PETALING JAYA, 26 Januari - Ketua misi bantuan kemanusiaan Selangor ke Palestin menerusi Yayasan Amal Malaysia (Amal), Dr Abdul Rani Osman menyifatkan misi mereka berjaya apabila bantuan yang diberikan dapat disalurkan kepada rakyat di sana.
Menurutnya, walaupun pihaknya tidak sampai ke Gaza segala bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia termasuk daripada kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dapat disampaikan.
“Bantuan yang berupa ubat-ubatan dan makanan telah dapat kita salurkan kepada wakil Palestin di El-Arish dan rakyat Palestin terutama di Gaza akan menerimanya,” katanya ketika berucap pada sesi tayangan video di majlis ‘Malam Prihatin Palestin’ di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),di sini, malam tadi.
Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Program ‘Malam Prihatin Palestin’ yang diadakan semalam merupakan anjuran kerajaan negeri Selangor atas inisiatif Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama MBPJ.
Ia diadakan bagi menghayati dan memahami nasib serta penderitaan rakyat Palestin terutama di Gaza sejak menjadi mangsa kekejaman Israel akhir Disember lalu.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya malam tadi berkata rakyat negara ini perlu bersatu dalam menghadapi isu kekejaman zionis.
“Bagi memperlihatkan wujudnya perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan parti kita mesti bersatu dalam usaha menentang pencerobohan dan kekejaman Israel di bumi Palestin,” katanya yang turut berbangga majlis itu turut dihadiri kaum Cina dan India negeri ini.
Beliau berkata pihaknya bersedia mengenepikan perbezaan politik demi keprihatinan terhadap hak asasi sejagat kerana tindakan yang sedang berlaku di Gaza merupakan pencerobohan yang amat tidak berperikemanusiaan.
Namun katanya, perkara itu agak sukar jika media massa di negara ini tidak bersama membantu.
“Mengambil contoh apa yang dilakukan kerajaan Selangor baru-baru ini, saya selaku Menteri Besar ada mengumumkan yang kerajaan negeri hendak menghantar satu misi bersama pertubuhan bukan kerajaan atau NGO Yayasan Amal Selangor ke sempadan Mesir untuk memberikan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada mangsa kekejaman Israel di Gaza.
“Malangnya, tiada satu pun yang melaporkan pengumuman saya itu sedangkan pihak kami sudah bersedia membantu,” katanya yang berharap agar kalangan wartawan dan editor di Malaysia terutama dalam kawalan Barisan Nasional (BN) tidak terus dikuasai oleh sentimen politik yang sempit dalam menyiarkan berita tentang keikhlasan kerajaan negeri untuk membiayai pemergian NGO bagi membantu penduduk Gaza.- MURIZA ABDUL HAMID
Sumber : Selangorkini
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
31 January 2009
Misi Kemanusiaan Ke Palestin Berjaya Salur Bantuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment