AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami
Showing posts with label Dr Syed Husin Ali. Show all posts
Showing posts with label Dr Syed Husin Ali. Show all posts

15 May 2009

Mahu jumpa tapi pilih bubar DUN

Oleh Abdul Rahim Sabri

Pakatan Rakyat sepakat menyatakan kesediaan bertemu Datuk Seri Najib Razak demi mengukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan dalam mencari penyelesaian kemelut politik Perak.

Bagaimanapun mereka juga percaya langkah terbaik adalah melalui pembubaran DUN dan pilihanraya semula peringkat negeri seperti disarankan oleh beberapa pihak, termasuk ahli politik BN dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

"Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan perdana menteri untuk memperkukuh demokrasi dan institusi kerajaan Perak.

"Kami dari Pakatan Rakyat ingin mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya dikembalikan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan kerajaan yang sah,” kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin, termasuk daripada komponen BN, yang dipertua Dewan Negara, dan pelbagai pihak lain.

“(Mereka) berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan."

Anwar menjelaskan pendirian rasmi pembangkang selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur petang ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali turut hadir di sidang media tersebut.

Dua pemimpin kanan kerajaan Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Ko Ham duduk di kiri Anwar di bilik mesyuarat tersebut.

Abdul Hadi turut menyokong saranan agar pilihanraya di peringkat negeri diadakan bagi menyelesaikan perebutan kuasa BN-Pakatan di Perak.

"Dan sekarang sudah ada pandangan daripada semua pihak bukan sahaja dari pihak PAS, PKR dan DAP, tetapi termasuk juga dari kalangan akademik dan termasuk kalangan Umno. Gerakan sendiri sudah membuat kenyataan terbuka (untuk mengadakan pilihanraya).

"Oleh itu sudah menjadi pandangan majoriti, dari segi mafhumnya, kembalikan kepada rakyat untuk menyelasaikan krisis ini. Kalau tidak ia akan menjadi berlarutan," katanya.

Diminta mengulas perbezaan pendirian Pakatan itu dan Najib yang enggan membubarkan DUN, Anwar berkata:

"Kita bersedia untuk mendengar. Kita beri pandangan kita. Kalau beliau nak bagi pandangan, kita dengarlah. Lepas kita jumpa (dengan Najib), kita beritahu."

Mesyuarat lebih sejam tersebut bermula kira-kira 2.30 petang.

Pada sebelah pagi, di tempat yang sama, lajnah politik PAS mengadakan mesyuarat, termasuk membincangkan kemelut politik negeri tersebut yang berlarutan sejak Februari lalu.

Pertemuan yang diketuai Abdul Hadi memakan masa lebih dua jam sejak 10 pagi dan dihadiri lebih kurang 20 anggota, termasuk barisan pemimpin kanan parti tersebut.

Seorang anggota lajnah tersebut Khalid Samad memberitahu Malaysiakini, perbincangan isu Perak bagi menyelaraskan pendirian PAS sebelum mesyuarat Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas butiran sikap PAS yang diputuskan dalam biro tersebut.

Perdana menteri hari ini mengulangi kesediaannya itu dengan menyatakan Pakatan Rakyat tidak wajar meletakkan sebarang syarat untuk menjayakan cadangan tersebut.

Dalam kenyataan awalnya hari ini, Lim berkata perdana menteri wajar memanggil "sidang puncak" dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk meredakan krisis tersebut - yang mencemarkan beberapa institusi penting negara dan merosakkan imej negara di mata dunia.

Bercakap kepada pemberita demikian selepas menghadiri satu forum umum di Petaling Jaya malam tadi, tokoh popular DAP itu berkata krisis Perak bukan suatu isu peringkat negeri semata-mata.

Sebaliknya, tambah beliau, adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara.

Sumber : Malaysiakini

04 May 2009

Hal kabel bawah laut pulak......

Kenyataan Media Dr Syed Husin Ali berkenaan Kelulusan Kabel Elektrik Dasar Laut ~ malaysiakini


KENYATAAN MEDIA
30 April 2009

KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT

Parti Keadilan Rakyat merasa terperanjat kerana kelulusan yang diberi oleh kerajaan baru-baru ini untuk membina kabel kuasa elektrik menghubungi Sarawak dengan Semenanjung bagi bekalan elektrik dari Bakun.

Kerajaan mendakwa harga kabel dan penyaluran elektrik ini lebih murah daripada menjana kebolehan (kapasiti) yang perlu di Semenanjung. Kami menggesa Kerajaan supaya mengeluarkan angka-angkanya untuk diperiksa.-murah ker?????

Selanjutnya, kami meminta Kerajaan menunjukkan di manakah EIA dan rancangan pengurusan risiko yang menjadi asas bagi membuat keputusan ini. Adakah ini satu lagi kes buat dulu kemudian keluarkan EIA?-biasalah umno...buat dulu projek,kayakan kroni...lps tu baru risiko...tak perlu study,research.....abaikan....duit masyuukkkkkkk!!!!!

Kami ingin bertanya: adakah Kerajaan bersedia Semenanjung terdedah kepada kemungkinan malapetaka kegagalan? Misalnya, apa akan jadi kepada kabel yang dicadangkan itu seandainya berlaku malapetaka seperti yang menimpa hubungan internet akibat gempa bumi berdekatan Taiwan pada bulan Disember 2006? Dengan internet boleh dilakukan "rerouting" (pelencongan) - bahkan inipun mengganggu internet selama beberapa minggu. Tetapi ini tidak boleh dilakukan kepada elektrik, ataupun boleh dilakuan hanya dengan harga yang mahal. Buktikan kepada kami penilaian risiko yang telah dibuat.

Kita ketahui sekarang ini rakyat Sarawak, terutama sekali mereka di kawasan pedalaman, tidak mendapat bekalan elektrik yang cukup. Mengapakah mereka tidak diberi keutamaan supaya medapat bekalan elektrik yang termampu?. Menteri yang bertanggungjawab tentu menyedari tentang sentimen yang meluas bahawa Persekutuanlah yang mendapat manfaat lebih daripada sumber-sumber hasil Sarawak. Kami yakin rakyat di Persekutuan pun mahu rakyat Sarawak mendapat manfaat utama dari Bakun. Kami tidak ingin melihat keadaan berterusan manakala orang kampung terpaksa membayar sampai RM60 sebulan bagi bekalan elektrik kira-kira 4 jam sehari saja.-rakyat Sarawak masih lg di anaktirikan...kekayaan kroni masih menjadi agenda dan rutin para pemimpin be end!

Akhirnya, ada beberapa kenyataan ganjil yang dilaporkan oleh media. Akhbar The Star melaporkan menteri berkenaan menyatakan Semenanjung akan diberi bekalan sebanyak 10,000 megawatt. Bagaimana ini boleh berlaku manakala Bakun hanya boleh menjana 2,400 megawatt?-hahahahaha.....supply 10 ribu MW....source 2,400 MW jer.....mana dapat balance kuasa letrik tu.....oh...mungkin dari dari 'storm'(watak dalam x-man movie kot)...hahahaha....satu lagi projek yang nak lebong rakyat..lg nak lebong melayu...sudahlah tu...jgn tipu rakyat lg....


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, PKR

Designed by - AMK TANGGA BATU