AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

20 August 2009

Tiong: Saya bukan mesin ATM BN

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dikenali sebagai 'Mesin ATM BN' kerana reputasinya yang dikenali amat murah hati untuk memberi bantuan kepada rakan-rakannya dalam BN.

Minggu lalu, pengerusi Jawatankuasa Penyokong Kerajaan (BBC) itu membuat pendedahan menggemparkan apabila mendakwa menyumbang RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk membiayai aktiviti parti tersebut.

Ong bagaimanapun menafikan dakwaan Tiong dan membuat laporan polis mengenainya minggu lalu. Beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang Tiong.

Apabila dikecam oleh Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, Tiong yang juga bendahara Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP) mendakwa Chew juga turut menerima sumbangan daripadanya.

Semalam, Tiong mendedahkan kepada pihak media bahawa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kolej KTAR milik MCA di Penampang, Sabah.

Bagaimanapun, ketika ditemubual oleh Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya kelmarin, Tiong menolak tanggapan tersebut bahawa beliau menjadi 'mesin ATM BN"..

"Jangan cakap macam tu... kamu tahu tak berapa banyak sekolah Cina yang saya bantu? Mesin ATM apa?" kata Tiong.

Tiong berkata, sumbangan itu dibuat atas dasar solidariti bagi membantu komuniti Cina dan beliau tidak mengharapkan apa-apa balasan.

"Saya mahu lihat parti-parti Cina supaya kuat dan bersatu supaya kita dapat turun ke bawah untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Jelasnya lagi, sumbangan beliau bukan hanya terhad kepada parti Cina sahaja.

"Berapa banyak biasiswa sudah saya beri kepada pelajar? Berapa banyak orang yang sudah saya bantu? Awak boleh tanya Vicky (bekas ketua pemuda MIC kebangsaan S.A.Vikneswaran) Tanya dia adakah saya ada beri sokongan kepada dia? Dia pun sudah tidak ada (jawatan) sekarang."

(Ketika dihubungi kemudiannya, Vigneswaran berkata Tiong telah menyumbang RM1 juta kepada Universiti AIMST milik MIC beberapa tahun lalu. Beliau juga telah menyumbang kepada beberapa buah kuil).

"Adakah dengan memberi sumbangan, saya ini meminta ijazah kedoktoran (daripada Universiti Tunku Abdul Rahman?," soal Tiong lagi.

Jelasnya lagi, sumbangan tersebut adalah untuk mengekalkan kerjasama di antara parti komponen BN dan juga untuk meraih sokongan daripada pengundi.

"Ini penting untuk kekalkan kekuatan BN. Tidak ada maknanya jika kita kuat di Sabah dan Sarawak tapi yang lain tidak boleh mengekalkan (kekuatan) di Semenanjung.

"Kita mesti tunjukkan kepada rakyat bahawa kita sudah berubah, bukannya hanya tahu bercakap, mengorek isu-isu, dan menggorengnya di media untuk mendapat kepentingan politik seperti parti pembangkang. Itu salah," katanya lagi.

"Kalaulah kami terlebih membuat tuntutan sekalipun, ianya boleh 'di-adjust-kan' pada panel terakhir. Jadi apakah isu sebenarnya?," katanya merujuk kepada siasatan ke atas PKFZ.

Sumber : Malaysiakini

19 August 2009

Tiong dedah sewa RM1 bagi 32 unit kampus KTAR

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing membuat satu lagi pendedahan, dengan mendakwa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) milik MCA, di Penampang, Sabah.

Kesemua unit kedai terdiri daripada lapan blok bangunan empat tingkat milik Wawasan Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Dijaya Corporation. Ia disewa oleh KTAR sejak Februari 2007.

Sebelum ini, ketika ditemubual oleh akhbar berbahasa Cina, Tiong dilaporkan menyifatkan jumlah RM1 itu sebagai tanda simbolik sumbangannya kepada kolej dan parti berkenaan.

Pendedahan terbaru ini merupakan rentetan daripada pertelingkahan terbuka di antara Tiong dan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang semakin serius - ekoran isu membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Tiong dalam satu temubual dengan Malaysiakini hari ini berkata kadar berkenaan kini tidak lagi sesuai memandangkan parti MCA yang merupakan pemilik kolej berkenaan didakwa mempunyai aset bernilai lebih RM2 billion.

Oleh itu, katanya, kadar sewa yang lebih setimpal patut dikenakan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di Penampang, Sabah yang kini menduduki premis syarikat itu secara 'percuma.'

Tiong mahu tindakan tersebut diambil kerana berasa tertipu dengan saranan MCA supaya memberi sumbangan kepada parti itu bagi membantu komuniti Cina di negeri tersebut.

"Sebelum ini MCA datang kepada saya dan kata mereka tiada duit, kalau saya bantu akan kurangkan beban pelajar. Saya juga telah bayar RM200,000 untuk ubahsuai sebelum diserahkan kepada KTAR.

'Saya rasa tertipu'

"Sekarang saya rasa tertipu. Kalau parti itu sudah ada lebih daripada RM2 billion, kenapa ia masih perlu meminta bantuan daripada saya," kata Tiong yang juga setiausaha agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu.

"Sekarang saya perlu menilai semula kepimpinan di dalam MCA, sejauh mana efisiennya mereka dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Tapi kalau macam ini, lebih baik saya gunakan sumbangan itu untuk orang yang lebih memerlukan."

"Tapi siapa tahu, mungkin mereka masukkan juga kos sewa bangunan dalam yuran walaupun sewa percuma? Ini mungkinlah, saya tidak tahu," tambahnya.

Tiong juga mahu bersemuka dengan Ong yang didakwa telah menjalankan usaha untuk mencemarkan nama dan menghakimi peribadi pemimpin ahli parlimen Bintulu melalui media.

"Saya tidak peduli tentang persepsi orang ramai (terhadap saya). Hal ini adalah antara saya dengan Ong. Saya mahu bersemuka satu sama satu dengan dia. Tak perlu libatkan orang lain," katanya lagi.

Jelasnya lagi, beliau maklum dengan saranan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya dihentikan pertelingkahan dengan Ong kerana menimbulkan persepsi negatif terhadap BNl.

Tambahnya, beliau juga harus berani berhadapan dengan cabaran-cabaran daripada pemimpin tersebut.

"Saya tidak peduli dengan persepsi orang. Dia berani cabar saya, saya juga berani cabar dia. Sekarang saya pula panggil dia gengster politik, macam mana?

"Biarlah orang nilai sendiri perwatakan dia. Dia pandai menjaga imej sebagai pemimpin yang bersih dan telus. Setiap hari dia akan tunjuk kepada orang dia macam ini. Dia boleh sebab dia orang besar, saya bukan."

"Dia kata saya ini gengster, saya ini hisap darah, apa ini? Tapi kalau saya kata saya bukan gengster orang tidak akan percaya kepada saya kerana saya bukanlah siapa-siapa. Saya bukan menteri yang orang kena percaya. Jadi saya mahu dia buktikan (dakwaan-dakwaan tersebut) kepada saya.".

Sumber : Malaysiakini

'Anugerah Sasterawan Negara bukan untuk tutup mulut saya'

Datuk Dr Anwar Ridhwan menolak tanggapan bahawa pemilihannya sebagai Sasterawan Negara adalah bagi menutup mulutnya yang lantang menentang dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau adalah antara penentang utama dasar bahasa tersebut bersama-sama dengan seorang lagi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad.

Malah, semua sasterawan yang masih hidup telah mengeluarkan kenyataan bersama menentang pelaksanaan PPSMI.

"Saya rasa kerajaan bersikap terbuka sejak akhir-akhir ini. Begitu juga dengan (Sasterawan Negara) Muhammad Haji Salleh yang lantang dalam ucapan-ucapannya.

"Dua orang inilah (Samad dan Muhamad) yang saya nampak lantang. Tetapi nampaknya kerajaan tidak memberi apa-apa tekanan ke atas mereka," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini.

Mengakui pengiktirafan yang diterimanya itu sebagai beban, dekan fakulti penulisan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu berkata, ia bukanlah halangan kepadanya untuk terus bersikap kritis.

"Memang beban itu mula terasa. Tetapi pada saya, saya akan memberikan pandangan, kalau pada pandangan saya tidak sesuai, tidak secocok dengan sikap saya, saya rasa ia bukan halangan (untuk bersuara)," katanya.

Selain menentang PPSMI, beliau juga mengakui pernah menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap akta ISA dan isu-isu pendidikan, termasuk di dalam blognya www.1anwarridhwan.blogspot.com

"Walaupun tidak selari (dengan pandangan orang lain), saya akan beri pandangan. Tetapi (soalnya) bagaimana kita menzahirkan pandangan itu? Kita ada 1,001 cara untuk menzahirkan pandangan.

"Saya rasa ini bukan sikap penulis, sasterawan atau sasterawan negara saja. Saya rasa setiap daripada kita mempunyai hak untuk menzahirkan pandangan, terhadap sesuatu itu yang bertentangan dengan pendirian, prinsip dan idealisme kita," tegasnya.

Pada 11 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Dr Anwar sebagai Sasterawan Negara ke-10 bagi mengiktiraf sumbangannya dalam perkembangan kesusasteraan tanahair melalui penulisan bermutu tinggi.

Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima hadiah wang tunai RM60,000 dan pelbagai kemudahan, termasuk untuk menerbit dan menterjemahkan karyanya.

Dr Anwar akan menerima anugerah berprestij itu dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 20 Oktober ini di Kuala Lumpur.

Sumber : Malaysiakini

13 August 2009

Lagi siswa kes 'puaka' UM ditahan

Seorang lagi pelajar Universiti Malaya yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di dewan kampus itu berjaya ditahan semalam.

Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API), ditangkap di sebuah kafeteria akademi kira-kira 1 tengah hari semalam.

Sekurang-kurangnya tiga anggota polis berpakaian biasa - dipercayai dari ibu pejabat polis daerah Brickfields - kelihatan menahan, dan kemudian menggari, mahasiswa tahun dua itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Zulhazmi Shariff – peguam Muhammad Aizat – mengesahkan bahawa pelajar API itu ditahan reman selama dua hari.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

"Selalunya mengikut proses undang-undang, ia bermula pada hari tangkapan. Sepatutnya esok beliau akan dibebaskan," katanya, sambil menambah ibu bapa Muhammad Aizat turut hadir di mahkamah itu pagi tadi.

Zulhazmi berkata, anak guamnya ditahan mengikut Seksyen 427 dan 436 Kanun Keseksaan seperti dua tertuduh sebelum ini.

Menurutnya lagi, polis mengemukakan enam alasan dalam permohonan perintah reman, antaranya untuk membantu siasatan kes contengan tersebut dan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai seorang lagi suspek yang masih lagi bebas, Muhammad Saufi Jelani.

Selain itu, kata peguam itu, kegagalan Muhammad Aizat menunjukkan kad pengenalan sewaktu ditahan juga menjadi alasan polis untuk mendapatkan perintah reman pagi tadi.

"Mereka hendak pastikan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sama ada dia rakyat Malaysia, kerana tidak ada IC sewaktu ditahan," katanya.

Muhammad Aizat ditahan reman di lokap ibu pejabat polis Brickfields.

Pelajar jurusan Syariah itu, yang berasal dari Gombak, antara tiga yang dikehendaki polis berhubung beberapa pertuduhan, termasuk cubaan membakar di dewan kuliah utama API menjelang satu program yang dihadiri isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Shazni Munir Mohd Ithnin, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, ditahan 17 Julai lalu berhubung insiden awal pagi 24 Jun lepas.

Sementara dua lagi - Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - dihadapkan ke mahkamah pada 30 Jun lalu.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyan 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan dan akan dibicarakan 7 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sumber : Malaysiakini

03 August 2009

Kemaraan rakyat tidak mampu lagi dihalang kerajaan BN

Oleh Lanjusoh

KOTA BHARU, 2 Ogos (Hrkh) - Biar pun lebih setahun gelombang kebangkitan rakyat memuncak, namun belum nampak tanda-tanda ia kembali reda. Sebaliknya momentum itu terus membengkak.

Perhimpunan di jalan raya tidak pernah surut biar pun berdepan dengan ugutan dan tangkapan oleh polis.

Bermula dengan himpunan Bersih, Hindraf dan semalam Mansuhkan ISA tetap mendapat sambutan biar pun risikonya tinggi.

Secara jelas pemerhati politik melihat rakyat semakin berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka biar pun terpaksa berdepan dengan tangkapan polis.

Petang semalam sekali lagi puluhan ribu rakyat prihatin tidak patah semangat turun berdemontrasi di jalan raya menuntut dimansuhkan ISA, sebuah akta yang dianggap tidak bertamadun.

Sehingga jam 11 malam tadi polis Kuala Lumpur dilaporkan memberitahu seramai 589 peserta demontrasi aman termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap di bawah Akta Polis 1967.

Turut ditahan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah menengah.

Pengerusi KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini benar-benar terdesak apabila terpaksa memperalatkan pasukan polis bagi mengekang kebangkitan rakyat.

Bekas guru, Wan Yusof Wan Mustafa berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menghalang kemaraan rakyat biar pun digunakan begitu ramai anggota polis dan semburan gas pemedih mata.

"Teknik terdesak Umno menakutkan rakyat bagi menghalang kebangkitan mereka dengan menahan begitu ramai peserta demontrasi membangkitkan lagi kemarahan masyarakat.

"Rakyat makin bertambah faham dan berani menegak keadilan walaupun diancam dengan penahanan. Umno tiada pilihan lagi melainkan memansuhkan ISA," katanya di sini.

Beliau yang juga Adun Gual Ipoh berkata, memperlambatkan pemansuhan ISA akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan kerajaan BN.

Katanya juga apa yang berlaku semalam polis seakan-akan menyediakan Umno tempat jatuh yang lebih tinggi sehingga tidak mampu bangkit lagi.

"Ini kerana perlembagaan tidak pernah menghalang perhimpunan secara aman, manakala tugas polis sepatutnya membantu melancarkan perarakan dan bukannya membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata dan water canon.

"Tanpa menahan rakyat yang berhimpun dan provokasi lain perarakan menyerah memorandum pastinya akan berjalan lancar," ujarnya.

Seorang pegawai pencen yang enggan dikenali berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menyekat kebangkitan rakyat biar pun terpaksa menggunakan ramai anggota keselamatan. - mj _

Sumber : Harakahdaily

28 July 2009

UNISEL: Pemuda Pakatan ulangi desakan ganti Rosmah

Pemuda Pakatan Rakyat Selangor mengulangi desakan kepada kerajaan negeri itu supaya menukar segera Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwanya tidak layak dan kompeten untuk menduduki kerusi berprestij itu.

Dalam satu kenyataan bersama, ia berkata ianya selaras dengan sokongan tidak berbelah bagi mahasiswa dan pensyarah UNISEL sendiri - dalam satu program yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang mahukan Canselor UNISEL ditukar segera.

"Malahan kita yakin masyarakat di Selangor juga mahu kepada seorang Canselor UNISEL yang boleh mencerminkan prestij dan imej keilmuan dan taman budi sebuah gedung ilmu negara," kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya sudah menyedari dan bertindak proaktif untuk menukar Canselor UNISEL kepada individu yang lebih berkelayakan dan mempunyai nilai ilmu, akal budi dan akhlak murni yang tinggi.

"Ia adalah salah satu usaha progresif bagi mencerminkan gerak kerja bersungguh-sungguh kerajaan negeri memartabatkan insititusi pengajian tinggi ke peringkat global.

"Kita mahu UNISEL dipandang tinggi dan dihormati di peringkat antarabangsa sebagai sebuah gedung ilmu yang mampu mencapai standard universiti tersohor dan terbilang dunia.

Untuk jadi universiti terbaik

"Justeru, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor ini disegerakan kerana jelas penolakan mahasiswa dan pensyarah sendiri yang menyatakan pendirian ini secara terbuka. Kerajaan negeri perlu memilih individu yang paling sesuai dan terbaik untuk Canselor baru UNISEL akan datang," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Pemuda Pakatan Rakyat yakin, apabila kerusi Canselor UNISEL disandang individu yang layak dan mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi, maka usaha ke arah meninggikan dan martabat kedudukan UNISEL akan semakin bersemarak.

"Pemuda Pakatan rakyat bertambah yakin UNISEL kelak akan menjadi salah satu universiti terbaik dunia yang pada kelasnya yang tersendiri.

"Justeru, kerajaan negeri hanya mempunyai satu sahaja pilihan iaitu meletakkan individu terbaik dan paling layak untuk kerusi Canselor UNISEL ini," tambahnya.

Kenyataan bersama itu ditandatangi oleh Ketua Pemuda Angkatan Muda PKR Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Hasbullah Mohd Ridzwan (Pemuda PAS Selangor) dan Lau Weng San (DAPSY Selangor).

Sumber : Malaysiakini

16 July 2009

Tambang teksi, bas sekolah naik lagi...hahahaha

Tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos.

Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen.

Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 meter.

Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat.

Caj tambahan 50 peratus bagi perkhidmatan selepas 12 tengah malam masih dikekalkan tetapi ia dihitung sewaktu penumpang turun, bukan sewaktu memasuki teksi.

Selain itu, kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula tarikh yang sama, katanya.

Di kawasan bandar, kenaikan tambang dari RM21.10 ke RM27.43 bagi satu kilometer, dan dari RM1.55 ke RM2.02 bagi setiap satu kilometer tambahan.

Tambang bas ekspres pula dinaikkan 2 sen bagi setiap kilometer, manakala tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur akan dinaikkan 25 sen hingga 70 sen mengikut zon-zon tertentu.

admin-hahahaha...birthday 100 pemerintahan najib mengumumkan rebet 20% tol....sekarang naikkan 30% tambang bas sekolah di seluruh negara.hahahahaha....mari kita tipu rakyat!!!kejap bagi,lps tu umum naik sana sini.Itu belum kira petrol ron97 yg akan dinaikkan kepada rm2/liter pada september ini.Hahahahaha...rakyat ditipu lagi.Kata slogan 1malaysia-rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan........pooooooddddaaaaahhhhhhh cit......

11 July 2009

Lagi gema gugurkan Rosmah di Unisel



Keinginan menggugurkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bergema semula malam tadi di satu majlis yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para pelajar yang menghadiri "Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog" bersama penasihat PKR sebulat suara menolak isteri Datuk Seri Najib apabila diajukan isu tersebut.

Hanya seorang pelajar yang mengangkat tangan apabila Anwar bertanya sama ada wajar wanita pertama negara dikekalkan sebagai canselor Unisel - seperti ditegaskan menteri besar, tahun lalu.

Menurut laman web penyokong mantan timbalan perdana menteri itu, isu itu berbangkit semula apabila seorang daripada lebih 2,000 pelajar mengemukakan cadangan menukar naib canselor mereka kini.

"Seluruh pelajar Unisel bertepuk menyatakan persetujuan," satu coretan blog Anwar Ibrahim Club (AIC) dipetik.

Susulan cadangan itu dalam sesi soal jawab selepas ucapannya selama sejam, Anwar kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Rosmah diganti agar mengangkat tangan tanda bersetuju.

"Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka," laporan blog itu dipetik.

Timbalan pengarah progam tersebut Maisarah Ismail, yang membangkitkan cadangan kontroversi itu, memberitahu Malaysiakini lewat petang ini bahawa majlis anjuran Majlis Perwakilan Pelajar itu diadakan bagi menggalakkan pelajar lebih terbuka menggerakkan politik kampus.

Pelajar tahun akhir diploma sains perpustakaan, yang juga exco AIC, berkata ia juga bertujuan menggalakkan pelajar Unisel lebih berani bersuara tentang isu-isu semasa, termasuk isu dalam kampusnya di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Unisel, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam dan sekumpulan pensyarah.

Desakan yang sama pernah disuarakan oleh pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat awal November lalu tetapi ia segera ditolak oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar Pakatan Rakyat.

Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, melantik Rosmah sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Ia diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar.

Sumber : Malaysiakini

09 July 2009

Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'


Jul Abdul Rahim Sabr

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.

anti ppsmi rally 070209 tear-gasMelalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.

Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.

Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya.

"Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.

Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.

Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.

Daulat bahasa Melayu

Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:

"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu.

anti ppsmi rally 070209 rally 02"Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama.

"Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.

'Hanya sebahagian selesai'

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'.

Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.

"Secara peribadi, saya menyatakan sebahagian daripada perjuangan (Gapena) itu belum selesai.

"Kalau kita lihat dari sudut sosialnya, ada pembahagian pelajar yang mengambil aliran sains dan aliran sastera, kita dapati pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.

"Sedangkan aliran sastera di tingkatan enam, akan terus mengalami diajar dalam bahasa Melayu. Jadi kita lihat berlaku dualisme dalam pembahagian masyarakat.

"Dan ini akan membentuk psikologi pemikiran bahawa barangkali yang berbahasa Inggeris lebih baik daripada yang berbahasa Melayu.

"Ini akan menyebabkan pemilihan universiti akan berubah kerana pelajar mencari institut pengajian tinggi yang lebih mudah dan lebih selesa (diajar) dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Inggeris. Dan ini sudah berlaku sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar.

Gapena akan bantu


Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang "sangat realistik" kepada rakyat Malaysia.

"Kami berikrar memberi segala pertolongan yang boleh (kepada kerajaan) untuk membantu dan menyumbang tenaga untuk memantapkan kedudukan bahasa di Malaysia," kata dalam sidang media yang sama.

"Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu.

"Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan," katanya.

Manakala Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, ia menunjukkan kerajaan "mendengar pandangan rakyat" dan membuat "keputusan yang bijak".

"Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar.

Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia.

Beliau juga berharap agar kerajaan konsisten untuk menjadikan bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.

Daulat bahasa Melayu

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.

"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.

NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.

admin-kepada pencacai-pencacai umno yg dulu' bergila-gila' mempertahankan PPSMI...apa komen?Tak sia-sia kita berdemo,yg dulu pencacai-pencacai mengutuk kita berdemotrasi.Lihatlah...dengan berdemotrasi capai juga kejayaan juga.Bukan semua demotrasi itu salah....tp berdemotrasi kerana apa?memperjuangkan apa?dan kebaikan untuk siapa?

08 July 2009

Lebih 500 SB Menyamar Sebagai Guru Sandaran Di Manek Urai

Nampaknya, UMNO kini semakin terdesak dan gusar dengan kekuatan PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri N41 Manek Urai dalam pilihan raya kecil pada 14 Julai ini. Berbagai tipu helah dan strategi yang telah mereka lakukan untuk tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat supaya menyokong BN.

Difahamkan, antara langkah paling kritikal yang dilakukan oleh UMNO ialah dengan menempatkan Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT) yang dipercayai adalah anggota Cawangan Khas PDRM (SB). Sumber menyatakan lebih 500 SB yang menyamar sebagai Guru Sandaran telah ditempatkan dibeberapa buah sekolah yang terletak dalam kawasan peti undi panas UMNO. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menjalankan propaganda bagi pihak UMNO-BN bagi mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan tersebut supaya menyokong BN.

Anggota-anggota SB yang mengambil peranan sebagai pengajar di beberapa sekolah di Dewan Undangan Negeri Manek Urai dipercayai sudahpun menjalankan kerja kotor mereka bagi pihak BN sejak sebulan lalu iaitu lama sebelum hari penamaaan calon.

"Anggota SB yang berpura-pura bertugas sebagai guru sandaran ini antara lain akan cuba menyelitkan unsur-unsur propaganda Umno dan BN semasa lepak sambil minum di kedai-kedai kopi bersama masyarakat tempatan."Mereka ini ditempatkan di sekolah-sekolah di Manek Urai di mana BN dijangka akan menghadapi tentangan sengit daripada calon Pas dan kerana itu anggota-anggota SB ini dikerahkan untuk memastikan BN menang," kata sumber kepada PDO. Sumber juga menyatakan anggota SB bukan sahaja menyamar sebagai Guru Sandaran tetapi juga menyelinap masuk ke Manek Urai dalam pelbagai peranan dan fungsi.

Antara yang dikenal pasti ialah sebagai penoreh getah, peniaga ikan, nelayan, petani, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai dan lain-lain agensi kerajaan. "Mereka ini menyamar dalam pelbagai bentuk pekerjaan bagi mendapat maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan supaya membenci Pas. Mereka ini akan hilang dari Manek Urai sejurus selepas pilihan raya," kata salah seorang penduduk yang ditemui. - pahang daily online

Sumber : tvantara

Kerajaan Akur Pada Tuntutan Rakyat Hapus PPSMI

Kerajaan Umno-BN selepas 6 tahun akhirnya mengakui bahawa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) gagal mencapai matlamat yang disasarkan kerajaan, sebaliknya ia menjejaskan pembelajaran murid-murid.

Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin mengumumkan program ini akan dihapuskan bermula 2012 dan matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan diajar dalam bahasa kebangsaan.

Manakala di sekolah-sekolah jenis kebangsaan ia akan diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.

PPSMI dilaksanakan pada 2003 dibawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Cendekiawan dan para pendidik tempatan memberi amaran program ini akan menjejaskan pembelajaran murid-murid, namun bantahan rakyat dijawab dengan ledakan gas pemedih mata dan semburan meriam air dalam satu perhimpunan aman 8 Mac lalu.

Sumber : tvantara

25 June 2009

Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas

Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP) menyambut baik janji Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan keputusan muktamad isu perlaksanaan polisi PPSMI pada awal Julai depan.

Setiausaha PPSMI (GMP), Hasni Abas mahu pemansuhan PPSMI dilakukan segera setelah mengambil kira pendapat dan nasihat seluruh rakyat Malaysia.

“ Kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia sebagai teras kepada perpaduan dan kemajuan negara. Oleh yang demikian slogan tersebut mesti didokong dan dibuktikan melalui keputusan tersebut’’, katanya kepada TVAntara petang tadi.

Tambah Hasni, pihak GMP sedia bersemuka dengan kerajaan bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil sebagai usaha memantapkan modul pembelajaran dan pengajaran dalam Bahasa Melayu pada masa hadapan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata beliau yakin kerajaan akan mengumumkan keputusan PPSMI pada tempoh masa yang mereka janjikan.

Namun begitu, beliau tidak dapat meneka akan keputusan yang bakal diambil kerana kerajaan tidak memberi sebarang gambaran awal keputusan mereka.

“ Kerajaan perlu bertegas dengan tuntutan pemansuhan ini supaya segala persiapan untuk kembali kepada kaedah pembelajaran dalam Bahasa Melayu dilaksanakan secepat mungkin” kata Suhaizan.

Menurutnya, beliau khuatir sekiranya kerajaan lewat memberi jawapan bakal memberi kesan negatif kepada para pelajar.

“ Desakan orang ramai agar PPSMI dimansuhkan kerana tidak mahu melihat lebih banyak keciciran dan jurang antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar”

“ Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mudah difahami majoriti rakyat Malaysia maka sudah tentulah ia memberi kelebihan kepada penguasaan pelajar dalam Matematik dan Sains” tambah beliau lagi.

Suhaizan menambah, bantahan lebih hebat akan meledak di seluruh negara jika PPSMI tetap diteruskan dan kemungkinan besar satu perhimpunan membantah PPSMI seperti pada 7 Mac lalu akan berulang.

Dalam pada itu, Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhamad Faisal Abdul Aziz gembira dengan penjelasan Muhyiddin yang dilihat sebagai langkah proaktif lebih baik daripada menteri pelajaran sebelumnya.

Faisal juga mahukan keputusan perlaksanaan PPSMI nanti tidak dipengaruhi mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

“ Keputusan kerajaan nanti mesti mengutamakan kehendak rakyat dan bukannya dilakukan mengikut telunjuk pihak-pihak berkepentingan yang menunggu peluang mengaut keuntungan semata-mata” ujarnya lagi.

Menurut Faisal, dasar penggunaan Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah yang dipelopori mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah melahirkan ramai tokoh terbilang dan tiada sebabnya ia dipinggirkan.

Sumber : Suarakeadilan

23 June 2009

Penduduk marah rezab sekolah jadi milik individu

BANDARAYA MELAKA – Penduduk Taman Sri Krubong terkejut apabila mendapati sebidang tanah yang direzabkan untuk pembinaan sebuah sekolah rendah telah dipindah milik menjadi tanah persendirian.

Pendedahan mengejutkan kira-kira dua tahun lalu itu terjadi apabila sekolah rendah yang sedia ada kian padat dan memerlukan sebuah sekolah baru dibina di kawasan berkenaan.

Ketua PKR Cawangan Krubong, Sham Kamat, berkata, penduduk kampung berasa terkejut apabila mendapati tanah berkenaan telah ditukar milik menjadi tanah persendirian walaupun ia telah direzabkan untuk pembinaan sebuah sekolah.

Beliau mendakwa pertukaran status itu telah dilakukan tanpa pengetahuan wakil rakyat kawasan terbabit serta penduduk kampung.

“Pada asalnya, tanah itu telah direzabkan oleh pemaju perumahan, Jen Jaya Sdn Bhd, kepada penduduk Taman Sri Krubong untuk pembinaan sekolah rendah atau untuk kegunaan awam.

“Kini kami mendapati tanah terbabit telah dipecahkan menjadi enam lot dan setiap satunya telah menjadi hak peribadi.

“Apa yang menjadi persoalan kami adalah, bagaimana semua ini boleh berlaku. Saya yakin berlaku salah guna kuasa dalam perkara ini,” katanya kepada media di pekarangan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di sini semalam.

Turut serta membuat laporan kepada SPRM Melaka adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Hairiz Nordin, Timbalan Ketua Penerangan Perhubungan PKR Negeri Melaka, Freddie S.H Lim dan Tahar Ahmad.

Menurut Sham, dalam laporannya kepada SPRM, beliau telah meminta badan itu membuat siasatan segera mengenai kemungkinan berlaku salah guna kuasa sehingga menyebabkan tanah terbabit ditukar daripada kegunaan awam menjadi hak peribadi.

“Saya berharap SPRM akan menjalankan siasatan dengan telus demi menegakkan keadilan untuk semua pihak,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

22 June 2009

Resolusi Wacana Pendidikan Rakyat (WADIRA) 2009

Wacana Pendidikan Rakyat (WADIRA) 2009 memutuskan beberapa resolusi untuk menjadikan pendidikan sebagai wacana teras dalam merealisasikan prinsip perjuangan KeADILan bagi menegakkan kebenaran, mewujudkan keamanan, memperkasakan perpaduan, menyubur kemakmuran serta memberi kesejahteraan hidup kepada seluruh warga Malaysia.

WADIRA selama dua hari anjuran Parti Keadilan Rakyat di Hotel Carlton, Shah Alam bermula Sabtu lalu, dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Biro Pendidikan Parti KeADILan Rakyat, Dr Mohd Nor Manuty, berkata WADIRA yang dihadiri lebih 400 peserta telah menyumbangkan pelbagai pandangan dan idea yang sangat bermanfaat.

Antara resolusi yang diputuskan ialah PKR memandang berat agenda pendidikan tanpa toleransi dan dasar pendidikan yang kini berada dalam keadaan krisis memerlukan suatu mekanisma perubahan.

WADIRA turut menyokong usul Kongres PKR (29-30 November 2008) yang lalu, bahawa PKR perlu menggubal satu Sistem Pendidikan Nasional Baru yang progresif dan berkualiti bermatlamatkan penjanaan sumber daya dengan berpaksi kepada sistem nilai bersama bersumberkan kepelbagaian tamadun manusia dengan berteraskan Perlembagaan.

PKR perlu mengembalikan semula roh falsafah pendidikan Negara yang telah termaktub dalam Akta pendidikan 1986.

Menjadikan bahasa Melayu sebagai mekanisme linguislistik iaitu medium komunikasi atau bahasa perantaraan sebagai asas utama bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang berkualiti.

Sistem pengajaran dan kaedah penyampaian mata pelajaran bahasa Inggeris harus direncanakan semula bagi mengelakkan ketidak-seragaman atau jurang tahap pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Kekayaan tahunan Negara yang diperolehi hendaklah dibelanjakan secara setimpal antara prasarana dan sistem pendidikan yang digunapakai untuk mengambarkan ciri-ciri sistem pendidikan sesebuah Negara maju. Lantaran itu, segala kebocoran di dalam pengagihan dan perbelanjaan dana bagi projek pendidikan ini, hendaklah dibenteras.

Menstruktur semula mereka yang benar-benar layak menerajui bidang keilmuan. Memartabatkan golongan cendekiawan dan ilmuan di tempat sewajarnya.

Pendidikan perlu berteraskan nilai-nilai murni, akhlak dan etika yang terdapat dalam pelbagai budaya dan kaum di Negara ini.

Mendokong nilai-nilai Hak Asasi Manusia seperti demokrasi pendidikan dan kebebasan bersuara.

Bahasa Melayu mestilah digunakan sebagai bahasa perantara dalam urusan rasmi kerajaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan digunapakai dalam urusan perniagaan dengan pihak kerajaan.

Menghidupkan semula fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengiktiraf guru-guru yang dapat menterjemahkan bahan-bahan ilmiah. Anugerah akan diberikan kepada guru dan sekolah yang Berjaya.

Menyokong Ketua Pembangkang yang mengemukakan usul bantahan perlaksanaan wajib lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, WADIRA juga mengesa negeri-negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat, menimbangkan cadangan-cadangan yang berada di bawah wilayah pengaruhnya sekarang iaitu;

Mengubal dasar pendidikan yang boleh diterima bersama oleh ahli semua parti dan diketengahkan sesuai dengan penerimaan masyarakat.

Mengkaji potensi institusi-intitusi pendidikan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutama di Selangor untuk menjadi model reformasi pendidikan dengan menjadikan UNISEL dan KUIS sebagai benchmark.

Memastikan institusi pendidikan yang dikuasai Pakatan Rakyat, dipimpin oleh mereka yang berkebolehan serta menghayati falsafah dan perjuangan reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Cadangan ditubuhkan Majlis Pendidikan Rakyat untuk menyelaraskan dasar-dasar dan tindakan yang berkaitan dengan pendidikan rakyat.

Sumber : Suarakeadilan

8 Pemuda PAS Johor Ditahan Edar Risalah PPSMI

Lapan anggota Dewan Pemuda PAS Johor, termasuk ketuanya Khairul Faizi Ahmad Kamil, ditahan polis ketika mengedarkan risalah anti dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) petang tadi.

Kesemua mereka mereka ditahan serentak di sebuah pasar malam di Batu Pahat kira-kira jam 4.30 tadi kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI yang tidak mempunyai nama pencetak dan penerbitnya.

Bagaimanapun, setelah diambil keterangan kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 8.15 malam ini.

Mereka adalah naib ketua Pemuda PAS negeri, Hamid Jammah; dua exco dewan itu, Norhalim Sakid dan Norazid Mohd Nor turut ditahan serta empat lagi aktivis PAS - Zulkifli Kama Kutti, Saruni Said, Rizal Harun dan Rashid Abdul Rahim.

Sejurus selepas dibebaskan, Khairul Faizi memberitahu Malaysiakini, beliau tidak menyalahkan pihak polis yang cuma menjalankan tugas mereka.

“Bagi kami, kami hendak sampaikan kepada masyarakat kenapa PPSMI perlu dimansuhkan. Walaupun kami diberitahu, keputusan perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat, selagi mana keputusan tak dibuat, gerakan mesti diteruskan,” katanya.

Malam ini, PAS Johor dan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menganjurkan ceramah sempena 100 hari kejayaan menganjurkan demonstrasi besar membantah PPSMI pada 7 Mac lalu.

Dalam ceramah di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat pada malam ini, Sasterawan Negara, A Samad dan naib presiden PAS, Salahuddin Ayub akan memeriahkan pentas

Pada 7 Mac lalu, dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hassan Ahmad, ribuan penunjuk perasaan berarak daripada Masjid Negara menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada yang di-pertuan Agong.

Demonstrasi itu berakhir dengan pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan meriam air dan bertalu-talu gas pemedih mata dilepaskan.

Sumber : Suarakeadilan

21 June 2009

Wacana Pendidikan Rakyat Cungkil Idea Mantapkan Pendidikan Negara

Hampir 400 peserta termasuk aktivis politik, tokoh akademik dan pejuang bahasa menyertai untuk wacana pendidikan rakyat khususnya masa depan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Wacana 2 hari anjuran Parti Keadilan Rakyat diadakan ketika hala tuju sistem pendidikan negara hangat dibahaskan khususnya kedudukan bahasa malaysia sebagai bahasa penghantar utama di sekolah.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbahasan itu wujud kerana Kementerian Pelajaran tidak meletakkan hala tuju jelas mengenai pengembangan bahasa Malaysia ataupun bahasa lain.

“Kalau kita ada falsafah, dasar infrastuktur yang cukup jelas dan meyakinkan, kita boleh angkat kedudukan Bahasa Melayu dikedudukan yang cukup jelas dan mantap. Andai masalah bahasa ini selesai maka mengangkat kedudukan Bahasa Cina, Tamil dan Bahasa Inggeris tidak akan jadi masaalah. Yang jadi masalah kini, setiap kali nak mengangkat Bahasa Inggeris, orang akan membandingkan adakah penekanan yang sama diberikan kepada kepada Bahasa Melayu? Itu yang jadi masalah.” Ujar Anwar

Anwar berkata tindakan mempolitikkan dasar-dasar pendidikan telah membawa kesan yang buruk kepada negara.

Kerajaan seharusnya berani untuk memberi ruang secukupnya kepada golongan professional untuk menggubal dasar-dasar sedemikian dan bukan dipertanggungjawabkan kepada ahli politik.

“Keputusan dasar ini tidak boleh dibuat oleh tokoh- tokoh politik tanpa perbahasan mendalam dan mesti disertai dengan tokoh dalam bidang pendidikan.”

“Sebab itu soal pendidikan, memperkasakan rakyat dengan ilmu, tidak boleh dipisahkan dengan pengurusan negara, soal ketelusan, soal pertanggungjawaban.”

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata rakyat dan cendiakiwan semakin bimbang melihat dasar pendidikan negara yang sentiasa diubah mengikut selera menteri yang mengambil alih portfolio itu.

Akibatnya tahap pencapaian institusi pengajian tinggi awam telah jatuh pada tahap yang membimbangkan dan kini jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Singgapura, Thailand dan Jepun.

“Wacana ini wacana penting. Pemuda ambil sikap untuk terlibat secara aktif. Sebab pendidikan memberi kesan untuk generasi muda. Kita lihat kecenderungan yang merisaukan terhadap prestasi mahasiswa dan pendidikan keseluruhannya. Sebab itu kita rasa penting untuk kita anjurkan program seperti ini yang dianjurkan oleh parti.” ujar beliau.

“Saya pernah terlibat sekali dalam wacana Institut Kefaham Islam Malaysia (IKIM) dalam membahaskan tentang pendidikan. Memang dari situ timbul kesedaran yang mendalam, kalau beginilah perbincangan diadakan diperingkat kementerian, kerajaan, membahaskan pendidikan dari sudut perspektif yang begitu sempit, ia sesuatu yang merisaukan. Sebab itu kita harap program hari ini dapat menghasilkan idea baru yang mantap. Ini kerana pendidikan mesti mengatasi politik.” Kata Shamsul.

Sumber : Suarakeadilan

20 June 2009

Anwar: Pakatan Sedia Bincang Dengan UMNO- BN Atas Isu Awam Saja, Bukan K/jaan Perpaduan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat tidak menolak sebarang rundingan dengan UMNO- Barisan Nasional bersabit isu- isu berkepentingan awam tetapi bukan menjurus kepada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata isu kerajaan perpaduan langsung tidak timbul kerana pentadbiran negara dibawah UMNO- Barisan Nasional masih dibelit dengan kerakusan kuasa, kezaliman dan ketidakadilan melibatkan institusi awam.

“Isu berbincang dengan Barisan Nasional dan Umno tidak jadi masalah. tapi kalau kita bicara pasal perpaduan, untuk apa ? Untuk teruskan kezaliman? gunakan ISA untuk tangkap orang atau untuk menyalahgunakan proses mahkamah?, Untuk merampas perak ? Itu tidak dibereskan,’ kata Anwar.

“Jadi kalau nak bincang…mengapa tidak ada pilihanraya di Perak ? Mengapa jenayah meningkat ? Mengapa Peguam Negara tidak telus ? Mengapa badan kehakiman belum bebas ? Mengapa media jadi alat propaganda murahan ? Ini yang akan dibahaskan. Ini akan membolehkan kita mengadakan perbincangan yang baik,” tambah Anwar.

“Kalau BN tegur kita sebab kritikan kita pedas, kita boleh dengar. Apa- apa penyesuaian yang boleh kita lakukan, kita akan lakukan. Untuk bicarakan tentang kerjaan perpaduan, itu bukan sesuatu yang munasabah sama sekali,” kata Anwar.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama Wacana Pendidikan Rakyat anjuran sayap pemuda dan biro pendidikan PKR di Shah Alam.

Merujuk usaha UMNO meminda perlembagaannya, Anwar berkata yang jelas PKR telah pun mengorak langkah itu jauh lebih awal dan secara komprehensif supaya menjadi parti yang lebih demokratik dan bebas dari rasuah politik.

“Umno menimba sedikit idea kita. Tetapi proses demokrasi ini tunggaknya kepada falsafah perjuangan dan dasar dan diperkuatkan dengan kaedah yang demokratik,” jelas Anwar.

“Umno memilih satu daripada aspek iaitu corak yang demokratik. tapi kerakusan, kezaliman masih menjadi falsafah mereka. Jadi saya tidak fikir ia (Umno) akan melakukan melakukan banyak perubahan, ia cuma babak drama yang baik saja,” kata Anwar.

Pada 13 Jun lalu, PKR meluluskan beberapa pindaan perlembagaan parti untuk menghadkan tempoh maksima seseorang boleh menjadi presiden tidak lebih dari 3 penggal atau 9 tahun.

Sistem perwakilan untuk memilih pemimpin tertinggi dimansuhkan dan hak mengundi diberikan secara langsung kepada ahli biasa.

Pindaan juga diluluskan untuk memperuntukkan 30 peratus jawatan penting dalam parti untuk wanita.

Berlainan daripada pindaan yang diluluskan oleh PKR, UMNO akan terus mengekalkan sistem perwakilan bagi memilih pemimpin yang disifatkan faktor utama menyebabkan parti itu dibelenggui dengan budaya politik rasuah.

UMNO memilih untuk hanya meminda sistem kuota yang ditetapkan untuk membolehkan calon bertanding, isu-isu berhubung yuran, penambahan jumlah perwakilan, had kelayakan menjadi calon serta penglibatan ahli di peringkat akar umbi.

Pemerhati politik mempertikaikan sejauh mana pindaan itu akan berkesan untuk memastikan perwakilan UMNO tidak menjual undi mereka kepada calon yang menawarkan harga paling tinggi, sebagaimana yang lazim berlaku pada setiap pemilihan parti.

Sumber : Suarakeadilan

05 May 2009

PPSMI: Sasterawan Negara sanggup lepaskan gelaran

SASTERAWAN Negara, Datuk A Samad Said (kiri) dan Prof Muhammad Haji Salleh membayangkan sanggup melepaskan gelaran berkenaan jika ia menjadi faktor penghalang untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap PPSMI.

KUALA LUMPUR: Lima Sasterawan Negara melahirkan sokongan terhadap kempen menggesa dimansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan dua daripada mereka sanggup melepaskan gelaran masing-masing.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Prof Muhammad Haji Salleh membayangkan sanggup melepaskan gelaran berkenaan jika ia menjadi faktor penghalang untuk menyuarakan bantahan mereka.

Kedua-dua mereka menegaskan, tindakan susulan bagi memansuhkan PPSMI akan tetap diteruskan melalui usaha secara individu mengikut bidang masing-masing memandangkan terdapat beberapa Saterawan Negara yang telah uzur.

“Kami masing-masing menjalankan tugas mengikut dunia kami tersendiri, usaha berbeza tetapi matlamatnya sama.

“Kami memang sanggup (lepaskan gelaran), kalau dikiranya sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata A Samad pada sidang media di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di sini, hari ini.

Tiga lagi Sasterawan Negara yang menyokong bantahan tersebut ialah Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Abdullah Hussain dan Datuk Noordin Hassan.

Bagaimanapaun ketiga-tiga mereka tidak dapat hadir pada sidang media tersebut kerana mempunyai masalah kesihatan.

A Samad berkata, beliau akan berusaha keras dalam memastikan PPSMI dihapuskan dan sanggup untuk turun ke bawah bagi ‘merakyatkan’ orang ramai agar sedar mengenai dasar yang dikatakan menjadi ancaman kepada bahasa Melayu itu.

Ditanya sama ada pihaknya sudi untuk membincangkan isu itu sekiranya dipelawa oleh kerajaan, A Samad berkata, mereka tidak akan menolaknya sekiranya perbincangan itu diadakan dengan baik.

“Kalau pelawaan kerajaan yang baru baik... kita akan sambutlah dengan baik, tetapi kami tidak mahulah pertemuan ini hanya kiasan sahaja,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan perlu mengakui hakikat bahawa dasar PPSMI adalah salah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka perlu mengakui kesalahan dalam melanggari Perlembagaan.

"Tidak ada gunanya dibetulkan yang lain kalau Perlembagaan itu dilanggar,” katanya.

Sementara itu, Muhammad pula mendakwa, isu PPSMI merupakan satu musibah kepada nasib bangsa Melayu dan perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada bahasa-bahasa besar lain yang katanya mempunyai martabat yang tersendiri.

“Tidak pernah orang cuba sentuh bahasa Perancis. Cuba anda ubah bahasa itu kepada bahasa Inggeris, pastinya orang Perancis akan marah kerana mereka yakin bahasa mereka bahasa terbaik di dunia," katanya.

Beliau bagaimanapun menyokong dasar kerajaan untuk memperluaskan penguasaan bahasa Inggeris, namun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipinggirkan.

Kelima-lima sasterawan itu turut menggariskan beberapa hujah yang menyokong bantahan mereka terhadap PPSMI.

Antaranya ialah pencapaian bahasa Inggeris boleh diperbaiki dengan kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan sikap terhadap bahasa yang lebih sihat.

"Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang juga bukan saja datang dari negara-negara berbahasa Inggeris tetapi lebih banyak dari negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.

"Selain itu, beberapa masalah yang dihadapi di negara kita bukan berpuncakan penguasaan bahasa Inggeris kurang cekap tetapi pada budaya kerja yang tidak rapi dan disiplin yang tidak ketat," katanya.

Sumber : mStar

25 April 2009

Mainan politik SPRM, Umno gagalkan pilihan raya Penanti?

Oleh Adnan Ibrahim

Akhirnya terdedah siapa yang bermain politik mahu menjatuhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibawah kerajaan pakatan rakyat.

Bermula dengan episod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangkap dan memberi tekanan keatas Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi sebaliknya kendur apabila kedua Adun itu keluar Pakatan Rakyat menjadi Adun bebas yang menyokong Umno.

Begitu juga yang berlaku kepada bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairuddin hingga beliau meletakkan jawatan Adun dan dijangka pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, sebaliknya SPRM semacam terburu-buru pula membersihkan nama Fairuz daripada tuduhan salah guna kuasa.

Menurut laporan, Fairuz mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan SPRM. Bagaimanapun Bernama belum mengesahkan daripada SPRM.

"Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," kata ahli politik daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Fairuz, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkan projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu dan kemudiannya melepaskan jawatan Dun pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Kemungkinan SPRM mengambil langkah segera berikutan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berminat dengan pilihan raya kecil. Ini kerana adanya pilihan raya dan Umno terpaksa menerima kekalahan berterusan maka bertambah jatuh maruah beliau sebagai Presiden baru Umno.

Sudah tentu untuk memulih dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) tidak akan tercapai sekiranya rakyat sering dihidang dan didendang dengan kekalahan demi kekalahan BN.

Sebut Altantuya tidak boleh

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengambil masa agak lama untuk mengumum kekosongan Dun tersebut. Keputusan sepatutnya diisytihar Jumaat ini, ditangguh ke hari Isnin depan. Apakah ia disengajakan?

Apa yang peliknya SPR mengadakan mesyuarat dengan BN dan selepas itu dengan pakatan rakyat, sebelum pengisytihran kekosongan kerusi itu diumumkan. Ia menunjukkan seolah-olah akan berlaku pilihan raya kecil di Dun Penanti.

Dikatakan dalam pertemuan SPR dengan parti politik terbabit membincangkan sekatan kehadiran penyokong yang ramai di hari penamaan calon dan hari mengundi.

Kenapa larangan tersebut dibuat? Semenjak bermula pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan berikutnya di Kuala Terengganu, selepas itu di Bukit Gantang serta Bukit Selambau, kehadiran penyokong pakatan rakyat ternyata berkali ganda daripada penyokong Umno.

Kehadiran penyokong di hari penamaan calon sahaja sudah menunjukkan kekalahan BN. Contoh paling teruk ialah penyokong BN di hari penamaan calon di Bukit Gantang lebih kurang satu perempat daripada penyokong Pakatan Rakyat.

Ini yang merisaukan Umno yang mengeluarkan belanja begitu besar tetapi kehadiran masih kurang berbanding penyokong Pakatan Rakyat mengeluarkan belanja sendiri.

Namun begitu apakah benar akan berlaku pilihan raya kecil di Penanti dengan kesungguhan yang ditunjukkan SPR itu atau ia hanya sendiwara SPR supaya rakyat melihatkan keputusan pada Isnin nanti tidak mengambarkan adanya perancangan awal menggagalkan pilihan raya kecil bagi menjaga nama baik Najib?

Apakah SPR menunggu keputusan Najib sebelum mengisytiharkan Dun tersebut kosong atau menanti laporan susulan selepas SPRM membersihkan nama Fairuz? Secara tidak langsung ini bermakna SPR seolah merayu Fairuz menarik balik perletakan jawatan tersebut dan pilihan raya tidak akan berlaku.

Dengan cara ini SPR mendapat kepujian yang amat bertuah kerana mampu menyelamatkan maruah Perdana Menteri. Maka termakbul harapan Perdana Menteri bahawa BN tidak akan sertai pilihan raya kecil Dun Penanti.

Apakah Najib takut duit banyak dibelanjakan atau semoga tidak berkumandangnya isu Altantuya di Penanti nanti sebagaimana cerita Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution, ketika berkempen di pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, katanya: "Sebut gadis Monggolia tidak apa polis tak marah tetapi kalau sebut Altantuya polis naik atas pentas untuk sekat kita daripada berceramah."

Apa yang sukar kepada Najib untuk menjawab ialah apabila pemimpin pakatan rakyat meminta beliau membersihkan nama baik beliau daripada tuduhan akhbar Liberation di Perancis setiap kali berceramah. Adanya pilihan raya makin banyak ceramah dan isu gadis Monggolia bertambah panas kerana sehingga kini Najib membisu terhadap dakwaan akhbar Perancis itu.

Inilah isu besar yang tersembunyi dalam jiwa Najib. Hanya menyekat pilihan raya ia boleh mengurangkan gadis Monggolia daripada diperkatakan. Pilihan raya bermakna isu bertambah panas dan rakyat makin celik perkembangan semasa serta politik. - azm _

Sumber : Harakahdaily

21 April 2009

Selangor sumbang RM2 juta kepada SJKC

Oleh Muhammad Arif Ismail

SHAH ALAM, 21 April (Hrkh) - Bagi mengukuhkan lagi pemerintahan Pakatan Rakyat, Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) secara terus berjumlah RM2 juta.

Majlis Penyampaian Peruntukan Khas ini telah disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menyerahkan sumbangan ini kepada 25 buah sekolah SJKC di seluruh negeri ini.

"Sumbangan ini dibuat setelah meneliti keperluan sekolah terbabit seperti memulihkan pembinaan bangunan, kelas dan infrastruktur lain," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini semalam yang turut dihadiri Exconya, Dr. Halimah Ali dan Adun-Adun Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Majlis ini katanya bertujuan mewujudkan suasana kondusif di semua sekolah yang dibiayai oleh rakyat sepenuhnya dan memberi pendidikan yang terbaik kepada rakyat.

Menurut beliau, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan juga Sekolah Tamil juga mendapat sumbangan yang sama malah sebanyak RM4 juta telah disumbangkan kepada SAR pada Mac lalu.

"Kerajaan Negeri dibawah Jawatankuasa Tetap pendidikan telah memperuntukkan sebanyak RM 10 juta untuk menyediakan suasana pembelajaran terbaik kepada sekolah-sekolah negeri ini.

"Sumbangan ini juga diberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang sangat memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri," katanya. -azm_

Sumber : Harakahdaily

Designed by - AMK TANGGA BATU