AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

18 April 2009

Debat Isu ISA di Astro Awani

Pada malam tadi telah disiarkan secara langsung perdebatan isu ISA di Astro Awani. Panel-panel yang diundang dalam perdebatan itu ialah Dato’ Ruhanie Ahmad, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Lokman Adam. Isu yang dibangkitkan adalah untuk membincangkan kewajaran ISA ini perlu atau tidak dilaksanakan.

Hujah yang dibentangkan oleh Dato’ Ruhanie dilihat tidak begitu mampu untuk memberi keyakinan kepada kita akan pentingnya ISA dikekalkan. Beliau sendiri kelihatan terlalu emosi apabila Shamsul cuba untuk mengetengahkan isu kenapa akta zalim ISA perlu dihapuskan. Kenyataan Dato’ Ruhanie pula sesekali disokong oleh Lokman Adam yang dilihat cuba untuk membantu beliau dalam usaha menyekat kemaraan hujah dari Shamsul.

Sikap Dato’ Ruhanie yang sentiasa cuba untuk tidak memberi ruang kepada Shamsul mengemukakan hujahnya telah mendapat kritikan dari beberapa pihak. Jika kita menilai akan masa yang diperuntukkan kepada Shamsul terlalu singkat jika dibandingkan dengan masa yang diberi kepada Dato’ Ruhanie. Hujah yang dikemukakan oleh Shamsul juga berdasarkan fakta dan keadaan semasa yang begitu padat dan penuh dengan disiplin manakala panel kerajaan hanya suka mengemukan perkara yang lebih menyokong untuk mengekalkan ISA tanpa melihat kepada tuntutan keadilan sejagat. Walaupun perdebatan ini berlangsung dengan baik, namun ianya masih perlu diperbaiki terutamanya masa yang sepatutnya diperuntukkan kepada setiap ahli panel haruslah dipatuhi dan dihormati.

pasterachi.blogspot.com

Pejabat Ketua AMK

Sumber : Shamsul Iskandar

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU