Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sedih dengan keputusan bekas naib presiden parti itu Datuk Chua Jui Meng keluar daripada MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bekas menteri kesihatan itu, kata Ong, adalah seorang yang berpengalaman dan adalah diharapkan keputusan politik yang diambilnya itu adalah bagi kebaikan rakyat.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Perak di Ipoh, Ong yang juga menteri pengangkutan berkata persahabatan beliau dengan Chua tidak terjejas walaupun selepas perebutan jawatan presiden pada pemilihan parti tahun lepas.
Ditanya sama ada tindakan Chua merugikan MCA, beliau berkata setiap hari ada orang yang menyertai parti itu dan juga keluar daripada parti, lapor Bernama.
Katanya, Chua telah membuat pilihan untuk menyertai pembangkang.
Ong berkata beliau ada berjumpa dengan Chua dua hari lalu tetapi enggan menggulas apa yang dibincangkan apabila ditanya pemberita.
Chua mengumumkan hari ini bahawa beliau keluar daripada MCA dan menyertai PKR kerana wawasan beliau untuk pembaharuan dalam manifestonya pada pemilihan presiden MCA tahun lepas, sama dengan wawasan Agenda Malaysia penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyertai PKR dan keluar MCA tanpa sebarang syarat yang sepatutnya diberikan kepadanya oleh parti pembangkang itu, kata Chua ketika mengumumkan keputusan beliau itu pada persidangan akhbar selepas menghadiri Forum Awam PKR di Petaling Jaya.
Di Kuala Lumpur, Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang turut bersedih dengan tindakan Chua itu berkata bekas menteri kesihatan tersebut telah memilih hala tujunya sendiri.
Beliau berkata tindakan Chua itu tidak harus menggugat MCA sebaliknya anggota parti perlulah bersatupadu dan bekerjasama untuk mengukuhkan parti.
Di Kluang, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan Chua menyertai pembangkang tidak akan menjejaskan perjuangan BN.
Menteri dalam negeri itu berkata tindakan Chua menyertai PKR bukan sesuatu perkara yang mengejutkan kerana beliau sendiri tidak mempunyai tempat dalam MCA.
"Itu hak dia, beliau tidak ada tempat dalam parti MCA dan meluahkan kata-kata tertentu sebelum ini sebelum keluar daripada parti. Saya rasa bukan ganjil kerana ada bekas menteri sebelum ini juga pernah keluar dari BN dan masuk ke PKR," katanya kepada pemberita selepas program Polis Kemasyarakatan di Felda Ulu Belitong, di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong berkata tindakan Chua itu adalah berkisar kepada masalah peribadi beliau sendiri dan menyerahkan kepada masa untuk menentukan sama ada tindakannya itu tepat atau tidak.
"Bagi saya ia tidak menjejaskan parti kerana perjuangan BN tidak berkisar kepada individu. Perjuangan itu lebih penting daripada individu dan puak tertentu," tegasnya.
Sumber : Malaysiakini
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
19 July 2009
Tee Keat sedih Chua sertai PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment