AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

14 July 2009

Mohd Ali minta bank bantu bangun projek pelancongan

AYER KEROH – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berharap institusi kewangan mampu mengurangkan syarat pinjaman wang untuk tujuan pembangunan negeri.

Menurutnya, ketika ini terdapat beberapa projek kerajaan negeri bagi tujuan pelancongan langsung tidak memperoleh pembiayaan bank walaupun hasil projek berkenaan bakal menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Saya mencadangkan pegawai eksekutif bank sendiri turun padang melihat perkembangan yang berlaku yang memperlihatkan kerajaan negeri serius menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan.

“Terdapat enam projek kerajaan negeri tidak mendapat pembiayaan iaitu Eye On Malaysia, Menara Taming Sari, Planetarium, pusat boling, litar go-kart dan pusat siber.

“Enam projek ini melibatkan kos RM130 juta, tetapi hasil pulangan cukup memberangsangkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen UMNO Bahagian Bukit Katil, di sini, kelmarin.

Katanya, beliau berharap pihak bank bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri.

Jika sukar melakukan pembangunan akibat tiada pembiayaan, tiada peluang pekerjaan seperti jurutera, bidang hospitaliti dan sebagainya untuk rakyat negeri ini

Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU