AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

14 July 2009

Jangan ragui niat Najib umum 11 perkara

AYER KEROH - Keinginan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu rakyat menerusi 11 pengumuman ‘mesra rakyat’ Sabtu lalu tidak boleh diragui.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Melaka, Goh Leong San berkata, ia masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pengumuman itu baik atau sebaliknya.

Selain itu, menurutnya, ia juga masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa tindakan Najib itu merupakan satu gimik politik sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

“Kita perlu satu tempoh yang panjang untuk melihat sejauh mana semua pengumuman ini memberi faedah kepada rakyat. Sekiranya selepas itu ia tidak mendatangkan apa-apa faedah, maka bolehlah kita katakan semua ini hanya satu gimik politik semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.

Setakat ini, menurut Goh, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, beliau masih belum nampak apa-apa yang boleh membawa manfaat kepada rakyat hasil pengumuman itu kecuali satu atau dua perkara.

Menurutnya, hanya pengumuman yang membabitkan pengambilan lesen motosikal 250cc ke bawah dan lesen perniagaan untuk peniagaan kecil yang nampak akan memberi faedah kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, semua ini harus diberi pemantauan yang teliti bagi memastikan semua pihak akan mendapat faedah.

“Apa yang diharapkan adalah semua yang diumumkan Perdana Menteri itu memberi kesan kepada menurunkan harga barangan di pasaran, kerana sekiranya ia tidak dapat memberi jaminan kos kehidupan akan turun, maka ia tidak akan memberi apa-apa manfaat,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU