AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

03 February 2009

Kerajaan Perak masih sah dan stabil -MB

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI (SK) - Menteri besar Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin mengakui kerajaan Perak masih lagi sah dan stabil biar pun selepas dua Adun, Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi melepaskan jawatan masing-masing.

“Saya telah menghadap sultan Perak pagi ini dan memaklumkan apa yang terjadi kepada dua orang Adun tersebut. Sultan maklum dengan apa yang berlaku dan kerajaan Perak masih sah,” kata Nizar ketika dihubungi Suara Keadilan.

Nizar juga mengesahkan kedua-dua Adun berkenaan telah pun meletak jawatan dan surat perletakan jawatan itu telah diterima oleh speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Sivakumar Varatharaju. Dengan itu pilihan raya kecil akan diadakan untuk mengisi kekosongan kedua-dua kerusi Dun terbabit.
Situasi terkini Dun Perak ialah 30 kerusi Pakatan Rakyat. 27 kerusi Barisan Nasional dan 2 kerusi dikosongkan.

Sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU