AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami

17 July 2009

Kematian Beng Hock mencurigakan: Azizah

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut agar siasatan segera dan menyeluruh dilakukan oleh pihak polis serta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kematian setiausaha politik kepada Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock.

Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, hasil siasatan itu mesti telus dan tindakan serta-merta diambil untuk memastikan keadilan, memandangkan beliau mati dalam keadaan yang sangat mencurigakan.

“Kami berasa amat sedih dan terkejut dengan berita tersebut kerana sebelum itu, mendiang ditahan oleh SPRM semalam (kelmarin) untuk siasatan, didapati mati di Ibu Pejabat SPRM tengah hari ini (semalam).

“Memandangkan beliau jatuh dan mati dari pejabat SPRM hari ini (semalam) setelah penyelesaian interogasi oleh mereka pada jam 3:45 pagi ini (semalam), PKR menuntut bahawa siasatan segera dan menyeluruh dilakukan oleh pihak polis dan SPRM”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.

“Saya juga memanjangkan ucapan takziah bagi pihak PKR kepada keluarga Beng Hock, yang meninggal dalam keadaan tragik ini. Kami juga menawarkan bantuan seboleh mungkin dalam waktu kesedihan mereka ini.

“Kami berharap pihak berkuasa, media dan semua pihak berkenaan akan menghormati dan mendukung keluarga beliau pada masa gelap ini, yang pasti sangat menekan dan menyedihkan bagi mereka,” katanya

Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Designed by - AMK TANGGA BATU