Oleh Jimadie Shah Othman


Sebanyak 20 aduan dilaporkan semula kepada SPRM hari ini, yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada kira-kira jam 3 petang tadi.
Bercakap dalam sidang media, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, dalam pertemuan itu, beliau turut memaklumkan kepada SPRM mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam pembelian pangsapuri mewah di Arab Saudi yang juga didakwa membabitkan Dr Mohd Khir.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut butiran dakwaannya itu, sebaliknya berkata Pejabat Menteri Besar akan berbuat demikian.

Turut hadir ialah Naib Ketua AMK, Khairul Anuar Zainuddin dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sebelum itu, para pemimpin PKR dan kira-kira 50 penyokong, berkumpul di hadapan sebuah restoran makanan di Seksyen 9 sejak jam 2 petang.
Shamsul diminta datang semula
Mereka membawa sepanduk mengutuk SPRM dan melaungkan slogan mendesak ketua pesuruhjaya SPRM meletak jawatan.
Kira-kira 20 anggota polis mengawal keadaan dan lalulintas. Enam anggota skuad anti-rusuhan, juga kelihatan membuat benteng untuk mengelakkan orang ramai memasuki bangunan berkenaan.
Kira-kira jam 3.30 petang, Shamsul dilihat naik semula ke pejabat SPRM. Dimaklumkan beliau diminta memberikan keterangan berhubung sebab beliau membawa lembu bagi mengiringi penyerahan semula aduan-aduan tersebut.

Ditemui selepas itu, Shamsul berkata pegawai SPRM ingin tahu sama ada lembu itu dibawa dengan tujuan untuk menghina suruhanjaya tersebut.
Katanya, beliau menjelaskan kepada mereka bahawa ia sebagai "ingatan dan sindirian kepada SPRM".
Menurutnya, beliau diminta datang semula Rabu depan untuk memberi keterangan berhubung aduan-aduan yang dilaporkan semula hari ini.
Sumber : Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment