Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini). Lima ADUN Pakatan Rakyat di Kedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah. RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.
Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan. Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.
Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor. Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.
Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai. Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.
Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.
Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu. Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.
Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor. Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.
Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil? Tidak.
Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.
Artikel asal Oleh RPK, terjemahan oleh MSK
admin-kes froggy menular lagi sama seperti wabak H1N1....ada pemimpin umngok telah bersabda"tiada gunanya kita memerintah malaysia,jika kita tidak dapat tawan/memerintah Selangor..."Ye ker,Selangor begitu penting bagi umngok???Negeri Selangor banyak sumber kewangan,berprestij.Duit negeri akan mereka ratah/melapah seperti anjing lapar ketika dikuasai oleh mereka dan kroni mereka!Nak harap Melaka...hampeh!Dok nak perabih duit pusat adalah...sibuk dok beli ini,beli itu,nak buat ini,nak buat itu....hutang negeri melimpah-ruah mcm larva gunung berapi.Nak harap Pahang...dulu bolehlah sumber balak banyak...laa ni dah togel dan terang tanah di buatnya...10tahun lagi habih laa tu...Nak harap Trengganu,minyak pun tinggal ciput jer lagi....tu yg dok sibuk nak rampas Kelantan,minyak banyak lagi.Dok tipu rakyat Kelantan selama 35 tahun,tak bayar royalti minyak!Nak harap Johor,tanah dah banyak tergadai kat Singapura,sampai Pulau Batu Putih pun tergadai dan tidak dapat dipertahankan.Padahal sudah beratus tahun memang hak mutlak kerajaan Melayu Johor,inikan pula tanah besar!!!!Itulah pemimpin umngok yg rakus merompak hasil sumber negeri.Itu belum cerita pasal sumber Sabah/Serawak yg berpuluh-puluh tahun kaut untung sampai berbilion-bilion!
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
24 August 2009
RM200 Juta Tawan Kedah & Selangor..!
Anwar tidak terkejut tindakan Radzhi
PERMATANG PAUH - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas semalam sebenarnya mempunyai masalah disiplin.
Beliau berkata, Radzhi turut mempunyai masalah peribadi yang melibatkan masalah rumahtangga beliau dengan isteri keempat.
Menurutnya, Radzhi sememangnya cenderung untuk keluar parti dan beliau pernah berusaha membawa lima lagi ADUN PKR untuk melompat parti, namun tidak berjaya.
“ADUN Lunas ini ada masalah disiplin dan masalah kewangan iaitu tuntutan yang berlebihan, yang sebelum ini dinasihatkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak supaya terus dikawal.
“Ada juga hal peribadi, isteri keempat beliau telah menghubungi kita membantah beberapa isu yang membawa kes ini ke mahkamah, oleh itu pimpinan PR telah memberi amaran keras kepada beliau beberapa bulan lalu,”
Anwar berkata, disebabkan masalah disiplin dan masalah peribadi yang dihadapi oleh Radzhi, beliau telah diberi amaran dan seterusnya mengakibatkan penggantungan bahagian Padang Serai yang melibatkan kawasan beliau.
“Minggu lalu pihak kerajaan negeri kedah telah menggantung bahagian Padang Serai termasuk kawasan ADUN Lunas kerana kes-kes yang berkaitan,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka di Surau Kampung Paya, semalam.
Hadir sama, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Sumber : Sinar Harian
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
2:18 AM
0
comments
Labels: DAP, DSAI, Kedah, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Mahkamah, Penang, PKR
ohhh...lagu gitu rupernyer....
Sebab ADUN Lunas keluar Parti ????
Akhirnya ADUN Lunas Mohd Radzi telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan mengistiharkan diri sebagai calon Bebas...Saya teringat pesanan bapa saudara saya sebelum pilihanraya yang lepas...Katanya cuba check nama Mohd Radzi yang khabarnya hendak bertanding disalah satu DUN di Negeri Kedah...- saya cuba bertanya beliau "siapa dia ni,pak su kenalkah dia ni" katanya kalau PKR dapat halang dari dia bertanding lagi bagus...
Ini dah semakin pelik dengan kata-kata beliau ini..." Apa pasal pak su cakap macam tu" tanya saya" Dia nii ada kes dengan POS Malaysia masa pak su kerja dulu (Pegawai Penyiasat POS Malaysia) kes dia ni tak selesai lagi dan ada cubaan dia ni cuba sembunyi diri ketika itu"katanya.
Saya cuba bertanya lagi "Apa kes di nii "" Kes songlap duit POS (wang Pos) masa dia bertugas di Pejabat Pos UUM kesnya pun tak habis lagi"kata Pak su saya.
Menurutnya lagi "tolong bagi tahu kepimpinan parti jangan bagi dia bertanding nanti akan susahkan parti balik dan memalukan parti dia nii licik orangnya,make sure bagi tahu dia orang macam Azmin Ali ke mey kena bagi tahu cepat sebelum dia boleh bertanding" katanya...Lalu saya mengadu kepada Yb Azmin Ali tentang perkara ini namun katanya dia akan lihat dan siasat tapi akhirnya Mohd Radzi bertanding juga bagi DUN Lunas...
Akhirnya saya terfikir balik apa yang dinyatakan oleh Pak su saya memang benar kini dan hari ini beliau mengistiharkan diri keluar parti ...Saya berpandangan bahawa beliau keluar parti salah satu sebabnya ialah kes beliau yang masih belum selesai lagi hingga kini dan atas desakan dan ugutan ini beliau terpaksa mengambil keputusan segera untuk istiharkan diri sebagai calon bebas...
sumber:halimey.blogspot.com
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
12:52 AM
0
comments
Labels: Kedah, Pilihanraya, PKR
22 August 2009
Pakatan Rakyat siapkan piagam gagasan
Pakatan Rakyat sedang bergerak cergas merangka sebuah piagam yang akan menjadi asas kepada segala dasar dan keputusan gagasan itu, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.
Piagam berkenaan akan siap digubal dalam kira-kira dua bulan dan akan diperinchi pada konvensyen kebangsaan pertama Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada Oktober atau November depan, kata beliau di Kota Kinabalu.
"Piagam ini akan menzahirkan asas-asas perjuangan yang di dokong oleh Pakatan Rakyat dan menjadi asas kepada segala dasar dan keputusan yang dibuat," kata Zaid. "kita sudah mula untuk menggubal piagam ini dan pucuk pimpinan telah memberikan dua bulan untuk menghasilkannya,' tambah beliau.
Zaid berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku yang mencakupi masalah pendatang tanpa izin di Sabah yang semakin serius akibat dasar-dasar Barisan Nasional.
Datuk Zaid berkata sebuah piagam yang didokong bersama oleh Keadilan, PAS dan DAP akan memantapkan lagi Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti politik disamping memberikan rakyat maklumat jelas mengenai perjuangan dan nilai-nilai gagasan itu.
Dalam ucapan kepada kira-kira 1,000 ahli dan penyokong Keadilan di Kota Kinabalu, Zaid berkata Pakatan Rakyat adalah kukuh dan semakin mantap. Beliau menggesa orang ramai "jangan baca akhbar Utusan" atau media suruhan Umno-BN lain yang sering menfitnah gagasan itu dan sengaja memperbesar-besarkan isu tertentu.
"Hakikat ialah Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan cepat dan berkesan. Ia telah dilakukan di Kedah, di Selangor, di Pulau Pinang kerana ada kesepakatan antara pemimpin untuk berbincang secara terbuka dan ikhlas," tambah beliau.
Bekas Menteri Undang-Undang itu tidak menafikan Pakatan Rakyat masih terdedah kepada masalah tertentu tetapi berkata ia tidak serius dan adalah perkara biasa kerana gagasan itu baru ditubuhkan tahun lalu.
"Parti-parti seperti Keadilan dan DAP tidak mempunyai pengalaman memerintah sebelum ini, tetapi dalam sedikit masa, mereka telah menunjukkan potensi yang amat baik dan kita harus bina atas prestasi ini supaya parti kita, Pakatan Rakyat lebih mantap dan kukuh," kata Zaid.
Zaid menegaskan bahawa gagasan itu sudah pun menempelak segala ramalan media arus perdana dan Umno-BN bahawa kononnya Pakatan Rakyat tidak dapat bertahan dan akan berpecah belah.
Menurut beliau, hakikat ialah "Umno-BN yang semakin tidak stabil dan menunjukkan tanpa-tanda akan retak dari dalam. Kita tahu masalah-masalah dalam Umno, krisis kepimpinan MCA dan MIC serta parti Gerakan yang tidak mempunyai sebarang gerakan," kata Zaid, disambut gela ketawa hadirin.
"Saya bercakap ini bukan kerana "over-confident atau terlalu yakin tetapi hakikat ialah BN mempunyai terlampau banyak masalah dan telah hilang iltizam untuk berbakti kepada rakyat. BN hari ini jauh berbeza dengan parti Perikatan yang kita kenali..tidak lagi wujud kesanggupan untuk duduk berbincang dan menyelesaikan masalah rakyat. Umno telah menjadi sebuah parti elitist yang mementingkan kuasa sahaja," kata Zaid.
Zaid berkata Umno akan terus meremehkan Keadilan dan Pakatan Rakyat kerana itulah cara dan tradisi mereka akibat terlampau angkuh setelah memegang kuasa begitu lama.
Apa yang penting ialah, bagi Keadilan dan Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada nasib Umno-BN untuk menzahirkan komitmen bagi membela rakyat semua kaum sebagaimana yang dijanjikan kepada mereka, kata beliau.
"Rakyat telah memberikan kepercayaan kepada Keadilan dan Pakatan pada pilihanraya umum yang lalu. Kita harus membina atas kepercayaan ini dengan berbakti kepada rakyat. Kita harus mengelak daripada berbuat sesuatu yang boleh menggugat kepercayaan ini kerana jika rakyat hilang kepercayaan, amat sukar untuk diraih kembali," tegas Zaid.
Sumber : tvantara
26 July 2009
Dakwaan Palsu Samy Vellu, Kata Subramaniam
SUNGAI PETANI - Bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S.Subramaniam menafikan bahawa beliau menawarkan untuk menarik balik injunksi terhadap Maika Holdings Bhd dengan syarat Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu bersikap berkecuali dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden parti September ini.
"Dakwaan palsu ini merupakan contoh apa yang tidak betul dengan politik dalam MIC dan saya menjangkakan perkara ini dan banyak lagi daripada Presiden yang secara bersendirian berazam untuk menghalang sebuah pemilihan yang terbuka dan demokratik seperti yang dihasratkan oleh anggota pengasas MIC," katanya Sabtu.
Subramaniam memberitahu Bernama di sini, injunksi itu diperoleh oleh NESA, iaitu pemegang kepentingan dalam Maika, bagi mengelak kerugian Oriental Capital Assurance Berhad (OCAB).
"OCAB adalah satu-satunya syarikat insurans yang dimiliki oleh kaum India di Malaysia, jika bukan kerana injunksi itu, OCAB mungkin telah pun dijual kepada entiti bukan India tanpa terlebih dahulu dibuat penilaian tentang nilainya yang sebenar," katanya.
Beliau berkata Samy Vellu dan Maika mesti memperjelaskan kepada 60,000 pemegang saham berhubung sebab pengarah Maika begitu bertegas untuk menjual OCAB tanpa mendapatkan penilaian sewajarnya tentang nilainya yang sebenar.
Samy Vellu dipetik oleh sebuah akhbar tempatan sebagai berkata Subramaniam telah menawarkan untuk menarik balik injunksi terhadap Maika Holdings asalkan Samy bersikap berkecuali dalam pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden pada September ini.
Subramaniam berkata Pengarah Maika ketika itu tidak akan menafikan bahawa NESA telah menulis surat kepada mereka sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 31 Ogos 2007 yang menyatakan bahawa sungguhpun NESA tidak membantah penjualan itu, tetapi NESA mahu supaya pemegang saham Maika dimaklumkan mengenai nilai sebenar OCAB sebelum mendapat keizinan pemegang saham dalam AGM yang sama.
"Maika mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan mahkamah bahawa permohonan NESA untuk injunksi itu adalah mainan politik oleh saya demi kepentingan diri. Tidak memeranjatkan, dakwaan seperti itu tidak mendapat perhatian mahkamah dan menyebabkan mahkamah membenarkan injunksi yang memihak kepada NESA.
"Jika Samy benar-benar prihatin, beliau sepatutnya bermula dengan memberi penjelasan kepada pemegang saham Maika kenapa Maika tidak mengadakan AGM sejak dua tahun lepas. AGM merupakan mesyuarat yang sangat penting bagi pemegang saham.
"Pemegang saham Maika mengharapkan untuk diberitahu mengenai cara Maika dikendalikan. Ketika AGM Maika berlangsunglah pemegang saham dapat bertanya kepada pengarah soalan berhubung hal ehwal Maika," katanya. . -- BERNAMA
Sumber : Sinar harian
07 July 2009
BN Ertinya ‘Bini Najib’ ?
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencipta gelaran baru untuk Barisan Nasional dengan label “bini Najib” - alasannya Rosmah Mansor seolah-olah menerajui negara ini disisi suaminya dan adalah wanita pertama negara yang berpengaruh luas.
“Dulu kita dengar BN (ertinya) ‘barang naik’. “Itulah dijaja oleh orang ramai tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu ‘Bini Najib’,” kata Mahfuz.
Mahfuz berkata demikian di majlis makan malam di Sungai Chenaam, Nibong Tebal
Rosmah Mansur and Lee Kuan Yew 160609 Tambahnya, istilah itu “jika dikaji, ada kebenaranya” apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia awal bulan ini juga bertemu dengan Rosmah, selain Najib.
Pertemuan itu, Mahfuz dilaporkan berkata lagi, “tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara” dan “tidak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar”.
“Kalau dikaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja,” Mahfuz dipetik berkata.
“Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.
“Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.
“Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara.”
Sumber : Suara Keadilan
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
7:45 PM
0
comments
Labels: BN, Kedah, Luar Negara, PAS
27 June 2009
Rakyat dizalimi, negeri Pakatan Rakyat didiskriminasi - Anwar
Oleh Mohd Khalil Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Kerajaan dibidas kerana melakukan diskriminasi terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana diberikan peruntukan perkapita paling rendah.
Menurut Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan jelas menunjukkan wujud diskriminasi daripada kerajaan persekutuan di bawah kekuasaan Barisan Nasional.
"Ada beberapa perkara yang harus diberikan perhatian oleh Kementerian Kewangan dalam keadaan kita menghadapi kemelut sekarang. Pertama, peruntukan yang diberi kepada negeri-negeri jelas menunjukkan sikap dendam kesumat masih berterusan.
"Walaupun Perdana Menteri menyebut Satu Malaysia, dan rakan-rakan daripada Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional minta kita supaya memberi sambutan yang positif, saya hendak beritahu bahawa laungan slogan ini, slogan murahan yang tidak dituruti dengan amal,"jelasnya semasa perbahasan usul peruntukan semula peruntukan perbelanjaan 2009 di parlimen baru-baru ini.
Beliau mempersoalkan mengapakah negeri-negeri tersebut didiskriminasikan dan akhirnya rakyat menjadi mangsa?
"Saya beri contoh, mengikut peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak. Negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan.
"Apa alasan boleh diberikan? Terutama bagi negeri yang miskin seperti Kelantan dan Kedah, di paras yang begitu rendah peruntukan walaupun yang diuar-uarkan itu Satu Malaysia. Perak kerana semasa mereka merangka, mereka fikir mereka masih belum berjaya menawan, maka Perak daripada segi peruntukan per kapita - 230, Selangor - 221, Kelantan - 179, Kedah - 172 dan Pulau Pinang - 119,"jelasnya lagi.
Tindakan ini dianggap oleh Anwar sebagai satu diskriminasi dan rakyat menjadi mangsa.
"Mengapa harus dihukum rakyat begitu rupa? Saya tidak menafikan keperluan kita menambah peruntukan negeri-negeri terutama negeri-negeri yang miskin. Terengganu, mahupun kawasan Pahang, Sabah dan Sarawak.
"Akan tetapi dasar yang jelas tidak telus dan menunjukkan dasar yang discriminative, gunalah KPI apa pun yang telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, KPI apa? Kalau kerangka dasar itu sendiri tidak menunjukkan kita mengambil sikap yang telus dan adil,"tambahnya sambil menempelak sikap kerajaan yang tidak adil terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Katanya, tindakan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan hanya terjadi setelah rakyat memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan.
"Saya harap Kementerian Kewangan dapat meneliti dan memperbaiki kerana zalim kita untuk menghukum rakyat semata-mata kerana mengambil keputusan dan kebijaksanaan memilih parti atau calon yang mereka dukung.
"Semua yang memilih Pakatan Rakyat atau Umno-Barisan Nasional dikenakan dengan sistem percukaian yang sama. Maka peruntukan itu harus lebih telus dan adil,"tegasnya. - mks._
Sumber : Harakahdaily
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
1:03 PM
0
comments
Labels: BN, DSAI, Ekonomi, Isu Hangat, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Pahang, Penang, Perak, PR, sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Umno
25 April 2009
Mainan politik SPRM, Umno gagalkan pilihan raya Penanti?
Oleh Adnan Ibrahim
Akhirnya terdedah siapa yang bermain politik mahu menjatuhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibawah kerajaan pakatan rakyat.
Bermula dengan episod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangkap dan memberi tekanan keatas Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi sebaliknya kendur apabila kedua Adun itu keluar Pakatan Rakyat menjadi Adun bebas yang menyokong Umno.
Begitu juga yang berlaku kepada bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairuddin hingga beliau meletakkan jawatan Adun dan dijangka pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, sebaliknya SPRM semacam terburu-buru pula membersihkan nama Fairuz daripada tuduhan salah guna kuasa.
Menurut laporan, Fairuz mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan SPRM. Bagaimanapun Bernama belum mengesahkan daripada SPRM.
"Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," kata ahli politik daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Fairuz, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkan projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu dan kemudiannya melepaskan jawatan Dun pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.
Kemungkinan SPRM mengambil langkah segera berikutan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berminat dengan pilihan raya kecil. Ini kerana adanya pilihan raya dan Umno terpaksa menerima kekalahan berterusan maka bertambah jatuh maruah beliau sebagai Presiden baru Umno.
Sudah tentu untuk memulih dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) tidak akan tercapai sekiranya rakyat sering dihidang dan didendang dengan kekalahan demi kekalahan BN.
Sebut Altantuya tidak boleh
Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengambil masa agak lama untuk mengumum kekosongan Dun tersebut. Keputusan sepatutnya diisytihar Jumaat ini, ditangguh ke hari Isnin depan. Apakah ia disengajakan?
Apa yang peliknya SPR mengadakan mesyuarat dengan BN dan selepas itu dengan pakatan rakyat, sebelum pengisytihran kekosongan kerusi itu diumumkan. Ia menunjukkan seolah-olah akan berlaku pilihan raya kecil di Dun Penanti.
Dikatakan dalam pertemuan SPR dengan parti politik terbabit membincangkan sekatan kehadiran penyokong yang ramai di hari penamaan calon dan hari mengundi.
Kenapa larangan tersebut dibuat? Semenjak bermula pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan berikutnya di Kuala Terengganu, selepas itu di Bukit Gantang serta Bukit Selambau, kehadiran penyokong pakatan rakyat ternyata berkali ganda daripada penyokong Umno.
Kehadiran penyokong di hari penamaan calon sahaja sudah menunjukkan kekalahan BN. Contoh paling teruk ialah penyokong BN di hari penamaan calon di Bukit Gantang lebih kurang satu perempat daripada penyokong Pakatan Rakyat.
Ini yang merisaukan Umno yang mengeluarkan belanja begitu besar tetapi kehadiran masih kurang berbanding penyokong Pakatan Rakyat mengeluarkan belanja sendiri.
Namun begitu apakah benar akan berlaku pilihan raya kecil di Penanti dengan kesungguhan yang ditunjukkan SPR itu atau ia hanya sendiwara SPR supaya rakyat melihatkan keputusan pada Isnin nanti tidak mengambarkan adanya perancangan awal menggagalkan pilihan raya kecil bagi menjaga nama baik Najib?
Apakah SPR menunggu keputusan Najib sebelum mengisytiharkan Dun tersebut kosong atau menanti laporan susulan selepas SPRM membersihkan nama Fairuz? Secara tidak langsung ini bermakna SPR seolah merayu Fairuz menarik balik perletakan jawatan tersebut dan pilihan raya tidak akan berlaku.
Dengan cara ini SPR mendapat kepujian yang amat bertuah kerana mampu menyelamatkan maruah Perdana Menteri. Maka termakbul harapan Perdana Menteri bahawa BN tidak akan sertai pilihan raya kecil Dun Penanti.
Apakah Najib takut duit banyak dibelanjakan atau semoga tidak berkumandangnya isu Altantuya di Penanti nanti sebagaimana cerita Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution, ketika berkempen di pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, katanya: "Sebut gadis Monggolia tidak apa polis tak marah tetapi kalau sebut Altantuya polis naik atas pentas untuk sekat kita daripada berceramah."
Apa yang sukar kepada Najib untuk menjawab ialah apabila pemimpin pakatan rakyat meminta beliau membersihkan nama baik beliau daripada tuduhan akhbar Liberation di Perancis setiap kali berceramah. Adanya pilihan raya makin banyak ceramah dan isu gadis Monggolia bertambah panas kerana sehingga kini Najib membisu terhadap dakwaan akhbar Perancis itu.
Inilah isu besar yang tersembunyi dalam jiwa Najib. Hanya menyekat pilihan raya ia boleh mengurangkan gadis Monggolia daripada diperkatakan. Pilihan raya bermakna isu bertambah panas dan rakyat makin celik perkembangan semasa serta politik. - azm _
Sumber : Harakahdaily
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
3:53 PM
0
comments
Labels: BN, Kedah, Najib, Penang, Pendidikan, Perak, Pilihanraya, PKR, PR, SPR, SPRM, Umno
14 April 2009
YB Bukit Selambau dilantik Exco
Manikumar, 35, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit di Alor Star pagi ini.
Beliau ialah pengerusi jawatankuasa perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, masyarakat Siam, India, pekerja ladang serta perpaduan, lapor Bernama.
Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V Arumugam yang mewakili PKR.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksi acara angkat sumpah itu.
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
12:45 AM
0
comments
Labels: Istana, Kedah, Pilihanraya, PKR
08 April 2009
Sekalung Tahniah Dari Kami......
![[tahniah.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_OnnL95XbEFzDOd4j3bKjioDVZ7M32JPtUWNwUgcgd7phU4H7VWo1UkvXisFtpxRou1yopUOC7teCEzT6SmeQwLo1nxIzeglbKTBE_Q4dq1cbIVX3CAwQgQK7kUrKxuna-p_XQQmH-6Yw/s1600/tahniah.jpg)
Salam reformasi,
Warga AMK TANGGA BATU...
07 April 2009
Pakatan Rakyat Berjaya Tawan Bukit Selambau - malaysiakini
Tahniah kepada semua jentera-jentera pilihanraya, bloggers-bloggers dan semua yang terlibat dalam kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambau.
Pakatan Rakyat telah berjaya mempertahankan kemenangannya di Bukit Selambau.
Terima kasih juga kepada media KERAjaan kerana tanpa anda, rakyat tidak akan membuka mata.
Teruskan kempen pilihanraya anda sehingga PRU-13..!
Tahniah Pakatan Rakyat..! You Deserve It..!
admin-keputusan rasmi sebentar lagi..harap bersabar
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
10:17 PM
0
comments
Labels: Blogger, Kedah, Pilihanraya, PR
06 April 2009
DUN N29 Bukit Selambau : AMK bongkar 4,000 hantu, Wanita berjaya sedar 1,000 pengundi muda atas pagar
Monday, 6 April 2009
Oleh Anna Yusof
SUNGAI PETANI, 6 April (SK): GERAK kerja dan strategi Pakatan Rakyat di Dun N29 Bukit Selambau telah dimulakan dengan pencarian pengundi Hantu ‘Ghost busters’ oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan Wanita bagi memastikan peningkatan peratusan pengundi atas pagar.
Ketua AMK Syamsul Iskandar Mohd Akin yang mengetuai gerak kerja hari ini melaporkan bahawa seramai 4,000 pengundi hantu telah dikenalpasti di kawasan Bukit Selambau.
Sebanyak lapan pasukan berkereta telah menjelajah keseluruh kawasan Bukit Selambau dengan hasil yang menakjubkan seperti mengenalpasti beberapa sebuah keluarga terdiri dari tiga anggota dalam satu alamat rumah yang layak mengundi tetapi di rekodkan seramai 20 orang.
“Bagi AMK, ini satu kejayaan bilamana pasukan kami dapat mengesan seramai 4,000 pengudi hantu disini,” jelas Syamsul kepada Suara Keadilan.
“Tindakan yang akan kami lakukan adalah memastikan perkara ini di semak dengan teliti semasa proses pengundian esok,” tambah Syamsul.
Hari ini, AMK akan mengerahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk membuang dan menarik turun banner-banner berunsur lucah menghina Pakatan Rakyat.
“Gerak kerja hari ini diteruskan dengan membuang banner-banner sebegitu rupa serta risalah yang tidak mempunyai lambang yang disebarkan di serata tempat di Bukit Selambau,” kata Syamsul lagi.
Sementara itu, Ketua Wanita KeADILan Zuraidah Kamaruddin berkata bahawa wanita telah menganjurkan program ‘Pintar’ untuk menarik pengundi muda dan pengundi atas pagar dengan memberi penerangan terperinci tentang Pakatan Rakyat.
“Pihak wanita telah mengenalpasti seramai 1,000 pengundi atas pagar yang terdiri daripada pengundi muda Melayu di Batu Belacan, Sungai Petani,” jelas Zuraidah kepada Suara Keadilan.
Ceramah-ceramah yang diadakan di lima kawasan yang dikenalpasti mempunyai pengundi atas pagar Melayu dan Siam iaitu di Tasik Apong, Bandar Baru, Bukit Lembu, Kuala Sin dan Laguna.
“Lima tempat yang dikenalpasti ini amat penting bagi wanita untuk memberi kesedaran kepada pengundi atas pagar dan pengundi muda untuk memihak kepada calon Pakatan Rakyat iaitu S Manikumar.
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
4:28 PM
0
comments
Labels: AMK, Kedah, Pilihanraya, PR, Shamsul Iskandar
03 April 2009
Sentuhan Terakhir Mahathir Di Bukit Selambau
SUNGAI PETANI - Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat sentuhan terakhir di Bukit Selambau pada Isnin ini bagi merayu pemilih menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk S.Ganesan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Selasa ini. Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bekas presiden UMNO itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA di sini pada pukul 5.30 petang, iaitu 15 jam sebelum pemilih mengundi. Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN. “Tun (Dr Mahathir) akan bertemu dengan orang ramai dan memberi fokus kepada pengundi atas pagar untuk meminta mereka menyokong BN,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi Tasek Apong di sini.
Beliau berkata, Dr Mahathir juga akan mengumumkan penyertaannya semula dalam UMNO dan diikuti dengan para penyokongnya termasuk seorang lagi anak beliau Mokhzani yang memohon untuk menyertai semula UMNO Bahagian Merbok. Mengenai seorang penyokong Dr Mahathir, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil itu dan bercadang untuk menyertai semula UMNO selepas penyertaan bekas presiden tersebut, Mukhriz berkata, BN telah membuat ketetapan bahawa kerusi DUN Bukit Selambau adalah untuk MIC. “Kita tetap berkempen untuk menyokong calon BN dan telah membuat ketetapan bahawa kerusi itu diberikan kepada MIC,” kata beliau.
Anuar, bekas anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok, baru-baru berkata beliau akan menyertai semula UMNO jika Dr Mahathir berbuat demikian walaupun jika terpilih sebagai wakil rakyat DUN Bukit Selambau. Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dijangka membawa kestabilan politik, ekonomi dan kelangsungan sosial. “Najib akan ikut teladan yang baik oleh ayahnya (Tun Abdul Razak Hussein) yang memegang jawatan Perdana Menteri ketika berlaku krisis politik dalam negara,” kata beliau.
[Masalahnya disini, jika Mahathir turun ke Bukit Selambau siapakah calon yang akan beliau sokong?. Samada orang kanannya yang keluar bersama beliau dari UMNO iaitu Mejar (B) Anuar Abdul Hamid yang memakai lambang telefon itukan atau calon BN S.Ganesan dari MIC?. Ini pasti menimbulkan konflik buat para pengundi di sana nanti. Kehadiran Mahathir untuk memberi sentuhan terakhir sebenarnya sudah tiada berguna lagi kerena Mahathir bukanlah lagi pejuang tulin yang boleh diharapkan untuk menganggat bangsa Melayu ke tahap yang sewajarnya. Malah dalam isu PPMSI juga, pendirian beliau tidak begitu jelas dalam hal ini. Apapun rakyat dan pengundi Bukit selambau akan menjadi hakim samada sentuhan Mahathir masih berbisa atau sudah hilang taringnya].
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
4:56 PM
0
comments
Akan ada kejutan besar esok- Saifuddin
Friday, 3 April 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Parlimen
Oleh: Rusnizam Mahat.
KUALA LUMPUR, 3 APRIL (SK) - PENGARAH Strategi keADIlan, Saifuddin Nasution berkata satu kejutan besar akan berlaku esok yang bakal menyaksikan impak besar kepada tiga pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau, parlimen Bukit Gantang dan Dun Batang Ai.
Bercakap dalam satu sidang media di Bilik Gerakan AMK,Sungai Lalang, Bukit Selambau tengahari tadi, beliau berkata perkara itu akan hanya diumumkan pada program ceramah esok yang akan dihadiri ketua umum KeADIlan, Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 9 malam.
“Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.
Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihanraya kecil tersebut. Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’. Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.
“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihanraya kecil ini,” katanya.
01 April 2009
Lagi ....PENGUNDI HANTU BKT SELAMBAU.- malaysiakini
Skuad AMK bersama Timbalan AMK Malaysia, Cikgu Fariz Musa petang semalam telah membuat serbuan ke TAMAN BANDAR BHARU.
Rumah yang di percayai sarang pengundi hantu berjaya akhirnya di kesan. Pada tengah hari semalam bekas MB Kedah, Dato Seri Mahadzir Khalid telah mencabar PKR supaya mengemukakan bukti adanya pengundi hantu di BUKIT SELAMBAU.
Ternyata BUKTINYA ada untuk di tunjukkan kepada rakyat bahawa BARISAN NASIONAL sudah menipu rakyat.
Hasil siasatam, AMK dan rombongannya yang diketuai oleh Cikgu Fariz telah menemui sebuah rumah YANG MEMPUNYAI 42 ORANG PENGHUNI. Selepas itu satu rumah lagi terdapat 56 orang yang menggunakan alamat yang sama. Dalam pada masa yang sama seramai 49 orang telah menggunakan alamat sebuah rumah yang tiada penghuni. Ini bukti jelas penipuan yang di lakukan oleh BARISAN NASIONAL TELAH DI BUKTIKAN OLEH PKR.
Sumber : Aloha
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
3:38 PM
0
comments
Labels: AMK, BN, Kedah, Pilihanraya, PKR
Cubaan Menipu oleh Ezam !!
Wednesday, April 1, 2009
oleh Jegela Melayu
Saya ketawa besar ketika membaca laporan media berhubung dakwaan Ezam Mohd Noor bahawa Anwar Ibrahim (sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia) pernah memberitahunya akan kecerdikan Najib Razak.
Apakah benar dakwaan Ezam ini? Atau sekadar pembohongan yang digunakannya untuk dijadikan modal hiburan pertunjukkan sarkis? Mari kita nilai sejauh mana dakwaan badut Umno yang bernama Ezam ini. Berikut saya petik laporan dari mStar Online:
Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB
TAIPING:Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.
Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”
“Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda. “Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.
Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998. Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu. Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya. Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.
“Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik. “Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik. “Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.
Apa yang pasti, Ezam telah menipu!
Setelah melakukan penyelidikan, fakta yang sebenarnya adalah Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.
Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.
Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai Umno pada usia 26 tahun (1993).
Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!
Sudahlah Ezam, hentikanlah temberang anda!
———-
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa sebenarnya Ezam Mohd Noor, boleh muat turun buku Babad Pengkhianatan Pendekar Jawa. Sila klik sini.
31 March 2009
Akhbar PKR: Suara Keamanan!!!
PKR mengambil strategi serupa PAS bagi menghadapi tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar mereka dengan menerbitkan Suara Keamanan mulai hari ini.
PAS merancang menerbitkan Hujah mulai Jumaat ini bagi menggantikan Harakah yang dikenakan tindakan mengejut itu selama tiga bulan sejak 23 Mac lalu.Pengganti Suara Keadilan itu sudah boleh diperolehi melalui pengedar-pengedar organ PKR itu, kata satu kenyataan jabatan sidang pengarangnya.
"Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, PKR mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut," kata parti itu
"Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN."
Tindakan menerbitkan akhbar baru ini membayangkan PKR mengendurkan pendiriannya minggu lalu yang menegaskan ingin mengabaikan larangan KDN tersebut.
Edisi pertama mingguan ini melaporkan tiga pilihanraya kecil - dua daripadanya disertai PKR - yang bermula Ahad lalu dengan tajuk besar "Kubur BN".
Ia memuatkan foto muka depan calonnya di DUN Bukit Selambau, S Manikumar dan DUN Batang Ai, Jawah Gerang.
Ia juga menyiarkan foto-foto penamaan calon di Bukit Gantang yang ditanding oleh calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
29 March 2009
Sekitar gambo penamaan calon di 2 bukit dan 1 batang.....
Gambor dan video sekitar penamaan calon Bukit Gantang disini,sini,sini,sini,sini,.....sini.....sini..sini ...dan banyak lagi...korang cari kat blogger PR yg aku highlight posting sebelum ni....
Gambor dan video sekitar penamaan calon Bukit Selambau disini,sini,sini,....yang ini petugas be end di sini....
Gambor dan sekitar penamaan calon Batang Ai disini.
15 calon.....3 calon..2 calon......=18calon di 3 PRK!!!!!Hari ini dalam sejarah malaysia
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
2:50 PM
0
comments
Labels: Blogger, BN, Kedah, Perak, Pilihanraya, PR, Sarawak, Video
PROGRAM PELANCARAN JENTERA PEMUDA PR N25 BUKIT SELAMBAU
22 March 2009
Padang Awam ,Taman Bandar Baru ,Sg Lalang.








Satu himpunan pemuda telah di adakan di Padang Awam Taman Bandar Baru,Sg Lalang.Himpunan tersebut adalah Program Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya kecil N25 DUN Bukit Selambau..Bintang dan juga teman-teman dari Amk Sg Petani juga turut serta dalam program tersebut.Komitmen dari pemuda dari PAS dan juga AMK amat dihargai.
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
2:41 PM
0
comments
The Time Has Finally Arrived..! - malaysiakini
Barisan Rakyat Bloggers Team Marches Into Bukit Gantang And Bukit Selambau Battlefield..
After series and series of aerial bombardment, The Barisan Rakyat Bloggers Team is once again set to move into the battlefield. Another war to be won and this time, we would be concentrating on the two Bukits by-election with the help of Perak's own Bloggers Network Team while our Sarawak counterpart will take care of the Batang Ai battle.
A job well done on the Sarawak side if you notice the intensity of quality blog posts that have been churned out by the Barisan Sarawak Bloggers. Syabas Brothers!
We had a briefing last night to iron out some technicalities and identify the roles and programs that we would be playing for the coming by-elections.
All turned out well and we are set and ready to take the win back to The People. Well, at least, it is for The People who recognized our effort to walk Our Cause and for those who have threw their support behind us all these while. My heartfelt thanks to all of you.
In showing our gratitude, we will be bringing you 'No Holds Barred' reporting from Ground Zero for the whole duration. Please find available links listed below and bookmark it for your convenient.
MalaysiaToday
The People's Parliament
DelCapo
Zorro Unmasked
BloggersNetwork@Perak Team
Al-Banjari
Perisik Rakyat
PerakExpress.com
Dugong Darat
UmmiAnni
Pak Karamu
CyberBoron
Barisan Sarawak Bloggers Team
Dayak Nation
Borneo Warrior
Dayak Baru
Teropong Dunia
Letter From Batang Ai
Hornbill Unleashed
BloggersNetworks@Penang Team & Utara
zulmamakpng
Hijat Panjang
kerani opis
Amk Sungai Petani
Tun Saban Balek
Aloha2
anil netto
PRK Bukit Selambau
And for those whom I have left out, please do drop a comment and I ll be glad to update my link list. Before I end my post here, allow me to perform my ritual..
Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi!
Sebelum kita berjaya, Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita, Menuju medan bakti!
Andai kata kami gugur semua, Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi, Menuju medan bakti!"
Suara Rakyat, Suara Keramat!
Posted by - TheWhisperer
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
8:57 AM
0
comments
Labels: Blogger, Kedah, Perak, Pilihanraya, Sarawak
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang











