AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

03 February 2009

ISU Perak : Najib terlibat secara langsung - Anwar

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI (SK) -Ketua Umum KeADILan tidak menolak kaitan Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak didalam kes ‘kehilangan’ dua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Menurut beliau, ‘babak kehilangan’ ini mengingatkan mengenai tragedi Dektektif Balasubramaniam yang hilang sejak setahun lalu akibat pengakuan bersumpah beliau dalam kes Altantuya.

“babak kehilangan menggerunkan kerana mengingatkan tragedi Altantuya dan detektif Bala yang ada kaitannya dengan tokoh yang sama. Dalam babak terbaru ini, Datuk Seri Najib terlibat secara langsung!” menurut beliau dalam blognya.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas.

Menurut Anwar, perkara ini telah di ingatkan beliau ketika ceramahnya sewaktu menyambut kemenangan calon Pas dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu bulan lalu.

“saya telah menjangka tindakan lebih ganas oleh pimpinan UMNO-BN. Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bedakan dengan pendirian Datuk Nasa di Bota!” kata

Selain itu Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi turut ditemplak dengan gelaran kongkalikong akibat mengalu-alukan penyertaan dua exco kerajaan Perak bersama BN dengan alasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menganggap usaha lompat parti sebagai “tidak bermoral.”

“Perdana menteri kongkalikong mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut,” katanya lagi.

Beliau dalam kenyataan itu turut mengatakan telah mengadakan pertemuan dengan baki semua enam wakil rakyat PKR Perak termasuk Adun Bota, Nasaruddin yang melompat menyertai parti itu pada 25 Januari.

“Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai,” katanya.

Sementara itu, Anwar meminta agar seluruh jentera KeADILan bersedia bertarung di dua gelanggang ini.

“kita yakin inshaallah dengan suara rakyat. Jentera kita harus bersedia bertarung di gelanggang Perak,” katanya lagi.

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN di rumah beliau pada 5.45 petang semalam

Sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU