AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami
Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

04 August 2009

ADUN terima rasuah ditahan reman lima hari

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN): Barisan Nasional (BN) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000 ditahan reman selama lima hari.

Perkara itu disahkan pihak pendaftar Mahkamah Majistret Kemaman semalam sambil memberitahu bahawa ADUN berkenaan kemudian dibawa ke pejabat SPRM daerah ini untuk tujuan soal siasat.

Usaha wartawan Sinar Harian yang bergegas ke pejabat SPRM Kemaman bagi mendapatkan pengesahan perkara itu menemui jalan buntu, apabila pegawai terbabit enggan memberi sebarang ulasan.

Bagaimanapun, difahamkan ADUN tersebut kemungkinan akan ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Chukai, sebaik sahaja sesi soal siasat selesai.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang ADUN BN Terengganu ditahan bersama seorang rakannya setelah dipercayai menerima wang suapan bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek landskap di Kuala Lumpur.

Semasa ditahan kira-kira jam 9.30 pagi di Kijal, Kemaman, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN tersebut, sebelum beliau bersama rakannya telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika memberi maklum balas ringkas melalui Setiausaha Akhbarnya, Rosli Zakaria berkata, beliau menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada SPRM bagi melakukan siasatan.

“Biarkan SPRM menjalankan siasatan tersebut,” katanya ringkas tetapi enggan mengulas lanjut ketika Wartawan Sinar Harian menghubunginya, semalam.

Sinar Harian juga gagal menghubungi Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull bagi mengulas perkembangan terkini berhubung siasatan kes berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

03 August 2009

Rasuah: SPRM tahan ADUN Terengganu

KUALA TERENGGANU - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu semalam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Sumber : Sinar Harian

28 July 2009

Pemimpin BN berselindung di sebalik kuasa SPRM

Oleh Ramli Yamat

BESUT, 28 Julai (Hrkh) - Pemimpin Umno tidak perlu lagi berselindung di sebalik kuasa yang dimiliki agensi kerajaan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Anggota Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Baharum berkata, tindakan seumpama itu tidak mencerminkan semangat sebenar sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

"Namun malangnya hari ini kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih gemar menggunakan agensi kerajaan seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah bagi mengekang kebangkitan Pakatan Rakyat.

"Kalau benar-benar mereka berani jangan menggunakan agensi kerajaan dan berdepanlah gentlemen dengan Pakatan Rakyat," katanya pada ceramah di Jertih malam kelmarin.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussien dilaporkan berkata, pemimpin BN akan memerangi Pakatan Rakyat habis-habisan.

Dr Badrul Amin berkata, Pakatan Rakyat sedia menyahut cabaran Naib Presiden Umno asalkan melalui sistem demokrasi dan bukannya menggunakan perkakas kerajaan.

Kata beliau contoh yang jelas dapat dilihat apabila Umno menggunakan agensi kerajaan dalam kes membabitkan pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika dalam siasatan SPRM.

Beliau berkata, hasil bedah siasat doktor ke atas mayat Beng Hock dikatakan tiada kesan pecah kepala atau tompokan darah pada lantai mendiang ditemui.

Oleh itu beliau yang juga bekas pensyarah kanan undang-undang di UIAM percaya Beng Hock tidak membunuh diri berdasarkan penemuan mayat tersebut.

Mendiang disoal siasat berkaitan kes anggota Exco Selangor membeli 1,000 helai Jalur Gemilang melibatkan peruntukan sebanyak RM2,300. - mj _

Sumber : Harakahdaily

09 July 2009

Siapa kata tiada Minyak di Kelantan?

Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18

- Block B-17

- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).(banyak tu....makan tak habis)

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianggarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration

APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

- Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010

- Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.

- Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012

- Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi sepenuhnya.

ROYALTI GAS ASLI ADALAH HAK RAKYAT KELANTAN

- PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.

- Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.

- Terengganu, walaupun menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

- Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk bagi membangunkan projek-projek yang tidak mendatangkan menafaat kepada rakyat Terengganu sendiri.

- Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.

- Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Petikan dari Blog KELUARGA AMBUYAT EL-BINANGKIT.

Ini adalah sebahagian gambar-gambar dari seorang blogger yang pernah melawat sebuah pelantar minyak yang terletak diantara sempadan Malaysia dan Thailand iaitu diperairan Kelantan atas urusan kerja.
Pelantar Minyak Cakerawala - gambar dari udara.

Pelantar Minyak Cakerawala - gambar dari laut.


Lagi cerita mengenai bukti minyak berada di Kelantan......sila baca

Tiada Minyak Di Kelantan: Pusat Bohong Atau Saifuddin Tipu..?

UMNgOk?Barisan Nasiyonal cakap di perairan Kelantan tak ada Minyak dan Gas. katanya kenyataan Saifuddin Nasution tu salah.

Cuba korang pergi ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lepas tu korang cari apa yang ada dalam gambar dekat bawah ni... lokasi - berhampiran pintu ketibaan.


Lepas tu korang cari yang dekat bawah ni pulak... tak jauh dari lokasi dekat atas tu...


Kalau dah jumpa, korang masuk dekat dalam pejabat tu, korang tanya dalam seminggu, berapa Trip Helikopter bawak kru pelantar minyak...

Lepas tu tanya lagi, pelantar minyak tu dekat mana...

Lepas tu tanya lagi, semua sekali ada berapa pelantar minyak dalam perairan Kelantan...

Lepas tu tanya lagi Kontraktor Carigali dari Kemaman & Kerteh selalu tak datang naik Helikopter untuk ke pelantar minyak di perairan Kelantan & sempadan Malaysia - Thailand...

Kalau rasa segan nak masuk dan tanya semua tu, korang fikir la sendiri, buat apa Syarikat Oil & Gas nak kena bukak pejabat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa kalau tak de pelantar di perairan Kelantan..?

Orang Siam naik Heli dekat Kelantan ke kalau nak pergi Pelantar Minyak di Siam? Siam tak de Helikopter ke?Jadi.. Siapa kata tiada minyak di Kelantan??

Sumber - Malaysia Waves

admin-dah la tu menipu orang melayu dan khususnya rakyat Kelantan!

08 July 2009

Husam: Pulangkan Royalti Minyak Kelantan

Exco Negeri Kelantan, Husam Musa, mendesak kerajaan memulangkan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan sepertimana yang dimeterai dalam persetujuan antara kerajaan negeri, Petronas dan kerajaan pusat sebelum ini.

Berucap di Ceramah Perdana Pilihanraya Kecil Manek Urai di Kampung Chuchuh Puteri, Husam berkata Kelantan berhak kepada carigali minyak yang diadakan 150 kilometer dari pesisir pantai negeri itu, namun tidak ada satu sen pun royalti diserahkan Umno-BN.

“Tuntutan kita untuk royalti minyak adalah sah, berdasarkan kepada persetujuan yang telah dimeterai, kerana minyak yang dikeluarkan itu berada amat hampir iaitu 150 kilometer dari pesisir pantai Kelantan,” kata Husam, disambut dengan laungan takbir dan tepukan gemuruh dari hadirin.

“Minyak yang dikeluarkan dari negeri-negeri lain seperti Sarawak dan Terengganu terletak 240 kilometer dari pesisir pantai, dan kerajaan Pusat tetap membayar royalti kepada dua negeri ini. Jadi soalnya, mengapa rakyat Kelantan dinafikan hak kepada royalti minyak?” tegas Husam.

Minyak disedut dari pesisir pantai Kelantan seawal 2002 dan pada 17 Jun tahun ini, kerajaan negeri Kelantan meminta royalti RM1 bilion dari Kerajaan Pusat.

Husam menambah kerajaan Pusat tidak boleh beralasan kerana Kelantan mempunyai dokumen menyokong tuntutan tersebut.

“Kita mencari fail-fail lama dan temui perjanjian yang dimeterai pada 9 Mei 1975 diantara Menteri Besar Kelantan Mohammad Nasir dan Pengerusi Pentronas Tengku Razaleigh Hamzah,” kata Husam.

“Royalti sebenarnya adalah RM1.7 bilion, bukan RM1 bilion, tetapi Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan kerajaan negeri supaya permohonan dibuat untuk RM1 bilion kerana tak mahu kerajaan Umno-BN terkejut,” kata Husam disambut gelak-tawa dari hadirin.

Beliau turut mencabar Ketua Perhubungan Umno Kelantan Mustapha Mohamed, yang juga Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, supaya menunaikan tuntutan ini demi kebaikan rakyat Kelantan.

Husam menambah sekiranya royalti ini diperoleh, maka lebih banyak pembangunan bermakna dapat dibawa ke Kelantan, bukannya projek-projek mee segera yang sering dibawa Umno-BN setiap kali pilihanraya.

“Sekiranya gagal, lebih baiklah beliau bersara,” kata Husam

Sumber : tvantara

27 June 2009

Rakyat dizalimi, negeri Pakatan Rakyat didiskriminasi - Anwar

Oleh Mohd Khalil Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Kerajaan dibidas kerana melakukan diskriminasi terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana diberikan peruntukan perkapita paling rendah.

Menurut Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan jelas menunjukkan wujud diskriminasi daripada kerajaan persekutuan di bawah kekuasaan Barisan Nasional.

"Ada beberapa perkara yang harus diberikan perhatian oleh Kementerian Kewangan dalam keadaan kita menghadapi kemelut sekarang. Pertama, peruntukan yang diberi kepada negeri-negeri jelas menunjukkan sikap dendam kesumat masih berterusan.

"Walaupun Perdana Menteri menyebut Satu Malaysia, dan rakan-rakan daripada Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional minta kita supaya memberi sambutan yang positif, saya hendak beritahu bahawa laungan slogan ini, slogan murahan yang tidak dituruti dengan amal,"jelasnya semasa perbahasan usul peruntukan semula peruntukan perbelanjaan 2009 di parlimen baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan mengapakah negeri-negeri tersebut didiskriminasikan dan akhirnya rakyat menjadi mangsa?

"Saya beri contoh, mengikut peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak. Negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan.

"Apa alasan boleh diberikan? Terutama bagi negeri yang miskin seperti Kelantan dan Kedah, di paras yang begitu rendah peruntukan walaupun yang diuar-uarkan itu Satu Malaysia. Perak kerana semasa mereka merangka, mereka fikir mereka masih belum berjaya menawan, maka Perak daripada segi peruntukan per kapita - 230, Selangor - 221, Kelantan - 179, Kedah - 172 dan Pulau Pinang - 119,"jelasnya lagi.

Tindakan ini dianggap oleh Anwar sebagai satu diskriminasi dan rakyat menjadi mangsa.

"Mengapa harus dihukum rakyat begitu rupa? Saya tidak menafikan keperluan kita menambah peruntukan negeri-negeri terutama negeri-negeri yang miskin. Terengganu, mahupun kawasan Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Akan tetapi dasar yang jelas tidak telus dan menunjukkan dasar yang discriminative, gunalah KPI apa pun yang telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, KPI apa? Kalau kerangka dasar itu sendiri tidak menunjukkan kita mengambil sikap yang telus dan adil,"tambahnya sambil menempelak sikap kerajaan yang tidak adil terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Katanya, tindakan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan hanya terjadi setelah rakyat memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan.

"Saya harap Kementerian Kewangan dapat meneliti dan memperbaiki kerana zalim kita untuk menghukum rakyat semata-mata kerana mengambil keputusan dan kebijaksanaan memilih parti atau calon yang mereka dukung.

"Semua yang memilih Pakatan Rakyat atau Umno-Barisan Nasional dikenakan dengan sistem percukaian yang sama. Maka peruntukan itu harus lebih telus dan adil,"tegasnya. - mks._

Sumber : Harakahdaily

25 June 2009

Azmin: Jean Todt Dibayar RM900,000, Diberi Tanah Di Terengganu

Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000.

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia-rumah kedua ku” tidak masuk akal.

Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau.

Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin.

Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.

“Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin.

“Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.

Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.

“ Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,”kata beliau.

Sumber : Suara Keadilan

23 June 2009

Kerajaan perlu serius bincang hasil yang ditadbir LHDN!

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Masalah kemiskinan masih terus menghantui rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman, meskipun kerajaan telah melancarkan program membasmi kemiskinan sejak 30 tahun lalu.

Kemiskinan di kalangan bumiputera pula dilihat amat ketara berbanding kaum lain termasuk jurang pendapatan kaum Melayu yang amat tinggi berbanding kaum Cina di negara ini.

Di Sabah dan Sarawak, isu kemiskinan sering menjadi bualan, malah laporan mengenai kedhaifan rakyat di negeri itu sering dipaparkan dalam media elektronik mutakhir ini.

Tambahan pula mutakhir ini ahli Parlimen dari dua negeri itu sering membangkitkan persoalan mengenai jurang kemiskinan di negeri mereka yang amat ketara berbanding negeri di Semenanjung Malaysia.

Sekat bantuan

Namun begitu, media turut memomokan isu kemiskinan tegar dengan kerajaan Kelantan sejak negeri Cik Siti Wan Kembang itu diperintah PAS pada tahun 1990, dan sejak itu media Umno/BN meyekat peruntukan pusat ke negeri tersebut.

Akibatnya, kerajaan Kelantan terpaksa merangkak untuk membangunkan negeri yang telah dipunahkan kewangannya oleh pentadbiran Umno/BN sebelum ini.

Begitupun berkat kesabaran dan ketekunan pimpinan PAS Kelantan yang dikepalai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan kini membangun malah kuasa membeli rakyat Kelantan meningkat berbanding negeri lain.

Sebagi contoh, bagi tahun lalu pasaraya Tecso di Kelantan mencatat kuasa beli kedua tertinggi dengan kutipan lebih RM1 juta sehari selepas Tesco di Selangor ditempat pertama.

Membicarakan isu kemiskinan di Sabah pula, lebih kurang 30 tahun (1970an) yang lalu, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia selepas Selangor.

Tetapi selepas tahun 1990an, Sabah adalah negeri yang sangat baik untuk dijadikan contoh-contoh kawasan yang miskin yang setanding dengan negara yang baru selesai daripada perang saudara.

Isu tekanan 'diskrimiansi' kerajaan pusat yang menyebabkan kemiskinan antara Sabah dan Kelantan turut dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat pada 17 Jun 2009 dalam perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri pindaan 2008.

Rata-rata ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah pembentangan rang undang-undang LHDN ini memandangkan ia tidak membincangkan persoalan memperkasakan LHDN dan penyaluran hasil cukai kepada rakyat bagi mengatasi kemelut kemiskinan di beberapa buah negeri.

Kemana hasil cukai?

Perbahasan yang diutarakan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Bebas dalam Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN pindaan 2008 itu berkisarkan kepada isu ke mana perginya hasil mashyul negara yang diamanahkan kepada kerajaan untuk diuruskan.

Rata-rata ahli Parlimen membongkar persoalan bagaimana sekatan bantuan yang dikenakan ke atas negeri pakatan selain Sabah dan Sarawak yang masih belum 'membangun' sepenuhnya.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman mempersoalkan tindakan kerajaan yang menafikan hasil cukai pendapatan untuk diagihkan secara 'adil' kepada rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan.

Kelantan sebagai contoh terus dinafikan geran pembangunan apabila segala saluran bantuan oleh kerajaan pusat diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditunjangi kelompok Umno/BN Kelantan, walhal kata Ustaz Halim hak itu sepatutnya diberikan kepada kerajaan yang memerintah.

Beliau juga mendakwa kerajaan menafikan hak infrastruktur yang lebih baik bagi tujuan pengangkutan menyebabkan ada sedikit masalah kepada negeri Cik Siti Wang Kembang itu untuk mendapatkan limpahan pelaburan yang boleh mengembangkan indsutri disana.

Walhal kata Ustaz Hali, membina lebih raya adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

"Kenapa tidak buat? Duk buat jalan raya di Pantai Barat. Sabah pun tidak buat. Kenapa tidak buat? Kalau kita buat, rakyat bayar cukai. Kita buat, insya-Allah pelabuhan akan dapat dibuat. Baru boleh 'heavy industry' dapat dibangunkan.

Beliau juga mendakwa kerajaan pusat tidak mahu mendaratkan hasil petrokimia yang ada di perairan pantai Kelantan di kawasan yang sepatutnya di Kelantan antaranya di Bachok dan Pasir Puteh.

"Kalau hendak lonjakkan ekonomi dan pembangunan di Kelantan dan Terengganu Utara ini termasuk Setiu dan termasuk Jerteh, boleh dibuat.

Dalam ECER ini ada disebut bahawa pembangunan petrokimia, Hasil daripada gas diluar pantai Kelantan, daripada kawasan GDA antara Siam dengan Kelantan-Terengganu.

Malaysia ini telah keluar gas ini dan didaratkan di Songkla ini dan hendak dibangunkan di Gurun.IPP di Gurun hendak hantar balik ke Selatan Thailand. Semua pengguna ini ialah 69 peratus sahaja.

"Ada lagi 31 peratus baki yang masih dijualkan oleh Petronas Carigali,. Kenapa tidak didaratkan di Jerteh kah, Pasir Puteh kah, Bachok kah? Kalau ini didaratkan maka ekonomi yang rendah di kawasan ini akan jadi melonjak," katanya.

Ujar Ustaz Halim, dalam masa Tun Abdullah Ahmad Badawi ada rombongan daripada Umno Kelantan hantar memorandum, supaya hasil gas didaratkan di Bachok, kerajaan negeri setuju menyediakan 5,000 ekar tanah, 3,000 ekar untuk kawasan industri, 2,000 ekar untuk 'buffer zone'.

Namun desakan supaya saluran itu dialih ke Bachok tidak mendapat perhatian kerajaan BN, walhal jika dapat didaratkan, PAS pun terancam, mungkin kalah.

BN halang kemajuan, tindas rakyat

Justeru bagi Ustaz Halim, kerajaan BN lah sebenarnya yang menghalang pembangunan di tempat-tempat orang Islam termasuk di Kelantan, Terengganu dan Utara.

Ustaz Halim turut memfokuskan isu kelembapan pembangunan di Sabah yang menyebabkan negeri tersebut memiliki kemiskinan tegar tertinggi menurut laporan Unit Perancangan Ekonomi bagi tahun 2008.

Sabah mencatatkan sejumlah 26.3 peratus dalam statistik kemiskinan yang diakibatkan oleh penafian hak rakyat Sabah dalam mendapat limpahan hasil kekayaan negeri terbabit.

Ucapan Ustaz Halim itu disahut beberapa ahli Parlimen termasuk dari Sabah antaranya Eric Enchin Mojimbum (Bebas-Sepanggar) yang mengkisahkan isu kemiskinan rakyat Sabah yang lebih berat berbanding Kelantan.

Ujar Eric, hasil yang dikutip LHDN seharusnya diagih dan ditadbir secara telus oleh kerajaan pusat memandangkan ia adalah amaha rakyat.

Rakyat Sabah tidak terima hasil kekayaan negeri?

Sebaliknya apa yang berlaku di Sabah mungkin banyak kutipan daripada hasil-hasil tetapi malangnya bila hasil peruntukan itu tidak nampak di mana sebenarnya kepada rakyat terutamanya di Sabah.

"Contohnya di Sabah, kita nampak dan lihat begitu teruknya jalan-jalan raya. Pembekalan air begitu teruknya, lebih-lebih lagi dengan pembekalan elektrik.

Selain itu sebelum ini rakyat Sabah menghadapi satu masalah yang besar mengenai Hospital Queen Elizabeth, walaupun pada suatu ketika Perdana Menteri datang pada bulan Mei untuk mengumumkan RM245 juta bagi pembelian satu SMC.

"Ini SMC yang kedua. Sebelum itu SMC yang pertama sudah dibeli oleh kerajaan semata-mata untuk membeli bangunan yang sudah sedia. Namun akhirnya kita dapat lihat juga Menteri Kesihatan datang menyusul kononnya pengumuman Perdana Menteri itu salah. Yang Berhormat Menteri Kesihatan umumkan bahawa sebenarnya wang yang akan digunakan untuk pembelian SMC yang kedua itu ialah RM280 juta bukan RM245 juta," katanya.

Berikutan isu tidak cukup kelengkapan peruntukan ditambah dengan RM90 juta lagi hingga berjumlah RM370 juta, katanya.

Namun sudah hampir sembilan bulan telah diisytiharkan sebahagian bangunan Hospital Queen Elizabeth tidak selamat diduduki.

"Sehingga sekarang sudah 240 hari belum ada pergerakan, belum ada tindakan. Inikah efficiency nya kerajaan? Adakah ini sebenarnya kerajaan yang prihatin kepada rakyat? Kita tidak dapat lihat keprihatinan itu kepada rakyat.

Walhal katanya hasil-hasil yang dikutip daripada rakyat begitu banyak sekali, lebih-lebih lagi hasil petroleum tetapi hanya peratus telah disalurkan kepada negeri Sabah.

Beliau merasakan sedih bila melihat angka kemiskinan di seluruh negara walaupun kerajaan memfokuskan kemiskinan di Kelantan tinggi, tetapi masih lagi di bawah 7.2 peratus.

Akan tetapi peratusan kemiskinan di Sabah pada tahun yang lalu diumumkan bahawa peratus kemiskinan di Sabah ialah 17 peratus sementara dalam data MPA kemiskinan di Sabah ialah 26.3 peratus.

"Di manakah sebenarnya keprihatinan ini? Adakah yang 3.2 atau 3.1 juta rakyat di Sabah ini kalau kita hitung hampir setengah juta yang termiskin. Bagaimana ini terjadi? Bagaimana ini boleh berlaku? Hanya kerajaan sahaja yang boleh menjawabnya," ujar Eric lagi.

Beliau seterusnya kesal dengan penafian hak yang sepatutnya diterima oleh seluruh rakyat yang sebenarnya pembayar cukai kepada kerajaan melalui LHDN.

Ini sebenarnya pandangan rakyat Sabah yang sudah begitu lama menderita disebabkan kerenah birokrasi dalam pengagihan bantuan dan pembangunan.

Suatu ketika lalu Sabah semasa menyertai Malaysai adalah negeri kedua terkaya, akhirnya kata Eric Sabah kembali menjadi negeri yang rakyatnya menderita.

Di akhir perbahasan rang undang-undang LHDN, kesemua ahli Parlimen Pakatan Rakyat sepakat menolak pembentangan itu yang disifatkan mereka sebagai tidak membincangkan isu yang sebenar iaitu persoalan hak rakyat untuk mendapatkan hasil yang dikutip.

Sumber : Harakahdaily

09 June 2009

Bumbung Stadium runtuh, AMK buat laporan polis

Oleh Sazali Mohd Noor

KUALA TERENGGANU, 9 Jun (Hrkh) - Tragedi keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, 2 Jun lalu memalukan imej negara meski pun tidak berlaku kemalangan jiwa.

Elemen rasuah dan penyelewengan sudah pastinya sedikit sebanyak 'membelit' di sebalik kejadian yang berlaku itu.

Sehubungan itu, Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Terengganu telah membuat satu laporan polis ke atas tragedi Stadium runtuh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, dekat sini, semalam.

Ketuanya, Fariz Musa berkata pihak polis wajar melakukan siasatan dengan segera serta mendakwa mereka yang bertanggungjawab meluluskan Sijil Layak Menduduki (CF) Stadium berkenaan.

"Nasib baik tidak berlaku kemalangan jiwa kerana bermula 3 hingga 6 Jun (yang) sepatutnya berlaku acara Sukan Staf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Kali Ke-34 dan sebahagian acara berlangsung di Stadium itu.

"Bayangkan, jika berlaku hari ini atau dalam masa tempoh ini. Maknanya, kita sedang sibuk mengeluarkan mayat-mayat yang berada dalam runtuhan dan timbunan stadium itu,"ujarnya pada sidang, di IPD berkenaan.

Fariz mendakwa mereka (pihak berkuasa) yang meluluskan CF ke atas Stadium yang belum siap itu adalah satu jenayah yang sangat besar.

Beliau mengesyakki kemungkinan besar telah berlaku penyelewengan dalam proses pengeluaran CF dengan cara yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Katanya, setiap pengeluaran CF ke atas sesuatu bangunan hanya boleh dibuat sekiranya ia mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya, Bomba dan lain-lain.

Menurutnya, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dirasmikan pada 10 Mei 2008 belum siap 100 peratus dan tidak layak dikeluarkan sijil CF.

"Kami (AMK) mempertikaikan dan mengesyaki timbul perkara yang tidak betul berkaitan pengeluaran CF atau Sijil Layak Menduduki.

"Pelbagai aspek (termasuk) keutuhan (kekukuhan) dan keselamatan bangunan mesti diambil kira oleh pihak berkuasa, barulah (sebelum) CF dikeluarkan dan semua orang tahu bangunan (stadium) itu belum lagi siap sepenuhnya ketika dirasmikan,"tegasnya.

Harakahdaily difahamkan, laporan polis dibuat setelah sebuah akhbar arus perdana melaporkan Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said mendakwa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut memiliki sijil CF.

Ahmad dilaporkan berkata demikian pada sidang akhbarnya yang diadakan di tingkat 16, Wima Darul Iman pada jam 4.30 petang 2 Jun 2009 lalu. - mks. _

Sumber : Harakahdaily

15 May 2009

Kenapa Sekarang UMNO Takut Pilihanraya..? - malaysiakini....


Pelik..! Tetapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. UMNO seolah-olah sekarang ini telah hilang jati dirinya. Hanya nak mempertahankan kuasa tanpa melalui Pilihanraya.

Setelah melihat perkembangan terkini, masyarakat tertanya-tanya apakah UMNO sekarang sudah kehilangan keris dan taring sehingga begitu fobia untuk berhadapan dalam pilihanraya.

Selama 51 tahun UMNO tidak pernah sekali pun mengelak untuk bertanding dalam Pilihanraya. Tetapi perkembangan mutakhir ini terutama dalam Krisis Politik di Perak dan Pilihanraya DUN Penanti telah membuktikan kebenarannya.

Masyarakat termasuk Parti Komponen BN sendiri telah membuat kesimpulan bahawa UMNO sekarang sudah terlalu Trauma dan Fobia untuk bertanding dalam Pilihanraya.

Apakah yang menyebabkan UMNO begitu fobia sekali untuk menghadapi Pilihanraya terutama sekali melibatkan DUN Perak yang menyebabkan Krisis ini berpanjangan..?

Berikut dihuraikan satu demi satu sebab-sebab yang mengakibatkan UMNO cuba mengelak Pilihanraya diadakan:

1) Sokongan Rakyat.

UMNO mengetahui dalam situasi sekarang, sokongan rakyat lebih memihak kepada PR. Ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila berlaku pertembungan kedua-dua penyokong dalam keempat-empat PRK yang lepas. Ini jelas dapat dilihat apabila penyokong PR yang hadir pada hari Penamaan Calon dilihat lebih ramai dari penyokong BN itu sendiri.

Malah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Nisbah kehadiran penyokong PR dan BN yang hadir memberikan sokongan adalah : 10 PR kepada 1 BN. Inilah yang paling ditakuti oleh BN kerana dihari Penamaan calon sahaja mereka telah dimalukan sebegitu rupa.

Bayangkan kehadiran penyokong PR di Bukit Gantang sahaja mencecah lebih 50,000 orang. Sedangkan penyokong BN hanya dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja. Sudah tentulah semangat mereka akan jatuh dihari penamaan calon lagi.

2) Kekalahan demi kekalahan.

Umum mengetahui dalam keempat-empat pilihanraya yang dijalankan BN mengalami kekalahan demi kekalahan. Walaupun mereka menang di DUN Batang Ai yang kita ketahui bagitu mudah sekali mereka memanipulasi peti undi.

Kekalahan yang BN alami juga agak luar biasa, kerana majoriti undi yang dimenangi PR di keempat-empat PRK meningkat. Ini adalah petanda jelas yang rakyat semakin menolak BN. Perkembangan ini merisaukan mereka kerana bertambahnya rakyat yang menolak mereka.

Malah dalam PRK Kuala Terengganu yang dahulunya dimenangi UMNO dalam PRU12 juga jatuh ketangan PR,dengan majoriti yang meningkat. Ini menunjukkan tiada lagi kawasan selamat bagi mereka kerana di kubu mereka sendiri pun BN tewas kepada PR.

Apatah lagi jika DUN Perak dibubarkan dengan Perkembangan terkini yang lebih memihak kepada PR, sudah tentulah banyak kawasan-kawasan yang dimenangi UMNO/BN dalam PRU 12 akan dapat di tawan oleh PR. Dan perlu diingatkan bahawa ada kawasan-kawasan tertentu, UMNO menang dengan hanya Majoriti di bawah 500 undi.

3) Belum dapat modal PRU 12 lalu.

Kita sedia maklum BN akan mempergunakan berbagai jentera kerajaan malahan wang ringgit akan ditaburkan dalam PRU atau PRK.

Sedangkan kita tidak tahu selepas PRU atau PRK mereka akan mengambil balik modal yang mereka tanam dalam PRU atau PRK melalui projek-projek yang mereka dapat apabila mereka berkuasa.

Semasa Pilihanraya, mereka akan mengeluarkan balik Modal berupa wang ringgit untuk dilaburkan dan untuk mengaburi mata pengundi supaya menyokong mereka.

Sedangkan rakyat yang celik tahu dari mana datangnya sumber wang tersebut, kalau bukan wang rakyat sendiri. Dengan wang itulah mereka membayar upah poster, upah pekerja, upah kempen dan memberikan sumbangan kononnya mereka prihatin. walhal itu adalah rasuah politik yang nyata sekali.

Sebab itulah apabila mereka kalah, mereka akan melalak mencari kesalahan kerajaan PR disebabkan polisi pemberian kontrak yang tidak memihak kepada mereka.

Walaupun polisi itu menguntungkan rakyat contoh seperti isu sampah di Selangor dan Isu Pengambilan Pengurusan Air oleh kerajaan Selangor, yang mendapat tentangan hebat dari NGO-NGO yang kita ketahui adalah Pro BN.

Sebab itulah apabila mereka mendapat kuasa di Perak mereka bermati-matian mempertahankannya, walaupun jalan yang mereka pilih adalah salah disisi undang-undang. Tetapi mereka langgar juga demi mendapatkan balik modal yang mereka hilang semasa kejatuhan BN di Perak dalam PRU-12 lalu.

Jika mereka nafikan, mari kita cabar mereka isytiharkan harta setiap Pimpinan BN seperti yang di lakukan oleh kerajaan PR Selangor.

4) Takut berhadapan dengan rakyat.

BN sekarang amat memahami yang mereka sememangnya akan ditolak oleh rakyat dalam PRK lebih-lebih lagi apabila berlaku Krisis Politik Perak. Kata-kata Tun Mahatir juga telah mengambarkan kekalahan yang akan dialami BN jika Pilihanraya diadakan di Negeri Perak.

Krisis yang berlaku ini menyebabkan rakyat Perak berada dalam kekalutan, di mana mereka masih keliru mengenai status kerajaan yang layak memerintah Perak sekarang. Ini kerana kedua-dua pihak sama ada PR atau BN masing-masing mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan masing-masing tidak mahu mengalah.

Dalam hal ini rakyatlah yang sepatutnya menjadi hakim. Sepatutnya DUN dibubarkan dan memberi mereka pilihan memilih kerajaan yang disukai. Nada yang sama di mainkan oleh PR inilah yang menyebabkan rakyat lebih memihak kepada PR.

Sedangkan dalam masa yang sama BN masih meneruskan dasar memepertahankan kuasa mereka tanpa mengambil kira pandangan rakyat jelata. Mereka menggunakan berbagai cara yang umum ketahui amat biadap dengan menggunakan Polis sebagai pelindung mereka.

Faktor inilah yang menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat kepada BN. Inilah masalah BN nanti apabila mereka akan berhadapan dengan rakyat sekirannya ditakdirkan Pilihanraya diadakan.

Buktinya sehingga ke hari ini ceramah PR di Perak telah mendapat sambutan yang hangat, dengan kehadiran berpuluh ribu rakyat untuk mendengar Penjelasan dari PR.

Sedangkan dalam masa yang sama BN masih lagi belum berani memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat dan Program penerangannya juga masih tidak kelihatan, kerana mereka sedar situasi rakyat ketika ini yang sangat marah dengan tindakan mereka.

Mereka saat ini hanya selesa mengadakan sidang akhbar sahaja. Itulah tanda ketakutan BN yang sangat jelas sekali dapat dilihat. Malah Tinjauan yang diadakan oleh berbagai pihak termasuk NTV7 mengatakan majoriti rakyat Perak mahukan DUN di bubarkan.

5) Isu-isu yang lebih memihak PR.

Selepas PRU12,BN dilihat semakin layu dengan berbagai Isu yang melanda mereka.Isu berkenaan telah menyebabkan kapal BN semakin parah dipukul gelombang yang berpunca masalah dalaman mereka sendiri.

Isu perebutan kuasa PM antara Najib dan Pak Lah hampir-hampir menimbulkan keretakan yang besar jika tidak kerana kesudian Pak Lah meletak jawatan. Itu pun setelah Pak Lah disalahkan kerana menjadi punca kekalahan besar BN dalam PRU12 yang lalu. Tetapi yang pelik BN masih lagi kalah dalam PRK yang diadakan selepas itu.

Bebagai isu pula bertali arus melanda BN seperti pergeseran UMNO Bukit Bendera dengan Gerakan P.Pinang.

Isu komisen Kapal selam, Pembunuhan Altantuya, Rasuah dalam Pemilihan UMNO yang mana menyaksikan Ketua Pemudanya yang di sahkan rasuah menang dalam jawatan tersebut. Isu hampir 1000 lapuran rasuah dalam pemilihan UMNO yang tidak disiasat.

Malah Isu ADUN lompat juga telah mengaibkan nama UMNO sendiri apabila dua daripada tiga ADUN tersebut mempunyai kes mahkamah atas tuduhan yang UMNO sendiri dakwa dahulu. Isu ADUN inilah yang menyebabkan keadaan kucar-kacir di Perak sekarang ini.

Isu PPSMI yang mendapat tentangan golongan Sasterawan Negara sehingga rakyat bangkit membantah dengan mengadakan himpunan aman yang dihadiri lebih kurang 100,00 rakyat yang cintakan Bahasa Melayu.

Malah golongan ini berjuang pula diatas pentas bersama-sama PR yang tentunya memberikan kelebihan kepada PR itu sendiri.

Malah isu kemelesetan ekonomi juga menggangu BN, kerana rakyat melihat BN masih lagi terkapai-kapai dalam mengatur kembali ekonomi negara malahan krisis ekonomi tersebut semakin buruk melanda sekarang ini.Sehingga beribu-ribu warga Malaysia hilang pekerjaan.

Sudah tentulah isu-isu ini memihak kepada PR, ditambah dengan beberapa Program- programnya yang mendapat sokongan padu rakyat. Seperti program-program kebajikan yang diusahakan di setiap negeri yang di perintah PR seperti yang kita sedia maklum.

Isu-isu inilah yang akan memeningkan kepala dan memberikan tekanan kepada BN. sebaliknya memberikan kelebihan kepada PR apabila berhadapan dengan rakyat jika berlakunya PRK DUN Perak nanti.

6) Faktor Najib.

Ramai dikalangan ahli UMNO mengatakan Pak Lah adalah Punca kekalahan BN dalam PRU-12. Sedangkan mereka tidak sedar faktor kekalahan BN bukanlah berpunca dari Pak Lah seorang sahaja.

Jika dibandingkan Najib dengan Pak Lah, kita dapat lihat kepimpinan Pak Lah tidaklah seteruk Najib. Kelemahan Pak Lah adalah kerana suka tidur dan memimpin sambil lewa sahaja tetapi harus kita akui Beliau antara Pemimpin UMNO yang sangat kurang terpalit dengan skandal. Malah beliau dilantik dalam keadaan yang tidak terpalit dengan skandal.

Malah kejatuhannya bukanlah disebabkan beliau sendiri tetapi kerana kelakuan menantunya iaitu Khairy Jamaluddin yang lebih sudu dari kuah. Walhal Pak Lah adalah pemimpin UMNO yang dibawah kepimpinannya tidak terlalu kasar tindakan terhadap rakyat mahupun pembangkang.

Ini berbeza dengan Najib yang mula-mula dilantik sudah terpalit dengan berbagai skandal, malah bertindak keras terhadap rakyat dan pembangkang. Malah perlantikan beliau sendiri menimbulkan kecurigaan rakyat apabila tiada satu pun ucapan tahniah diterima daripada seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, beliau dikutuk pula dengan laporan akhbar di 19 buah negara yang mengaitkan beliau dengan Pembunuhan Altantuya.

Ini menumbulkan keraguan kerana sehingga ke hari ini, beliau langsung tidak bertindak keatas akhbar tersebut malahan bersikap berdiam diri seperti seorang yang bersalah.

Pada mula memegang jawatan beliau mengumpan dengan membebaskan beberapa tahanan ISA. tetapi beberapa hari kemudian berlakulah pula pesta tangkapan yang bermotifkan politik. Malah pentadbirannya dikatakan dikuasai pengaruh Tun Mahathir yang cukup dikenali sebagai perosak sistem Pentadbiran di negara kita.

Ini menimbulkan kebencian rakyat dan mereka menyatakan kemarahan mereka dengan kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Malah jika dalam PRU-12 Undi Melayu memihak kepada BN di Zaman Pak Lah, tetapi di Zaman Najib Undi Melayu kepada BN semakin pupus dan berpihak kepada PR, Malah Undi Melayu meningkat pula kepada PR. Ini dibuktikan di PRK Permatang Pauh, PRK kuala Terengganu Dan PRK Bukit Gantang kubu kuat orang Melayu.

Maka Najiblah sebenarnya Punca kekalahan BN, kerana bukan sahaja sokongan orang Melayu semakin merosot. Malah pengundi bukan melayu pun telah menolak BN sejak PRU-12 lagi.

Jadi kesimpulannya disini dapatlah kita tafsirkan bahawa sememangnya jika dilihat kepada hujah-hujah diatas, BN sekarang ini memang layaklah untuk berasa fobia menghadapi Pilihanraya.

Tetapi harus di ingat, kuasa BN akan tamat juga. Apabila sampai masanya kita mengadakan PRU ke 13, yang mana di masa itu BN takkan dapat memberikan seribu alasan lagi, demi menyelamatkan diri dari menghadapi Pilihanraya.

Wassalam

16 April 2009

MB AMENO Terangganu ' CAP AYAM '-MALAYSIAKINI

Saya memetik kata-kata Alias Abdullah Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terangganu yang juga Adun Alur Limbat daripada Malaysiakini menjelaskan bahawa Datuk Idris Jusoh tidak terlibat dalam konspirasi memboikot sidang Dun Terangganu yang didakwa untuk menjatuhkan Datuk Ahmad Said, MB Terangganu sekarang.

Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan.

"Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?"

Nampak gayanya wakil rakyat Umno@BN di Terangganu semakin berani 'sembah derhaka' dengan menggelar MB mereka sendiri sebagai MB cap ayam. Apa agaknya reaksi Ahmad Said selepas ni?

Saya pun tak pasti kenapa wakil rakyat berkenaan tergamak memanggil Ahmad Said, MB cap ayam. Kalau sebut pasal ayam ni, biasanya orang bela, bagi makan kemudian tunggu masa untuk disembelih!

sumber : blog-list

admin- hahahahaha...orng gerombolan sendiri mengaku dirinya 'cap ayam'...

14 February 2009

Imbasan MB BN yang tidak di perkenankan Sultan

DATUK SERI SHAHIDAN KASIM (Perlis)





DATUK SERI IDRIS JUSOH (Terengganu)











DATUK GHAZALI JAWI (Perak)

01 February 2009

Pakatan Rakyat Terus Menggasak!

Alhamdulillah, kejutan 8 Mac 2008, Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, kebangkitan Dayak Sarawak (termasuk penyertaan YB Gabriel Adit) dan kini dengan keberanian YB Dato’ Nasaruddin bersama Keadilan tambah meyakinkan kita bahawa perubahan pasti berlaku, inshaallah.

Namun kita harus terus istiqamah dan waspada dengan muslihat pihak penguasa. Perhatikan cara mereka memutarkan kes jenayah terhadap A. Kugan dengan imbasan pertelagahan kaum, penguasaan media dan keangkuhan nada suara mereka.

Arakian, berwaspadalah dengan tekanan atau keganasan baru, ugutan dan sogokan. Pimpinan dan aktivis yang lemah atau punyai masalah akan menjadi tumpuan kalangan tersebut. Kita sudah mara jauh dari kegetiran pengalaman dilanyak dan dibantai oleh sang penguasa zalim lebih satu dasawarsa lalu. Ketika itu kita mampu bertahan. Dan kini kita diminta bersabar, istiqamah dan berjuang ditahap akhir dengan pecutan pantas, berhikmah dan yakin.

ANWAR IBRAHIM

Sumber : Anwaribrahimblog

NGO dedahkan rasuah, janji rasuah 1bilion di KT

SEBUAH badan pemantau pilihanraya, National Institute for Electoral Integrity (NIEI) mendedahkan amalan politik rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan digunakan secara berleluasa oleh Barisan Nasional dan Kerajaan Persekutuan sepanjang kempen pilihanraya Kuala Terengganu.

Menurut Pengerusi NIEI, Yunus Ali, janji rasuah yang dilafazkan dalam kempen itu mencecah RM1 billion.

Dalam laporan yang yang dikeluar pada Januari, Yunus berkata tiga perkara yang ketara dapat diperhatikan dalam perjalanan proses pilihanraya kecil Kuala Terengganu; penginstitusian rasuah dalam pilihanraya, penyalahgunaan jentera kerajaan serta kehadiran terlalu ramai anggota polis.

Laporan penuh:

AMALAN rasuah berleluasa dalam pilihanraya di Malaysia, ini dapat dikenalpasti berlaku dalam proses PRK Kuala Terengganu. Amalan rasuah pilihanraya diinstitusikan dalam pelbagai bentuk. Yang lazim difahami ramai ialah pemberian wang tunai secara langsung. Di PRK P036, wang ehsan sebanyak RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu. Manakala pengundi Cina diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina. Penarik beca Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan sebanyak RM10,000 seorang.

Para wartawan pun tidak ketinggalan dirasuahkan. Pada petang 16 Januari 2009, sehari sebelum hari mengundi, wartawan-wartawan yang berada di pusat media Barisan Nasional diagihkan wang sebanyak RM300. Dua minggu sebelum itu, pihak yang sama telah memberikan para wartawan baju hujan yang bernilai RM98 sehelai.

Terlalu Ramai Anggota Polis

Dianggarkan 10,000 anggota polis berpakaian biasa dan seragam dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang tempoh kempen PRK di situ. Nisbahnya 1 orang polis untuk 8 orang pengundi.

Kehadiran terlalu ramai polis memberikan suasana sebagai keadaan perang. Jika tujuannya untuk menjaga keselamatan, tetapi kesan adalah disebaliknya, orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah keadaan dalam darurat. Ini bertentangan dengan suasana pilihanraya yang baik, iaitu bebas dan tenteram.

Akta pilihanraya perlu dipinda untuk membenteras rasuah dan janji rasuah sebagai kaedah membeli dan membeli undi. Terutama sekali, penyalahgunaan kuasa dan jentera kerajaan untuk kempen pilihanraya mestilah diharamkan. Para pengundi Kuala Terengganu sudah pun menunjukkan sikap matang, majoriti mereka tidak dapat digula-gula lagi.

Rasuah secara tidak langsung untuk memancing undi sangat banyak sekali, antara lainnya disenaraikan seperti di bawah ini:

  1. Penubuhan dan pemberian RM1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan
  2. Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu
  3. Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta
  4. Upacara mengasas projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta
  5. Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang Ikan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009
  6. Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
  7. Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu
  8. Pemberian RM6.1 juta untuk SJKC Chung Hwa Wei Sin
  9. Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu
  10. Pengumuman grant RM50 juta untuk sekolah-sekolah Cina
  11. Pemberian pilot E-book kepada 100 orang pelajar di Kuala Terengganu. Janji pemberian sejumlah 23,000 buah E-book, berharga RM1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
  12. 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Kek Tenunan Tradisional yang berharga RM695 satu unit
  13. Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak
  14. Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering

Penyalahgunaan Kuasa dan Jentera Kerajaan

Berkaitan dengan amalan rasuah di atas ialah salah guna kuasa dan jentera kerajaan di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan:

  • Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau terpaksa meletakkan jawatan Pegawai Kanan Pilihanraya).
  • Penggantinya, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, yang sebelumnya memangku Pegawai Kanan Pilihanraya, Wan Mustafa Wan Hassan juga disangsikan kerana melibatkan diri dalam program kempen BN.
  • Penggunaan pejabat Menteri Besar dan jentera-jentera Jabatan Kerja Raya dalam upacara pecah tanah perasmian pembinaan masjid.
  • Ketika ceramah di Taman Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Ahmad Said mengararahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.
  • Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Kewangan Negeri melibatkan diri dalam program-program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam. Termasuklah pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036.
  • Perasmian nama Institut Pendidikan Guru Malaysia kepada Kampus Datuk Razali Ismail, dan sebuah
  • SMK kepada SMK Datuk Razali Ismail (arwah wakil parliamen BN Kuala terengganu)

Kementerian-kementerian Persekutuan yang berikut didapati terlibat dalam kempen PRK P036:

  1. Kementerian Kesihatan
  2. Kementerian Pendidikan
  3. Kementerian Kebajikan Masyarakat
  4. Kementerian Pertanian
  5. Kementerian Kewangan
  6. Jabatan Perdana Menteri
  7. Kementerian Penerangan
  8. Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti

Kempen juga menwar-warkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan seolah-olah dibiayai oleh BN:

  • Peruntukan RM500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir;
  • RM200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir
  • Penggantian atap-atap rumah

Sumber : Suara Keadilan

31 January 2009

Kalah di Kuala Terengganu, mengapa Najib tidak dihukum?

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Tindakan Umno/BN meminta Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali bertanggungjawab dan melepaskan jawatan pengerusi berikutan kemasukan Adun Bota ke dalam Parti Keadilan Rakyat menunjukkan Umno berat sebelah.

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar kepada Harakahdaily semasa dihubungi bagi mengulas isu berkaitan Tajol Rosli di Perak.

"Mengapa Tajol sahaja yang perlu dipertanggungjawabkan berikutan isu kemasukan Adun Bota ke dalam KeADILan?

"Mengapa tidak Pengarah Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu BN, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak dipertanggungjawabkan di atas kekalahan memalukan Umno di sana?," katanya.

Sedangkan kata Kamarudin dalam kes Najib, ia lebih memalukan kerana Parlimen Kuala Terengganu adalah kerusi yang dimenangi Umno/BN pada pilihan raya umum Mac 2008.

"Terang-terang kekalahan di Parlimen Kuala Terengganu amat memalukan Umno dan mengapa Najib tidak diambil tindakan seperti Tajol?," katanya lagi.

Majlis Tertinggi (MT) Umno 29 Januari lalu menerima peletakan jawatan Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempat Tajol Rosli digantikan Najib.

Bercakap kepada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau bagaimanapun memberitahu bahawa Najib hanya akan menyandang jawatan tersebut sehingga berakhirnya Perhimpunan Agung Umno Mac ini.

Menurut Perdana Menteri, langkah ini diputuskan berdasarkan kehendak Tajol Rosli sendiri yang merasakan perlu ada pemimpin lain yang mengetuai Umno Perak.

"Hanya setakat sampai Mac iaitu sampai selesainya Perhimpunan Agung Umno. Selepas itu akan dilantik ketua baru bagi Umno Perak.

"Sementara yang akan jadi Timbalan Pengerusi ialah Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Zahid pun begitu juga sampai selepas perhimpunan agung. Selepas itu keputusan baru akan dibuat," katanya. - mns_

Sumber : Harakahdaily

Designed by - AMK TANGGA BATU