AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

22 August 2009

Azmin Cabar Muhyiddin Dan Zahid Hamidi Berdebat

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali mencabar Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datok Zahid Hamidi untuk mengadakan debat terbuka.

Azmin dalam siri penerangan rakyat menawarkan diri untuk berdebat dengan kedua-dua pimpinan Umno-BN ini di Permatang Pasir dengan debat bertajuk Siapa Pengkhianat Melayu.

“Saya ada empat hari lagi, saya minta Muhyiddin dan Zahid jangan berselindung di sebalik Utusan Malaysia dan TV3, kalau kamu anak jantan, kalau kamu pejuang Melayu mari adakan debat terbuka di Permatang Pasir bertajuk Siapa Pengkhianat Melayu,” katanya.

Di hadapan hampir seribu hadirin di Kubang Semang, Azmin berkata jika dua pemimpin Umno itu enggan terima cabaran ini, rakyat diminta bangkit membawa prinsip perubahan dengan memberi sokongan kepada calon yang dikemukakan Pakatan Rakyat, Salleh Man Mat Aji.

Azmin dalam sesi penerangannya mengumumkan bahawa pengkhianat sebenar kepada orang Melayu adalah Umno-BN yang mengadaikan tanah milik orang Melayu di Johor.

Bagaimanapun Muhyiddin dikatakan bersikap defensif dengan menyalahkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di atas tindakan berkenaan.

Menurut Azmin, Muhyiddin dalam ceramahnya kepada rakyat di Permatang Pasir mengatakan Tun

Mahathir mengarahkan beliau berbuat demikian setelah diugut Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yu untuk melancarkan perang sekiranya tuntutan beliau ditolak.

Azmin berkata, pihaknya sedang bersiap sedia mengumpulkan segala dokumen bagi membongkarkan siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.

“Bagaimana pemimpin Umno boleh buat keputusan gadai tanah Melayu kepada Singapura semata-mata kerana Lee Kuan Yu. Di mana maruah kita sebagai Melayu di mana kedaulatan kita sebagai rakyat Malaysia. Le Kuan Yu ugut tak bagi air aku isytihar perang, menggegar kepala lutut,” katanya.

“Saya beri amaran kepada Muhyiddin nak perang cakap nak perang kita akan londehkan siapa Muhyiddin sebenarnya dalam Umno,” katanya.

Dalam pada itu juga, Azmin mencabar polis untuk menyiasat pertemuan tertutup Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi bersama menteri Pertahanan Israel.

Beliau meminta Zahid memberikan jawapan apakah hak beliau untuk mengadakan pertemuan dengan penjajah bumi Palestin itu dan apakah agenda yang dibincangkan mereka.

“Orang ini kini menjadi Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang. Bagi saya ketua pengkhianat kepada umat Islam. Ketua pengkhianat kepada orang Melayu adalah yang bersekongkol dengan kerajaan Yahudi Israel,” katanya.

Azmin dalam ucapan beliau juga menyentuh serangan terancang Umno-BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Menurutnya, BN melampaui batas apabila rakyat biasa bukan sahaja mati dalam tahanan polis malahan kini mati dalam tahanan SPRM.

“Sudah melampau, sekarang mereka menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Kalau dulu SPRM digunakan untuk perangi rasuah kini SPRM digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sumber : tvantara

20 August 2009

Sikap SPRM Dan Polis Jadikan Malaysia seperti Afrika

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pemerintah menggunakan agensi kerajaan menutup gejala rasuah di kalangan pemimpin Umno-BN menyebabkan Malaysia tidak ubah seperti negara dunia keempat benua Afrika.

Beliau mepersoalkan tindakan SPRM dan polis yang terang-terangan menutup sebelah mata terhadap jenayah rasuah yang dilakukan pimpinan kerajaan adalah amat menghampakan.

Menurutnya lagi, pelbagai kes yang dilakukan Umno-BN antaranya komisen RM400juta pembelian kapal selam Scorpene dan isu istana kraton jutaan ringgit milik mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo langsung tidak disiasat.

“Apa yang penting dan perlu diingat mengapa Malaysia di tahun 2009 jadi macam Afrika hulu? Mahu tangkap suka-suka, mahu tendang suka-suka, mereka ingat negeri ini negeri bapa mereka, ini negeri kita bukan negeri bapa mereka.

“Apa ini? Ia menjadi bahan ketawa polis berperangai seperti ini, SPRM seperti ini, ia jadi bahan ketawa. Berbilion ringgit dicuri tapi semuanya ditutup dan tidak perlu disiasat,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat di Permatang Pasir semalam.

Anwar berkata rahsia kepada pembentukan sebuah negara bersatu, harmoni dan berwibawa adalah urustadbir yang baik, mesra rakyat dan dipercayai mampu berubah dan bekerja dengan lebih baik.

Umno-BN sebalik berubah ganas dan menggunakan kekerasan bagi menghadapi kritikan. Menurut pemimpin reformasi itu lagi, Umno-BN menggelarnya pengkhianat Melayu kerana ia ketandusan alasan untuk mengalih perhatian rakyat dari kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

“Saya berjuang untuk Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat Malaysia. Cara Umno sangat kotor buat poster saya anti Melayu supaya saya jadi seorang Melayu sebenar. Saya tidak perlu buktikan kepada Umno biar orang Melayu yang tentukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini jauh lebih baik berbanding kerajaan terdahulu kerana berjaya membantu golongan miskin tegar di Kepala Batas yang dahulunya merupakan kawasan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dapat dijayakan sebagai kerajaan rakyat hanya sekiranya pengundi memilih wakil-wakil rakyat yang berwibawa, berani untuk tampil ke hadapan dan berhujah, serta yang terutama sekali berintegriti tinggi.

Sumber : tvantara

Laporan SPRM Berhubung Kes Gadai Tanah Oleh Tan Sri Muhyiddin

Angkatan Muda Keadilan menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan isu penggadaian tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura pada tahun 1980 ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendakwa pengkhianat sebenar adalah Muhyiddin sendiri kerana telah menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti.

“Terdapat bagaimana Muhyiddin ketika menjadi Menteri Besar Johor telah menggadaikan 51,170 hektar tanah kepada kerajaan Singapura dengan pulangan wang sebanyak RM350 juta ringgit. Perkara ini telah didedahkan oleh bekas setiausaha UMNO, saudara Osman dan perkara ini telah disebut dan diumumkan dalam ceramah Ibrahim Ali bahkan perkara ini menjadi rahsia dan tidak diketahui oleh rakyat Johor ketika itu,” kata Shamsul.

Pendedahan Datuk Ibrahim Ali dalam satu ceramah di Kuala Nerus, Terengganu sekitar pada tahun 2006 itu telah menjadi tanda tanya kepada semua rakyat Malaysia ekoran penyalahgunaan kuasa tersebut sekali gus membayangkan kepada rakyat bahawa pengkhianat sebenar ialah Muhyiddin dan pimpinan UMNO Barisan Nasional.

Shamsul berkata pengakuan ini secara terang-terangan telah membuktikan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan dan ekoran itu AMK menggesa SPRM menyiasat kes tersebut dengan segera.

“Hal ini dilakukan bagi menjawap persoalan-persoalan yang dilaporkan bahawa beliau tidak amanah dan melakukan tindakan-tindakan menggugat negara ini, menyeleweng dan menyalahgunakan wang rakyat. Kali ini kita bukakan bukti-bukti dan kita membuat laporan secara rasmi untuk tujuan itu,” kata Shamsul.

Sumber : tvantara

DNA boleh dipalsukan

WASHINGTON - Seorang penyelidik berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan, demikian menurut kajian yang diterbitkan jurnal Forensic Science International: Genetics.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Dr. Dan Frumkin mendedahkan bahawa, penyelidik mampu memadamkan semua kesan DNA daripada sampel darah dan memasukkan bahan genetik individu lain di tempat kejadian jenayah.

Pertukaran sampel tersebut turut berjaya memperbodohkan saintis forensik yang menjalankan ujian pengesanan cap jari untuk pengesahan bukti DNA bagi kegunaan penyiasatan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Perkembangan terbaru itu mungkin mencetuskan senario sampel darah atau air liur yang lazim menjadi standard DNA diubah dengan individu tidak bersalah.

"Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau tisu lain, anda boleh menjadi jurutera kejadian jenayah. Pelajar biologi di universiti pun boleh melakukan perkara ini," katanya yang memiliki sebuah syarikat pengeluar kit pengesahan DNA asli.

Sampel material DNA mudah diambil daripada gelas kosong, puntung rokok, bulu rambut atau gula-gula getah. Syarikat milik Frumkin juga membangunkan 'kod bar' genetik daripada 20 tempat di tubuh manusia yang membentuk sebuah perpustakaan DNA.

Pakar forensik terkenal, Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik dibiayai kerajaan British ketika mengulas isu itu berkata, penjenayah yang hebat sekali pun sukar mencapai peringkat mengubah DNA. - Agensi

Sumber : Kosmo & Times Online

11 August 2009

Kesan Pada Tangga Bukan Darah, Petunjuk Baru Ditemui

Hasil ujian awal yang dilakukan terhadap kesan yang ditemui di tangga antara tingkat 14 dan 15 bangunan Plaza Masalam mendapati ianya bukan darah tetapi satu bahan yang belum dikenalpasti.

Dikatakan bahan berkenaan berkemungkinan besar adalah cat anti karat.

Hasil berkenaan diperolehi melalui pemeriksaan bersama pakar kimia, pakar forensik dan pakar forensik dari luar yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor. Pemeriksaan ke atas kesan berkenaan turut disaksikan peguam dari kedua-dua pihak.

Dua pakar forensik yang dilantik kerajaan negeri untuk menjalankan pemeriksaan bersama berkenaan adalah Pakar Forensik Malaysia Hamidon Anan dan Pakar Forensik Somchai Chailermsooksant dari Central Institute of Forensic Science Thailand.

Peguam pemerhati kepada keluarga Teoh Gobind Singh Deo berkata, bagaimanapun ujian lanjut akan dilakukan dan laporannya akan dikemukakan oleh pakar secepat mungkin.

“Ahli kimia telahpun memberitahu kami secara awal bahawa mungkin ianya anti karat yang digunakan untuk cat dan sebagainya tetapi ahli kimia telah meminta sedikit masa untuk mengesahkan dan akan diberikan secara rasmi kepada kami menerusi laporan yang akan dikemukakan.

“Kemungkinan (hasil kajian boleh diperoleh esok), pakar kimia bekerja keras dan saya harap mereka akan mengemukakan laporan pada petang ini atau awal pagi esok,” katanya pada sidang media selepas mengikuti pakar kimia dan forensik menjalankan pemeriksaan terhadap kesan berkenaan.

Gobind berkata, sekiranya ujian lanjut mendapati ianya adalah darah berkemungkinan ujian DNA akan dilakukan.

Proses pemeriksaan berkenaan bermula dari jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. Pemeriksaan terperinci juga telah dilakukan sekali lagi di tingkat 14, 15 dan 5 bangunan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga menemui petunjuk baru yang dipercayai boleh membantu dalam usaha mendapatkan gambaran yang jelas apa yang berlaku pada malam sebelum mayat Beng Hock ditemui.

Katanya, pakar kimia telah mengambil specimen petunjuk iaitu gentian benang dipercayai dari seluar Beng Hock yang dijumpai di koridor tingkat lima di mana mayatnya ditemui dan membawanya ke makmal untuk menjalankan analisa.

“Di tempat kejadian kami menemui gentian yang dipercayai dari seluar tetapi pakar kimia akan membuat ujian dan memaklumkan kepada kami laporan selepas membuat ujian gentian berkenaan bersama dengan seluar.

“Ianya merupakan bahan benang yang mungkin boleh menolong atau membantu kami dengan lebih mendalam bagaimana impak apabila beliau jatuh. Itu menjadi satu perkara yang penting,” katanya.

Menurutnya, satu laporan terperinci akan disediakan oleh pakar kimia pada hari ini atau esok untuk dikemukakan kepada koroner untuk inkues.

Terdahulu, Pakar forensik dan peguam hadir semula ke Plaza Masalam bagi mengambil kesan yang dipercayai darah yang ditemui di tangga antara tingkat 14 dan tingkat 15 semasa lawatan Mahkamah Koroner mengadakan lawatan ke Pejabat SPRM Jumaat lalu.

Tindakan berkenaan dibuat setelah Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan permohonan peguam pemerhati keluarga Teoh yang meminta supaya Pakar DNA Dr Seah Lay Hong dan pakar forensik ke tempat kejadian.

Dalam inkues yang berlangsung selama 30 minit sebelum ditangguhkan, Gobind turut memohon agar Koroner Azmil membenarkan pihak peguam termasuk peguam pemerhati Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Peguam untuk mengikuti proses berkenaan.

Koroner Azmil turut membenarkan permohonan Gobind membawa dua pakar forensik yang dilantik kerajaan negeri dari Central Institute Of Forensic Science Thailand Pol. Lt. Col. Somchai Chailermsooksant dan Dr Triyarith Temahivong untuk mengikuti proses berkenaan.

Dalam prosiding berkenaan Gobind memberitahu mahkamah selain kesan tompokan dipercayai darah itu, mereka turut menemui kesan yang mencurigakan di dalam pejabat SPRM.

"Perkara ini telah dibawa kepada perhatian pegawai penyiasat dan kami telah meminta supaya kawasan tersebut dikawal tetapi sehingga hari ini masih belum ada pemeriksaan dilakukan ke atas kesan-kesan tersebut.

"Kami berpendapat perkara ini cukup penting dan oleh itu pakar DNA dan pakar forensik perlu mengambil spesimen kesan-kesan ini untuk menentukan sama ada ia adalah kesan darah, dan jika ia adalah darah, sama ada ia darah si mati," katanya.

Peguam pemerhati kerajaan negeri Malik Imtiaz Sarwar turut menyokong permohonan berkenaan. Sementara itu, Hock Chuan tidak membantah supaya pemeriksaan berkenaan dilakukan.

Mahkamah dimaklumkan Hock Chuan bahawa polis telah mengawal tempat penemuan kesan berkenaan berikutan surat yang diterimanya daripada Malik lewat Jumaat lalu meminta berbuat demikian.

Hock Chuan memaklumkan bahawa hasil ujian terhadap kesan berkenaan boleh diperolehi hari ini. Prosiding disambung esok.

Sementara itu, di luar mahkamah, Peguam Kerajaan Negeri Selangor Malik Imtiaz Sarwar berkata, kedua-dua pakar dari Thailand itu akan membantu pihaknya meneliti kesemua dokumen yang diperolehi.

Katanya, kedua-duanya akan mengikut prosiding inkues dan mendengar keterangan pakar forensik kerajaan dan kemudiannya akan membuat keputusan sama ada akan memanggil Pakar Forensik Patalogi Dr Pornthip Rojana-sunand dan seorang pakar dari Australia atau tidak.

Ia bergantung kepada keterangan pakar forensik kerajaan.

Dr Pornthip Rojana-sunand dan seorang pakar dari Australia yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai perunding dalam membantu pihaknya meneliti dokumen berhubung laporan forensik yang dikemukan pakar forensik kerajaan.

Sumber : tvantara

Umno nak ajar Afrika perangi rasuah?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru ini pergi ke Afrika. Maka disana bertemulah dia dengan pemimpin beberapa Negara benua itu.

Menurut laporan media suruhan BN, Muhyiddin mendakwa pemimpin Afrika mahu tahu bagaimana kerajaan Malaysia ( maknanya BN lahtu) memerangi rasuah di Malaysia.Mereka kagum sehingga mahu belajar daripada kerajaan Malaysia. Itu kata Muhyiddin seperti yang dilapor media suruhan BN.

Laporan itu trut disiar dalam alam siber menerusi laman web dan blog.Dan ramai lah rakyat Malaysia yang respon dengan mengulas dan memberi komen. Rata rata negatif. Dan menurut seorang responden ,beliau “hampir jatuh daripada kerusi ”apabila membaca laporan itu ”.Tentunya umum boleh faham mengapa beliau berkata demikian.

Umno sendiri yang menjadi tunjang BN mengalami masalah rasuah yang cukup serius. Orang Umno guna istilah “politik wang”.Rasuah lah tu.Istilah lain makna sama.

Itu sindrom penafian dalam Umno,Tapi tiap kali ada pemilihan parti mereka mengakui “politik wang’ bermaharajalela. Daripada dulu hingga lah sekarang.Semua pemimpin Umno bercakap mengenai gejala itu.

Yang hebatnya ada yang mengutuk dan membidas rusuah , mereka sendiri pun melakukan politik wang.Hulur wang untuk mendapat sokongan dan “membunuh” karier politik rakan separti.Tun Mahathir Mohamad sendiri mendakwa beliau sendiri menjadi mangsa politik wang apabila gagal memenangi pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu. Mahathir mendakwa perwakilan dibayar RM200 seorang supaya jangan mengundinya.

Itu zaman beliau bukan lagi PM dan presiden Umno.Masa Mahathir jadi presiden Umno,beliau mendakwa telah “berusaha” membasmi rasuah dalam Umno tetapi gagal.

“ Saya telah marah, rayu, menanggis, berdoa , tetapi tak berjaya juga”. Kata kata Mahathir itu kerap kita baca dalam akhbar suruhan Umno/BN. Hakikatnya rasuah sudah menjadi amalan Umno.

Sekarang Umno sedang meminda perlembagaan parti dan menggubal peraturan baru kononnya untuk “berubah” kerana menurut pemimpin Umno sendiri “politik wang sudah menjadi budaya dalam Umno”.

Ini semua sudah tahu. Orang Malaysia tahu, orang Afrika pun tahu.Orang Malaysia tahu kerana melihat sendiri apa yang berlaku.Orang luar tahu kerana berita rasuah Umno telah tersebar seantero dunia.

Zaman dunia tanpa sempadan informasi diperolehi dengan mudah.Orang Afrika turut melayari Internet.Mereka tahu apa yang berlaku di Malaysia.Mereka tahu politik wang budaya Umno. Tentunya mereka tahu ramai dalam Umno menggalakkan amalan buruk itu walaupun memberi gambaran mereka benci rasuah. Jadi mengapa pemimpin Afrika mahu belajar dariapda kerajaan Malaysia cara memerangi rasuah ? Seperti yang didakwa Muhyiddin ?

Sepatutunya mereka memberi tahu Muhyiddin “ parti sendiri pun tak boleh kawal nak ajar kami pulak?”. Tapi mereka tidak berkata demikian.Mungkin kerana untuk menjaga hati Muhyiddin.Maklumlah,.kan Muhyiddin tetamu mereka ? Jadi mereka kata mahu belajar daripada kerajaan Malaysia .Bak kata Inggeris “good PR.” Orang berbudi kita berbahasa .Takkan Muhyiddin tak tahu itu semua ?

Sumber : tvantara

Kaji Selidik KDN Buktikan Rakyat Mahu ISA Dimansuh

Majoriti rakyat Malaysia mahu ISA dimansuhkan. Dan hasrat itu disuarakan terus kepada Kementerian Dalam Negeri melalui laman web kementerian itu sendiri.
Berikutan protes anti ISA besar besaran tempoh hari, Kementerian Dalam Negeri atau KDN mengadakan tinjauan atas talian menyukat pandangan orang-ramai terhadapa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pemerhatian TV Antara mendapati setakat jam 6 petang tadi, 8502 orang memberi maklum balas dan daripada jumlah itu , 7689 atau 93 peratus responden mahu ISA dimansuhkan.

Penyelaras Suara Rakyat Malaysia SUARAM, Nalini Elumalai berpendapat maklum balas terhadap soalselidik KDN itu jelas menunjukkan rakyat kini sedar dan menolak akta zalim itu daripada terus digunakan dalam sistem perundangan negara ini.

"Bila saya tengok laman web KDN saya terus undi dan saya kagum sebenarnya. Saya selalu pergi laman web PDRM dan semuanya lebih pada PDRM. Bila saya tengok jumlah undian itu saya terkejut. Hebatnya orang undi. 90% kata ISA sudah tidak relevan dan perlu di mansuhkan dan yang paling penting mereka kata ISA adalah zalim. ISA bukanlah untuk keselamatan negara sebenarnya. Kewujudan ISA sebenarnya buatkan kita rasa tidak selamat. Saya rasa tidak selamat sebab ISA. Bukan ISA yang buat saya rasa selamat," ujar Nalini.

Nalini juga berpendapat, langkah KDN membuat tinjauan kaji selidik ini sebenarnya memakan diri sendiri apabila hasil undian yang didapati tidak seperti yang mereka harapkan dan ia sesuatu yang memalukan pihak kerajaan yang terus berdegil mempertahankan akta itu .

"It's like a shame to govement and we proud. Kita bangga. Kerajaan malu sebab dia punya laman web orang datang tengok. It's a shame to Najib, it's a shame for hishamuddin," katanya lagi.

1 Ogos lalu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan kerjasama lebih 83 NGO mengajurkan satu perhimpunan besar- besaran bagi menggesa kerajaan memansuhkan akta ini.

Perhimpunan yang pada mulanya aman tanpa sebarang insiden kemudiannya berakhir dengan suasana kecoh apabila pihak polis menggunakan kekerasan bagi memaksa orang ramai bersurai.

"Pada 1 Ogos kita nampak 40 ribu orang turun menyatakan penolakan mereka pada ISA. Mungkin ramai lagi yang sokong kita tapi tidak berkesempatan bersama- sama dengan kita pada hari itu. Kalau kita pergi ke setiap tempat dan jelaskan pada mereka, mereka akan bertanya mengapa perlu ada satu akta yang zalim, undang- undang zaman jahiliah. Orang kampung pun akan kata ia sesuatu yang zalim," tegas Nalini.

Nalini turut menyatakan kebanggaannya apabila saluran televisyen Al Jazeera menyiarkan perhimpunan besar- besaran yang menuntut kerajaan memansuhkan akta ini.

"Bagi saya, saya bangga sebab rakyat sudah bercakap. Sebelum ini, isu ISA adalah isu yang paling takut rakyat cakapkan. Tapi kini rakyat berani cakap. Ini kejayaan kerana orang turun. Kita tidak perlu malu tapi kita perlu bangga. Bagaimana satu suara rakyat bersuara menuntut penghapusan undang- undang zalim. Kerajaan sudah sekat banyak benda," katanya.

Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini lantang melaungkan slogan IMalaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Namun Najib sekali lagi dimalukan apabila pelbagai pihak bertanya mengapa suara rakyat yang menuntut pemansuhan akta yang tidak lagi relevan ini langsung tidak dipedulikannya ?

"Tapi kalau dia tidak mahu dengar, bermakna slogan yang dia laungkan itu bohong. What you mean IMalaysia ? Yang berkumpul hari itu 1Malaysia. Melayu, Cina India, semua ada. Dia tidak dahulukan rakyat. Dia dahulukan kepentingnnya. Semua perdana menteri tidak dahulukan rakyat. Jika tidak mengapa mereka tidak mansuhkan akta zalim ini?" Soalnya.

Dan seperkara lagi yang menghairankan ialah hujah pihak yang menyokong ISA mengatakan kononnya Amerika Syarikat dan United Kingdom merujuk kepada ISA dalam merumuskan akta pencegahan keganasan lantas kata kumpulan pro ISA, Malaysia tidak perlu bertolak-ansur dalam mengekalkan ISA.

"Bagi saya, isu ISA zalim. Zalim tetap zalim. You celup dari Malaysia, Singgapura atau mana- mana negara. Zalim tetap zalim. Mungkin di United Kingdom akan lebih pro hak asasi manusia. Di US dan UK, mereka kena lebih berhati- hati. Sebab kesedaran hak asasi rakyat mereka tinggi. Di Malaysia kita tidak dididik begitu. Kita hanya dididik untuk tunduk pada orang," komen Nalini.

"Saya rasa di UK atau mana- mana negara yang guna akta ini tidak perlu kita banggakan tapi memalukan sebab kita cipta sesuatu akta yang salah dan tidak patut dilakukan," kata Penyelaras SUARAM itu.

Walau apa pun, objektif KDN menjalankan kaji selidik ISA di laman webnya ialah untuk mendapat maklumbalas rakyat.Dalam erti kata lin mereka mahu tahu apa kata rakyat.

Kini rakyat sudah bersuara. Rakyat menolak ISA dan ini telah disampaikan kepada KDN. Persoalannya ialah adakah KDN , dan khususnya kerajaan pimpinan Najib Razak mahu dengar gesaan rakyat ?

Sumber : tvantara

31 July 2009

Najib perlu beri penjelasan

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memberi penjelasan terperinci berhubung tindakan Wang Tak Co Ltd yang menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, kerajaan telah gagal menjamin keselamatan makanan negara kerana membuka ruang kepada kapitalis asing.

“‘Periuk nasi’ rakyat kini dikuasai oleh kapitalis dari Hong Kong. Jika di negara lain, isu sebesar ini sudah tentu ada menteri bertanggungjawab, malah meletak jawatan.

“Oleh itu, Najib seharusnya beri penjelasan,” katanya.

Sementara itu Teras Pengupayaan Melayu (Teras) turut mendesak kerajaan bertindak memastikan pemilikan 30 peratus saham Bernas dikuasai syarikat luar segera dikembalikan semula kepada syarikat dalam negara.

Pengerusinya, Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan liberalisasi tanpa kawalan ini sangat berbahaya.

”Adakah pihak kerajaan tidak dirujuk untuk memastikan Bernas tidak membuat keputusan yang akan menjejaskan pemilikan syarikat yang sangat strategik ini? Bukankah itu syarat syarikat GLC,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

11 July 2009

100 hari ketuai KERAjaan:Najib gagal ilham idea sendiri..-Malaysiakini

Esok genap 100 hari Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Banyak dasar-dasar baru yang diperkenalkan beliau kononnya bertujuan untuk memacu ekonomi negara. Malangnya, dasar berkenaan tenyata diceduk daripada idea asal dan hujah yang telah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat kepada kerajaan tanpa sebarang penelitian dan kajian yang terperinci. Dalam erti kata lain, Najib dengan bangga mengumumkan dasar yang dicuri daripada idea pemimpin Pakatan Rakyat namun mengimplimentasikannya dengan cara yang berbeza. Ahli Parlimen Selayang, William Liong berkata, tiada apa yang boleh dibanggakan sepanjang 100 hari tempoh pentadbiran Najib kerana beliau gagal mengemukakan pemikirannya yang tersendiri. "Beberapa pengumuman telah dibuat tetapi ia bukan idea baru. Ia adalah idea yang dimaklumkan oleh PR, kehendak rakyat untuk membuat perubahan. Apa yang diumumkan adalah apa yang PR kata kerana kita tidak boleh secara tiba-tiba membuat perubahan tanpa persedian. “Ya (dia ceduk dari PR). Kita tanya apa idea original yang dia ada?," katanya yang ditemuramah di Dewan Annex Bangunan SUK Selangor. Menurut beliau, cadangan yang diberikan PKR, Pas dan DAP sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu agar kerajaan meliberalisasikan ekonomi kini digunapakai Najib dengan menamakannya Dasar Liberalisasi Ekonomi.

Kata William lagi tindakan tergesa-gesa terutamanya para peniaga tempatan. “Hari ini kerajaan BN bawah pimpinan Najib hendak liberalisasi beberapa sektor antarnya sektor perkhidmatan. Sektor pekhidmata amat penting 55% GBP daripada sektor perkhidmatan dan 57 % pekerja di bawah sektor berkenaan. Kalau buka pintu dengan tiba-tiba, soalannya adakah syarikat-syarikat yang ada di bawah sektor ini sudah bersedia bersaing dengan multinasional?. "Pada hari ini kita belum sedia, maknanya polisi dan dasar yang dihujah oleh PR adalah berbeza dengan apa yang dicadangkn oleh Najib. Walaupun seperti sama tetapi implimentasinya tidak sama. PR kata nak tukar pada agenda ekonomi baru dimana akan beri bantuan pada yang memerlukan, tidak mansuhkan sekali gus tanpa ada bantuan. Apa yg kita ada hari ini, kita kata BN buka semua apa akan jadi?," katanya. "Pada hari ini ada krisis kewangan, untuk buka ia sangat bahaya.Najib mewujudkan dasar tanpa persetujuan rakyat dan tanpa kajian terperinci terhadap perubahan corak ekonomi dunia yang telah berubah amat merbahaya kepada keutuhan ekonomi negara. Pelabur asing akan datang dan bawa kapitaldan teknologi mereka dan peniaga tempatan kita tidak mampu untuk bersaing. Mereka akan bawa peguam mereka, akauntan dan agensi pengiklanan mereka. Akhirnya mereka akan datang, Najib kata ekonomi akan pulih tetapi mereka akan membawa pulang wang berkenaan. Keuntungan akan dihantar pulang ke negara mereka. Pemberi perkhidmatan tempatan, SMI kita dan pekerja kita dalam bahaya," katanya. William berkata masalah berkenaan timbul kerana ia merupakan dasar yang diambil dari Pakatan Rakyat tanpa memikirkan cara terbaik untuk diaplikasikan dan tanpa membina infrastruktur.

Menurutnya lagi, BN memperakui implimentasi DEB telah gagal namun tindakan menggantikan dasar berkenaan tanpa program kukuh bukanlah langkah bijak sebaliknya merupakan satu kelemahan pentadbiran mereka. Kegagalan BN mewujudkan program kukuh untuk membantu rakyat dengan perlaksanaan Dasar Liberalisasi Ekonominya tidak akan meningkatkan taraf hidup masyarakat. "Hakikat DEB untuk basmi kemiskinan dan perkara ini BN akui, dasar implimentasi sudah gagal. PR bila hujah dasar ekonomi agenda baru kita kata mesti ada a firmative action program. Kerana mereka sendiri telah mengakui bahawa lepas 52 tahun Kaum Melayu masih yang termiskin. Kaum Cina, India Kadazan masih miskin. Kalau kita buka tanpa a firmative program bagaimana mereka dapat meningkatkan kehidupan mereka?. "Beberapa program mesti diadakan untuk bantu mereka dan saya mendapat apa yang diumumkan oleh PM tidak langsung ada estimete tidak ada 1 program yang cukup. Hanya ada Ekuinas tetapi ekuinas hanya 1 venture capital untuk menolong perniaga Bumiputera yang ada potensi. Tapi pekerja dimana program untuk tolong mereka? "Ini adalah kelemahan 1 dasar yg dipanggil needed reaction untuk memenangi semula populariti support. Umumkan 1 dasar dengan tiba-tiba, dimana kerajaan belum follow thru belum being thru the proses. Dimana kita tukar satu dasar tetapi tidak ada satu dasar untuk gantikan kelemahan," katanya.

Kerajaan menurut William perlu mencontohi Jepun yang menaikkan gaji golongan buruh bagi meningkatkan produktiviti dan menjamin kehidupan yang lebih selesa. Sekiranya kerajaan gagal, pasaran buruh tempatan akan lembab kerana perlu bersaing dengan buruh asing yang akan menjadi pilihan pelabur dan majikan. "Kita nak naikkan value added industri. Ditunjuk oleh negara Jepun dan australia tahun 60an keluarkan rice cooker, lowcost produk. Hari ini mereka telah berkembang buat komputer, high technology, di mana pekerja mereka gaji naik untuk mengadakan produktiviti yang lebih dan kehidupan lebih mewah. "Kita hendak ikut negara ini kalau tidak 50 tahun kerja kita sama. Bandingkn hari ini gradute yang keluar dapat gaji RM1500 RM1800 20 tahun lalu gaji sama. Maknanya kehidupan rakyat turun sebab 20 tahun dulu 1 botol air 20sen 1 nasi lemak 20 sen. Hari ni roti canai dah RM1.20 sebab itu tidak boleh adakan pekerja gaji rendah nak bagi rakyat naik taraf hidup. "Kalau tidak dan kalau tak buat pada hari ini kemasukn pekerja asing 2.5 juta bagaimana pekerja kita tidak akan dapat naikkan gaji dan nak naikan standard of living kita. Kita tak bagi mereka masuk majikan x ada pilihan," katanya. William berkata, tindakan Najib mewujudkan Ekuinas bagi menggantikan FIC tidak akan berjaya menarik pelabur seperti yang didakwa selagi beliau tidak menghapuskan rasuah, birokrasi dan menjamin keselamatan negara. Katanya, Najib tidak seharusnya mengatakan FIC gagal memainkan peranaannya kerana kegagalan berkenaan berpunca daripada kelemahan kerajaan menyalahgunakan FIC. "Implimentasi yang terpesong FIC telah disalahgunakan, bagaimana salah guna? Kerana rasuah kerana kita ada birokrasi yang lemah ambil masa buat keputusan. Keselamatan di negara kurang, kehakiman kita, rakyat dan pelabur asing kurang keyakinan. Ini punca rakyat kurang keyakinan pada institusi-institusi. "Bukan FIC yang diadakan sahaja maslah ini berpunca, kalau kita tidak ada keazaman politik untuk tukar dan naikkan kepercayaan rakyat pada institusi kehakiman, polis dan sebagainya. Pelabur asing dan tempatan takkan datang. Sebab tak selesai dan tak ada penawar yg tepat. "Ubat yang salah mansuhkan FIC bukan ubat yang betul untuk naikkan hak kebebasan kehakiman ada kan polis yang berkesan adalah ubat yang betul. Ini adalah masalah needed reaction untuk memenangi popular support," katanya. Tambah beliau tindakkan Najib meningkatkan jumlah pegangan ekuiti asing di negara ini sehingga 70% memperlihatkan beliau tidak membela nasib rakyat terutamnya kaum Melayu apabila Najib sendiri mengakui kini hanya ada RM2 bilion IPO di tangan kaum Melayu. "Kita hendak PM yang bela Malaysia dan rakyat, kalau bela US itu tugas Obama dan orang asing yang lain. Apa yang kita hendak, penting pertahan dan bela rakyat Malaysia,"katanya. Menurutnya ekonomi negara akan menerima impak yang sangat teruk sekiranya pelabur asing yang melabur di atas liberalisasi ekonomi ini menarik semula pelaburan mereka. Katanya, kerajaan seharusnya memikirkan dasar yang baik untuk rakyat dan ekonomi negara kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga negara. "Efek teruk. Kita tengok pada masa ni negara-negara dah buka pintu mereka. Bank-bank orang asing masuk mereka hanya ada 1 motif untuk mendapat keuntungan. Mereka tidak akan tolong penduduk, bantu ekonomi tempatan, hanya ada 1 motif dapat keuntungan dan bawa balik pada negara mereka. Bila suprime ada, stock market akan jatuh kerana fund manager akan jual saham mereka untuk ambil wang balik. "Kalau kita bukak semual ekonomi kita pada masa ini dan mereka dah pegang saham, akan jual saham mereka x peduli dan saham kita akan jatuh. Ini ialah satu insident yg kita hendak jaga. "Sudah pasti hari ini satu dasar yang salah sebab itu kita x boleh ikut ape yang dikatakan dengan tidak tengok dengan teliti. Kita kena tahu pada hari ni the rule of game dah bertukar. Mengapa kita hendak bukak? tidak boleh, mereka kata buka untuk untungkan mereka sendiri.

Kita hendak bela negara sendiri kena fikir apa yang baik untuk rakyat kita dan ekonomi kita sendiri kerana orang asing xkan bela kita, ni kita kena jaga," katanya.

admin-najib...najib...dah 100 hari ko perintah malaysia ni...tergadailah malaysia ni kat bangsa asing!sesungguhnya kau lebih teruk dr pak lah.Selemah-lemah pak lah,tak sanggup dia mengadaikan malaysia kepada bangsa asing!fikir-fikirkan lah.....

Sumber:Anjung Info

09 July 2009

Siapa kata tiada Minyak di Kelantan?

Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18

- Block B-17

- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).(banyak tu....makan tak habis)

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianggarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration

APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

- Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010

- Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.

- Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012

- Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi sepenuhnya.

ROYALTI GAS ASLI ADALAH HAK RAKYAT KELANTAN

- PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.

- Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.

- Terengganu, walaupun menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

- Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk bagi membangunkan projek-projek yang tidak mendatangkan menafaat kepada rakyat Terengganu sendiri.

- Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.

- Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Petikan dari Blog KELUARGA AMBUYAT EL-BINANGKIT.

Ini adalah sebahagian gambar-gambar dari seorang blogger yang pernah melawat sebuah pelantar minyak yang terletak diantara sempadan Malaysia dan Thailand iaitu diperairan Kelantan atas urusan kerja.
Pelantar Minyak Cakerawala - gambar dari udara.

Pelantar Minyak Cakerawala - gambar dari laut.


Lagi cerita mengenai bukti minyak berada di Kelantan......sila baca

Tiada Minyak Di Kelantan: Pusat Bohong Atau Saifuddin Tipu..?

UMNgOk?Barisan Nasiyonal cakap di perairan Kelantan tak ada Minyak dan Gas. katanya kenyataan Saifuddin Nasution tu salah.

Cuba korang pergi ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lepas tu korang cari apa yang ada dalam gambar dekat bawah ni... lokasi - berhampiran pintu ketibaan.


Lepas tu korang cari yang dekat bawah ni pulak... tak jauh dari lokasi dekat atas tu...


Kalau dah jumpa, korang masuk dekat dalam pejabat tu, korang tanya dalam seminggu, berapa Trip Helikopter bawak kru pelantar minyak...

Lepas tu tanya lagi, pelantar minyak tu dekat mana...

Lepas tu tanya lagi, semua sekali ada berapa pelantar minyak dalam perairan Kelantan...

Lepas tu tanya lagi Kontraktor Carigali dari Kemaman & Kerteh selalu tak datang naik Helikopter untuk ke pelantar minyak di perairan Kelantan & sempadan Malaysia - Thailand...

Kalau rasa segan nak masuk dan tanya semua tu, korang fikir la sendiri, buat apa Syarikat Oil & Gas nak kena bukak pejabat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa kalau tak de pelantar di perairan Kelantan..?

Orang Siam naik Heli dekat Kelantan ke kalau nak pergi Pelantar Minyak di Siam? Siam tak de Helikopter ke?Jadi.. Siapa kata tiada minyak di Kelantan??

Sumber - Malaysia Waves

admin-dah la tu menipu orang melayu dan khususnya rakyat Kelantan!

07 July 2009

Hishammuddin Bohong, Kaitkan Harimau Tamil

Oleh K KABILAN

Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy marah dengan pembohongan berterusan yang disebarkan kerajaan bahawa beliau mencari sokongan pertubuhan pengganas untuk membantu gerakannya.

Tuduhan palsu terakhir oleh kerajaan tercetus minggu lalu apabila Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein memberitahu Parlimen, Waythamoorthy telah meninggalkan Malaysia pada 28 November 2007 untuk mencari sokongan antarabangsa dan mengatur usaha untuk bertemu pemimpin Harimau Tamil (Tamil Tigers).

P Waythamoorthy dan polis 231107 “Ini sama sekali merepek. Saya cabar menteri untuk memberi bukti perkara ini secara terbuka, jika memang dia ada,” P Waythamoorthy. Beliau kini berada di New Delhi, India dan akan kembali ke pengkalannya di London akhir minggu ini.

Beliau meninggalkan Malaysia apabila kerajaan menyerbu Hindraf pada akhir 2007. Sejak itu, beliau memimpin gerakan tersebut dari London.

“Kerajaan terus mengulang-ulang dengan menyatakan saya mencari sokongan kumpulan pengganas, ini tidak berasas dan tidak berdasar. Dan minggu lepas Hishammuddin telah menyatakan perkara yang sama berdasarkan maklumat yang nampaknya diperolehi dari laporan risikan.

“Saya berasa aneh kerajaan terus mengulang-ulang tuduhan lama yang sama tanpa memberi sebarang bukti. Jika mereka ada bukti, kenapa tidak dedahkannya,” tanya beliau.

Beliau menyatakan beliau sedia pulang ke tanahair dan mendesak Hishammuddin mendakwanya di mahkamah kerana menderhaka atas tuduhan hubungan dengan Harimau Tamil.

Waythamoorthy juga mendesak Menteri Dalam Negeri menyediakan paspot baru untuknya agar beliau boleh kembali ke Malaysia.

Paspot beliau telah dibatalkan oleh kerajaan dan beliau kini berkelana di luar negara menggunakan dokumen perjalanan khas Bangsa-Bangsa Bersatu yang diberikan setelah beliau mendapat status pelarian politik oleh kerajaan British.

Tuduhan Tak Berasas

Beliau menambah isu hubungan Hindraf dengan pertubuhan pengganas, khususnya Harimau Tamil, pertama kali disebut oleh Peguam Negara, Abdul Gani Patail pada 5 Disember 2007 dan kemudiannya diperkukuhkan dengan kenyataan oleh Ketua Polis Negara pada 13 Disember 2007.

Inilah juga justifikasi yang digunakan untuk menahan lima pemimpin Hindraf di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada Disember 2007. Mereka telah dibebaskan bulan Mei tahun ini.

Waythamoorthy berkata hingga hari ini tidak ada seorang pun di dalam kerajaan dapat mempertahankan dakwaan mereka tentang tuduhan hubungan dengan Harimau Tamil ini.

“Dakwa saya di mahkamah atas hubungan dengan pengganas dan ini akan memberi saya peluang untuk membuktikan bahawa kerajaan tidak ada bukti apa pun,” katanya.

Hindraf menjadi musuh utama awam selepas pergerakan tersebut membangkitkan kes-kes pemusnahan kuil di negara ini pada 2007.

Perarakan awam gerakan ini menjadi begitu popular, bermula dengan perarakan beramai-ramai di Kuala Lumpur pada November 2007 di mana hampir 30,000 orang mengambil bahagian.

Setelah itu kerajaan mula bertindak dengan menahan pemimpin-pemimpin utamanya, yang berakhir dengan tahanan dalam ISA, dan ketika itulah Waythamoorthy berangkat ke United Kingdom bagi meneruskan pergerakan tersebut dari sana. Kerajaan telah mengharamkan Hindraf pada Oktober lalu.

Respon terakhir Hishammuddin terhadap tuduhan hubungan Waythamoorthy dengan pengganas muncul dalam bentuk jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Sumber : tvantara

Kezaliman ISA terdedah di sidang hak asasi PBB Geneva

Oleh Norlaila Othman

"SAYA sangka Malaysia sebuah syurga ...," kata Julunya dari Sudan.

"Semua orang sukakan Malaysia, kami tak tahu ada akta seperti ini di negara kamu," kata Hammara yang berasal dari Pakistan tetapi menetap di London.

"Saya tak sangka ISA begitu kejam bagi sebuah negara yang berimej Islam seperti Malaysia," kata Deena, seorang aktivis hak asasi dari Mesir.

Demikianlah antara komen terus terang kepada saya sebaik saja ucapan dua minit di Konvensyen Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva tamat.

Peserta wanita memelukku sebagai tanda simpati manakala yang lelaki memandang dari jauh dan menganggukkan kepala tanda sokongan terhadap ucapan itu. Saya rasa terharu dan hiba dengan respons mereka.

Tidak pernah terlintas

Sejak melibatkan diri dalam kempen anti-ISA bersama Gerakan Mansuh ISA (GMI), tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa suatu hari nanti, saya berpeluang menyatakan kezaliman ISA dalam sebuah dewan yang tersohor di Persidangan PBB, Geneva.

Begitu juga selama ini, saya tidak pernah terfikir akan begitu sabar menanggung perasaan sebagai seorang wanita yang ketiadaan suami dan pada masa sama menghadapi karenah dan kejahatan akta tahan tanpa bicara ISA ini sehingga tujuh tahun lamanya. Saya yakin, semuanya terjadi dengan izin Allah.

Kehadiranku di 'Human Rights Council Eleventh Session' di PBB sesi Jun 2009 ini adalah satu kesinambungan daripada kempen 'menulis surat' selama enam bulan pada sepanjang tahun 2008.

Ketika itu, sebagai Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA anjuran GMI, saya mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 surat dapat disampaikan oleh rakyat Malaysia kepada Menteri Dalam Negeri dan 'Office of High Commissioner for Human Rights (OHCHR)' di PBB.

Walaupun sasaran itu kurang sedikit, kami berjaya menghantar lebih 20,000 surat ke PBB dan sejumlah yang sama kepada Menteri Dalam Negeri di Putrajaya. GMI mendapat respons positif daripada OHCHR yang berada jauh beribu-ribu kilometer iaitu di Geneva tetapi anehnya langsung tidak mendapat sebarang berita daripada pejabat Menteri Dalam Negeri yang cuma terletak di Putrajaya.

Kempen bersama IHRC

Mungkin ramai tidak tahu bahawa isu tahanan tanpa bicara suamiku, Mat Sah Mohd Satray telah dihantar ke peringkat antarabangsa sejak tahun 2007 melalui Islamic Human Rights Commision (IHRC) yang berpangkalan di London.

IHRC telah menyediakan satu kempen pek lengkap mengenai akta zalim ISA di Malaysia dan Mat Sah dijadikan contoh tahanan yang masih dipenjara tanpa bicara di Kem Kamunting. GMI mendapat kerjasama yang amat baik daripada IHRC manakala sokongan rakyat Malaysia terhadap aktiviti 'menulis surat' itu telah melonjakkan kempen itu ke perhatian PBB pula.

Jika diimbas kembali, ia seolah-olah satu perjalanan yang sangat panjang, tetapi sokongan berterusan daripada rakyat Malaysialah yang memberi kekuatan kepadaku untuk berusaha keras mencari peluang dan dana bagi memastikan kezaliman ISA dapat disuarakan di United Nation di bumi Switzerland ini.

Pemergianku ke Geneva baru-baru ini juga merupakan salah satu daripada dua perkara utama dalam 'retreat' GMI bagi tahun 2009 ini selain daripada Himpunan Mansuh ISA yang dalam peringkat mobilisasi massa sekarang.

Saya dan aktivis lain di GMI amat menyedari, selain penahanan tujuh tahun yang sudah terlalu lama pada abad ke-21 ini, tidak dapat dinafikan gelombang kesedaran rakyat terhadap isu tahan tanpa bicara ISA ini begitu kuat sekali hingga menyebabkan PM Najib Razak dalam ucapan perdananya terpaksa menyatakan bahawa beliau akan mengkaji semula ISA dan pada masa yang sama membebaskan 13 tahanan ISA pada 2 April lepas.

Kemudian pada bulan Mei baru-baru ini, sekumpulan 13 tahanan ISA lagi telah dibebaskan tetapi malangnya Mat Sah masih belum dibebaskan.

Permusafiran di Geneva

Geneva, yang terletak bersempadanan dengan Perancis adalah sebuah bandar raya yang sederhana besarnya, jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Bandar yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisonal ini memang terkenal di serata dunia sebagai sebuah tempat amat terkenal dengan pengeluaran jam tangan.

Tidak hairanlah di sepanjang jalan, terdapat deretan kedai-kedai menjual jam tangan berjenama seperti Rolex, Reymond Weil, Tissot, Oris dan pelbagai lagi.

Walaupun kami agak letih sepanjang 20 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Geneva, panorama alam seindah banjaran Alps yang masih ada selapis salji di atasnya, pemandangan Tasik Geneva yang begitu mengasyikkan dengan hembusan angin musim panas yang dingin dan nyaman seolah-olah melupakan seketika bahawa saya datang ke sini untuk menyampaikan kepada dunia, satu kisah kezaliman yang belum tahu bilakah penghujungnya.

Kami berempat iaitu saya, Nalini dan John daripada Suaram serta Andrew daripada Bar Council terpaksa melalui jadual yang agak ketat. Setiap hari, kami keluar dari hotel menuju ke bangunan United Nations seawal jam 8.00 pagi dan kemudian kembali ke hotel pada jam 7 atau 8 malam.

Pada hari pertama, kami dimestikan mendaftar sebagai salah seorang peserta yang akan berucap dan kemudian sebahagian besar masa dihabiskan bertemu peserta daripada beberapa NGO negara lain untuk menyampaikan mesej pencabulan hak asasi yang terkandung dalam ISA kepada mereka.

Dalam proses memurnikan ucapan yang telah lama didraf, aku mengimbau kembali peranan 'OHCHR- United Nations' dalam isu ISA ini, badan dunia itu telah mengeluarkan satu perisytiharan 'Arbitrary Detention' terhadap Mat Sah sejak bulan November 2008 lagi.

Tahanan masuk tahun ke-8

Selain perisytiharan itu, mereka juga telah mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya Mat Sah dibicarakan atau dikeluarkan saja dari Kem Kamunting kerana sebaik saja selesai meneliti laporan dari pihak GMI dan pihak Kerajaan Malaysia (Kementerian Dalam Negeri), ternyata penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atas Mat Sah amat bertentangan dengan mana-mana prinsip hak asasi manusia.

Kemudian dalam bulan Februari 2009, isu 'Arbitrary Detention' ini juga telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh sebuah jawatankuasa kerja di PBB untuk memberi lebih penekanan supaya kerajaan Malaysia melakukan sesuatu yang lebih mulia daripada terus-menerus menahan Mat Sah yang kini ditahan masuk tahun kelapan!

Semua fakta di atas saya masukkan dalam ucapan tersebut. Saya terlupa, berapa kali agaknya draf ucapan itu diubah suai mengikut kepentingan fakta dan masa yang diberi. Beberapa kali saya ucapkan terima kasih pada Andrew Khoo yang telah menyusun semula semua fakta penting dalam ucapan tersebut dan memasukkan elemen perundangan di dalamnya.

Ketika membuat penyusunan itu, Andrew mengatakan beliau membayangkan bagaimana keadaan Mat Sah yang telah tujuh tahun tidak menikmati kehidupan normal kerana terkurung di kem. Beliau dapat merasakan deritanya menjadi tahanan ISA kerana pernah beberapa kali bertemu Mat Sah ketika melawat tahanan ISA di Kem Kamunting.

Pada hari Jumaat, 12 Jun 2009, saya adalah peserta keenam yang diberi peluang berucap. Sebaik saja teks ucapan itu siap, saya segera berlatih supaya dapat membaca dengan lancar dan tenang.

Ucapan yang disampaikan dalam bahasa Inggeris itu berkisar kepada penahanan tanpa bicara yang memasuki tahun ke tujuh, 'habeas corpus' tidak sesuai untuk membebaskan tahanan daripada sudut perundangan, lembaga penasihat yang tiada integriti, tiada 'charge' yang membolehkan tahanan didakwa di mahkamah, perisytiharan 'Arbitrary Detention', kerinduan Suhaib yang sentiasa menanti kepulangan bapanya.

Dan akhir sekali merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menerima cadangan daripada OHCHR agar sama ada membicarakan Mat Sah di mahkamah atau membebaskannya saja.

Alhamdulillah, saya dapat menyampaikan teks ucapan itu dengan tenang dan fasih. Aku amat bersyukur, kerana segalanya berjalan dengan lancar. Selesai saja kami, barisan NGO menyampaikan ucapan, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Duta Besarnya berkata, isu 'Arbitrary' akan diberi keutamaan dan ISA juga dalam proses untuk dikaji semula.

Tagih janji PM

Itulah ucapan yang amat sedap didengar oleh wakil Malaysia di hadapan wakil negara lain demi untuk menutup segala unsur negatif yang telah terpaksa kami nyatakan secara terus terang.

Namun, apakah hakikat sebenar kedudukan ISA di Malaysia? PM Najib Razak memang berjanji untuk mengkaji semula akta itu, tetapi nampaknya daripada bulan April hingga Jun, belum ada sebarang tanda yang beliau mengarahkan sebarang 'engagement' antara kerajaan dengan pengamal undang-undang dan NGO yang terlibat secara aktif dalam kempen anti-ISA.

Tidak ada 'time frame' dalam janji-janji PM bahawa ISA akan benar-benar di kaji semula...

Saya amat berterima kasih kepada Forum Asia, sebuah NGO di Bangkok, yang mempunyai beberapa orang kakitangan di Geneva yang banyak membantu menyelesaikan urusan kami ketika berada di PBB.

Mewakili GMI, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang dana terbesar misi ke Geneva ini terdiri daripada Harakah, kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan dan Pulau Pinang, KeADILan, Kumpulan Usrah Profesional dan JIM di atas bantuan mereka.

Semoga segala bantuan ini akan dikira sebagai satu amalan mulia, solidariti dan sokongan kepada GMI dalam usaha membebaskan Malaysia daripada akta zalim ISA. _

Sumber : Harakahdaily

BN Ertinya ‘Bini Najib’ ?

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencipta gelaran baru untuk Barisan Nasional dengan label “bini Najib” - alasannya Rosmah Mansor seolah-olah menerajui negara ini disisi suaminya dan adalah wanita pertama negara yang berpengaruh luas.

“Dulu kita dengar BN (ertinya) ‘barang naik’. “Itulah dijaja oleh orang ramai tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu ‘Bini Najib’,” kata Mahfuz.

Mahfuz berkata demikian di majlis makan malam di Sungai Chenaam, Nibong Tebal

Rosmah Mansur and Lee Kuan Yew 160609 Tambahnya, istilah itu “jika dikaji, ada kebenaranya” apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia awal bulan ini juga bertemu dengan Rosmah, selain Najib.

Pertemuan itu, Mahfuz dilaporkan berkata lagi, “tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara” dan “tidak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar”.

“Kalau dikaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja,” Mahfuz dipetik berkata.

“Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

“Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

“Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara.”

Sumber : Suara Keadilan

06 July 2009

Kenyataan Media SUA Berhubung Tuduhan Bank Malaysia Terbabit di Dalam Transaksi Penjualan Senjata Oleh Korea Utara

—Kenyataan Media Untuk Edaran Segera—

5hb Julai 2009

Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkembangan mutahir di Laut Timur. Korea Utara telah pun melancarkan 7 peluru berpandunya ke arah bahagian pantai timur negaranya. Tindakan ini jelas menyalahi resolusi 1874 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berusaha mengendurkan ketegangan di rantau itu. Komuniti antarabangsa melahirkan rasa kesal dan mengecam keras pelancaran peluru berpandu tersebut.

Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 itu mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya. Makanya amatlah penting resolusi ini dipatuhi dengan kerjasama komuniti antarabangsa demi mewujudkan keamanan berkekalan, bukan sahaja di rantau Timur Jauh, bahkan juga di seluruh Asia.

Oleh itu adalah mengejutkan apabila beberapa laporan akhbar dari Korea Selatan mengaitkan bank di Malaysia digunakan untuk transaksi pembayaran penjualan senjata dari Korea Utara ke Myanmar. Tambah membimbangkan apabila rombongan khas perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi yang diketuai Phillip Goldberg, dijadualkan ke Malaysia, bertujuan memastikan negara ini mematuhi perlaksanaan resolusi tersebut. Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit (Korea Herald dan Korea Times), kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara.

Keadilan menekankan isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan mestilah bersikap telus serta bertanggungjawab, terutamanya apabila menangani isu sebegini. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih bertarikh 26 Jun 2009 menyatakan antara butir penting perbualan Presiden Obama dan Dato’ Seri Najib ialah memastikan perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi. Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia tersebut kepada media dan rakyat Malaysia berhubung perbualan telefon beliau dengan Presiden Amerika Syarikat itu. Dato’ Seri Najib sewajarnya menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear.

SALEHUDDIN HASHIM
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT


Sumber : Anwaribrahimblog
Nota : Untuk berita asal, terkini, sumber dan luar negara sila klik disini. Lagi di sini dan di sini serta di sini

Designed by - AMK TANGGA BATU