AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami
Showing posts with label Ali Rustam. Show all posts
Showing posts with label Ali Rustam. Show all posts

13 August 2009

Kemelut nelayan belum selesai

TANJUNG DAHAN – Kemelut yang melanda kumpulan nelayan di sekitar Kampung Tanjung Dahan di Kuala Sungai Baru di sini, masih belum menunjukkan sebarang tanda penyelesaian walaupun sebelum ini perjumpaan melibatkan pihak kerajaan dan wakil rakyat telah diadakan.

Lebih membimbangkan, nelayan terbabit kini menghadapi kesukaran untuk keluar ke laut untuk menangkap ikan yang menjadi sumber rezeki utama mereka selama ini.

Hal ini berikutan kehadiran kapal kargo milik sebuah syarikat perkapalan tempatan yang berlabuh di perairan kampung berkenaan sejak empat bulan lalu.

Malah, penduduk mendakwa bilangan kapal yang berlabuh di situ saban hari kian bertambah, dari sebuah kini sudah bertambah kepada 16 buah. Keadaan itu telah menyukarkan nelayan pukat hanyut dan rawai untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan berkenaan.

Seorang nelayan, Tambi Chek Jalil berkata, kewujudan kapal kargo yang berlabuh di pesisir pantai Kampung Tanjung Dahan itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada nelayan di sini, sedangkan pihak berkenaan sewajarnya bertindak memberi surat pemberitahuan mengenainya.

Katanya, pada awalnya kapal berlabuh satu, dua hingga empat, tapi kini bilangannya sudah menjadi 16 buah.

“Sekurang-kurangnya pihak berkenaan termasuk pihak jabatan atau agensi Kerajaan Negeri yang terlibat memaklumkan kepada kira-kira 60 nelayan berdaftar di sini,” katanya selepas hadir Sesi Dialog bersama 11 agensi Kerajaan Negeri di Balai Nelayan Kampung Tanjung Dahan di sini, semalam.

Tambi Chek berkata, sejak kapal terbabit berlabuh di situ, nelayan kehilangan sumber pendapatan kerana sukar memperoleh ikan seperti sebelum ini.

Beliau berkata, masalah berkenaan telah dikemukakan kepada wakil rakyat, pihak persatuan nelayan dan jabatan atau agensi Kerajaan Negeri yang terlibat.

“Namun sehingga sekarang, masalah ini langsung tidak menampakkan penyelesaian sedangkan pihak Kerajaan Negeri sendiri sedia maklum bahawa rata-rata nelayan di sini merupakan nelayan sepenuh masa.

“Kami (nelayan) inginkan penjelasan lebih terperinci daripada pihak terlibat, terutama pemilik kapal-kapal berkenaan,” katanya.

Menurutnya, nelayan di sini bukan hendak membesarkan isu, tetapi ia terpaksa diketengahkan kerana membabitkan punca pendapatan utama mereka.

:Sementara itu, seorang lagi nelayan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Barat, Mazlan Bakar berkata, masalah kapal kargo di sini bukan perkara baru, malah sebelum ini nelayan turut berdepan insiden kehadiran kapal mengorek lombong bijih timah.

Menurutnya, perkara sebegini menjejaskan periuk nasi nelayan di sini, sekali gus pihak berkuasa perlu mengambil langkah tertentu bagi mengelak kejadian sama berulang.

Beliau berkata, perairan pantai Kampung Tanjung Dahan itu kecil berbanding perairan di Johor yang boleh menempatkan hampir 50 kapal dagang. Kehadiran kapal-kapal berkenaan benar-benar menjejaskan nelayan di sini.

“Kami (pihak) persatuan sendiri tidak menerima sebarang surat atau pemberitahuan mengenai kehadiran kapal-kapal berkenaan.

“Sebagai persatuan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan nelayan berdaftar di sini perlu bertindak bagi melindungi kepentingan kami,” katanya.

Menurut Mazlan, walaupun pihak kerajaan telah menyalurkan RM200 sebulan sebagai Elaun Sara Hidup, namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung kerugian yang terpaksa ditanggung ekoran tidak dapat melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan berkenaan.

Beliau berkata, pihak nelayan sangat berharap agar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh membantu mencari jalan penyelesaian masalah terbabit.

Sumber : Sinar Harian

Penduduk rayu MBMB segera bertindak

BACHANG - Penduduk yang tinggal di Jalan Tun Perak di sini sudah tidak tahan lagi dengan limpahan air longkang yang membanjiri halaman dan memasuki ruang rumah setiap kali berlakunya hujan lebat.

Mereka mendakwa, limpahan itu dipercayai berpunca dari sebuah loji kumbahan yang jaraknya kira-kira 100 meter daripada penempatan tersebut yang didiami kira-kira lima keluarga.

Penduduk, Mukelas Hasbullah, 48, berkata, bila hujan lebat, limpahan air kumbahan dari loji takungan akan mengalir ke parit sedia ada sehingga membanjiri halaman rumah.

Katanya, paling membimbangkan adalah air yang mengandungi lumpur dan berbau busuk itu akan memasuki ke dalam rumah sehingga menjejaskan kehidupannya sekeluarga.

“Sebelum ini kami hidup aman, tetapi keadaan sebaliknya sejak kira-kira tiga tahun lalu, apabila loji kumbahan itu yang menampung keperluan bangunan rumah kedai berhampiran siap.

“Saya sendiri sudah menghubungi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan beliau sudah pun memberikan maklum balas supaya saya menghubungi Datuk Bandar. Datuk Bandar juga sudah saya hubungi dan berjanji akan menyelesaikan hal ini dengan seberapa segera,” katanya yang menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, dia berharap pihak terbabit melakukan langkah penyelesaian segera supaya mereka sekeluarga dan beberapa jiran lain tidak terus hidup terseksa di halaman sendiri.

“Sabtu lalu, ada wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama pegawai daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) datang melihat dan mereka berjanji akan datang sekali lagi Isnin lalu (kelmarin), tetapi hingga kini saya masih menunggu kehadiran mereka,” katanya.

Sementara itu, penduduk lain, Rosni Mahmod, 46 berkata, keadaan limpahan air yang kerap membanjiri halaman rumah mengakibatkan sebahagian besar daripada struktur tiang dan dinding rumahnya rosak dan reput.

“Saya tidak tahu dengan nasib rumah saya ini kerana jika keadaan sebegini berterusan, sudah pasti satu hari nanti rumah saya akan roboh. Sekarang ini pun kebanyakan tiang yang menyokong kekuatan binaan rumah saya sudah tergantung dan hanya dialas dengan batu.

“Cuma saya bergantung harap pada pihak JKKK kerana apa yang saya difahamkan, mereka sedang mengusahakan bantuan bagi membaiki keadaan rumah saya ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

12 August 2009

Ali Rustam dicabar kuatkuasa pengharaman arak

Oleh Zaili Muhammad

MELAKA, 11 Ogos (Hrkh) - Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

"Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu.

"Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam," kata beliau.

Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini.

"Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.

"Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain," katanya.

Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya. - mks._

Sumber : Harakahdaily

10 August 2009

Ali Rustam Perlu Cermin Diri Dulu - Khalid Samad

Cerminlah dulu diri sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan!

Begitulah teguran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat berhubung isu arak.

“Saya menegesyorkan kepada ketua menteri Melaka yang dulu telah di halang untuk bertanding dalam pemilihan umno kerana didapati bersalah atas rasuah politik, mencerminkan dirinya dulu sebelum nak komen orang lain”.

Khalid berkata demikian selepas menyampaian Hadiah Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009 di Auditorium MBSA, petang tadi.

Katanya, Ali Rustam seharusnya mencontohi tindakan kerjaan Selangor dalam menangani isu arak yang menyumbang kepada gejala sosial yang semakin serius melanda masyarakat negara ini.

“Dan negeri Melaka pun patut berusaha untuk mencontohi,dimana kita nak tingkatkan kesedaran di kalangan masyarakat berhubung dengan keburukan dan kerosakan hasil daripada budaya minuman keras,yang selama ini telah menjadi satu perkara yang biasa.so saya rasa dia punya cabaran tu tak kena tempat la”, tambah Khalid lagi.

Isu pengharaman penjualan minuman keras di Selangor telah mencetuskan kontroversi daripada pelbagai pihak.

Khalid berkata setakat in 10 daripada 17 rangkaian 7eleven telah menghentikan penjualan arak di premis perniagaan mereka. Manakala 7 lagi telah memperketatkan penjualan minuman keras kepada orang ramai.

Menurut Khalid lagi, PAS memandang pengharaman ini sebagai satu langkah membendung umat Islam daripada terlibat dengan arak, selain membantu mengurangkan masalah sosial yang berlaku disebabkan pengaruh alcohol.

Sumber : GreenBox

09 August 2009

Replika DEWA Najib di Batu Caves...

najibbatucaves

Tahun lepas ketika masyarakat India di Batu Caves memasang replika 2 dimensi YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, media perdana dan UMNO kecoh mengutuk amalan tersebut sebagai mengagung-agungkan Ketua Umum Keadilan tersebut. Akhirnya, selepas dinasihati ADUN Batu Caves YB Amiruddin Shari, masyarakat setempat telah akur dan menurunkan replika tersebut.

Tetapi kini replika yang lebih besar YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dipasang membelakangi berhala masyarakat Hindu bagi menyambut kedatangannya di sana pada petang ini.

Sekurang-kurangnya kejadian tahun lepas dibuat pertama kali dan peganjur menurunkannya selepas mendapat pelbagai reaksi.

Tetapi apakah komen pihak-pihak yang lantang mengutuk replika Anwar seperti Dato’ Seri Mohamed Ali Rustam dan Utusan Malaysia kali ini?

Adakah UMNO Bahagian Gombak akan mengadakan demonstrasi sebagaimana diancam tahun lepas?


Read more...

admin-hahahaha..umno..umno dulu bukan main korang kutuk PKR,nah sekarang umno dan pencacai nak komen apa....tinggi tuuuu....DEWA Najib...tp gaya tu mcm kenal jer....hahahaha....

31 July 2009

Pengarah di Unit Jabatan Ketua Menteri Melaka didakwa kemuka tuntutan palsu

MELAKA: Seorang pengarah di unit Jabatan Ketua Menteri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM10,000 dua tahun lepas.

Johari Yusof, 35, seorang pengarah di unit Rumah Ku Syurga Ku, pada 8 Mei 2007 didakwa telah mengemukakan satu invois no.0054 atas nama AR Karisma Enterprise, yang beliau mempunyai kepentingan dan mengandungi butiran palsu.

Invois itu untuk satu kerja penyediaan pakej persembahan dan peralatan teknikal Malam Sinar Maulidurrasul pada 1 April 2007 sempena Ekspo Perdagangan Islam 1428H di perkarangan masjid alAzim di Bukit Palah di sini.

Johari didakwa menyerahkan invois itu kepada penolong akauntan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rosnita Ramli antara jam 8 pagi hingga 5 petang di bahagian kewangan, untuk tujuan mengelirukan prinsipal atas pembekalan yang tidak dibuat.

Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan 2 Sept untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Mohtar Sani dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala Johari tidak diwakili peguam. BERNAMA

Sumber : Mstar

14 July 2009

Mohd Ali minta bank bantu bangun projek pelancongan

AYER KEROH – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berharap institusi kewangan mampu mengurangkan syarat pinjaman wang untuk tujuan pembangunan negeri.

Menurutnya, ketika ini terdapat beberapa projek kerajaan negeri bagi tujuan pelancongan langsung tidak memperoleh pembiayaan bank walaupun hasil projek berkenaan bakal menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Saya mencadangkan pegawai eksekutif bank sendiri turun padang melihat perkembangan yang berlaku yang memperlihatkan kerajaan negeri serius menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan.

“Terdapat enam projek kerajaan negeri tidak mendapat pembiayaan iaitu Eye On Malaysia, Menara Taming Sari, Planetarium, pusat boling, litar go-kart dan pusat siber.

“Enam projek ini melibatkan kos RM130 juta, tetapi hasil pulangan cukup memberangsangkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen UMNO Bahagian Bukit Katil, di sini, kelmarin.

Katanya, beliau berharap pihak bank bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri.

Jika sukar melakukan pembangunan akibat tiada pembiayaan, tiada peluang pekerjaan seperti jurutera, bidang hospitaliti dan sebagainya untuk rakyat negeri ini

Sumber : Sinar Harian

26 June 2009

Mohd Ali digesa ‘berehat’, beri laluan SPRM siasat

AYER KEROH – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, digesa supaya ‘berehat’ seketika daripada menjalankan tugasnya bagi memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

Ketika membuat gesaan ini, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Hairiz Nordin, berkata, tindakan itu penting bagi meyakinkan rakyat mengenai integriti SPRM dalam usaha menangani gejala rasuah.

Menurutnya, ini berikutan keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya itu sudah sedikit sebanyak terhakis apabila ia dikatakan lambat mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang terlibat dalam gejala itu.

“Kita sendiri telah lihat bagaimana selama ini banyak kes membabitkan pemimpin BN dan UMNO sering tertangguh, sedangkan apabila membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), tindakan begitu pantas diambil.

“Sehubungan itu, AMK Melaka ingin menyarankan supaya Mohd Ali berehat seketika untuk memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan. Langkah ini juga sejajar dengan saranan beliau kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, ketika disiasat SPRM tempoh hari,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bahawa SPRM sedang memperhalusi siasatan berhubung dakwaan politik wang bagi pencalonan Mohd Ali untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Goh Leong San berharap proses siasatan SPRM itu akan dibincangkan di Dewan Rakyat bagi membolehkan semua wakil rakyat mengetahui lebih mendalam mengenainya.

Menurutnya, apa yang dinyatakan Mohamed Nazri kelmarin masih meninggalkan banyak persoalan mengenai siasatan berkenaan.

“Perbincangan dan penjelasan terbuka itu perlu bagi memberi keyakinan kepada rakyat yang sudah semakin hilang keyakinan terhadap integriti SPRM. Ketelusan di Dewan Rakyat adalah perlu untuk memberi keyakinan kepada rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Goh turut mengulangi pendiriannya bahawa Mohd Ali perlu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri.“Saya berharap beliau akan meletak jawatan dan digantikan dengan seorang pemimpin yang lebih berwibawa. Hanya dengan cara inilah keyakinan rakyat terhadap pemimpin dapat dikembalikan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

SPRM jangan pilih bulu: Pas

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar bersikap ‘tidak pilih bulu’ dan telus dalam isu siasatan politik wang yang membabitkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPRM telah menunjukkan sikap yang tidak adil kepada rakyat dengan menangguhkan siasatan terhadap perkara yang telah terbukti jelas kesalahannya.

Menurutnya, perbuatan SPRM tersebut jelas menunjukkan badan yang dianggap bebas oleh kerajaan itu telah dipergunakan demi menjaga kepentingan individu yang tertentu dalam kepimpinan Barisan Nasional(BN).

“Apa yang dapat dilihat sekarang ialah siasatan yang dilakukan hanya menumpukan kepada kes yang lebih menyebelah kepada Pakatan Rakyat (PR). Jika melibatkan kepentingan BN, siasatan tidak serancak apa yang dilakukan kepada PR,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang menyatakan SPRM sedang memperhalusi siasatan berhubung dakwaan politik wang bagi pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kes yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang didakwa menyalahgunakan kuasanya diselesaikan dengan cepat oleh SPRM berbanding kes-kes besar yang lain dilaporkan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw mahu SPRM melakukan siasatan berdasarkan undang-undang yang telah diperuntukkan kepada mereka, bukan disebabkan tekanan daripada kerajaan.

Menurutnya, SPRM haruslah bertindak membuat siasatan terutamanya kes yang berprofil tinggi dengan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.

“SPRM yang mempunyai fungsi tugas yang lengkap oleh undang-undang seharusnya tidak menggunakan kuasa mereka dengan dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana mereka sepatutnya menunjukkan kredibiliti mereka,” katanya.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, sekiranya siasatan tidak mempunyai sebarang bukti, maka pihak penyiasat tidak akan mampu berbuat apa-apa.

“Semua kes memerlukan bukti. Kika tiada bukti, kita tidak boleh buat apa-apa, tetapi jangan sembunyikan bukti tersebut,” katanya

Sumber : Suara Keadilan

24 June 2009

SPRM Masih Belum Putuskan Kes Ali Rustam

Bingkas menyiasat dan menuduh pembangkang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun belum lagi membuat keputusan berhubung politik wang yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata SPRM telah menjalankan dua kes siasatan terhadap wujudnya pemberian wang rasuah dengan tujuan mencalonkan Ali sebagai Timbalan Presiden Umno pada Mesyuarat Umno Bahagian Rendang pada 8 November 2008.

“Kedua-dua kes siasatan telah diselesaikan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan arahan lanjut,” kata Nazri dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Ali telah dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno Mac lalu oleh jawatankuasa displin parti.

Namun kepimpinan UMNO berpendirian kesalahan rasuah politik oleh Ali Rustam bukan halangan untuk beliau terus menjadi Ketua Menteri Melaka.

Nazri berkata, satu lagi siasatan berhubung dengan dakwaan pemberian sogokan kepada Ketua Cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Ali sebagai Timbalan Presiden Umno ditutup kerana tidak ada bukti

Sumber : Suarakeadilan

17 May 2009

Demonstrasi bantahan Penduduk Kg. Pondok Kempas, Selandar, Melaka berjaya.









KENYATAAN MEDIA

MEMBANTAH PEMBINAAN RUMAH PEMBAKARAN MAYAT DAN KUBUR CINA, DI LOT 411, KG. PONDOK KEMPAS, SELANDAR, MELAKA

  1. Adalah kami penduduk jati kampung Pondok Kempas/Kesang Pajak yang berstatus 100% adalah melayu dan beragama Islam, menyatakan rasa amat kesal dan terhina apabila Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan Rumah Pembakaran Mayat & Kubur Cina di atas tanah Lot 411, iaitu di tengah-tengah kampung kami ini.

  2. Adalah difahamkan bahawa pihak JKKK Kg. Pondok Kempas dan Lembaga Masjid Selandar telah pun membuat bantahan, tetapi kami tidak tahu apa kesudahannya. Sebaliknya projek pembinaan Kubur Cina tersebut telah diluluskan pihak Kerajaan Negeri Melaka, dan kini kerja-kerja pembinaan sedang berjalan.

  3. Sehubungan dengan itu, kami penduduk jati Pondok Kempas/Kesang Pajak yang menurunkan tanda tangan di bawah ini tetap membantah sekeras-kerasnya pembinaan tersebut yang pada hemat kami memang tidak masuk akal dan tidak munasabah.

  4. Di samping itu bantahan kami ini juga berasaskan alasan-alasan yang kukuh seperti berikut:-

    4.1. Pembinaan tersebut tidak langsung mengambil kira sensitiviti penduduk kampung ini yang hampir 100% adalah orang Melayu/Islam.

    4.2. Akan menyebabkan pencemaran alam sekitar melalui pembakaran secara terbuka terhadap upacara pembakaran mayat. Malahan kami penduduk sudah cukup derita akibat pencemaran lalat dan kesan sampingan serangan unggas lain daripada kewujudan 9 buah ladang ternakan ayam di sekitar kampung ini.

    4.3. Kenapakah cadangan pembinaan tersebut dibuat di kampung kami, sedangkan masih ada kampung lain yang penduduknya majority orang cina seperti di Machap atau Asahan tidak dipilih untuk tujuan pembinaan tersebut?

    4.4. Kami juga bimbang nilai hartanah di kampung ini akan turut jatuh merudum akibat wujudnya tanah perkuburan itu nanti.

  5. Oleh itu kami penduduk jati mendesak Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula projek ini dan menghentikan pembinaan atau memindahkan projek tersebut ke tempat lain.

    Sekian, terima kasih.

    Yang Benar,


    (MUHAMAD BIN KELING)
    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak,
    Membantah Pembinaan Rumah Pembakaran Mayat & Kubur Cina


LAPORAN LOKASI KES DARI AMK TANGGA BATU :

Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Jasin yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Melaka iaitu Saudara Zamzizul bin Nordin menyatakan bahawa beliau telahpun merujuk perkara ini kepada ADUN Bemban YB Chua Kheng Hwa yang juga ketua pemuda MCA Melaka untuk bekerjasama dengan penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah ini. Namun jawapan yang di berikan oleh YB Chua Kheng Hwa adalah amat mendukacitakan. Malahan kelibat YB tersebut juga tidak kelihatan semasa bantahan dilakukan oleh penduduk kampung pada hari ini. Penduduk kampung amat kesal dengan YB mereka yang tidak membantu mereka ketika khidmatnya diperlukan. Bukan setakat tidak membantu, menjenguk mereka pun tidak.

Ketika ditanya oleh wartawan yang hadir tentang apakah jawapan yang diberikan oleh YB tersebut semasa Saudara Zamzizul mengajukan perkara tersebut. Saudara Zamzizul menyatakan bahawa jawapan yang diberikan oleh YB tersebut adalah terlalu sensitif dan tidak perlu dihebahkan bagi mengelakkan salah faham penduduk kampung dan juga bagi mengelakkan permusuhan antara kaum. “Cukup dinyatakan disini bahawa jawapan yang diberikan oleh YB tersebut adalah amat mendukacitakan dan sensitif” katanya.

Berikutan dengan itu, satu memorandum akan dihantar oleh penduduk kampung kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam dalam tempoh yang terdekat ini.

Ketua Angkatan Muda Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd. Akin juga sempat hadir semasa bantahan ini dilakukan. Dalam ucapan ringkasnya, beliau amat kesal dengan apa yang berlaku kepada penduduk kampung dan berjanji akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya pembinaan Rumah Pembakaran Mayat & Kubur Cina telah melanggar undang-undang.

Demonstrasi bantahan ini juga telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi serta ahli-ahli PKR dan AMK di setiap bahagian negeri Melaka sebagai tanda sokongan mereka kepada penduduk kampung yang sedang dilanda musibah. Mereka dan penduduk kampung juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis yang telah memberi kerjasama bagi mengawal keadaan lalulintas dan melancarkan lagi proses bantahan tersebut dilakukan.

09 May 2009

Laut Ditambak, Tanah Rakyat Di Darat Tergadai??

Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk membangunkan kawasan tambak laut seluas 280 hektar di pantai Klebang sekali gus menukar wajah lokasi di situ sebagai satu projek 'pelancongan'. Menurut Ketua Menteri Melaka, antara landskap baru yang merubahkan kawasan Pantai Klebang itu ialah pembinaan hospital pakar, sukan rekreasi laut, sebuah marina dan pembinaan hotel bertaraf antarbangsa selain dilengkapi dengan kemudahan lebuhraya baru yang menghubungkan laluan pesisir pantai dari Masjid Tanah ke pusat bandar.

Kerajaan negeri mendakwa pembangunan yang pesat ini sekali gus meningkatkan lagi populariti kawasan Pantai Klebang dan kawasan2 yang berdekatan dengannya kepada pengungjung luar yang datang ke negeri Hang Tuah ini dan secara tidak langsung ianya akan dapat merancakkan lagi ekonomi serta faedah kepada penduduk tempatan di situ.

Namun begitu apa yang dihasratkan oleh Ketua Menteri Melaka itu mungkin tidak dapat disahut sebahagian daripada rakyatnya sendiri yang menetap Lot 137, Seksyen 1, Kampung Batang Tiga Timur, Klebang yang diarah berpindah dan mengosongkan tanah yang diduduki sebelum 1 Jun depan. Jika arahan tersebut dilaksanakan, ini akan membabitkan sejumlah 22 rumah yang masih dihuni sejak 1940an di atas tanah tersebut.

Menurut beberapa penduduk yang terbabit, pada Julai tahun lepas, mereka terkejut apabila menerima notis meminta mereka mengosongkan tanah seluas 1.21 hektar berkenaan kerana dikatakan sudah dijual kepada sebuah syarikat pemaju. Masalah mereka telah dibawa kepengetahuan ADUN Klebang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Yaakub Md Amin namun beliau mendakwa tidak dapat berbuat apa2 kerana tanah mereka telah dimiliki oleh pihak lain.

Keratan akhbar KOSMO 2 Mei 2009.


Kulat: Memang tidak dinafikan pembangunan negeri Melaka antara yang terpantas membangun di negara ini. Justeru ianya memperlihatkan kecekapan pemimpin negeri mentadbirkan negerinya sehingga menjadi antara negeri yang termaju dan terkenal kepada pengunjung dari luar Melaka dan juga luar negara. Namun dalam kegairahan tersebut, apalah ertinya kemajuan dan pembangunan di situ jika rakyatnya sendiri bakal merempat di tanah tumpah darahnya sendiri yang telah melahirkan beberapa generasi di situ? Apa ertinya kemajuan pelancongan jika rakyatnya sendiri menanggung kesempitan hidup akibat daripada kerakusan pembangunan. Apalah ertinya slogan keramat "Tradisi Membela Rakyat" yang telah menjadi sebati dan resepi rakyat Melaka yang setia kepada kerajaannya jika masalah mereka tidak dibela? Wallahuaalam.

Sumber : Cendawan MALAYA

30 April 2009

Lapan kapal kargo jejas nelayan

KUALA SUNGAI BARU – Kehadiran lapan buah kapal kargo milik sebuah syarikat tempatan yang berlabuh di perairan Tanjung Dahan-Kampung Kuala Sungai Baru, mengundang dilema kepada 60 pemilik bot nelayan, di sini.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat, Md Nor Mat berkata, kehadiran kapal-kapal berkenaan sejak sebulan lalu telah menjejaskan pendapatan kira-kira 200 nelayan di sini, ekoran kawasan tangkapan ikan mereka kini menjadi tempat berlabuh kapal-kapal berkenaan.

Menurut Md Nor, pihaknya telah pun mengemukakan cadangan untuk bertemu dengan syarikat pemilik kapal berkenaan dalam Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat semalam bagi membincangkan jalan penyelesaian masalah yang dihadapi nelayan di sini.

“Sejak kapal-kapal berkenaan berlabuh di situ, kami tidak dapat lagi ke laut menangkap ikan kerana bimbang keselamatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Md Nor berkata, kebanyakan bot milik nelayan tersadai begitu sahaja disebabkan masalah berkenaan dan yang lebih membimbangkan pendapatan harian mereka terjejas.

Menurutnya, pihak persatuan telah memaklumkan perkara itu kepada wakil rakyat dan berharap beliau dapat membantu mencari pendekatan untuk membantu nelayan yang bergantung sepenuhnya pada sumber tangkapan di laut.

“Kami harap, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dapat mengadakan perbincangan bersama pemilik syarikat kapal ini agar ia dilabuhkan di tempat lain atau membayar ganti rugi kepada nelayan terlibat.

“Memang mereka telah mendapat kelulusan kerajaan untuk berlabuh di situ, tetapi keadaan itu telah menimbulkan kesukaran kepada nelayan pantai di sini untuk mencari rezeki,” katanya.

Menurut Md Nor, nelayan di sini tiada sumber kewangan mencukupi dan terpaksa meminjam daripada pihak lain. Oleh sebab itu, beliau berharap kerajaan memandang serius perkara terbabit agar ia dapat diselesaikan segera,” katanya.

Pada 26 April lalu, Md Nor telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Sungai Baru berhubung perkara terbabit, selain turut memaklumkan kepada wakil rakyat kawasan.

Sumber : Sinar Harian

Pembinaan lagun jangan jejas nelayan

MELAKA - Persatuan Nelayan Negeri Melaka berharap pembinaan lagun di Pantai Puteri, Tanjung Keling dekat sini, tidak menjejaskan tempat nelayan menyimpan sampan di pantai itu.

Pengerusi persatuan itu, Abdullah Yahya berkata, pihaknya bagaimanapun menyokong cadangan kerajaan negeri untuk membina lagun bagi mengatasi masalah hakisan di pantai itu.

“Kami mahu sampan nelayan yang berjumlah kira-kira 100 buah ditempatkan di kiri dan kanan lagun itu, bukannya dipindahkan ke sungai Lereh,” katanya.

Ahad lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sebuah lagun akan dibina sebagai satu daripada langkah untuk menyelesaikan masalah hakisan di pantai itu.

Tinjauan mendapati pantai itu yang terkenal dengan keindahannya, kini diancam hakisan ombak yang serius.

Kesan hakisan di sepanjang kira-kira empat kilometer pantai itu dapat dilihat dengan jelas apabila banyak pokok rhu yang telah tumbang dan banyak lagi yang menunggu masa untuk tumbang.

Di sesetengah tempat pula, jarak yang masih tinggal antara pantai dan jalan raya hanya beberapa meter dan penduduk yang ditemui mendakwa kira-kira 50 meter kawasan pantai telah terhakis dalam tempoh 10 tahun lalu.

Abdullah berkata, dengan mengekalkan tempat simpanan sampan di pantai itu, ia akan menjadi tarikan kepada pengunjung dan mereka juga berpeluang membeli hasil tangkapan laut yang segar terus daripada nelayan, serta produk hiliran yang diusahakan nelayan.

Beliau berkata pembinaan lagun itu perlu mengambil kira pandangan daripada persatuan nelayan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya faedahnya turut dinikmati nelayan.

-- BERNAMA

Sumber : Sinar Harian

29 April 2009

Piket aman cari jalan henti operasi ladang ternakan babi

MASJID TANAH – Kira-kira 50 penduduk di sekitar Pengkalan Balak di sini mengadakan perhimpunan secara aman dengan membawa sepanduk membantah ternakan babi di kawasan itu.

Bantahan itu diadakan kerana penduduk bimbang ternakan berkenaan boleh membawa kepada wabak selesema babi (H1N1) yang kini sedang melanda Mexico dan kawasan sekitarnya..

Seorang penduduk, Zahrah Bachik, 62, berkata, dia dan penduduk lain yang tinggal berhampiran kawasan ternakan babi itu mahu kerajaan negeri bertindak segera menghentikan operasi penternakan di kawasan berkenaan kerana bimbang kesihatan mereka akan terjejas.

Menurutnya, penternakan babi yang sudah diusahakan sejak lebih 50 tahun di kawasan itu perlu dihentikan serta-merta sebelum wabak berbahaya itu merebak, walaupun setakat ini belum ada kes jangkitan di negara ini.

“Tiada jangkitan tidak bermakna negara kita boleh selamat daripada wabak bahaya itu, dan kalau tiada tindakan tidak mustahil ia boleh berlaku,” katanya kepada pemberita selepas turut serta dalam perhimpunan aman membantah penternakan babi di Bulatan Pengkalan Balak di sini, semalam.

Zahrah berkata, sejak dahulu sehingga hari ini, ternakan babi sering mengundang masalah kepada penduduk, terutama yang tinggal berdekatan dengan ladang babi di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

“Hari ini dengan munculnya wabak baru yang melanda dunia sekarang, ia mengundang kebimbangan dan seolah-olah nyawa dijadikan taruhan.

“Saya harap, kerajaan di peringkat Pusat mahupun negeri memberi perhatian serius untuk menangani masalah ini yang belum pernah selesai sampai sekarang,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk dari Kampung Pengkalan Balak, Zakaria Othman, 46, berkata, sejak kisah wabak berbahaya itu tersiar, penduduk di sini melahirkan rasa takut dan tidak boleh bersabar memandangkan tiada sebarang tindakan diambil pihak kerajaan.

Menurutnya, kalau dahulu memang penduduk boleh bersabar, tetapi dengan tersebarnya wabak itu, ia boleh mengancam nyawa dan mereka tidak boleh berdiam diri.

“Kita tidak marah kalau hendak ternak, tetapi mereka perlu gunakan kaedah moden bagi memastikan penduduk sekitar tidak menghadapi masalah dan ancaman,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

22 April 2009

Ingkari arahan Speaker DUN Melaka, Ketua Pembangkang dibuang Dewan

MELAKA: Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San diperintah keluar Dewan selepas mengingkari arahan Speaker Datuk Othman Muhamad berulang kali.

Othman mengeluarkan perintah itu selepas Goh enggan duduk walaupuan diminta supaya bekerjasama membolehkan persidangan diteruskan.

Goh diarah keluar kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang itu membangkitkan soal berkaitan dengan satu notis yang dikemukakan semalam bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap Speaker DUN yang telah pun ditolak.

Kekecohan turut disaksikan pada hari kedua persidangan semalam.

Semalam sidang DUN Melaka kecoh dengan "perang mulut" apabila Othman menolak usul tergempar yang dikemukakan oleh pembangkang berkaitan undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Othman berkata beliau menolak usul tergempar itu berdasarkan tiga syarat di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu (pertama) perkara tertentu, (kedua) berkehendak disegerakan dan (ketiga) kepentingan orang ramai.

Keputusan yang diumumkan oleh Othman telah menimbulkan rasa tidak puas hati Goh dan empat lagi anggota DUN dari DAP dengan mereka mendesak Othman membenarkan usul tergempar itu dikemukakan dan dibahaskan pada persidangan itu.

Sumber : Mstar

Ali Rustam persoal pembangkang isu Eli

MELAKA: Isu gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menjadi topik hangat yang dibangkitkan dalam persidangan DUN Melaka semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempersoalkan integriti pakatan pembangkang dalam isu itu sehingga menimbulkan bantahan daripada lima ADUN Pakatan Rakyat.

"Adakah tindakan yang betul bagi seorang wakil rakyat wanita tidur dengan teman lelaki Melayunya," kata Mohd Ali dan mengatakan PAS kini telah mula berkompromi dengan nilai-nilai keagamaan yang diperjuangkan parti itu disebabkan isu tersebut.

Wong telah meletakkan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan berikutan gambar separuh bogelnya yang tersebar di internet.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta beliau untuk kembali bertugas.

Dalam responnya, Betty Chen (DAP-Kota Laksamana) membantah isu yang dibangkitkan Mohd Ali dengan mengatakan, dua isu tersebut adalah berasingan dan ia melibatkan parti politik yang berbeza.

MOhd Ali kemudiannya bertanya Chew sama ada beliau ada menonton video Wong yang dimaksudkan itu dan Chew menjawab, beliau tidak menontonnya.

Beliau mengulangi soalan itu kepada Chew beberapa kali sehingga seorang ADUN membalas:

"Mengapa anda begitu terpesona dengan Elizabeth Wong dan isu telanjang sehingga membangkitkannya beberapa kali?,"

Ketua Pembangkang, Goh Leong San kemudiannya bangun untuk membela Chew dengan mengatakan Mohd Ali telah melakukan gangguan seksual terhadap Chew dengan bertanyakan soalan itu sehingga Speaker Datuk Othman Muhamad seterusnya cuba meredakan ketegangan itu dengan mengatakan "beliau telah melihat video itu".

Hal itu menyebabkan Goh bertanya jika Mohd Ali telah melihat video itu yang kemudiannya dijawab yang beliau hanya "melihat satu video".

Sumber : Mstar

21 April 2009

Ali Rustam escapes no-confidence vote over corruption

By Wong Choon Mei

Corruption-tainted Malacca Chief Minister Mohd Ali Rustam managed to escape an embarrassing no-confidence vote being tabled against him by opposition lawmakers in the state legislative assembly.

“This is an attempt by the DAP to seek cheap publicity,” said Ali Rustam.

Last month, the Umno disciplinary board stopped him from contesting Muyhiddin Yassin and Muhammad Muhammad Taib for the deputy presidency of the party after finding him guilty of vote-buying.

There was also speculation that the eleventh hour move was to prevent the popular Ali Rustam from beating Muhyiddin for the party’s No 2 post, which also comes with the deputy premiership in tow.

Shouting and commotion

Nevertheless, opposition lawmakers have objected to his punishment being limited to within Umno. Money politics, they said, was corruption and Ali Rustam would have to face the public prosecutor and his peers in the legislature.

“This is because of his involvement in money politics in the recent Umno election which has affected his credibility as a leader resulting in a loss of confidence by the people,” said Goh Leong San, the DAP assemblyman for Kesidang.

But Goh’s emergency motion was rejected by Speaker of the assembly, Othman Muhamad.

“There is no great urgency to table the motion because it is not a natural disaster. It is also not of public interest as the case had been settled by Umno,” said Othman.

His decision prompted a shouting and slanging match that went on for more than 20 minutes. The Malacca state assembly is dominated by Umno-BN elected representatives, who hold 23 out of 28 seats. Five seats are held by Pakatan Rakyat partner, DAP.

Sumber : Suara Keadilan

19 April 2009

Usul undi tidak percaya kepada Ali Rustam ditolak

Oleh Zaili Muhammad

MELAKA, 18 April (Hrkh) - Usul undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang bakal dibawa oleh DAP ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20 hingga 23 April depan telah ditolak oleh Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad.
Menurut Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San bahawa empat usul yang melibatkan kepentingan rakyat dan integriti kerajaan negeri telah ditolak oleh speaker tanpa alasan yang kukuh.

"Usul pertama yang ditolak ialah undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini sehingga rakyat Melaka mempersoalkan integriti beliau," kata Goh.

Selain itu katanya, usul yang meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak.

"Kami juga mengusulkan supaya kerajaan negeri Melaka mempercepatkan projek pembinaan jalan pesisir pantai dari Melaka Raya ke Padang Temu dan mengkaji semula langkah menukar laluan di Melaka Raya untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas tetapi ianya ditolak juga.

"Manakala usul ke empat yang ditolak ialah meminta agar sistem sekatan kuota Bumiputera bagi pembangunan perumahan dan lain-lain sektor berkaitan bagi menangani kegawatan ekonomi juga ditolak," katanya.

Goh menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh speaker Dun itu adalah bermotifkan politik dan menunjukkan Ali Rustam sendiri bimbang berkemungkinan ada Adun BN yang akan menyokong usul-usul tersebut.

"Saya rasa Ali Rustam juga tidak percaya kepada Adunnya sendiri di mana andainya usul undi tidak percaya diterima, kemungkinan ada Adunnya yang akan sokong.

"Begitu juga tentang pengisytiharan harta jika mereka bersih tidak melakukan kesalahan kenapa takut untuk isytiharkan harta yang mereka," katanya. - mns_

Sumber : Harakahdaily

20 March 2009

Datuk Shah rukh khan terkejut, beri tawaran Ali berlakon filem terbaru-ref malaysiakini

Gambar atas: Datuk Shahrukh kelihatan sugul dan sedih

Oleh Bornladen

MUMBAI Mac 18 - Dato Shahrukh Khan menyuarakan rasa terkejut terhadap larangan bertanding yang dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO terhadap sahabat baiknya, Dato Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam sidang akhbar hari ini bersama pelakun jelita wanita Bollywood, Preity Zinta, Shahrukh menyuarakan rasa simpati apabila mendapat tahu nasib malang yg menimpa Ali Rustam.

Shahrukh tidak dapat bercakap tetapi bercakap melalui jurucakapnya kerana hilang suara dari rasa sedih dan percubaan untuk menyanyi sendiri lagu semasa pergambaran filem terbarunya.

Dia menyatakan kesediaan untuk menawarkan Ali Rustam watak sebagai ahli politik dalam filem terbarunya yang berjodol art Sur yang bermaksud Syaitan duit. Watak yang dimaksudkan adalah watak ahli politik yang menggunakan wang untuk mencapai apa saja matlamat hidupnya.

Ketika dihubungi wartawan, Ali Rustam sedia mempertimbangkan tawaran tersebut yang memerlukan misainya dipendikkan sedikit untuk menyerupai watak Hitler. Dia mungkin menyedari kerjaya politiknya berakhir dan jawatan ketua Menteri perlu dikosongkan.

Dato Shahrukh yakin pengalaman Ali Rustam sebagai ahli politik memudahkan ia untuk menukar kerjaya menjadi pelakun Bollywood. Ali Rustam pun mempunyai rupa yang sesuai untuk melakunkan watak-watak filem Bollywood.

Seorang pelakun telah pun dikenalpasti sebagai suara dubbing untuk Ali Rustam. - Agensi Berita Husin Lempoyang

Designed by - AMK TANGGA BATU