AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

19 April 2009

Program Hi Tea wanita : Wanita Berdaya, Kita Bersaudara.

Oleh Anna Yusof

SHAH ALAM, 19 April (SK) : WANITA Pakatan Rakyat menganjurkan Hi-Tea yang bertemakan “Wanita Berdaya, kita Bersaudara” untuk mengeratkan perpaduan diantara ketiga-tiga parti KeADILan, Pas dan Dap.

Bertempat di dewan Istana Mestika yang dihadiri oleh 600 ahli wanita dari seluruh negara untuk memberi sokongan padu dalam integrasi dan kesefahaman antara Pakatan Rakyat.

Program dimulai dengan ucapan oleh isteri Menteri Besar Selangor Salbiah Tunut dengan ucapan yang memberi kata-kata perangsang kepada hadirin yang menjayakan acara tersebut.

Dalam ucapan beliau, mahukan wanita bersatu dalam menghadapi segala ancaman dan serangan pihak Barisan Nasional yang sentiasan mencari ruang dan peluang untuk mematahkan semangat Pakatan Rakyat.

Beliau berseru agar wanita Pakatan Rakyat untuk berkerjasama untuk mara kehadapan.

Sementara itu, Naib Presiden KeADILan Syed Husin Ali yang berucap mewakili Wan Azizah Wan Ismail kerana beliau telah berangkat ke Tanah Suci Mekkah untyuk menunaikan umrah bersama dengan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau bersukur dan mengucapkan terima kasih kepada wanita Pakatan Rakyat yang berterusan membawa misi dan harapan negara sehingga pada masa akan datang.

“Walaupun wanita Pakatan Rakyat masih belum begitu padu dalam perhubungan antara satu sama lain namun program seperti ini akan berterusan demi mencapai ke tahap yang lebih membanggakan,” jelas beliau.

“Program seumpama ini adalah sangat baik kepada Pakatan Rakyat kerana ia memberi pentas dan ruang kepada wanita untuk memperkukuhkan persaudaraan sesama sendiri,” tambah Syed Husin.

Beliau juga menyentuh soal pilihanraya kecil Penanti yang berkemungkinan akan berlaku dengan berkata bahawa Paktan Rakyat sudah bersedia dengan segala kemungkinan itu.

“Perdana Menteri Najib Razak tahu akan kalah dengan margin yang jauh lebih besar dari piliharaya umum terdahulu, maka beliau tidak mahu mengabil risiko dan memberi alasan piliharaya adalah satu pembaziran wang rakyat,” jelas beliau lagi.

“Najib akan berjanji dan terpaksa menunaikan janji untuk menawan hati rakyat hanya pada waktu pilihanraya berlaku,” tegas beliau.

Syed Husin mahukan wanita lebih bersedia dangan segala kemungkinan dan bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya ke-13 akan datang serta meminta lebih ramai wanita menyertai kempen pilihanraya kelak.

“Jangan menggangap wanita lemah, pengalaman saya sebagai pensyarah dahulu sering mendapati pelajar wanita lebih berjaya dalam bidang akademik, wanita juga lebih ramai belajar di universiti pada masa sekarang,” jelas beliau.

Sumber : Suara Keadilan

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU