AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

09 February 2009

Ketua Ameno RAsuah!

MAKLUMAT SPRM JADI BAHAN KEMPEN KETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN

video

Baru baru ini kita semua tahu bahawa Badan Pencegah Rasuah dah di"upgrade" jadi Suruhanjaya. Beriya-iya benar Pak Lah mengusulkan agar BPR di"upgrade" kerana sepeninggalannya kelak orang akan ingat bahawa dialah yang bersungguh-sungguh nak menjadikan masyarakat Malaysia ini bebas dari rasuah.

Bagi aku usaha Pak Lah ini harus diberi pujian. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyemai sikap "zero tolerant" di seluruh peringkat masyarakat dengan memberikan kuasa yang besar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras gejala rasuah dalam semua sektor termasuklah politik.

Sejak BPR dapat pangkat Suruhanjaya, semua orang Suruhanjaya ni nak usik. Orang UMNO dah kena tempias tunjuk kuasa oleh Suruhanjaya apabila Pengerusi SPRM dengan tenang mengatakan SPRM akan memantau perjalanan Perhimpunan Agong UMNO bulan Mac kelak bagi mengelakkan gejala rasuah.

Aku harap kalau benar SPRM nak buat macam tu buatlah kerana ia diperuntukkan oleh undang-undang. JANGAN BUAT sebab nak tunjuk kuasa atau nak jatuhkan mana-mana pemimpin! Maklumat siasatan SPRM adalah rahsia dibawah Akta Rahsia Rasmi dan tak boleh sewenang-wenangnya diberi kepada mana-mana orang pun untuk dijajakan atau dijadikan senjata politik.

Aku cakap ni bukan cakap kosong! Tengok le video di atas. Tengok macamana Dato Ishak, Ketua UMNO Bahagian Seremban berkata bahawa pihak BPR (SPRM) bagi maklumat pada dia tentang penangkapan Sdr Mohd Nor Awang dan YB Mustafa Salim dan dia gunakan maklumat ini semasa kempen politik untuk pemilihan peringkat UMNO Bahagian. Kalau video ini diteliti betul-betul seolah-olah setiap tindakan BPR (SPRM) diberitahu kepada Dato Ishak.

Ada 2 persoalan saja di sini. Sama ada Dato' Ishak kelentong atau BPR( SPRM) memang bocorkan maklumat siasatan kes rasuah kepada dia. Dato Ishak kata dia sanggup pergi mahkamah dalam menyakinkan dia berkata benar. Kalau benar seperti dikata olehnya maka SPRM ini bukanlah badan yang bebas tapi sebenarnya badan yang HAPRAK yang merasakan ia amat berkuasa hingga ia fikir boleh menentukan serta menjatuh pemimpin!

Kepada Pengerusi SPRM: Sebelum kemaskan rumah orang, kemaskanlah rumah sendiri!

Kepada Pak Lah: Beruk jangan diberikan bunga!


Sumber : Paneh.blogspot.com

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU