AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

03 February 2009

Adun Selambau akui diugut, buat laporan polis

Adun yang juga Exco Kerajaan Kedah dedahkan diugut sekiranya tidak sertai BN

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI (SK)- Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, V Arumugam mendedahkan bahawa keselamatan beliau dan keluarganya telah diancam oleh pihak Barisan Nasional semenjak pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu.

Menurutnya dalam satu kenyataan media yang diterima Suara Keadilan, selain dari ancaman yang diterima oleh keluarganya, pegawai dan bekas pegawainya turut diugut supaya beliau melompat parti.

Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik beliau pada 17 Oktober lalu, mengugut pegawainya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31 Mac 2008, mengugut keselamatan keluarganya.

Selain itu insiden memecahkan cermin kereta rasmi Exco kerajaan negeri model Proton Perdana dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17 Disember lepas, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk beliau keluar dari KeADILan serta yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

“Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional,”katanya dalam kenyataan media tersebut.

Menurutnya, pendedahan ini dibuat untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan beliau selaku Adun dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

“Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini,”katanya lagi.

Menurutnya, beliau khuatir, sekiranya beliau tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman beliau dan keluarga akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan beliau berpindah parti.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap terhadap beliau semenjak pilihanraya lepas

“Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya,” katanya.

Tambahnya, “Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.”

Sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU