AMK Tangga Batu Punya
Selamat Datang Ke Blog Kami
Showing posts with label Istana. Show all posts
Showing posts with label Istana. Show all posts

19 August 2009

'Anugerah Sasterawan Negara bukan untuk tutup mulut saya'

Datuk Dr Anwar Ridhwan menolak tanggapan bahawa pemilihannya sebagai Sasterawan Negara adalah bagi menutup mulutnya yang lantang menentang dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau adalah antara penentang utama dasar bahasa tersebut bersama-sama dengan seorang lagi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad.

Malah, semua sasterawan yang masih hidup telah mengeluarkan kenyataan bersama menentang pelaksanaan PPSMI.

"Saya rasa kerajaan bersikap terbuka sejak akhir-akhir ini. Begitu juga dengan (Sasterawan Negara) Muhammad Haji Salleh yang lantang dalam ucapan-ucapannya.

"Dua orang inilah (Samad dan Muhamad) yang saya nampak lantang. Tetapi nampaknya kerajaan tidak memberi apa-apa tekanan ke atas mereka," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini.

Mengakui pengiktirafan yang diterimanya itu sebagai beban, dekan fakulti penulisan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu berkata, ia bukanlah halangan kepadanya untuk terus bersikap kritis.

"Memang beban itu mula terasa. Tetapi pada saya, saya akan memberikan pandangan, kalau pada pandangan saya tidak sesuai, tidak secocok dengan sikap saya, saya rasa ia bukan halangan (untuk bersuara)," katanya.

Selain menentang PPSMI, beliau juga mengakui pernah menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap akta ISA dan isu-isu pendidikan, termasuk di dalam blognya www.1anwarridhwan.blogspot.com

"Walaupun tidak selari (dengan pandangan orang lain), saya akan beri pandangan. Tetapi (soalnya) bagaimana kita menzahirkan pandangan itu? Kita ada 1,001 cara untuk menzahirkan pandangan.

"Saya rasa ini bukan sikap penulis, sasterawan atau sasterawan negara saja. Saya rasa setiap daripada kita mempunyai hak untuk menzahirkan pandangan, terhadap sesuatu itu yang bertentangan dengan pendirian, prinsip dan idealisme kita," tegasnya.

Pada 11 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Dr Anwar sebagai Sasterawan Negara ke-10 bagi mengiktiraf sumbangannya dalam perkembangan kesusasteraan tanahair melalui penulisan bermutu tinggi.

Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima hadiah wang tunai RM60,000 dan pelbagai kemudahan, termasuk untuk menerbit dan menterjemahkan karyanya.

Dr Anwar akan menerima anugerah berprestij itu dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 20 Oktober ini di Kuala Lumpur.

Sumber : Malaysiakini

09 August 2009

Penglipurlara tujuh wasiat raja Melayu

Ucapan balas 7 perkara dari Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz Omar.

  1. Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

  2. Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen," katanya.

  3. Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini, kata Mahfuz, ketujuh-tujuh wasiat tersebut telah dicabuli habis-habisan.

  4. Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

  5. Islam yang diisytiharkan sebagai agama persekutuan pun diperlecehkan.

  6. Di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?

  7. Tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu. Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat tinggi kepada orang-orang Melayu," katanya.



Komen aku : Patutnya panglipulara berceritera kepada raja, ni raja pulak jadi panglipulara, menang tak patut la Mahfuz ni..

04 August 2009

Arahan PM Najib dan tindakan Polis Di Raja Malaysia ZALIM !

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengutuk tindakan ganas polis yang sama sekali tidak perlu. Ia adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Malah pihak polis tidak menghormati Baginda kerana temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Baginda telah ditetapkan pada hari ini.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong ‘1 Malaysia’ yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato’ Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama, hampir 500 orang rakyat yang ditahan hari ini ketika melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, mesti segera dibebaskan. Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai utama polis yang mengarahkan keganasan hari ini, mencabul hak perlembagaan rakyat dan bertindak biadap terhadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong; perlu digantung tugas dan siasatan bebas dilaksanakan terhadap mereka.

Najib perlu bersedia membuktikan bahawa beliau berhasrat untuk benar-benar menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan segera mengambil langkah-langkah perlu untuk menentukan kehendak sebenar rakyat mengenai ISA dengan mengadakan pungutan suara (referendum) bebas.

Tatacara pengendalian pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun mesti dikaji semula bagi memastikan mereka mengawal keselamatan dan bukan bertindak liar mengganasi rakyat. Sudah sampai masanya tindakan pemerintah memperalatkan polis untuk kepentingan sempit mereka dihentikan dan polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat dan bukan mengganasi mereka.

Sekiranya Najib enggan melaksanakan perubahan-perubahan ini, ternyata beliau mengemukakan gagasan ‘1 Malaysia’ hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat dan memperdayakan Malaysia bahawa kerajaan hari ini sudah berubah.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Sumber : Angkatanmuda

KETUA POLIS NEGARA PERLU MELETAKKAN JAWATAN ATAS TINDAKAN GANAS TERHADAP PERHIMPUNAN MANSUH ISA

Lee Khai Loon, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, merangkap Naib Ketua AMK Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis yang menghalang perhimpunan Mansuhkan ISA yang aman pada Sabtu lalu. Pihak polis telah menangkap 589 orang termasuk 40 wanita dan 44 remaja. Tindakan polis bukan sahaja tidak memainkan peranan yang memberikan perlindungan kepada rakyat jelata malah bercanggah dengan kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.

“Pihak polis tidak professional serta tidak mengetahui menjaga ketenteraman awam. Jika bilangan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang begitu ramai, water canon yang disediakan serta penutupan jalanraya utama, mengapakah pihak polis tidak berusaha serta berunding dengan pihak penganjur untuk menjaga ketenteraman awam dengan berkesan?

“Kebanyakkan perhimpunan atau demonstrasi yang dijalankan di luar negara boleh diadakan dalam keadaan yang aman dan tenteram, mengapakah pihak polis hanya tahu melepaskan banyak tembakan pemedih mata dan tembakan meriam air yang mengandungi bahan kimia asid terhadap rakyat?”

Lee juga menyatakan bahawa pihak polis telah kehilangan integriti untuk menjalankan tugas mereka. Mereka sepatutnya tumpu dalam menjaga keselamatan masyarakat yang kian bahaya dan bukannya menindas rakyat yang mengambil bahagian dalam himpunan! Pihak polis seharusnya neutral dalam tidak melibatkan diri dalam kepartian.

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia merakamkan terima kasih dan perhargaan kepada semua rakyat yang hadir perhimpunan itu. Walaupun kerajaan Barisan Nasional dan pihak polis menggunakan pelbagai cara untuk menghalang rakyat menyertai Himpunan tersebut, tetapi Himpunan Mansuhkan ISA telah berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat untuk menghantarkan hasrat rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Pehimpunan tersebut amat menyentuh hati kerana saling membantu di kalangan orang ramai yang tidak mengambil kira kaum apabila diserang oleh tembakan pemedih mata dan meriam air. Rakyat telah menujukkan kematangan dan rasional dalam menyampaikan mesej mereka.

Akhir sekali, AMK menggesa Ketua Polis Negara, Musa Hassan patut bertanggungjawab atas tindakan ganas terhadap perhimpunan tersebut. Beliau juga harus memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia serta meletakkan jawatan beliau supaya kredibiliti Polis Di Raja Malaysia boleh diperbaiki.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Sumber : Angkatanmuda

03 August 2009

Himpunan berjaya, GMI akan hantar Memo 10 Deklarasi ISA kepada Agong secepat mungkin

Oleh Tarmizi Mohd Jam

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.
Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut. - tmj_

Sumber : Harakahdaily

Polis jadi ‘kuda tunggangan’ BN

SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, polis ‘diperkudakan’ UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menyuraikan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kelmarin.

Katanya, perhimpunan sepatutnya berlangsung dalam aman kerana ia adalah hak rakyat dan selaras dengan Perlembagaan untuk menghantar memorandum mansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara,

“Jelas, tiada apa yang berubah di negara ini. Setiap kali ada perhimpunan aman, polis masih terus dijadikan tunggangan oleh elit kuasa UMNO/BN dengan menggunakan pendekatan sama sebagaimana lalu untuk menghalang rakyat daripada menyatakan pandangan,” kata Anwar dipetik dari laman blognya semalam.

Anwar yang juga hadir pada perhimpunan tersebut berkata, penyokong GMI tidak bertindak liar malah kekecohan mula tercetus apabila pihak berkuasa terutamanya Unit Simpanan Persekutuan (FRU) memulakan tembakan gas pemedih mata bertalu-talu ke arah peserta.

“Mereka hanya ada suara sebagai tanda protes terhadap kezaliman puluhan dekad dengan harapan untuk melihat Malaysia menjadi negara yang adil untuk semua.

“Tidak kelihatan pada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut senapang gas pemedih mata, penyembur air kimia, apatah lagi sewenang-wenangnya menangkap orang awam yang menuntut hak mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

26 July 2009

Teoh’s death: PM & AG’s justifications for inquest laughable

By Kim Quek

Both Prime Minister Najib Razak and Attorney General Gani Patail have flopped miserably to justify the unjustifiable – the irrational and untenable decision to have both a Royal Commission of Inquiry and an inquest to deal with the boiling controversy of Teoh Beng Huat’s tragic death under custody of the Malaysian Anti-Corruption Commission.

In an immediate response to nation-wide protests against the government’s decision to allow the RCI to deal with only procedural matters while leaving the all important issue of cause of death to an inquest in a magistrate court, Najib said: “We must adhere to the laws of the country. Please don’t take (political) advantage of the case. Our intention is to find out the truth”.

Sensing his statement sounded somewhat hollow, he quickly added that the Attorney General will issue a statement to explain the details.

But the Attorney General’s statement sounded even more hollow. His statement is a blatant attempt to mislead by deliberate omission of the relevant section of the law.

Citing section 2 of the Commissions of Enquiry Act 1950, Gani said it made clear reference to the inquiry into the conduct and management of the government officers and departments for the public welfare.

He said welfare matters relate to the well being of society and “cannot be overstretched to cover an inquiry into the death of this nature.”

Making himself a laughing stock

In this statement, Gani made two assertions. First, the Act covers only government departments and officers. Second, his definition of “public welfare” excludes inquisition of death.

On Gani’s first point. Under the same section quoted by Gani – section 2 of the Act – it is expressly stated under item (d) that the Commission is empowered to inquire into “any other matter in which an inquiry would, in the opinion of the Yang di-Pertuan Agong, be for the public welfare, ….”.

So, Gani’s assertion is directly contradicted by item (d). He is therefore guilty of a deliberate attempt to mislead the nation, as he cannot possibly be ignorant of this elementary and fundamental provision of the Act, being the highest legal adviser to the government.

On the second point. Gani’s narrow interpretation of the phrase “for the public welfare” is laughable.

When the nation has been so incensed by the heinous injustice of this tragedy that it is almost on the point of revolt, appointing an RCI to probe into this death is not only legally and politically appropriate but the very minimum the government must do if it still wants to retain a remote semblance of rule of law in this country.

And yet, our Attorney General is telling us that making such a move is incompatible with “public welfare.” Then what will constitute “public welfare”? Waiting for violence to erupt in the streets – knowing fully well that public confidence in the existing law enforcement bodies including the courts is already non-existent?

Even when an RCI is commissioned to probe into the death, there is no assurance of justice done, judging from the government’s habit of ignoring recommendations of RCIs in recent times; but at least it will calm the highly strung nerves of the nation by showing that the government is finally taking steps in the right direction.

And I can’t imagine any decent person will dispute by saying that taking such a course does not fulfil national interests as implied by Gani’s narrow interpretation.

Much has been written and expressed by respectable legal minds, political parties and civil society leaders that the present set up of an RCI cum inquest to divide the task of resolving the present crisis is legally and technically untenable and morally unacceptable, and I will not elaborate further in this direction.

Suffice to say that Najib must decide, and decide now, which course he wants to take.

To salvage the image of the nation and redeem himself from a scandal-ridden past by appointing an honourably constituted RCI with proper terms of reference to take on the crisis, or relegate the task to a magistrate hamstrung by prosecutors and police, all of whom are deeply mistrusted by the public.
.

[Kim Quek aka Yong Thye Chong is a well-respected political commentator and author]

Sumber : Suara Keadilan

25 July 2009

Ahli Pemuda Umno dilarang sertai demonstrati ISA

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan ahli pergerakan itu supaya tidak menyertai demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pada 1 Ogos ini.

Katanya, pergerakan itu ada menerima jemputan untuk menyertai demonstrasi berkenaan, namun memilih untuk mengambil sikap berkecuali dan mengarahkan semua ahlinya berbuat perkara yang sama.

Menurutnya, pendirian itu diambil kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memulakan proses kajian semula akta berkenaan, lapor Bernama.

Justeru itu, kata ahli Parlimen Rembau itu, tidak wajar diadakan demonstrasi untuk membantah atau menyokongnya.

"Sebagai ketua, saya arahkan berkecuali. Janganlah kita mendahului proses (kajian semula) itu, tidak perlu ada demonstrasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pemuda Umno Kedah di Alor Star hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyampaikan memorandum yang dipanggil 'Deklarasi Rakyat' membantah ISA.

Selain itu, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) pula dijangka mengadakan demonstrasi bagi menyokong akta itu, yang dijadual berlangsung pada tarikh dan di kawasan yang sama.

Kedua-dua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke Istana Negara.

Sementara itu, Khairy mengingatkan pergerakan Pemuda Umno peringkat bahagian supaya peka tentang cadangan pindaan Perlembagaan Umno dan segera memberi maklum balas mengenai perkara itu sebelum Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober ini.

Beliau juga menggesa ahlinya bergerak lebih aktif untuk menarik lebih ramai golongan berpengaruh seperti guru, ulama, cendekiawan dan penulis untuk menyertai pergerakan itu bagi menguatkan lagi barisan Pemuda Umno yang kini mempunyai kira-kira 750,000 ahli.

admin-hahahahaha.....umno pun tak berminat nak berdemostrasi menyokong ISA...tp pembodek PEWARIS ni bersungguh-sungguh nak mempertahankan ISA.Lawaklah wei....umno pun tak sokong ISA....yg NGO ni kononnya nak menunjuk atau membodek?Agaknya berapa juta org yg akan mengikut PEWARIS ni?Kita tunggu 1 ogos nanti.....

Kewibawaan institusi kerajaan dan pembelaan orang Melayu: Nila di tangan siapa?

Azam Aris, penulis “The Quintessential Man” — biografi bekas Pengerusi Petronas, MAS dan Putrajaya Holdings, Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin — menukilkan kata-kata Allahyarham sebaik sahaja mendengar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 bahawa mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat tindakannya sendiri:

“Mustahil mata lebam tersebut akibat tindakan Anwar sendiri.”

Azizan dikenali sebagai orang kanan Dr Mahathir, yang pernah menjadi Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri. Namun episod yang dirakam di dalam biografinya itu menjadi bukti integritinya yang menjadi lagenda di dalam institusi kerajaan.

Kita baru sahaja dikejutkan dengan kematian pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor, mendiang Teoh Beng Hock selepas disoalsiasat SPRM. Media arus perdana menegaskan beliau bunuh diri, sedangkan beliau dijadualkan mendaftarkan perkahwinannya keesokan hari dan bakal mendapat anak tidak lama lagi. Prosedur siasatan SPRM juga meninggalkan tandatanya, sehingga ramai mendesak dibentuk Suruhanjaya DiRaja. Akhirnya, Kerajaan mengakui bahawa terlalu banyak persoalan timbul tentang kematian Teoh dan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja (walaupun bidangkuasanya terhad berbanding apa yang diminta orang ramai).

Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times, Zainul Ariffin dalam tulisannya di Berita Harian menuduh bahawa pimpinan Pakatan Rakyat mempertikaikan kewibawaan orang Melayu apabila mengkritik institusi kerajaan. Tulisannya mengingatkan saya tentang bagaimana propaganda kerajaan disumbat kepada mahasiswa di dalam Biro Tatanegara.

Adakah beliau lupa kenyataan Dr Mahathir tentang kes Anwar? Waktu itu pihak polis menjamin Anwar dalam keadaan selamat, namun rupa-rupanya Ketua Polis Negara sendiri, Tan Sri Rahim Noor memukul Anwar. Bukan seorang polis berpangkat rendah, tetapi pegawai polis nombor wahid!

Tiada siapa suka-suka mempertikaikan institusi kerajaan. Secara peribadi institusi kerajaan mempunyai hubungkait rapat dengan saya memandangkan bapa saya seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik seangkatan Allahyarham Azizan yang berkhidmat selama tiga dekad daripada negara kita mula-mula merdeka. Isteri saya seorang kakitangan kerajaan. Apatah lagi untuk mengkritik institusi kerajaan atas sebab perkauman memandangkan saya pun orang Melayu.

Saya mengenali ramai kakitangan kerajaan hari ini — Melayu dan bukan Melayu — yang berani melaksanakan amanah mereka untuk rakyat. Ramai yang berkebolehan dan berwibawa. Ramai yang melihat tugas ini bukan sekadar “makan gaji” tetapi tugas mereka kepada Raja dan negara. Ada rakan-rakan saya yang menolak peluang pekerjaan lebih lumayan, termasuk di luar negara, semata-mata untuk menyertai perkhidmatan awam.

Namun, sebagaimana tergambar kes Anwar dan Beng Hock, kewibawaan institusi-institusi kerajaan telah tercemar. Bak pepatah Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Inikan pula selepas begitu banyak nila, bukan lagi setitik, tumpah ke dalam belanga tersebut, walaupun hakikatnya susunya asalnya putih bersih. Persoalannya siapakah yang telah menuang nila tersebut sehingga kita hingga kewibawaan institusi kerajaan dipersoalkan semua pihak? Siapakah yang menjejaskan kredibiliti institusi kerajaan sehingga pegawai-pegawai berdedikasi ditukarkan ke jabatan lain ataupun dibekukan kenaikan pangkat kerana kesetiaan mereka terhadap amanah mereka tersebut?

Kewibawaan institusi kehakiman yang dahulunya antara paling dihormati di negara-negara Komanwel tercemar apabila Tun Salleh Abas dipecat sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988. Apabila Mahkamah Agung bersidang dan memberikan ruang kepada Tun Salleh Abas mempertikaian keputusan tribunal yang memecatnya, hakim-hakim Mahkamah Agung pula digantung. Empat daripada lima mereka merupakan Melayu. Dua daripada mereka kemudian dipecat terus, dan salah seorang daripadanya adalah Melayu.

Kemudian kita ada kes pemecatan Anwar pada 1998, yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden Umno di atas tuduhan-tuduhan yang luarbiasa. Sistem kehakiman — termasuk hakim bukan Melayu — digunakan bagi memastikan Anwar dipenjarakan sedangkan kes pendakwaraya jelas tempang.

Baru-baru ini, lima orang peguam muda — empat daripadanya gadis-gadis Melayu — mencipta sejarah sebagai peguam pertama dalam sejarah Malaysia yang ditahan ketika menjalankan tugas mereka untuk membela tahanan polis.

Jangan kita lupa, pembongkaran video V.K. Lingam oleh Anwar pada tahun 2007 yang mendedahkan bahawa seorang towkay judi Cina — Vincent Tan — bersama seorang peguam India — V.K. Lingam — bersubahat bagi mengatur perlantikan hakim bersama dengan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Halim. Ahmad Fairuz memegang jawatan Ketua Hakim Negara ketika skandal tersebut dibongkarkan.

Dalam pelbagai skandal dan kes rasuah, pegawai kerajaanlah dihukum — menjadi kambing hitam apabila keadaan memerlukannya. Namun acapkali ahli politik Umno dan BN lepas begitu sahaja. Malah yang diisytiharkan bersalah politik wang, tidak pula disiasat oleh SPRM.

Di manakah Zainul Ariffin ketika insiden-insiden ini terjadi sehingga menjejaskan kewibawaan institusi kerajaan kita? Jelas dengan insiden-insiden ini, bukan institusi Melayu yang dipersoalkan, tetapi integriti institusi kerajaan yang dibentuk bapa-bapa kemerdekaan kita untuk menjadi asas sebuah negara merdeka dan berdaulat yang dihormati.

Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno dan Barisan Nasional juga tidak dapat menerima prinsip Federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita.

Lihat sahaja Kerajaan Negeri Kelantan, negeri yang penduduknya 90 peratus Melayu. PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama Parti Perikatan pimpinan Umno dan seterusnya menjadi anggota Barisan Nasional berikutan rusuhan kaum 13 Mei 1969. Antara hujah yang menarik perhatian Datuk Asri Muda, Presiden PAS ketika itu adalah perpaduan Melayu.

Namun selepas pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Kerajaan Negeri PAS Kelantan telah ditumbangkan dengan taktik kotor berikutan irihati pimpinan Umno.

Apabila PAS menang semula pada 1990, Kerajaan Negeri Kelantan telah dianaktirikan. Rakyat Kelantan yang majoriti besarnya Melayu itu dihukum kerana mengundi pembangkang sehingga Sultan Kelantan pun hendak digulingkan! Malah kini, hasil gas dan minyak yang berada di persisiran air Kelantan pun tidak diberikan royalti (ingat lagi penarikan balik royalti minyak Petronas ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999?) semata-mata kerana pandangan politik sempit pimpinan Umno.

Ketika Datuk Seri Khir Toyo yang hari ini mendabik dada menjadi pejuang Melayu, memegang jawatan Menteri Besar, beliau telah mengambil tindakan menggantung Jawatankuasa Masjid yang berani membebaskan diri mereka daripada campurtangan politik Umno. Malah, Surau Flat Jubli Perak di Bangi pernah dirobohkan kerana berani mengundang penceramah yang kritikal terhadap Umno. Jangan pula kita lupa dasar setinggan sifar di bawah Khir Toyo yang mana institusi kerajaan digunakan untuk merobohkan kawasan setinggan seperti Kampung Berembang yang didiami majoriti orang Melayu secara zalim semata-mata untuk memberi ruang kepada pemaju-pemaju besar mengaut keuntungan besar.

Hari ini kampung-kampung Melayu di negeri-negeri Pakatan Rakyat berpecah belah kerana ada dua Ketua Kampung dan dua JKKK. JKKK jelas berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, sebagaimana pernah disuarakan DYMM Sultan Selangor tahun lepas. Namun atas kegagalan BN memahami realiti demokrasi, maka mereka berkeras mahu melantik JKKKP sekaligus mengucar-kacirkan masyarakat kampung.

Terbaru sekali, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melarang pegawai-pegawai Kementeriannya menghadiri mesyuarat-mesyuarat Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Majoriti besar pegawai-pegawai ini Melayu, dan banyak projek-projek pertanian melibatkan masyarakat Melayu yang daif dan perlu pembelaan. Namun mengapa Noh mengambil pendirian cetek demikian? Adakah Noh iri hati terhadap kejayaan projek melipatgandakan hasil padi yang memberi kesan positif kepada penanam-penanam padi di Selangor termasuk penanam Melayu? Adakah Noh khuatir jika orang Melayu di desa pun melihat keberkesanan dasar Kerajaan Negeri yang baru, Umno akan tumbang di kubu kuatnya tidak lama lagi?

Malah, ramai pegawai-pegawai kerajaan yang mengucapkan penghargaannya kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kerana kali ini pandangan mereka sebagai penjawat awam dihormati. Dahulu di bawah BN mereka cuma diminta menurut perintah ahli politik tanpa soal, kali ini mereka ada ruang untuk menyuarakan pandangan mereka.

Umno tidak lagi boleh merencatkan pemikiran orang Melayu dengan dakyah-dakyah sempit mereka. Dengan menyamakan kita mengkritik institusi-institusi ini sebagai mempertikaikan kewibawaan Melayu, Umno cuba berselindung daripada menyelesaikan isu sebenar di sebalik propaganda perkauman. Selama ini, itulah strategi Umno. Tetapi orang Melayu tidak akan bergerak ke hadapan dengan pandangan-pandangan begitu.

Tidak timbul kita tidak percaya kepada institusi “Melayu” — kita juga tegas dalam isu PKFZ yang melibatkan ramai pemimpin MCA (dan juga Umno — semangat tulen perkongsian kuasa BN!) dan Maika Holdings yang melibatkan MIC. Rakyat Malaysia hari ini mahukan institusi kerajaan yang berwibawa, yang dapat menjalankan tugas “without fear or favour” dan tidak menjadi perkakas politik pihak-pihak tertentu. Kita mahu kebolehan pegawai-pegawai kerajaan diiktiraf.

Jika Pakatan Rakyat tidak menyuarakan perkara ini, kewibawaan institusi kerajaan kita akan jatuh ke tahap yang lebih dasyat lagi. Siapakah yang bertanggungjawab merosakkan kewibawaan institusi-institusi ini kalau bukan Umno dan BN sendiri?

Mungkin bagi mengingatkan Zainul, bapa saya sendiri yang begitu setia membaca New Straits Times yang dikenali sebagai akhbar berbahasa Inggeris pro-establishment begitu jelek dengan propaganda kerajaan sehingga berhenti membelinya pada 1998! Jika beliau menonton Buletin Utama pun beliau sudah berhenti mempercayai propaganda politik yang dilaporkan. Kalau pegawai kerajaan pun tidak membeli propaganda BN, siapa lagi yang percaya dakyah Zainul?

Jangan dalam keghairahan kita menjadi penulis upahan Umno, kita buta kepada kesan-kesan nila yang mewarnai tangan-tangan penguasa!

Sumber : tvantara

22 June 2009

8 Pemuda PAS Johor Ditahan Edar Risalah PPSMI

Lapan anggota Dewan Pemuda PAS Johor, termasuk ketuanya Khairul Faizi Ahmad Kamil, ditahan polis ketika mengedarkan risalah anti dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) petang tadi.

Kesemua mereka mereka ditahan serentak di sebuah pasar malam di Batu Pahat kira-kira jam 4.30 tadi kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI yang tidak mempunyai nama pencetak dan penerbitnya.

Bagaimanapun, setelah diambil keterangan kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 8.15 malam ini.

Mereka adalah naib ketua Pemuda PAS negeri, Hamid Jammah; dua exco dewan itu, Norhalim Sakid dan Norazid Mohd Nor turut ditahan serta empat lagi aktivis PAS - Zulkifli Kama Kutti, Saruni Said, Rizal Harun dan Rashid Abdul Rahim.

Sejurus selepas dibebaskan, Khairul Faizi memberitahu Malaysiakini, beliau tidak menyalahkan pihak polis yang cuma menjalankan tugas mereka.

“Bagi kami, kami hendak sampaikan kepada masyarakat kenapa PPSMI perlu dimansuhkan. Walaupun kami diberitahu, keputusan perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat, selagi mana keputusan tak dibuat, gerakan mesti diteruskan,” katanya.

Malam ini, PAS Johor dan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menganjurkan ceramah sempena 100 hari kejayaan menganjurkan demonstrasi besar membantah PPSMI pada 7 Mac lalu.

Dalam ceramah di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat pada malam ini, Sasterawan Negara, A Samad dan naib presiden PAS, Salahuddin Ayub akan memeriahkan pentas

Pada 7 Mac lalu, dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hassan Ahmad, ribuan penunjuk perasaan berarak daripada Masjid Negara menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada yang di-pertuan Agong.

Demonstrasi itu berakhir dengan pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan meriam air dan bertalu-talu gas pemedih mata dilepaskan.

Sumber : Suarakeadilan

20 June 2009

Ong Tee Keat Perlu Jawab Dakwaan Beri Tekanan Pada PM Luluskan Pembayaran RM1.2bilion

Tokoh DAP, Lim Kit Siang mendesak Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat memberi penjelasan berhubung dakwaan Menteri Pengangkutan itu telah memberikan tekanan kepada Perdana Menteri ketika itu untuk meluluskan pembayaran RM1.2bilion sebagai bayaran perbezaan kos bagi projek Zon Bebas Port Klang (PKFZ).

Kit Siang telah membentangkan tiga soalan yang perlu dijawab oleh Ong berkaitan skandal PKFZ yang menelan belanja RM12.5 bilion wang rakyat. yang mendakwa Ong telah memberi tekanan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meluluskan pembayaran berjumlah RM1.2bilion kepada pemaju bagi projek tersebut Kuala Dimensi Sdn Bhd pada 10 Mei 2008 lalu.

Beliau mempersoalkan mengapa maklumat tersebut tidak disertakan sekali dalam laporan audit PKFZ yang dilaksanakan oleh firma audit Pricewaterhouse Cooper (PWC).

Kit Siang juga berkata laman web tersebut telah membuat satu dakwaan yang serius bahawa tempoh perkhidmatan bekas Adun MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng sebagai Pihak Berkuasa Port Klang (PKA) telah tamat pada 15 Februari lalu.

“Sehingga kini yang diPertuan Agung tidak pernah memberi perkenan untuk melanjutkan atau memperbaharui tempoh perkhidmatan Lee dan adakah benar sehingga kini Ong telah meminta Perdana Menteri untuk dibelakangkan tarikh perlantikan beliau sebagai pengerusi PKA?

Beliau juga telah mengenengahkan persoalan berhubung pengakuan Ong sendiri dalam blognya bahawa beliau (Ong) berada di Perancis menghadiri pertunjukan udara Paris untuk bertemu rakan sejawatnya. Tidak bolehkah beliau menghantar timbalannya memandangkan isu skandal yang membabitkan wang rakyat ebih penting,” tambah beliau lagi.

Tindakan Ong tidak mengumumkan kepada awam bahawa beliau akan ke Paris dan tidak akan menghadiri sidang parlimen juga dipersoalkan oleh tokoh DAP tersebut.

Lim seterusnya bertanya adakah Ong bersedia menghadapi tinjauan pendapat awam samada beliau telah bertindak dengan bertanggungjawab kerana ke luar negara untuk berseronok sambil bekerja daripada menghadiri sidang Parlimen pada hari pertama skandal PKFZ disiasat.

Beliau kemudiannya secara menyindir berkata sebenarnya mungkin tidak perlu dijalankan tinjauan pendapat umum dan sebaliknya tinjauan tersebut dilakukan di kalangan ahli MCA sudah memadai.

Lim menambah, beliau berasa yakin majoriti atau sekurang-kurangnya 90 peratus ahli biasa MCA akan bersetuju bahawa Ong tidak bertanggungjawab apabila melarikan diri daripada isu skandal PKFZ.

Sumber : Suarakeadilan

12 June 2009

Perkasakan masjid, bukan berebut jawatan

Angkatan Muda PKR Selangor menggesa semua pihak memperkasakan institusi masjid dan tidak berebut jawatan seperti yang dialami sekarang susulan rombakan ahli jawatankuasa sejak awal bulan ini.

"Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa agar semua pihak menumpukan kepada usaha-usaha kepada pemerkasaan dan pengimarahan institusi masjid agar dapat menjadi institusi yang mendidik masyarakat ke arah kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan," kata ketua penerangannya Mohd Ezli Mashut.

"AMK menggesa semua pihak agar menghentikan perbalahan dan polemik negatif berkaitan dengan isu pemilihan ahli jawatankuasa masjid bagi sesi 2009-2012 ini dengan segera.

"Perkembangan mutakhir kini dikhuatiri boleh membawa perpecahan kepada masyarakat Islam di negeri ini."

Beliau mengulas tindakan sesetengah pihak yang didakwa ingin membawa rasa tidak berpuas hati terhadap pelantikan baru jawatankuasa masjid kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"AMK Selangor merasakan tindakan ini hanya mencemarkan nama baik institusi masjid yang sewajarnya dipelihara oleh semua pihak," kata Mohd Ezli lagi.

"AMK Selangor yakin soal tidak puas hati berkenaan pemilihan ahli jawatankuasa masjid adalah soal kecil yang boleh diselesaikan dengan cara berhemat dan terpuji.

"Malahan jawatan sebagai makmum yang sebenarnya perlu diisi dengan segera memandangkan jawatan ini sentiasa kosong khususnya pada waktu solat Subuh."

Selain itu, Umno negeri pula dilaporkan ingin menyerahkan memorandum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah pelantikan imam dan nazir masjid yang dilantik tidak mengikut keputusan majoriti kariah serta anggota jawatankuasa masjid.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar mendakwa walaupun pengundian dibuat melalui mesyuarat agung tetapi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) didapati membuat pelantikan tanpa merujuk kepada keputusan pengundian itu.

"Mengapa ada pihak lain yang lebih tinggi dari keputusan mesyuarat agung? Lebih baik lantik guna kuasa dan tak perlu mengundi. Tindakan mereka ini buang masa dan mempersenda demokrasi," katanya, yang juga menteri pertanian dan industri asas tani.

Menurut Bernama, senario itu disahkan berlaku di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya apabila nazir dilantik dari kalangan mereka yang tidak mendapat undian tertinggi.

Noh juga tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku berdasarkan
perbezaan fahaman politik dengan kerajaan Pakatan Rakyat apabila ramai ahli jawatankuasa masjid yang kebetulan menyokong Umno telah digugurkan.

Sumber : Malaysiakini

Hakim Mahkamah Rayuan Gagal Serah Alasan Kehakiman Bertulis, Bantutkan Proses Rayuan Nizar

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada mahkamah persekutuan untuk menyemak balik keputusan mahkamah rayuan, mengisthiarkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar tidak dapat mengemukakan rayuan itu kerana sehingga sekarang ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujahan bertulis mengenai keputusan berkenaan.

Tiga hakim berkenaan ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie.

Hakim Md Raus sebelum ini pernah berjanji untuk memberikan alasan kehakiman bertulis kepada peguam Datuk Sri Nizar dalam masa 7 hari.

Tapi 2 minggu sudah berlalu dan peguam Datuk Seri Nizar masih belum menerima hujahan bertulis dari 3 hakim berkenaan.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Ngar Kor Ming ketika dihubungi Tv Antara melahirkan rasa kesal dengan perkembangan itu.

“Kita amat kecewa sekali sehingga hari ini, telah lebih 2 minggu peguamcara Datuk Seri Nizar masih belum terima daripada Mahkamah Rayuan demi membela kewibawaan institusi kehakiman. Saya memohon kepada Ketua Hakim Tun Mohd Zaki supaya mengarahkan arahan kepada Mahkamah Rayuan sediakan alasan kehakiman yang bertulis dengan segera. Kerana tempoh 20 hari untuk memfailkan rayuan sudah semakin dekat tanpa alasan kehakiman ia akan menyulitkan Datuk Sri Nizar untuk kemukakan isu rayuan diperingkat Mahkamah Persekutuan.” Ujar Ngar.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.

Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan itu dan justeru itu terus menjadi menteri besar yan sah.

Panel hakim Mahkamah Rayuan bagaimanapun membuat keputusan sebaliknya, dan menyanggah hujah bertulis Abdul Aziz.

Tiga hakim berkenaan mengambil masa hanya 5 minit untuk mengumumkan keputusan yang memihak kepada Zambry, tanpa disokong oleh hujah bertulis.

Ngar berkata seluruh proses bersabit krisis perak di Mahkamah Rayuan menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan institusi kehakiman.

“Ini adalah satu perkara yang amat aneh sekali kerana apabila Barisan Nasional membuat permohonan kita dapati Mahkamah Rayuan cepat dan cekap membuat keputusan seperti pergantungan perlaksanaan penghakiman. Bermakna Yang Arif Ramli Ali membuat keputusan dalam tempoh beberapa jam sahaja untuk menggantung keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tapi bila pakatan rakyat membuat rayuan sehingga hari ini tiada apa- apa berita.” Tambahnya lagi.

Datuk Sri Nizar kini hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir bagi mengatasi krisis politik negeri Perak yang berpanjangan sejak awal Febuari lalu.

Jika disahkan sebagai menteri besar Perak, beliau bertekad untuk memohon istana Perak membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan semula.

Sumber : Suara Keadilan

28 May 2009

BUbar DUN Perak Kalau Anak Jantan, Nizar Cabar Zambry


Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin mencabar "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir supaya mengadap Sultan dan memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau benar-benar anak jantan dan tidak bersembunyi di belakang pasukan keselamatan.

Beliau berkata demikian pada majlis ceramah dan taklimat yang diadakan di Wisma DAP malam semalam.

Nizar berkata beliau tidak menyalahkan pihak keselamatan kerana sedar mereka digunakan oleh Barisan Nasional untuk melakukan penindasan terhadap rakyat.

Tambah beliau lagi setiap kali pilihan raya kecil diadakan UMNO dan BN akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di kawasan tersebut sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bukit Selambau.

Tetapi peliknya apabila BN tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ dan ini membuktikan pihak polis bekerja untuk UMNO dan BN.

"Ini jelas menunjukkan wang rakyat dihabiskan untuk BN bukannya untuk menjaga rakyat dan ketenteraman awam."
Nizar berkata.

BN cukup cemburu dengan gabungan kemas dan mantap Pakatan Rakyat dan ia tidak sanggup melihat gagasan tersebut diterima oleh rakyat Perak.

"Di Perak sebelum ini kita tidak pernah nikmati perpaduan dan keharmonian antara bangsa-bangsa yang ada di Perak, namun dalam masa Pakatan Rakyat memerintah kita berjaya lahirkan masyarakat Perak yang saling menghormati, bertoleransi antara satu sama lain.

"Kita mahukan cucu cicit kita pada masa akan datang saling menghormati antara bangsa yang ada. Itulah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan maka tidak ada peluang lagi bagi mereka." kata Menteri Besar lagi.

Tambah Nizar mahkamah rakyat adalah ruang yang terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Majlis tersebut yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming juga turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khor Ham, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak.

Sebelum itu polis menahan 2 orang di luar Wisma DAP kerana dipercayai ingin hadir ke majlis yang diadakan semalam.

Seorang daripada yang ditahan adalah ahli majlis perbandaran Taiping, Simon Uthaya Kumar a/l Sellaiyah sementara seorang lagi dikenali sebagai Haridats. Difahamkan mereka berdua telah dibawa ke balai polis yang berdekatan untuk disoal siasat.

Sumber : tvantara

15 May 2009

‘Tangan ghaib’ kuasai keputusan BN

SHAH ALAM - Pas mendak­wa keputusan Mah­kamah Rayuan semalam yang mem­benarkan permohonan Men­teri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menangguhkan kepu­tusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu dipengaruhi Bari­­san Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, keadaan itu sepatutnya tidak berlaku sekiranya Mahkamah Rayuan mengambil kira segala persoalan dan keresahan se­luruh rakyat Perak berhubung krisis politik negeri itu. “Saya percaya kalau Mah­kamah Rayuan semalam me­lihat masalah-masalah ini selain berdasarkan undang-undang, saya percaya bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak digantung.

“Jadi saya khuatir ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang menguasai keputusan Mah­ka­mah Rayuan semalam (kel­­marin),” katanya ketika di­hubungi Sinar Harian, semalam.

Mahfuz juga mendakwa BN terdesak memastikan Zambry sah sebagai Menteri Besar Perak agar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dilakukan di bawah kerajaan BN.

Menurutnya, kemelut politik di Perak telah sampai ke kemuncaknya di mana UMNO-BN sendiri merasakan tidak ada jalan lain bagi menyelesaikan kemelut itu selain mengadakan pilihan raya semula.

Beliau percaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyedari inilah masa terbaik mengeluarkan Institusi Raja yang tercalar akibat krisis tersebut dengan pembubaran DUN, tetapi ia dapat dikesan oleh BN sehingga terpaksa memohon menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

“Saya melihat BN tidak mahu pembubaran DUN itu berlaku di bawah Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak ada ‘kelebihan politik’ kepada BN sebab bila Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat perkenan Sultan Perak untuk bubar DUN, sudah tentulah kerajaan
sementaranya PR.

“Jadi BN melihat ini sebagai satu kerugian kepada mereka sebab itu saya khuatir keputusan Mahkamah Rayuan semalam (kelmarin) dipengaruhi oleh kepentingan politik BN yang memang sudah merasakan tiada jalan lain melainkan pembubaran DUN,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan semalam sambil menegaskan PR boleh bertoleransi dengan keputusan itu sekiranya dibuat dengan menetapkan syarat-syarat tertentu.

“Antaranya walaupun Zambry kembali pada kedu­dukan Menteri Besar, be­liau tidak boleh buat keputusan sewenang-wenangnya seperti tidak boleh memohon membubarkan DUN dan tidak boleh memanggil sidang DUN kerana Mah­kamah Tinggi telah memutuskan beliau bukan Menteri Besar.

“Beliau juga sepatutnya hanya boleh mem­penge­rusikan mesyuarat Exco dari sudut soal pentadbiran rutin harian kerajaan negeri tetapi tidak boleh meluluskan apa-apa projek yang memberikan implikasi kewangan dan perkara-perkara yang mem­beri kesan kepada masa depan negeri Perak,” kata­nya.

Mengenai kenyataan Per­dana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN mempunyai kes kuat untuk membuat rayuan, Mahfuz berkata, itu ter­pulang kepada BN kerana Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan seba­liknya.

Katanya, tindakan BN mahu melakukan rayuan berhubung keputusan Mah­kamah Tinggi itu juga sebenarnya tindakan yang terus mencemarkan nama baik Sultan Perak.

“Keputusan Mahkamah Tinggi itu bermakna Sul­tan Perak telah melakukan satu keputusan yang silap.

“Jadi kalau sekali lagi Mahkamah Rayuan kata keputusan Mahkamah Tinggi betul, maknanya Mah­kamah Rayuan juga mengatakan Sultan (Perak) buat silap, sekali lagi nama baik Sultan tercalar,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Najib in the intensifying and costly Perak blame game

By Wong Choon Mei

Even as Prime Minister Najib Razak continued to play the blame game, senior BN coalition partners MCA and Gerakan are urging the Umno president to end the political stalemate in Perak and call for a snap election.

Said Chua Soi Lek, deputy president of the Chinese-based MCA: ““Let the rakyat decide, and once and for all, we resolve this problem which is not doing anybody any good.”

Said Hsu Dar Ren, Gerakan central committee member: “It is the only sensible solution to the problem. The decision on who should form the rightful government should no longer be decided in court but rather by the people of Perak, going by the very basic principle of democracy.”

But Najib, who orchestrated the February putsch that toppled the Pakatan Rakyat administration, plunging the northwestern into a constitutional and political quagmire had only this to say:

“I don’t know. It is up to the MB to decide on the next course of action. We are going to appeal to the Court of Appeal because we respect the due process of law and let’s take it from there.”

Tossing the hot potato

Few Malaysians have much faith left in their sixth prime minister. Not only does Najib come with a ‘past record of political baggage’, he has been embroiled in many corruption scandals including the internationally infamous Altantuya Shaariibuu murder-and-commission case.

Last month, he tossed the Perak hot potato to Zambry Kadir, the BN Menteri Besar to whom he had relinquished the state Umno chief post to as it became apparent that he had lost control over the situation.

But despite Najib’s doublespeak, nobody has any doubts that he is indeed Zambry’s boss and puppet-master.

“It is not just Gerakan and MCA. Even Tengku Razaleigh who is a veteran Umno leader too understands that a snap election is the only way out,” said Tian Chua, Keadilan strategic affairs director.

“It is evident the rational part of Umno and BN understand this. But Najib has refused to accept this. If he keeps on being stubborn just to please the hardliners in Umno, he will only further discredit his party and shame the nation.”

Face it. He needs to recoup the RM50 million he ‘invested’.

Too many other political watchers have also urged Najib to let the Perak people choose their own leaders, including the Human Rights Commission of Malaysia or Suhakam. But their advice have fallen on deaf ears.

Some analysts believe it is not just a matter of ‘face’ for Najib to cling to control in Perak, but also a hard case of ringgit and sens. He has been accused of spending not less than RM50 million to attract three Pakatan assemblymen over to his BN coalition. Najib needs to justify this ‘investment’, they said.

More startling still was Najib’s latest word on the matter. According to him, whether or not Perak should have fresh election was up to its Sultan, not him - a mere prime minister!

“It should not be for me to decide. It should be for the Sultan to decide. It is the judgment of the Sultan,” Najib said.

Perhaps he did not realise it. But his flippant words belie the irresponsibility of his character and insensitivity to wishes of the people, especially the Chinese and Indians, who form a large chunk of the Perak population.

Is he taking us for fools, they ask. If it is up to the Sultan and not based on the recommendation of the chief executive, then Malaysia would not be a constitutional monarchy but an absolute one!

So are we dumb or is our PM dumb?

Source : Suara Keadilan

Anwar cabar PM adakan p'raya Perak

Oleh Jimadie Shah Othman

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

"Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.

Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Takut kalah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan demikian dalam satu forum di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Tajuk forum tersebut bertajuk 13 Mei hingga 1 Malaysia: Masa depan pembinaan negara Malaysia, anjuran pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

'Saling bertukar MB'

Ahli panel lain ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur serta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ketibaan mereka menerima tepukan gemuruh para hadirin.

Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat semakin parah apabila jawatan menteri besar salih berganti disandang oleh wakil kedua belah pihak.

Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu juga menyaksikan berlaku kekecohan dan pergaduhan antara kedua belah pihak, termasuk insiden Speaker V Sivakumar diseret keluar DUN.

Sebelum ini, BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak selepas mendapat sokongan majoriti apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.

Ekoran itu, Nizar Jamaluddin membawa kes itu ke mahkamah dan kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.

Berikutan keputusan tersebut, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exconya mengosong pejabat dan Nizar kembali bertugas.

Bagaimanapun, Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu dan kembali bertugas semula semalam.

Mengulas lanjut mengenai kemelut di Perak itu, Anwar menyifatkan Nizar sebagai "bendahara Tun Perak yang baru".

Mengenai 13 Mei pula, Anwar yang berucap selama 15 minit berkata, selepas peristiwa tersebut, pelbagai slogan perpaduan dilaungkan - termasuk Islam Hadhari dan 1Malaysia - tetapi menurutnya tidak ada sebarang perubahan dasar.

Lim: 7 Mei 'hari memalukan'

"Malaysia tidak perlukan slogan baru, tetapi dasar dan program baru kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, program dan dasar yang diperkenalkan mestilah mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, terutamanya yang miskin dan terpinggir.

Sementara itu, Kit Siang menyifatkan tanggal 7 Mei sebagai 'hari yang memalukan; dan sebagai 13 Mei yang baru apabila Speaker Sivakumar diseret keluar daripada DUN Perak dan stesen TV dilarang menyiarkan gambar insiden tersebut.

"Tiada lagi 13 Mei, tetapi 7 Mei - hari yang memalukan," katanya, sambil menyifatkan pelik keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi - yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah - dalam masa yang singkat.

Beliau juga menyindir Zamry sebagai "3 in 1" -- Mandela-Gandhi- Zambry.

Lim juga menyelar rencana di Utusan Malaysia baru-baru ini yang berjudul "Malaysia di ambang republik".

Katanya, tulisan berunsur "hasutan, fitnah dan dusta" itu patut diheret ke mahkamah.

ADUN pelbagai latarbelakang

Sementara itu, Nizar pula berkata, 13 Mei dan politik perkauman wujud akibat warisan penjajah sebelum merdeka.

Katanya, keharmonian kaum sejak ratusan tahun di Malaya sebelum itu, antaranya melalui hubungan perdagangan, tidak mempunyai sebarang masalah.

Menteri besar Pakatan itu mendakwa, Umno menjadi penerus kepada politik perkauman penjajah.

Katanya, kerajaan Perak yang diwakili ADUN pelbagai latarbelakang kaum, jantina dan profesyen, telah berjaya menjamin keharmonian pelbagai pihak - tidak seperti yang berlaku di Terengganu.

"Di Terengganu, semua ADUN Melayu, orang Terengganu makan nasi dagang, tetapi bergaduh tidak selesai sampai sekarang," katanya merujuk kepada konflik majoriti ADUN BN menolak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Mengulas mengenai kepelbagaian latarbelakang, beliau turut menyebut tentang terdapatnya "satu wanita dan dua lelaki lompat" sambil disambut sorakan "boo" penonton.

Katanya, konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti.

Sumber : Malaysiakini

13 May 2009

Tidak ada kerajaan efektif di Perak?

Oleh G. MANIMARAN

IPOH: Tidak sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam, krisis politik Perak yang dilihat belum menemui jalan penyelesaian, memasuki bab baru tengah hari tadi.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) berjaya dalam usahanya untuk menangguhkan keputusan semalam sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak.

Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran keputusan semalam, Zambry berkata, beliau mengosongkan Pejabat Menteri Besar dan tidak hadir majlis kurnia pingat di Istana Iskandariah pagi tadi sebagai tanda hormat keputusan semalam.

Sambil menegaskan mahu menjalankan tugas Menteri Besar seperti biasa mulai hari ini dan memasuki pejabat pagi esok, Zambry memberitahu, "dalam kes ini bukan saya yang saman Nizar, Nizar yang mempertikaikan status saya."

Beliau memberi gambaran statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan.

Sejam selepas sidang media itu, Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat pula mengadakan sidang media di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan bangunan SUK.

Antara lain Nizar memberitahu, perkembangan hari ini "menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan."

Ringkasnya kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ini, "mereka memanjangkan" kes ini dengan merujuk ke Mahkamah Rayuan.

Beliau juga memperkatakan ingin mencari penyelesaian muktamad di peringkat menerusi mandat rakyat.

Tegas beliau, krisis politik negeri ini tidak boleh diselesaikan dengan menggunakan mahkamah semata-mata.

Katanya, parti-parti politik negeri ini perlu kembali kepada rakyat untuk memberikan mandat dengan pembubaran - salah satu yang digerakkan oleh Pakatan.

"Kami mohon menghadap Sultan Perak pagi tadi dan seterusnya akan memohon pembubaran DUN," katanya lagi.

Hari ini Exco Pakatan Rakyat dalam tempoh tiga jam pertama meneliti, mempertimbang dan meluluskan 10 perkara.

Ia termasuklah sesi angkat sumpah melibatkan 14 pihak berkuasa tempatan yang mahu diadakan esok, pelantikan ketua kampung dan menurunkan bayaran parkir dari 40 sen kepada 30 sen sejam.

Ia diumumkan oleh Exco Kanan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ngeh Khoo Ham.

Pun begitu ketika ditemui selepas sidang media Nizar petang tadi, Ngeh berkata, "tiada kerajaan efektif di Perak sekarang."

"Kami mempunyai status yang sah sebagai kerajaan tetapi dihalang (rayuan) daripada dilaksanakan dan mereka (BN) bukan kerajaan sah," katanya.

Ketika ditanya sama ada tiada kerajaan negeri langsung yang efektif, "ya, tiada kerajaan efektif."

Beliau senada dengan Nizar sambil mengatakan bahawa Sultan Perak mempunyai peranan dalam mencari penyelesaian.

"Ini peranan (Tuanku) dalam persekitaran sekarang," katanya.

Terdahulu, Zambry bertegas akan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak seperti biasa mulai hari ini manakala Nizar yang kembali ke jawatan itu selepas 96 hari 'berehat' mengosongkan pejabatnya petang ini.

Nizar dan barisan Exconya seramai tujuh keluar dari bangunan SUK pukul 2.30 petang sebagai tanda menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

"Kami telah mengambil keputusan untuk keluar pukul 2.30 petang tadi dan kami hormati keputusan Mahkamah Rayuan walaupun belum lagi melihat kandungan keputusan lagi.

"Kami tidak mahu nanti ada pihak keluarkan notis minta kami kosongkan pejabat dan tinggalkan bangunan SUK," kata beliau pada sidang media pukul 3.30 petang tadi. Nizar diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai Menteri Besar yang sah.

Selaku Menteri Besar beliau telah mempengerusikan mesyuarat Exco malam tadi yang memutuskan untuk menggantung tugas Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Malah pagi tadi beliau mengemukakan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Raja Nazrin Sultan Azlan Shah selain menghadiri majlis istiadat kurnia pangkat selaku Menteri Besar.
Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Exconya pagi esok. Tetapi ia telah dibatalkan petang ini.

Pukul 1.20 tengah hari tadi Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan yang membolehkan Zambry kekal sebagai Menteri Besar sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ramly juga berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Kata Ramly, beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

BN mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.

Sumber : mStar

Zambry kekal MB, Nizar cabar lagi

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.

Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.

Berikutan keputusan itu, tokoh DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat akan memfailkan segera rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah penangguhan keputusan itu.

Sumber : Malaysiakini

Suhakam, Ku Li setuju pilihanraya semula di Perak

Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.

Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.

Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.

Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Tambahnya, persidangan DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.

"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."

Mengulas perkembangan sama, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) juga menggesa pembubaran DUN dan seterusnya pilihanraya untuk menyelesaikan kemelut politik Perak.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata pengerusinya Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, insiden pada persidangan DUN Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," katanya.

"Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak."

Sumber : Malaysiakini

Designed by - AMK TANGGA BATU