AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

22 August 2009

Azmin Cabar Muhyiddin Dan Zahid Hamidi Berdebat

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali mencabar Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datok Zahid Hamidi untuk mengadakan debat terbuka.

Azmin dalam siri penerangan rakyat menawarkan diri untuk berdebat dengan kedua-dua pimpinan Umno-BN ini di Permatang Pasir dengan debat bertajuk Siapa Pengkhianat Melayu.

“Saya ada empat hari lagi, saya minta Muhyiddin dan Zahid jangan berselindung di sebalik Utusan Malaysia dan TV3, kalau kamu anak jantan, kalau kamu pejuang Melayu mari adakan debat terbuka di Permatang Pasir bertajuk Siapa Pengkhianat Melayu,” katanya.

Di hadapan hampir seribu hadirin di Kubang Semang, Azmin berkata jika dua pemimpin Umno itu enggan terima cabaran ini, rakyat diminta bangkit membawa prinsip perubahan dengan memberi sokongan kepada calon yang dikemukakan Pakatan Rakyat, Salleh Man Mat Aji.

Azmin dalam sesi penerangannya mengumumkan bahawa pengkhianat sebenar kepada orang Melayu adalah Umno-BN yang mengadaikan tanah milik orang Melayu di Johor.

Bagaimanapun Muhyiddin dikatakan bersikap defensif dengan menyalahkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di atas tindakan berkenaan.

Menurut Azmin, Muhyiddin dalam ceramahnya kepada rakyat di Permatang Pasir mengatakan Tun

Mahathir mengarahkan beliau berbuat demikian setelah diugut Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yu untuk melancarkan perang sekiranya tuntutan beliau ditolak.

Azmin berkata, pihaknya sedang bersiap sedia mengumpulkan segala dokumen bagi membongkarkan siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.

“Bagaimana pemimpin Umno boleh buat keputusan gadai tanah Melayu kepada Singapura semata-mata kerana Lee Kuan Yu. Di mana maruah kita sebagai Melayu di mana kedaulatan kita sebagai rakyat Malaysia. Le Kuan Yu ugut tak bagi air aku isytihar perang, menggegar kepala lutut,” katanya.

“Saya beri amaran kepada Muhyiddin nak perang cakap nak perang kita akan londehkan siapa Muhyiddin sebenarnya dalam Umno,” katanya.

Dalam pada itu juga, Azmin mencabar polis untuk menyiasat pertemuan tertutup Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi bersama menteri Pertahanan Israel.

Beliau meminta Zahid memberikan jawapan apakah hak beliau untuk mengadakan pertemuan dengan penjajah bumi Palestin itu dan apakah agenda yang dibincangkan mereka.

“Orang ini kini menjadi Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang. Bagi saya ketua pengkhianat kepada umat Islam. Ketua pengkhianat kepada orang Melayu adalah yang bersekongkol dengan kerajaan Yahudi Israel,” katanya.

Azmin dalam ucapan beliau juga menyentuh serangan terancang Umno-BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Menurutnya, BN melampaui batas apabila rakyat biasa bukan sahaja mati dalam tahanan polis malahan kini mati dalam tahanan SPRM.

“Sudah melampau, sekarang mereka menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Kalau dulu SPRM digunakan untuk perangi rasuah kini SPRM digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sumber : tvantara

19 August 2009

Seorang Jaguh Kampung Bernama Khairy...

Khairy Jamaluddin adalah jaguh kampung, tidak lebih daripada itu. "Kampung Khairy" terletak di mana sahaja, asalkan beliau dapat berucap secara berapi-api, biarpun tanpa hujah bernas atau benar. Tidak apa jika jumlah penontonnya sedikit.

Yang penting, media arus perdana suruhan Umno-BN, harus hadir untuk menelan apa saja yang diluahkan oleh Khairy bagi "dimuntahkan" semula keesokan hari dalam akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3.

Di "Kampung Khairy", tidak boleh ada perbahasan terbuka mengenai isu-isu bersabit rasuah dan kepentingan rakyat. Kerana isu-isu seperti itu akan menegakkan kebenaran dan mendedahkan siapa Khairy sebenarnya.

Hakikatnya ialah Khairy bukan sahaja pengkhianat kepada kebenaran tetapi beliau juga pengecut yang menarik diri dari perbahasan dengan Ketua Pemuda PAS atas topik yang amat penting: Rasuah dan masa depan Malaysia- di mana peranan pemimpin muda politik?

Setelah menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan Pemuda PAS atas topik yang relevan kepada kelangsungan kaum Melayu dan Islam, Khairy tiba-tiba menarik diri tanpa alasan bernas.

Namun, tidak ramai yang terkejut dengan tindakan itu. Sememangnya tidak banyak yang boleh diharapkan daripada Khairy bersabit isu rasuah.

Khairy sendiri didapati bersalah atas amalan politik wang oleh Lembaga Displin Umno pada pemilihan parti yang lalu. Yang lebih menjengkelkan ialah beliau dibenarkan bertanding dan menang, setelah menewaskan seorang lagi calon "bersih" Khir Toyo. Itulah tahap kepemimpinan dalam Pemuda Umno dan politik yang dibawa oleh parti mereka.

Setelah "lari" seperti cacing kepanasan apabila dicabar untuk berdepan dengan Pemuda PAS, apakah yang dilakukan oleh Khairy untuk menutup malunya: Beliau bertandang ke Shah Alam malam tadi untuk mencaci PAS dan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Beliau membawa segerombolan konco-konconya untuk memaki hamun Anwar dan PAS. Malah Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Ghazali berkata politik PAS mungkin berkesudahan dengan "babi dijual secara terbuka di Shah Alam."

Inilah contoh politik murahan yang dibawa oleh Pemuda Umno kononnya untuk menyatukan orang Melayu. Ini "mesej harapan" yang dijaja oleh Khairy dan Pemuda Umno kepada orang Melayu atas nama mempertahankan kesucian Islam.

Pada ceramah malam tadi, Khairy sendiri membuat pelbagai tuduhan melulu dan fitnah terhadap Anwar. Malah kain rentang dengan kata-kata kesat dan biadap anti Anwar dipaparkan untuk ditanda-tangani oleh Khairy dan konco-konconya.

Serangan peribadi tanpa batas ini hanya disaksikan oleh kira-kira 300 orang, sebilangan besarnya ahli Pemuda Umno sendiri. Hanya beberapa kerat sahaja merangkumi penduduk setempat di Seksyen 6 Shah Alam. Mereka tentunya menggeleng kepala melihat celoteh Khairy dan budak-budak suruhannya.

Segala sandiwara Pemuda Umno ini tidak membawa apa-apa makna. Khairy telah lama hilang kewibawaannya apabila disabit atas kesalahan rasuah politik oleh partinya sendiri. Beliau hilang kredibiliti sama sekali apabila tidak menepati janjinya untuk berbahas dengan kepemimpinan Pemuda PAS dalam usaha membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah.

Sebaliknya, Khairy lebih ghairah meraih sokongan Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno) dengan menganjurkan ceramah-ceramah untuk membidas dan menfitnah PAS serta Anwar.

Ini untuk menguatkan "saham"nya dengan Muhyiddin sebagai taktik untuk mengimbangi pengaruh kuat Hishamuddin Tun Hussein ke atas Perdana Menteri Najib Razak. Itu pertimbangan utama dalam segala rencana politik Khairy. Bukan sukar untuk membacanya.

Namun, politik fitnah sehingga menyerang keperibadian pemimpin seperti Anwar dan Nik Aziz yang dibawa Muhyiddin dan dijaja oleh Khairy sudah lama ditolak orang Melayu dan rakyat amnya.

Buktinya terserlah pada pilihanraya umum 2008 dan pada enam pilihanraya kecil di Semenanjung di mana Umno-BN tewas pada kesemua pemilihan itu. Dan ia akan terserlah sekali lagi di Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Pengecut dan jaguh kampung yang angkuh tidak mungkin menyedari hakikat ini. Khairy Jamaluddin adalah kedua-duanya sekali.

Sumber : tvantara

15 August 2009

Pakatan kukuh, sebulat suara kutuk Umno hina Islam

Oleh Zulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 14 Ogos : Bengkel Memperkukuh Pakatan Rakyat di Tropicana Goft Resort petang semalam bukan sahaja berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu arak di Selangor, malah sebulat suara mengutuk berpuluh tindakan Umno menghina Islam sebelum ini.

Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah banyak laporan polis dibuat berhubung kenyataan Umno menghina Islam dan sensitiviti kaum Cina di Malaysia sebelum ini,tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpinparti terbabit

Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR turut mempersoal tindakan Polis menyerahkan beberapa isu tersebut kepada pemimpin atasan Umno sendiri untuk tindakan susualan dan 'arahan' seterusnya.

Jelas Anwar lagi, masalah arak di Selangor, dakwaan Anthony Loke (DAP) menghina Islam serta gelaran 'pengkhianat' yang dilabelkan ke atas dirinya itu hanya sandiwara arus perdana semata mata; demi menutup salah laku Umno menghina Islam dan kaum Cina.

"Kepimpinan Umno yang hina Islam tidak pernah disiasat, sebaliknya digunakan isu perkauman, soal Cina dan saya (serta) Ustaz Hadi dilaporkan seolah-olah menyokong DAP (dan) Cina hina Islam.

Bercakap dalam sidang media yang sama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersependapat dengan Anwar dan menyifatkan slogan 'Satu Malaysia'yang dialung-laungkan parti-parti pemerintah sekadar menutup permusuhan dalaman masing-masing dari diketahui umum.

"Apa guna kita (Pakatan Rakyat) dikatakan bersama, tetapi tidak bersatu. Itu (Masalah) Barisan Nasional yang sudah dikenali retak.

"Mereka saling bermusuhan walau pun mereka terpaksa melaungkan slogan 'Satu Malaysia'," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menegaskan bahawa bengkel tersebut berjaya menyatukan suara dalam Pakatan Rakyat demi memastikan agenda perubahan terus digerakkan.

Pakatan Rakyat juga bersetuju menubuhkan beberapa sekretariat di pelbagai peringkat untuk memastikan muafakat masing-masing kian kukuh.

Peringkat Penggubalan Dasar akan diketuai bersama Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Sing Giaw yang mana masing-masing adalah Ketua Whip di Parlimen.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua DAPSY Anthony Loke dan MKT PKR Dato' Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan memperkukuh Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Pusat.

Bengkel itu sebulat suara bersetuju menggunakan saluran yang betul di peringkat pusat dan negeri seandainya berlaku lagi sebarang perselisihan pendapat.

Jika satu-satu perselisihan gagal diselesaikan, maka ianya akan dirujuk terus pula pada Panel tatatertib yang dipersetujui bersama.

Terdahulu, Dato' Dr. Hasaan Ali Exco Kerajaan Negeri yang juga Pesuruhjaya Selangor berselisih faham dengan Ronnie Liu Exco Kerajaan Negeri yang juga pemimpin DAP negeri hatta diperbesar oleh media arus perdana. -azm _

Sumber : Harakahdaily

12 August 2009

Ali Rustam dicabar kuatkuasa pengharaman arak

Oleh Zaili Muhammad

MELAKA, 11 Ogos (Hrkh) - Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

"Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu.

"Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam," kata beliau.

Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini.

"Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.

"Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain," katanya.

Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya. - mks._

Sumber : Harakahdaily

10 August 2009

Ali Rustam Perlu Cermin Diri Dulu - Khalid Samad

Cerminlah dulu diri sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan!

Begitulah teguran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat berhubung isu arak.

“Saya menegesyorkan kepada ketua menteri Melaka yang dulu telah di halang untuk bertanding dalam pemilihan umno kerana didapati bersalah atas rasuah politik, mencerminkan dirinya dulu sebelum nak komen orang lain”.

Khalid berkata demikian selepas menyampaian Hadiah Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009 di Auditorium MBSA, petang tadi.

Katanya, Ali Rustam seharusnya mencontohi tindakan kerjaan Selangor dalam menangani isu arak yang menyumbang kepada gejala sosial yang semakin serius melanda masyarakat negara ini.

“Dan negeri Melaka pun patut berusaha untuk mencontohi,dimana kita nak tingkatkan kesedaran di kalangan masyarakat berhubung dengan keburukan dan kerosakan hasil daripada budaya minuman keras,yang selama ini telah menjadi satu perkara yang biasa.so saya rasa dia punya cabaran tu tak kena tempat la”, tambah Khalid lagi.

Isu pengharaman penjualan minuman keras di Selangor telah mencetuskan kontroversi daripada pelbagai pihak.

Khalid berkata setakat in 10 daripada 17 rangkaian 7eleven telah menghentikan penjualan arak di premis perniagaan mereka. Manakala 7 lagi telah memperketatkan penjualan minuman keras kepada orang ramai.

Menurut Khalid lagi, PAS memandang pengharaman ini sebagai satu langkah membendung umat Islam daripada terlibat dengan arak, selain membantu mengurangkan masalah sosial yang berlaku disebabkan pengaruh alcohol.

Sumber : GreenBox

31 July 2009

Keluarkan fatwa mengenai ISA

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Majlis Fatwa perlu mengeluarkan fatwa berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagaimana diminta umat Islam di negara sebelum ini.

Beliau berkata, fatwa tersebut hendaklah adil, bebas daripada terikat dengan mana-mana pihak serta dapat dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa terlibat.:

Menurutnya, perbahasan yang hendak diadakan juga mencakupi kehadiran ahli-ahli politik yang bersetuju dan membantah memberikan pandangan berhubung pelaksanaan akta tersebut.

“Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu pinggiran dibincang sedangkan isu besar membabitkan kepentingan umat ditinggalkan.

“Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan juga Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), masing-masing merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah dan menyokong undang-undang ISA, merancang mengadakan perhimpunan esok walaupun tidak mendapat kelulusan pihak polis.

Dr Asri berkata, mesyuarat Majlis Fatwa yang biasanya berlangsung di hotel-hotel besar perlu mengeluarkan pandangan hebat untuk kemaslahatan umum.

Katanya, sebelum ini pelbagai pendapat telah dikeluarkan berhubung akta tersebut dan adalah mustahil Majlis Fatwa tidak peka dengan apa yang berlaku.

“Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan di beberapa tempat.

“Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama Kerajaan Pusat pula,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

13 July 2009

Tok Guru minta pengundi keluar awal

KOTA BHARU - Pengundi Manek Urai diharap dapat menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai Selasa ini dalam usaha membentuk sebuah kerajaan Islam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pengundi yang berada di dalam dan luar Kelantan diharap dapat pulang mengundi pada hari berkenaan.

“Keluar pagi-pagi untuk mengundi...sebelum itu solat sunat dua rakaat supaya ketika keluar itu kita dalam ibadah.

”Mengundi untuk membentuk sebuah kerajaan...untuk kerajaan Islam. Sistem hari ini tidak boleh membentuk kerajaan Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Halal Kelantan bertemakan Cakna Halal Satu Ibadah di Balai Islam, di sini semalam.

Menurutnya, rakyat wajib menunaikan tanggungjawab mengundi sama ada pilihan raya kecil atau umum dan taat kepada pemerintah juga wajib, dan sekarang Pas adalah pemerintah negeri itu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mursyidul Am Pas itu berkata, tema Cakna Halal Satu Ibadah dalam seminar tersebut adalah tepat kerana kadangkala masyarakat terlupa mencari yang halal juga satu ibadah.

Katanya, mengambil pemakanan halal, rezeki halal, berniaga jujur dituntut Islam dan memperoleh ganjaran di akhirat kelak.

Pada majlis itu beliau turut menyaksikan penyerahan zakat bagi rangkaian restoran Pizza

Hut Kelantan berjumlah RM33,424 dan rangkaian restoran KFC Kelantan RM55,280 daripada Pengarah Urusan QSR Brands Bhd dan KFC Holdings, Jamaluddin Mat Ali kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Zin.

Nik Abdul Aziz turut menyaksikan penyampaian zakat Hospital Pakar Per-dana Kota Bharu sebanyak RM20,000 oleh Pengerusinya, Aminuddin Dawam kepada Kamarudin.

Sumber : Sinar Harian

10 July 2009

ISU KUBUR CINA : JAWAPAN KENYATAAN S/U UMNO BAHAGIAN JASIN

Dicatat oleh Khairul Adli Abdullah

Petikan Malaysia Kini - Isu kubur Cina: Tiada ahli Umno keluar parti
Muda Mohd Noor

Umno bahagian Jasin menafikan 80 ahli cawangan Kampung Pondok Kempas keluar parti kerana membantah projek pembinaan kubur Cina seluas 80 ekar di kampung itu.

Setiausaha Umno bahagian, Ghazali Muhamad berkata, mereka tidak keluar parti tetapi mengugut berbuat demikian supaya kerajaan negeri memenuhi tuntutan mereka dengan membatalkan projek pembinaan kubur berkenaan....klik di sini untuk selanjutnya...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan dan ulasan dr wakil penduduk:

Merujuk kenyataan YB Tuan Hj Ghazali Muhamad dalam Laman Web Malaysia Kini pada tarikh 8 Julai, 09, saya Mohamad Bin Keling, selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menentang Pembinaan Rumah Mayat dan Jirat Cina di Pondok Kempas berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menjawab dan membuat beberapa penjelasan serta pembetulan mengenai kenyataan tersebut.

Pertama saya melihat kenyataan tersebut adalah kurang tepat dan tidak berdasarkan fakta yang benar. Berhubung dengan tindakan seramai 80 ahli UMNO cawangan Pondok Kempas/Kesang Pajak keluar parti bukanlah suatu ugutan atau main wayang untuk mendapat perhatian berkaitan dengan desakan kami untuk membatalkan projek pembinaan rumah mayat dan jirat cina tersebut. Memang benar kami belum menghantar surat rasmi keluar parti kepada UMNO, tetapi sedarkah YB bahawa Mesyuarat Agung UMNO cawangan ini yang diadakan di bengkel Encik Zakaria Hassan baru-baru ini hanya dihadiri sekitar 30 orang ahli sahaja termasuk kanak-kanak. Sedangkan ahli berdaftar bagi cawangan ini adalah seramai hampir 300 orang. Manakah perginya ahli-ahli yang lain itu? YB Datuk Hj Ahmad Hamzah yang hadir pada malam mesyuarat Agung tersebut boleh mengesahkan perkara ini.

Kedua, saya dan ahli-ahli JK Bertindak dan penduduk Kampung ini yang kurang cerdik bahkan dianggap bodoh oleh Pengerusi UMNO merangkap Pengerusi JKKK Pondok Kempas Hilir, kami sedar bahawa jirat dan rumah mayat yang didirikan di atas tanah Lot 411 adalah geran besar dan milik persendirian. Tetapi sedarkah YB Tn Hj Ghazali, siapakah yang bertanggung-jawab meluluskan perubahan syarat tanah tersebut daripada tanah pertanian kepada perkuburan? Begitu mudahkah mana-mana pemilik tanah persendirian untuk membuat kubur, atau kilang arakkah atau apa saja di atas tanah mereka? Apakah negara kita tidak mempunyai undang-undang atau dasar serta garis panduan bagi melaksanakan sebarang projek seperti ini? Inilah yang menghairankan kami.

Di samping itu, jika dikatakan oleh YB bahawa perkuburan tersebut adalah perkuburan cina tunggal di Jasin, kenapa pilih lokasinya di tengah-tengah kampung kami.Bahkan yang lebih mendukacitakan ialah perkuburan tersebut tidak sampai pun 100 meter jaraknya daripada rumah penduduk kampung. Tidak adakah kawasan lain di Jasin ini yang lebih sesuai untuk tujuan tersebut?

Di sini, saya ingin mempersoalkan mengapakah UMNO yang selama ini melaungkan perjuangannya demi agama, bangsa dan negara tidak langsung memikirkan nasib dan masa depan orang Melayu/Islam di sini? Sedarlah YB, kami bukan bercakap atas dasar perkauman sempit, tetapi berdasarkan pandangan jauh dan hujah yang kukuh, bukan secara emosional. Sedarkah YB serta para pemimpin UMNO lain yang merasakan telah bertindak bijak, bahawa pembinaan jirat Cina di tengah-tengah kampung Melayu itu akan menimbulkan rasa prasangka atau prejudis. Ini adalah fitrah manusia. Dari segi psikologi, dalam jangka masa panjang perasaan prejudis itu akan menimbulkan rasa benci dan dendam secara sedar atau tidak. Oleh itu, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab memupuk perasaan benci dan perkauman ini? Adakah kami orang kampung yang dikatakan bodoh ini tangan-tangan yang meluluskan projek tersebut pada hari ini? Lebih jauh lagi jika beginilah cara berfikir para pemimpin UMNO kini,dapatkah impian “1 Malaysia” seperti yang di war-war YAB Perdana Menteri itu tercapai? Berdasarkan fakta ini, bolehkah YB mengatakan kami penduduk Kampung Pondok Kempas dan Kesang Pajak tidak tahu bersikap bertolak ansur dalam masyarakat majmuk ini?

Ketiga, berhubung dengan isu pemberian tanah seluas 4 ekar (bukan 4 hektar seperti yang YB nyatakan ) oleh syarikat pemilik kubur cina untuk dijadikan tapak masjid dan tanah perkuburan Islam. Sedarkah YB, pemberian tersebut ada udang di sebalik batu ? Pada hemat kami pemberian tersebut semacam sogokan untuk mendapatkan kelulusan syarikat tersebut membina tanah perkuburan cina seluar 72 ekar di atas tanah Lot 411 itu. Apakah pada pandangan YB Tuan Hj Ghazali, penduduk Islam di sini tidak ada rupa atau tidak mampu untuk mendapatkan sendiri tapak masjid tersebut? Mana maruah kami dan UMNO sendiri yang kononnya lantang memperjuangkan Islam? Amat memalukan! Untuk pengetahuan YB dan para pemimpin UMNO, kami penduduk Kampung Pondok Kempas dan Kesang Pajak ingin menyatakan bahawa kami lebih rela lambat dapat masjid dan tanah perkuburan Islam itu daripada menerima tanah dan masjid secara tukar sogok dengan jirat cina. Kebanyakan penduduk (kecuali Pengerusi dan ahli-ahli JKKK) di sini lebih rela kekal seperti sekarang, iaitu penduduk Kesang Pajak kekal ahli kariah Masjid Kesang Tua dan penduduk Pondok Kempas kekal ahli kariah masjid Selandar.

Keempat, YB ada menyebutkan bahawa UMNO Bahagian Jasin telah mengadakan perbincangan dengan pendudukl Kampung ini. Saya amat kesal dengan kenyataan yang palsu ini. Kami ingin bertanya bila dan di manakah perbincangan itu diadakan ? Setahu kami JKKK Pondok Kempas Hilir pun tidak pernah membawa kami berbincang dalam banyak isu penting di kampung ini, termasuklah isu projek jirat cina ini. Pengerusi dan ahli JKKK kampung ini memang selalu mencanangkan di kedai-kedai kopi bahawa mereka bersetuju menerima tanah 4 ekar yang ditukar sogok dengan kelulusan projek jirat cina tersebut. Untuk pengetahuan YB juga, setahu kami YB Ahli Parlimen Jasin dan YB ADUN Bemban juga sekian lama tidak pernah turun padang untuk menjenguk dan bertanya khabar orang kampung Pondok Kempas. Kedua-duanya hanya mengadakan lawatan sekali selepas kami mengadakan demonstrasi aman membantah pembinaan jirat tersebut pada bulan Mei lalu. Itu pun bukan untuk bertanyakan isu-isu penting seperti isu kubur cina ini, tetapi hanya untuk memberi bantuan kepada mangsa atap (zing 5/6 keping) rumah tercabut. Hanya untuk tunjuk muka sahaja.

Satu perkara yang juga ingin saya bertanya kepada YB dan lain-lain pemimpin UMNO, adakah kami yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan menyanggah pendapat atau sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan UMNO, maka kami dilabelkan sebagai pembangkang atau didalangi parti lawan. Apakah makna demokrasi bagi para pemimpin UMNO? Adakah Hang Nadim betul-betul tidak boleh wujud atau tidak dibenarkan wujud dalam UMNO ? Kami amat musykil tentang perkara ini.

Akhir kata, kami ingin mengingatkan bahawa pembinaan rumah pembakaran mayat dan jirat cina ini adalah suatu musibah, tetapi musibah ini bukan datang begitu sahaja, sebaliknya dibawa masuk oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Di hadapan manusia lidah boleh berdolak-dalik, di hadapan Allah nanti kita sama-sama jawab.

Sekian,

Yang Benar,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Membantah Pembinaan Rumah Pembakaran Mayat & Jirat Cina.



(MOHAMAD BIN KELING)

sila layari http://pondokempas.blogspot.com/
admin-tahniah kepada penduduk pondok kempas!suara akar umbi telah berkumandang di Jasin!Apa khabar umno Jasin?Projek yg tidak membawa manfaat kepada penduduk sekitar khasnya penduduk pondok kempas.Teruskan perjuangan wahai warga pondok kempas!1malaysia-'rakyat di dahulukan.....'PIRAHHHHHHHHHH.....

08 July 2009

Kes Qazaf : Setahun Berlalu, JAWI Masih 'Siasat'

Oleh: ANNA YUSOF

Peguam Syariah Kamar Ainiah Kamaruddin mendedahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI melengah-lengahkan siasatan terhadap aduan Qazaf yang dibuat oleh Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat yang dilemparkan keatasnya oleh Saiful Bukhari Azlan.

Kamar Ainiah berkata pihaknya telah menulis sebanyak tiga kali kepada Jawi menanyakan status penyiasatan kes tersebut setelah hampir setahun berlalu.

"Terbaru mereka mengatakan kes ini masih dalam siasatan. Saya pun tidak faham mengapa mereka mengambil masa terlalu lama kerana bagi saya kes ini tidak rumit berbanding dengan perbicaraan kes liwat di mahkamah sivil," katanya.

Anwar telah memberi penyataan beliau secara terperinci pada 30 Julai 2008 di pejabat Jawi dan saksi-saksi juga telah dipanggil memberi keterangan. Saiful juga telah dua kali disoal pihak JAWI.

"Berdasarkan bukti-bukti laporan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Rawatan Pusrawi yang menyatakan tiada sebarang tusukan berlaku, juga mengukuhkan aduan Qazaf Anwar," kata Kamar Ainiah.

"Anwar telah memohon pengadilan syariah daripada Mahkamah Syariah untuk membersihkan kehormatannya yang telah diaibkan secara berleluasa sekali, setakat ini beliau masih menunggu keadilan daripada institusi kehakiman Islam di negara ini," jelas beliau.

"Alangkah malangnya jika pihak berkuasa berkenaan iaitu Jawi tidak memberi perhatian serius terhadap laporan tersebut," tegas Kamar Ainiah lagi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat aduan Qazaf terhadap Saiful ke Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 9 Julai 2008.

Dalam aduannya Anwar berkata Saiful telah membuat suatu penyataan palsu yang menuduh beliau diliwat tanpa kerelaan pada 28 Jun 2008 di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur.

Kesalahan Qazaf adalah salah satu daripada kesalahan jenayah di bawah Akta Kesalahan Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Kamar Ainiah juga mendakwa Anwar adalah mangsa konspirasi berdasarkan beberapa bukti nyata.

Antaranya ialah Saiful didakwa mengadakan pertemuan dengan pegawai penyiasat kes liwat terhadap Anwar pada 1998 lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh majikannya pada 26 Jun 2008.

Menurut Kamar Ainiah yang mengendalikan kes Qazaf yang difailkan oleh Anwar, perjumpaan itu menguatkan persepsi rakyat bahawa kes liwat kedua terhadap Ketua Pembangkang itu telah direkacipta.

Kamar Ainiah juga merujuk kepada kehilangan Saiful secara tiba-tiba daripada pejabat Anwar, pertemuan dengan Najib Razak beberapa hari sebelum membuat laporan polis dan mengadakan majlis sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan Ramlang Podigi juga dalam akuan bersumpahnya mendedahkan majlis sumpah laknat itu didalangi Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Alwi.

"Mufti Wilayah Persekutuan juga membuat kenyataan berbaur politik apabila beliau mempertikaikan kelayakan bekas imam Ramlang Porigi untuk mempersoalkan keabsahan sumpah laknat tersebut.

"Saya yakin semua ini menunjukkan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah semata-mata berniat jahat untuk menjatuh beliau sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.

"Pihak berkuasa yang berasa tergugat kepentingan mereka akan melakukan apa sahaja untuk menekan Anwar termasuk membuat fitnah terhadap beliau seperti yang dilakukan oleh Saiful," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Sumber : tvantara

24 June 2009

TAK PERLU TAKUT KERANA BANGSA, TAPI TAKUT KERANA AGAMA


Utusan meroyan melaporkan[1];

”Orang Melayu kini mempunyai sebab yang jelas untuk bimbang mengenai kelangsungan pengaruh mereka selaku kaum majoriti.

”Kebimbangan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (gambar) apabila, dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun parti Pas tunduk kepada tekanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)”

”Sedih dengan senario itu, beliau berkata sikap tunduk pada DAP dan PKR seolah-olah menjadikan Melayu seperti golongan penakut.

“Kini rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Siapa pula hanya mementingkan kepentingan politik semata-mata.

“Patutkah kita tunduk kepada pihak lain dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. Adakah mereka akan tunduk sama dalam isu yang berkaitan kepentingan kaum mereka. Tidak, mereka sebaliknya bersatu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini”

KOMEN:

UMNO tidak perlu bimbang dengan perjuangan Islam yang wujud dalam jiwa orang Melayu dari parti PAS. Yang UMNO perlu bimbang adalah, perjuangan bangsa yang diperjuangkan oleh orang melayu UMNO.

PAS bukan perjuangan bangsa, tetapi perjuangan agama. Apabila disebut agama, melayu, cina dan india boleh duduk bersama-sama. Tidak seperti UMNO, yang hanya meletakkan melayu sahaja bersama-sama.

Sahabat-sahabat Nabi SAW, tidak terdiri dari kalangan arab sahaja, tetapi disana wujud orang Suhaib Ar-Rumi (orang Rom), Salman Al-Farisi (Orang Farsi@Iran) dan banyak lagi. Bermakna, beragama cara Nabi SAW tidak membataskan kepada sesuatu bangsa seperti perjuangan sesat UMNO.

Perjuangan nabi SAW itu, wujud dalam PAS.

Isu tekanan pula.

Tidak timbul tekanan atau tidak. Yang pastinya, UMNO terdesak dan bersedih disebabkan tidak berjaya hendak mempertahankan kuasa mereka dengan menyeru PAS kepada mereka.

PAS bukan bodoh seperti UMNO. ini kerana, sekarang ini adalah musim rakyat membenci UMNO. Justeru, bersama dengan UMNO, bermakna melemparkan diri kepada kebencian rakyat.

UMNO sepatutnya kena fikir, kenapa rakyat membenci mereka, bukannya merasa sedih disebabkan PAS bersama Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin disayangi rakyat

UMNO adalah jijik dan kotor !!!

Sekian

Al-Bakistani
http://www.g-82.blogspot.com/

22 June 2009

SIS Seret KDN Ke Mahkamah, Rabu Ini

Kes mahkamah Sisters in Islam (SIS) mencabar keputusan kerajaan mengharamkan bukunya Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism tahun lalu akan didengar Rabu ini.

Peguam NGO terkenal itu Malik Imtiaz Sarwar dan K Shanmuga akan mendengar permohonan untuk semakan kehakiman kes tesebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jam 11 pagi.

Ogos lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku tersebut yang disunting seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Norani Othman dengan alasan “mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya.”

Norani seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Bangi.

Buku setebal 215 halaman itu memuatkan 10 bab hasil karangan beberapa pemikir wanita Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Norani, bertindak sebagai penyunting karya tersebut, mengarang makalah pertama yang dijadikan judul buku berkenaan.

Beliau bersama bekas pemimpin utama SIS Zainah Anwar menghasilkan bab terakhir ‘Muslim women, the challenge of Islamic extremism and the way forward to building bridges between Southeast Asia dan the Middle East.’

Makalah-makalah ini hasil perbincangan penyumbang- penyumbangnya di Bellagio, Itali pada 2003 dengan biaya Yayasan Rockefeller.

Pertemuan pertama bermula di Kuala Lumpur pada Januari tahun itu.

Selain dua penulis ini dan Toni Kasim dari Malaysia, penyumbang lain termasuklah Fatma Khafagy (Mesir), Kamala Chandrakirana (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Iran), Amina Lemrini El Ouahabi (Maghribi), Hoda Rouhana (Palestin), Norma A Maruhom (Filipina) dan Suzaina Kadir (Singapura).

Ketua penolong setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abdul Razak Abdul Latif dilaporkan berkata, jika penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat.

Sumber : Suarakeadilan

19 June 2009

'Dakwah PAS kepada Umno seperti Musa temui Firaun'

Oleh Jimadie Shah Othman & Fathi Aris Omar

Bagaimana ustaz menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dan pemimpin yang menonjol dalam Pakatan Rakyat?

Beliau salah seorang tokoh politik yang dihormati dan mencipta nama, terutamanya selepas (gelombang) Reformasi (selepas dipecat September, 1998). Walaupun ada pro dan kontra terhadap keperibadian dan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin, tetapi mahu tidak mahu kita harus akui, beliau mempunyai kredibiliti tertentu untuk dilantik dan dipilih sebagai ketua pembangkang.

Peranan yang paling besar perlu beliau mainkan adalah memastikan parti-parti dalam Pakatan berkembang dan menyaingi BN – itu memang menjadi harapan umum dan harapan rakyat keseluruhannya.

Dengan masalah peribadinya? Kesnya akan didengar di mahkamah awal bulan depan. Adakah ini akan menggugat kerjasama dalam Pakatan?

Setakat ini, kita melihat dari sudut momentum rakyat sejak dizalimi pada era awal reformasi, kes (liwat) yang dialami ini tidak akan menjejaskan kredibiliti beliau.

Sebab dapat kita lihat, bahawa penganiayaan dan kezaliman Umno-BN itu lebih ke depan. Orang tidak fokus apa yang dipolemikkan terhadap peribadi Datuk Seri Anwar, tetapi orang akan melihat kepada Umno dan BN yang bertindak ke atas Anwar.

Jadi dalam isu ini, bila-bila pun, orang akan pergi ke (kesimpulan) situ. Sehingga ada ungkapan, oleh kerana terlalu zalim dan jahatnya Umno dan BN ini, setiap satu atau dua kebaikannya akan tenggelam begitu sahaja.

Kebaikannya (Umno-BN) kita tidak nafikan (sebagai) satu kebaikan. Tetapi ia akan tenggelam kerana begitu besarnya kezaliman yang dilakukan (Umno-BN) sebelum ini.

Jika beliau didapati bersalah, apabila beliau tidak dapat bersama Pakatan? Adakah ia menggugat kerjasama dalam Pakatan? Orang melihat DAP dan PAS sangat jauh ideologinya, berbeza dengan Anwar yang dilihat berada tengah-tengah. Jadi bagaimana Pakatan dalam situasi seperti itu?

Kalau kita lihat hari ini, sistem kehakiman itu sendiri sering dipertikai. Kalau kita lihat dalam keputusan mahkamah yang melibatkan (kemelut politik) negeri Perak, misalnya, juga gagal diterima secara bulat oleh rakyat. Jadi, apa pun yang dilakukan Umno dan BN sekarang ini tidak menjadi satu kebaikan atau keuntungan bagi mereka.

Takdir, katakanlah, dengan saya menyebut semoga dijauhkan Allah (perkara ini), semoga tidak jadi begitu. Takdir, katakanlah, mahkamah mensabitkan kesalahan (terhadap Anwar) sekalipun, saya rasa sukar untuk diterima oleh rakyat. Kerana ketelusan institusi kehakiman gagal dipulihkan kerajaan Umno-BN.

Sebab itu, tuntutan kita supaya mereka memulihkan institusi kehakiman dan badan-badan lain seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya.

Inilah isu pokoknya. Jika di situ (pemulihan institusi) tidak selesai, selama-lamanya orang melihat sama ada Datuk Seri Anwar, atau sesiapa pun, hanya mangsa kepada kezaliman Umno dan BN.

Dulu Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri sebelumnya, cuba melakukan reformasi dalam sebahagian bidang ini. Bagaimana ustaz melihatnya?

Saya melihat apa yang dilakukan Pak Lah tidak sampai. Dan (Datuk Seri) Najib (Razak) dilihat tidak berjaya meneruskannya. Tambahan, Najib sendiri diselubungi pelbagai fitnah, dakwaan (negatif) atas dirinya yang gagal dibersihkannya.

Kalau dirinya sebagai perdana menteri dipertikaikan integritinya, bagaimanana institusi dan kementerian di bawah kepimpinannya dilihat mempunyai integriti? Walaupun ia (reformasi) pernah dicuba pada zaman Pak Lah sebelum itu, usaha Pak Lah saya lihat tidak banyak tercapai.
Dengan gambaran negatif yang diberikan terhadap Umno-BN bawah kepimpinan Najib, bagaimana konteks idea muzakarah, dialog dengan Umno? Secara prinsipnya, bagaimana ustaz melihat isu ini?

Ia berasaskan prinsip dakwah. Oleh kerana kita (PAS) adalah gerakan Islam, kita sentiasa menganggap diri kita pendakwah untuk menyampaikan risalah kepada sesiapa sahaja, sekaligus Umno dan BN yang kita akui sebuah parti atau kerajaan yang salah dan zalim. Atau lebih tepat, bertentangan dengan dasar Islam itu sendiri.

Sejahat mana pun mereka, kita tidak boleh meninggalkan mereka (dalam dakwah). Kita mesti sampaikan dakwah ini hingga ke depan pintu rumah mereka. Soal mereka hendak terima atau tidak, itu soal hidayah daripada Tuhan.

Tetapi tugas dan tanggungjawab kita (PAS) menyampaikan risalah Islam kepada mereka, beritahu dasar perjuangan kita kepada mereka dan beritahu apa yang kita mahu memberi sumbangan kepada pembangunan negara, ekonomi, politik, bahkan sosial dan agama itu sendiri.

Kita diperintahkan oleh Allah menyampaikan dakwah Islam secara bijaksana dengan mengambil kira kaedah, kepelbagaian dan seumpamanya. Kedua, kita juga menyampaikan nasihat-nasihat yang tidak jemu kita berikan melalui khutbah, kuliah dan memorandum. Begitu juga dialog, debat atau apa saja ruang yang kita boleh sampaikan risalah kita.

Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?

Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno).

Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno – seperti isu yang berbangkit saat ini). Berunding tidak bermakna menyertai. Berunding, berbincang atau berdialog – itu bermaksud mengajak mereka memahami dasar perjuangan.

(Pandangan) itu secara prinsipnya, ustaz. Selain ceramah, akhbar, Parlimen, kita lihat jarang sekali diadakan dialog misalnya antara Dewan Pemuda PAS dan Pemuda Umno. Jadi, adakah ustaz akan menerokai bidang-bidang ini?

Ya, insya Allah, saya akan melibatkan (diri) lebih aktif. Ini yang saya kata, kita akan melibatkan ruang-ruang baru, usaha-usaha baru yang kita akan lakukan.

PAS selama ini memang mengambil sikap (mahu) engagement dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun ini terhadap bukan Islam dan NGO. Kenapa bagi Umno dan BN, saya lihat amat terkebelakang? Bagaimana hendak menggalakkan dakwah kalau pertemuan pun tidak ada? Mungkin orang mempertikaikan kalau ada rundingan tertutup (PAS-Umno), timbul misteri, ragu-ragu dalam dan luar parti, tetapi forum terbuka ini...

Ya, saya melihat (forum terbuka) itu juga satu keperluan sekarang. Cuma kita sedang memikirkan mekanismenya. Di sana kita melihat kekangan dan manipulasi media. Apabila kita buat terbuka, ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil pendekatan memanipulai isu atau perbincangan tersebut. Kita akan cuba melihat dan kita akan mula bergerak ke arah itu.

Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan, dari segi prinsipnya, ustaz secara peribadi melihatnya bagaimana?

Pada 11 Jun yang lalu, PAS pusat telah mengadakan mesyuarat. Dan kita telah mengambil satu persefahaman atau keputusan untuk menghentikan polemik isu kerajaan perpaduan sehinggalah satu muzakarah politik diadakan di peringkat parti.

Maknanya, satu mekanisme yang diambil oleh parti untuk menyelesaikan masalah atau untuk mengambil tindakan lanjut ekoran idea yang dilontarkan Presiden (PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Muzakarah itu (nanti) akan dibincang secara lumat dari pelbagai aspek - dari segi hukumnya (kerajaan perpaduan), kesesuaian politik dan sebagainya.

Selepas itu, barulah presiden akan membuat pengisytiharan, apa langkah (PAS) seterusnya. Buat masa ini, (kerajaan perpaduan) hanyalah gagasan idea, pemikiran atau ijtihad politik Datuk Seri presiden dan ia terbuka kepada perbincangan.

Isu ini akan terus dihadapkan kepada PAS dan Dewan Pemuda mesti menjawab banyak kali persoalan yang sama. Barangkali juga isu yang sama akan diketengahkan pada pilihanraya kecil Manek Urai. Ustaz melihat bagaimana, perkara ini diteruskan atau terus berkata tidak ada?

Apabila ia telah menjadi keputusan parti di peringkat pusat (selepas muzakarah), maka seluruh kepimpinan (di semua peringkat) seharusnya mendukung keputusan yang sama. Dan saya yakin, kalau semua mendukung keputusan yang sama dan serupa, maka isu ini boleh diselesaikan.

Tinggal lagi, kita tidak bertanggungjawab dengan mainan media musuh yang mewakili Umno dan BN, sebagai contoh, yang pastinya mengambil seluruh ruang dan kesempatan memainkan isu ini.

Tetapi isu ini juga didorong oleh (kenyataan) beberapa pimpinan parti (PAS) yang...

Itulah yang saya kata, jika sekiranya seluruh kepimpinan itu mendukung keputusan yang dicapai itu, insya Allah segalanya selesai.

Jadi seolah-olah ada pergeseren yang terbuka (di kalangan pemimpin atasan PAS)?

Saya sebut tadi, (kerajaan perpaduan) ini adalah gagasan pemikiran yang terbuka kepada perbahasan. Saya tidak anggap (perbezaan) itu satu pergeseran, itulah wacana perbahasan yang kita maksudkan tadi.

Cuma, mungkin perbahasan itu perbahasan yang hangat dan terbuka, bukan diprogramkan secara khusus dalam majlis. Ada perbahasan yang kita khususkan, ada formatnya, ada skemanya. Bahkan ada perbahasan terbuka di kedai kopi, Dewan Rakyat dan seumpamanya.

Ahli-ahli dan pemimpin Dewan Pemuda PAS sendiri melihat bagaimana (isu kerajaan perpaduan)?

Saya positif. Saya melihat apabila wujudnya perbahasan begitu, ia membentuk kematangan. Selagi kita memahami perbahasan merupakan percambahan fikiran, bukan dibaca sebagai satu perbalahan dan pergeseran. Sebab itu, kita kena berlapang dada, bertolak ansur dan tenang dalam mengurus apa jua polemik, barulah kita matang.

Tidak timbul kegelisahan di kalangan ahli-ahli PAS sendiri?

Ahli PAS, saya yakin, dalam tempoh yang panjang bersama PAS, mereka dididik untuk mendengar kata pemimpin. Mereka dididik untuk mengikut kata pemimpin. Mungkin selepas muzakarah politik (dalam PAS) nanti, apabila pemimpin memberi kata putus, saya bercaya ia boleh selesai.

(Kerjasama) ini bukan baru (kepada PAS), sudah banyak kali. Sebelum ini berlaku dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kemudian Barisan Alternatif. (Kerjasama) ini semua siri-siri ijtihad politik. Apabila berlaku ijtihad politik, sedikit sebanyak berlakulah pergolakan atau perbahasan terbuka.

Di situ, pihak yang tidak bertanggungjawab mensensasikan dan melaga-lagakan tokoh-tokoh tertentu, bergolak buat seketika. Tetapi apabila dibuat keputusan dalam muktamar, saya percaya ahli akan bertaut kembali.

Maksudnya muqabalah (dengan Umno) dan isu kerajaan perpaduan ini tidak akan memecahkan parti?

Tidak, walaupun ia hangat dari segi perbahasan. Jika sekiranya pemimpin bijak dan tepat mengambil tindakan, saya nampak ia tidak ada masalah.

Di kalangan pemimpin Pakatan pula bagaimana? Sebabnya, kalau ustaz beri contoh APU, ia tidak kekal lama, begitu juga Barisan Alternatif. Apabila timbul isu ini, apakah Pakatan akan retak?

Saya tak bolehlah nak jawab bagi pihak orang lain. Tetapi saya percaya, melalui sekretariat (Pakatan) yang akan kita bentuk nanti, kita boleh memberikan penjelasan dan duduk bersama untuk menyelesaikan isu berbangkit ini secara harmoni.

Saya lihat apa pun yang berlaku, kuncinya salah faham, atau kegagalan kita menyampaikan maklumat dengan tepat dan (kegagalan) menyelesaikan isu secara harmoni. Jadi, kalau kita boleh pulihkan isu, insya Allah banyak masalah boleh selesai.

Jadi, banyak masalah dalam Pakatan selama setahun ini, sebahagian masalah salah faham?

Itu antara faktor utama, sebab kita tidak ada satu sekretariat yang betul-betul menyelaraskan ketiga-tiga (parti) ini. Sebab itu, dalam muktamar ini, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menimbulkan supaya diwujudkan sekretariat khas. Sebelum ini ada, tetapi tidak berkala. Cuma di peringkat majlis presiden (Pakatan).

Sumber : Malaysiakini

12 June 2009

Perkasakan masjid, bukan berebut jawatan

Angkatan Muda PKR Selangor menggesa semua pihak memperkasakan institusi masjid dan tidak berebut jawatan seperti yang dialami sekarang susulan rombakan ahli jawatankuasa sejak awal bulan ini.

"Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa agar semua pihak menumpukan kepada usaha-usaha kepada pemerkasaan dan pengimarahan institusi masjid agar dapat menjadi institusi yang mendidik masyarakat ke arah kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan," kata ketua penerangannya Mohd Ezli Mashut.

"AMK menggesa semua pihak agar menghentikan perbalahan dan polemik negatif berkaitan dengan isu pemilihan ahli jawatankuasa masjid bagi sesi 2009-2012 ini dengan segera.

"Perkembangan mutakhir kini dikhuatiri boleh membawa perpecahan kepada masyarakat Islam di negeri ini."

Beliau mengulas tindakan sesetengah pihak yang didakwa ingin membawa rasa tidak berpuas hati terhadap pelantikan baru jawatankuasa masjid kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"AMK Selangor merasakan tindakan ini hanya mencemarkan nama baik institusi masjid yang sewajarnya dipelihara oleh semua pihak," kata Mohd Ezli lagi.

"AMK Selangor yakin soal tidak puas hati berkenaan pemilihan ahli jawatankuasa masjid adalah soal kecil yang boleh diselesaikan dengan cara berhemat dan terpuji.

"Malahan jawatan sebagai makmum yang sebenarnya perlu diisi dengan segera memandangkan jawatan ini sentiasa kosong khususnya pada waktu solat Subuh."

Selain itu, Umno negeri pula dilaporkan ingin menyerahkan memorandum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah pelantikan imam dan nazir masjid yang dilantik tidak mengikut keputusan majoriti kariah serta anggota jawatankuasa masjid.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar mendakwa walaupun pengundian dibuat melalui mesyuarat agung tetapi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) didapati membuat pelantikan tanpa merujuk kepada keputusan pengundian itu.

"Mengapa ada pihak lain yang lebih tinggi dari keputusan mesyuarat agung? Lebih baik lantik guna kuasa dan tak perlu mengundi. Tindakan mereka ini buang masa dan mempersenda demokrasi," katanya, yang juga menteri pertanian dan industri asas tani.

Menurut Bernama, senario itu disahkan berlaku di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya apabila nazir dilantik dari kalangan mereka yang tidak mendapat undian tertinggi.

Noh juga tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku berdasarkan
perbezaan fahaman politik dengan kerajaan Pakatan Rakyat apabila ramai ahli jawatankuasa masjid yang kebetulan menyokong Umno telah digugurkan.

Sumber : Malaysiakini

11 June 2009

kerajaan DAP pulau pinang dah rancang projek bulan ramadhan? umno kelu macam kayu!

Pulau Pinang peruntuk RM213,000 sempena Ramadan


Georgetown: Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM213,000 kepada semua masjid di sekitar negeri sempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim, berkata peruntukan ini bertujuan mengimarah dan menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang akan meningkatkan syiar Islam khususnya di negeri ini.

"Jumlah peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5,000 untuk kegunaan masjid negeri, RM2,000 untuk setiap masjid daerah dan RM1,000 kepada masjid kariah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan negeri ini akan membolehkan masjid menjalankan pelbagai aktiviti dan akan mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat khususnya umat Islam melalui masjid.

Abdul Malik berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan itu termasuk majlis berbuka puasa dan tadarus al-Quran.

Di Pulau Pinang, terdapat satu masjid negeri, empat masjid daerah dan 200 masjid kariah. - Bernama

05 May 2009

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus

Oleh Jimadie Shah Othman

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.

Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan.

"Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu.

Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata:

"Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Medan Damansara -milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu.

Sumber : Malaysiakini

28 April 2009

Tuan Mufti....apa ceriter?

tok mufti tolonglah tegas sikit..!!

[fatwa_sureheboh1.jpg]

[fatwa_sureheboh2.jpg]




-baru-baru ni sure heboh di Lumut.....??????Mufti negeri dah declare Haram...tp buat juga....sapa yg salah?sapa yg hina agama???sapa yg membelakangkan agama?????Kata memperjuangkan agama dan bangsa.......apa cerrrrr?????

21 April 2009

Gobind Singh serah sumbangan kepada sekolah tahfiz

Oleh Muhammad Arif Ismail Foto Wan Zahari Wan Salleh

PUCHONG, 21 April (Hrkh) - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah menyerah sedikit sumbangan dalam satu Majlis Kesyukuran sempena penubuhan sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Al-Hira dekat sini pada 19 April lalu.
Gobind ketika ditemui berkata, beliau berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kesyukuran sempena penubuhan Akademi Tahfiz Al Hira.

"Saya diberitahu dalam beberapa minggu lalu agar boleh mendapatkan sedikit sumbangan kewangan bagi menjayakan projek memberi pendidikan agama dan tahfiz kepada penduduk di sekitar Puchong.

"Di sini saya mahu tegaskan dua perkara iaitu, sebagaimana kita maklum bahawa saya sebagai Ahli Parlimen Puchong, peruntukkan yang kita dapat ini tidak selaras dengan peruntukkan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)," katanya.

Oleh itu, menurut beliau yang berjanji dengan pengetua sekolah ini untuk sedaya upaya untuk mendapatkan sedikit sebanyak sumbangan dari Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek ini yang dilaksanakan oleh akademi ini.

Beliau menegaskan bahawa, akademi tahfiz seperti ini cukup penting kepada penduduk di dalam Parlimen Puchong.

"Saya hadir pada hari ini kerana hendak melihat sendiri sejauh mana perjalanan projek yang dilaksanakan dan projek ini memang berjaya. Saya harap, akademi ini akan terus berkembang agar seluruh Puchong bahkan seluruh negara tahu mengenai akademi tahfiz ini," sambung beliau.

Sementara itu, menurut pengetua, Ustaz Mohamad Izan Abdullah Halim al hafiz atau lebih mesra dikenali Adam, akademi ini telah ditubuhkan pada 5 Februari lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat mengalakan.

"Atas dasar inilah kita cuba tubuhkan sebuah institusi yang bertarafkan agama yang akan memberi faedah kepada seluruh penduduk di kawasan ini," katanya.

"Kita di sini tidak meletakkan kadar yuran yang tinggi. Sebab itulah kami, memerlukan sumbangan dari orang ramai kerana kami hanya untuk membantu memberi pendidikan Islam ketika masyarakat sangat dahagakan ilmu agama iaitu kami bantu orang yang jahil dalam ilmu agama.

"Apa yang penting ialah mereka mempunyai kesedaran dan minat untuk menghafaz kalam-kalam Allah bagi merubah diri masing-masing, sebab itulah kami tidak meletakkan yuran yang tinggi," katanya.

Sebarang sumbangan ikhlas hendaklah dihulurkan kepada Akaun CIMB, Akademi Tahfiz Al-Hira, 12320000060108 atau boleh layari laman di www.akademitahfiz.com. - mns_

Sumber : Harakahdaily

16 April 2009

Petikan dan ulasan "Bangkitlah Melayu"

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak 'melayan' tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

Alahai... Cakap boleh la Brahim. Aku nak tanya hang, dari mana para pemimpin Umno dapat duit untuk menjamu rasuah politik dalam pemilihan Umno baru-baru ini dan sebelum itu? Ada jaminan tidak ada satu sen pun duit tumbuk rusuk kepada perwakilan itu tidak datang dari hasil melantak rasuah yang dijamu oleh tauke-tauke Cina?

Kalau dah melantak rasuah yang dijamu oleh tauke-tauke Cina, beranikah pemimpin parti rasuah buat seperti yang hang cakap, Brahim? Tidak 'melayan' tuntutan mereka (bukan Melayu) konon.

Pengkhianat-pengkhianat Melayu itu hidup pun di bawah blackmail tauke-tauke yang menyumbat rasuah ke tembolok mereka, berani nak berlagak macam samseng Kampung Dusun kepada tauke-tauke Cina tu? Apa bezanya pengkhianat-pengkhianat Melayu yang menjadi pemimpin tertinggi parti rasuah mereka itu dengan jebon-jebon yang jadi kuli Cina sebagai jaga kelab malam tempat maksiat dan tukang tarik kereta yang tiba-tiba pakai songkok dan menjerit-jerit "hidup Melayu!"?

Malam-malam menyelanak menyembah celah kangkang tauke Cina nak mengemis dan melantak duit rasuah sehingga berulat tembolok depa, siang-siang menjerit macam gangster kononnya nak perjuang Melayu? Ingat berani depa nak buat apa yang hang cakap tu, Brahim? Tidak 'melayan' tuntutan mereka konon.

Tak tau la kalau nak guna bom pulak letupkan depa macam letupkan Altantuya Shaaribu. Takkan tak bermaruah langsung hanya kerana nak ciluk AS$500,000 hingga sanggup letupkan orang dengan C4? Itu pun, kalau tak menyelanak menyembah celah kangkang tauke Cina nak mengemis dan menagih duit rasuah, ada duit ka nak beli C4, plastic explosive (PE), stun grenade, detonater, detonater cord, thunderflash, CLC (Cutting Liner Charge) atau apa saja?

Tak tau la kalau nak sebat dari simpanan tentera pulak dan lepas tu perdaya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) buat kerja kotor.

Perpaduan PAS Umno?

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz minta PAS duduk semeja dengan Umno. Saya hormat orang tua ni. Dia baik. Tapi masalahnya Datuk, PAS tak berani nak dekat-dekat dengan Umno (sebagai parti). Takut kena tendang lagi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kata: "Kami dah dibawa masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai, bahkan PAS ditendang keluar begitu sahaja, akhirnya cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit".

Kalau dah perangai biasa menendang, apa jaminan tak tendang lagi?

Nak bincang apa lagi Datuk? Bukankah Tun Dr Mahathir kata, cadangan itu pernah cuba dilaksanakan pada 1970-an apabila PAS menyertai Barisan Nasional (BN) tetapi gagal kerana parti itu tidak bertindak sebagai komponen BN.

Sebaliknya, kata beliau, PAS lebih bertindak untuk kepentingan parti itu sendiri.

Kepentingan sendiri apa? Sebab PAS buka cawangan di kawasan Sri Gading yang diwakili oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Hussein Onn? Sebab PAS buka cawangan di tanah-tanah rancangan Felda? Demokrasi taik kucing apa nak buka cawangan pun tak boleh!

Masa nak pergunakan PAS, bukan main lagi Allahyarham Tun Abdul Razak hantar helikopter ke Kota Bharu ambil Allahyarham Tan Sri Asri Muda, bawa pusing-pusing Kuala Lumpur dulu tengok kesan-kesan rusuhan 13 Mei dari udara sebelum dibawa berunding. Bila dah tak nak dan dihambat seperti anjing kurap, Dr Mahathir siap debik-debik PAS dalam Dewan Rakyat dengan kata-kata "PAS lebih bahaya dari komunis" dengan alasan PAS suka buat fitnah. Macamlah Umno tidak hidup dengan fitnah!

Saya pernah dengar kata-kata Ahli Parlimen Sri Gading menyanjung Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin partinya dan negarawan yang dihormatinya. Hormat apa kalau melawan cakapnya, Datuk?

Apa sebab Datuk tak ambil perhatian apa yang Tun kata: "Sudah 50 tahun kita begini (BN dan PAS tidak bergabung) dan semua orang mengakui Malaysia berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik".

Belum habis lagi. Walaupun sebenarnya Umnolah yang terancam dan bukan orang Melayu yang terancam, tak kisahlah kita terima dulu karut marut Umno bahawa Melayu terancam. Kalau benar Melayu terancam, apa yang Umno buat setelah perintah negara ini lebih dari 50 tahun? Cakap macam bagus sangat. Jangan lupa bagaimana Umno kerjakan Melayu dengan hilang lesapnya begitu banyak tanah rezab Melayu, pengkhianatan melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 lalu yang terang-terang membunuh kuasa politik Melayu, menganiaya dan menzalimi setinggan Melayu (Islam!) seperti yang berlaku di Kampung Berembang dan... tambahlah sendiri!

Di mana Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dan Datuk Shafie Afdal ketika Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) mendedahkan bahawa Akta IRDA 664 yang diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan pembangunan WPI mengenepikan hak bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan raja dan negara?

Terakhir sekali, adakah Melayu nak bangkit dan bersatu berpadu di bawah kepimpinan Najib yang tidak dilihat bersih? Saya merayu perlindungan-Mu, ya Allah!

Sumber: Penarik Beca .......nak lagi klik di sini

14 April 2009

Quran Ameno

Salam 2 all. Saya sangat bersyukur dan tumpang kagum tengok ada antara kekawan kita yang sangat sensitif dalam isu YB Nga Kor Ming membaca ayat Al Quran dalam ceramahnya di Bukit Gantang baru-baru ni.

Memang apabila kita terpaksa diperingatkan oleh bukan Islam tentang ingatan ALLAH dalam Al Quran tentulah kita berasa malu..malu kerana kita memang spesis yang tak ikut Al Quran..jadi jatuhlah kemaluan kita kalau sampai kafir pulak terpaksa peringatkan kita dengan ayat Al Quran.

Yang syoknya kekawan kite siap petik kitab sana kita sini agamawan sana agamawan sini untuk menegakkan hujjah.

Alangkah baiknya kalau mereka melihat kemungkaran, kemaksiatan dan salahlaku yang dilakukan pimpinan mereka terhadap Islam dan menegur mereka dengan segala hadis dan kitab yang dalam pengetahuan mereka.

Tetapi malangnya apabila pemimpin mereka terang-terang rasuah, salahguna kuasa dan mereka sendiri pun confirm dengan sabitkan kesalahan rasuah, tapi masih boleh terus menjadi Ketua Menteri atau Ketua Pemuda, sepatah haram ayat Quran, hadis atau kitab pun mereka tak rujuk!
Apakah mereka lupa agamawan-agamawan hadhari mereka juga mendapat kelulusan dengan belajar Islam dan Quran daripada golongan kafir?

Lihat sahaja Hamid Osman, agamawan terulong mereka yang walaupun rakyat tolak masih dikekalkan sebagai penasihat hadhari 25% mereka. Dimana beliau mendapat PhD islamnya? University of Kent? Siapa Tok Guru dia..sudah pastilah kafir orientalis yang menjadi mursyidul dia!

Cuba tengok agamawan terkini mereka, Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom. Dimana beliau mendapat ijazah sarjana islamnya? Beliau lulusan Masters in Islamic Studies (Islamic Economic Management) dariGraduate School of Islamic & Social Science di Virginia, US pada tahun 2000! Siapa tok guru beliau..hangpa pi check sendiri lah!

Jadi adakah kapior-kapior yang mengajar agamawan-agamawan mereka tu langsung tak baca Al Quran semasa mengajar mereka?..jangankan baca, ada diantara pensyarah mereka hafiz Al Quran!

Seperkara lagi..kalau kapior macam YB Nga baca Al Quran pun dah melenting giler babi (babi giler pun tak melenting macam tu), bagaimana pula dengan mereka yang menukar ayat Al Quran?

Al Quran kata zina hukumnya rejam/sebat, depa tukar kata denda cukup!
Al Quran/hadis kata kalau minum arak hukum sebat, depa tukar kata denda cukup!
Al Quran kata kalau fitnah orang sebat 80 kali, depa kata qazaf hukum denda cukup!
Al Quran kata kalau curi potong tangan, depa kata jail cukup!
Al Quran kata sembah patung syirik, depa kata sembah tugu negara takpe!
Al Quran kata pakaian wanita Islam mesti bertutup, mereka biarkan wanita Islam di Air Asia/MAS dipaksa pakai seksi!

Banyak ayat-ayat dan perintah Al Quran diputar belit, ditukarganti, diketepikan oleh tangan-tangan mereka sendiri..tak pernah pulak kita dengar hangtuah-hangtuah ni menghunus keris dan mempertahankan kesucian Al Quran..tak dengar pulak mereka memetik kitab sana kitab sini memperingatkan pemimpin mereka yang telah memutar dan memesongkan Al Quran!?

Tau-tau bila seorang kafir membaca ayat Al Quran yang betul dan memperingatkan mereka supaya kembali melaksanakan kehidupan menurut Islam & Al Quran...muncul hangtuah-hangtuah karat ni melenting giler..sampai anak babi muncul kat sebuah masjid kat negeri hangtuah; agaknya terkejut dengan hangtuah-hangtuah karat ni ;)
Udahlah yop..rentikanlah drama sop opera mike semua..bersyukurlah ALLAH masih mahu memperingatkan kita cara baik..walaupun melalui lidah seorang kapior.

Ambillah itu sebagai iktibar mengapa sampai ALLAH hina kita dengan menghantar kapior memperingatkan kita akan ayat-ayat ALLAH.

Ambillah iktibar mengapa ALLAH sampai hantar anak babi menyondol-nyondol disebuah masjid di negeri hangtuah tu!?

Kembalilah kita kepada Al Quran. Janganlah kita menjadi spesis yang hanya pandai memusabaqahkan Al Quran sahaja! Janganlah kita hanya pandai berkitab sana sini untuk menutup kemungkaran dan kegagalan kita sendiri melaksanakan dan mengamalkan kehidupan menurut Al Quran..

Gunakanlah kepandaian berkitab sana sini tu untuk menilai diri kita sendiri..
Syukran ya akhi

Moga ALLAH mengampuni kita semua dan moga ALLAH memberikan keimanan sebenar kepada kita..ameen..

Jazakallah..

Kerabat DiRaja Negeri Sembilan dan lain lain Pembesar Melayu Pengarah Kilang Arak Carlsberg Brewery!

Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!

Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!

Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja yang hampir!

Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!

Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.


Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!

Na'uzubillahimin zalik!

Phewwwww!!!!

Ikuti laporan ini untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Laporan Reuters : Klik sini





Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afarD.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.

Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin, P.S.M., P.J.N.,
J.S.M., S.M.J., K.M.N.
















Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.

Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.

Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!

Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!

Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!

Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!

Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya.....

Carlsberg ..oh Carlsberg...berpengarah Melayu rupanya kamu...

Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun....

Sialnya berterusan dibumi bertuah ini.....

Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk diraja ini dan juga dua orang lagi manusia Melayu yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan haprak seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada murka Allah Azza Wa Jalla!!

Satu persatu bencana alam sedang melanda negara kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?

Apa sebabnya?

Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya ramai beragama Islam tetapi mempunyai pembesar dan pemimpin yang menaungi kerja kerja maksiat dan mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi serta makan hasil haram darinya itu, maka halal lah akan diri mereka itu ditimpa musibah Allah!

Bila manusia manusia yang diamanahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menjaga urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah allah, maka jatuh haramlah kepimpinan mereka itu!

Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :

Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :
Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda : " Mana mana lelaki yang allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga".
Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan. Bukan setakat manusia 3 orang di atas ini sahaja yang sedang melakukan pecah amanah rakyat terhadap mereka?

Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana sampai saat dan waktu serta bukti bukti yang kukuh serta sahih, Insya Allah!

Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan diatas sekian lama ini selesa menaja kilang arak terbesar di rantau Asia ini kerana sekian lama ini media perdana tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum akan kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para editor dan arahan kementerian itu dan ini.

Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Dah tua dah bro...apake jadahnya nak gentar dengan manusia?

Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah menebus dosa dan silap kita jangan mati didalam keadaan syubhat dengan makhluk perosak sekelian!

Kita dedahkan kerana Allah! Biar umat Islam sedar akan siapa dia makhluk makhluk yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja sekian lama ini?

Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?

Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar dari makan minum hasil haram sebegini?

Kasihan.....

Sumber - Kerabubersuara.

Designed by - AMK TANGGA BATU