BANDARAYA MELAKA - DAP Melaka menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia supaya tidak tunduk kepada desakan Pemuda UMNO Bukit Katil agar Suruhanjaya itu menarik balik kelulusan untuk parti berkenaan menjadi ejen pendaftaran pemilih.
Ketika membuat gesaan itu semalam, Ketua Pembangkang Melaka, Goh Leong San berkata, kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof, bahawa mana-mana ejen pendaftaran pemilih boleh membuka meja di mana-mana merupakan satu bukti bahawa apa yang mereka lakukan adalah tidak salah.
Katanya, DAP Melaka berbangga kerana SPR mengiktirafnya sebagai antara parti politik yang menambah keahlian daftar pemilih bagi SPR.
“Alasan bahawa mereka bertindak sedemikian (menimbulkan kekecohan) kerana DAP menggunakan logo parti pada sepanduk pendaftaran pemilih adalah tidak boleh diterima.
“Saya ingin bertanya pada Muhammad Jailani Khamis (Naib Ketua Pemuda UMNO Bukit Katil), apa kaitan dia dengan logo parti yang digunakan? Kalau dia hendak jumpa SPR, jumpalah. Cuma saya ingin menggesa SPR supaya tidak tunduk pada sebarang desakan mereka,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat DAP di sini semalam.
Pada satu sidang media kelmarin, Muhammad Jailani mengkritik DAP kerana menggunakan logo parti pada sepanduk kempen pendaftaran pemilih mereka. Selain itu, beliau turut menyatakan akan bertemu SPR bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan.
Muhammad Jailani turut menyatakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Bukit Katil akan terus menjalankan pemantauan terhadap semua kempen pendaftaran pemilih yang dijalankan DAP selepas ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Leong San yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang berkata, DAP tidak mahu mengalah dan akan terus menjalankan kempen pendaftaran pemilih mereka di pasar-pasar malam sebagaimana yang dirancang.
Menurutnya, pemantauan Pemuda BN itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada kempen yang mereka jalankan.
“Kenapa dia (Muhammad Jailani) hendak buat pantauan? Apakah dia sudah jadi polis atau penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sehingga hendak memantau kempen kita?” katanya.
Mengenai dakwaan Muhammad Jailani bahawa kekecohan di Taman Melaka Baru sebelum ini meletus akibat provokasi DAP, Leong San berkata, ia adalah tidak berasas sama sekali.
Malahan, beliau berkata, dakwaan bahawa DAP membuat kacau di hadapan rumah seorang penduduk taman adalah tidak benar kerana penduduk berkenaan sendiri yang memberi kebenaran kepada DAP menggunakan kawasan itu.
“Dakwaan bahawa DAP melakukan tindakan provokasi adalah tidak benar sama sekali. Dakwaan bahawa penyokong DAP membaling botol kaca juga adalah tidak berasas.
“Semua ini menunjukkan mereka sudah tiada isu sehingga sanggup menggunakan kempen kami sebagai satu isu. Kami akan mengkaji segala apa yang beliau katakan semalam dan akan membuat laporan polis sekiranya perlu,” katanya.
Sumber : Sinar harian
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
09 July 2009
DAP gesa SPR usah tunduk desakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment