AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

25 August 2009

Pegawai masjid S'gor boleh tangkap pesalah serta-merta


Jimadie Shah Othman
Ogos 25, 09
1:55pm
Penguatkuasaan enakmen syariah di Selangor melalui dasar baru membenarkan pegawai masjid untuk menahan orang Islam yang minum arak dan tidak berpuasa "boleh dimulakan pada bila-bila masa" selepas menerima kad kuasa jabatan agama.

Seorang imam yang diberikan kuasa itu berkata, taklimat berkaitan prosedur dan kaedah penahanan pelaku kedua-dua kesalahan tersebut diadakan semalam.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, imam 2 Masjid Jalan Kebun, Klang, Mohd Hafiz Mohd Hussain berkata, dalam taklimat sehari di Masjid Negeri di Shah Alam, kesemua imam dimaklumkan mengenai pendekatan baru itu.

"Kita juga diberitahu, kad kuasa telah siap dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.

Exco hal-ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam mengumumkan nazir, imam, bilal dan siak di lebih 370 masjid di negeri berkenaan diberikan surat kuasa untuk membantu menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Surat kuasa itu dilaporkan telah diberikan dua minggu lepas.

Kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadhan ini antaranya makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai - kesalahan bawah Seksyen 19 enakmen tersebut.

Dr Hasan dipetik berkata pegawai masjid yang mempunyai surat kuasa itu bagaimanapun tidak boleh menangkap pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada pegawai penguatkuasa agama untuk tindakan lanjut.

Pegawai masjid juga boleh menangkap orang Islam yang meminum arak tetapi perlu menyerahkan mereka kepada polis atau pegawai
penguatkuasa agama.

admin-sekalung tahniah dan ditto to kerajaan Selangor kerana penguatkuasaan penjualan arak secara terbuka dan diberi mandat untuk menangkap umat islam yang tidak berpuasa di bulan ramadhan.Diharap kerjasama JAIS dan pengawai mukim yang dilantik akan dapat meminimakan kemungkaran yang menjadi-jadi sekarang ini.Diharap selepas ini kita akan melantik jawatankuasa menentang gejala sosial dikalangan golongan remaja/muda di Negeri Selangor.Hah...Melaka bila nak ikut?Kat Melaka Raya tu dah mcm Las Vegas dah kalau waktu malam.Yang sedihnya ramai anak melayu yg dok mabuk dan tanpa segan silu melakukan kemungkaran!Apa kata umno yang mempejuang agama dan bangsa?Menjahanamkan agama dan bangsa adalah...Umpama ketam mengajar anak berjalan lurus,diri sendiri tak betul nak nasihat orang....TakeBeer to Melaka!

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU