PKR?

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini.

Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan.

Difahamkan timbalannya, Sia Ka Tuan, dijangka akan memangku jawatan ketua bahagian berkenaan.

Chua, 64, bekas menteri kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan semula BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usaha untuk menghubngi Jui Meng sehingga tidak berjaya.


admin-jika benar bagai dikata,'selamat datang ke arena pakatan rakyat'.Sepatutnya sudah lama Dato Chua lompat mcm Ketua Wanita MCA.Cabang Bakri akan bertambah kuat lg,adakah PRU 13 nanti Cabang Bakri akan jatuh ke PR????Kita tunggu....apa komen ubn?

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU