Oleh Abdul Rahim Sabri
Wakil surau dan masjid di Bandar Tun Razak yang menerima 46 ekor lembu korban daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan terhadap beliau yang didakwa telah menyalahgunakan dana kerajaan Selangor untuk tujuan tersebut.Kira-kira 60 orang menyertai perhimpunan tersebut di hadapan Pejabat Khidmat Komuniti ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kira-kira jam 3 petang tadi.
Abdul Khalid adalah ahli Parlimen kawasan tersebut.
Mereka membawa sepanduk berbunyi "BN dikejar roh 46 ekor lembu" dan "Prinsip kami dari rakyat untuk rakyat" sambil melaungkan "Hidup Tan Sri Khalid" beberapa kali.
Manakala kain rentangnya antaranya berbunyi, "Sedekah lembu adalah jariah bukan rasuah" dan "YB Tan Sri Khalid Ibrahim terima kasih kerana memberikan kami lembu untuk korban Aidiladha"Perhimpunan aman selama sepuluh minit itu turut diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis.
Penduduk kecewa
Sebelum ini, Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Khalid menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban untuk mengedarnya kepada penduduk di situ sewaktu Hari Raya Korban Disember lalu.
Sementara itu, Pengerusi Surau Firdaus, Ghazally Salim, melahirkan rasa kecewa kerana pemberian lembu tersebut dipersoalkan dan dipolitikkan."Kami kecewa mengapa amalan baik Tan Sri Khalid Ibrahim ini dipersalahkan dan dituduh mengamalkan rasuah?
"Padahal ini adalah sumbangan terus oleh PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan anak syarikat kerajaan negeri.
"Amalan sebegini sepatutnya digalakkan bukan dipersoalkan," tegas Ghazally dalam sidang media tersebut yang turut dihadiri kira-kira 15 wakil surau dan masjid di parlimen tersebut.
Ghazally mendakwa ramai penduduk di parlimen tersebut adalah anak jati negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.
Adakan solat hajat"Adakah kerana Bandar Tun Razak telah dijadikan Wilayah Persekutuan, maka kami tidak lagi berhak berkongsi sedikit kekayaan dan manfaat dari Selangor.
"Sebahagian besar daripada kami masih anak Selangor!" tegas Ghazally.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli politik dari BN, Pakatan Rakyat, Gerak, SPRM dan rakayat Malaysia agar tidak mempolitikkan soal agama.
"Kalau kita tidak mampu untuk bersedekah, janganlah disekat orang lain daripada bersedekah," kata Ghazally.
Menurutnya, penduduk di situ juga akan mengadakan solat hajat dalam masa terdekat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan menteri besar Selangor itu.
Sumber : Malaysiakini
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
25 February 2009
Penduduk Bandar Tun Razak berhimpun sokong MB S'gor
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
11:15 PM
Labels: BN, Demonstrasi, Isu Hangat, Kuala Lumpur, PKR, PR, Selangor, SPRM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"-pak samad
0 comments:
Post a Comment