Ahli Parliman Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata polis semakin melampaui batas apabila menggunakan kekerasan ke atas seorang Ahli Parlimen sewaktu penamaan calon Dun N11 Permatang Pasir.
Gobala dalam sidang medianya berakata, beliau bukan sahaja dipukul polis malah badan berkuasa berkenaan memotong talipinggang yang dipakainya untuk melondehkan seluar beliau.
“Polis menanggalkan seluar saya, bayangkan saya ahli parlimen dan polis menanggalkan seluar saya dan mengambil gambar. Ketika saya menjerit supaya mereka berhenti melakukannya tangan saya dipijak.
“Saya percaya mereka menggunakan pisau untuk memotongnya, apakah motif mereka melakukannya. Pada saya mereka menangkap gambar saya untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Gobala menafikan sekeras-kerasnya dakwaan stesen televisyen pro kerajaan yang menyatakan bahawa beliau bersalah kerana meyerang polis.
“Apa yang berlaku pada saya adalah saya yang diserang, apa yang mereka tunjuk di televisyen seorang lelaki berdiri di belakang saya. Polis menahan saya dan berjalan bersama, terdapat seorang polis beruniform di belakang saya menendang saya dan saya mempertahankan diri,"katanya.
Gobala berkata, beliau kemudiannya dijatuhkan dan dipijak anggota polis di bahagian bahu dan belakang badan sebelum menggarinya.
Menurutnya, sekiranya beliau tidak diselamatkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang meredakan keadaan, beliau yakin akan menimpa nasib yang sama seperti Setiusaha Politik Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock.
Menurutnya, kejadian di hari penamaan calon itu telah dirancang Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.
Menurutnya, laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan namun tiada sebarang kenyataan diambil oleh polis.
Gobala mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein yang meminta Ketua Polis Negera mengambil tindakan terhadapnya kerana kononnya beliau bersalah sedang tiada sebarang siasatan dilakukan.
Beliau turut menempelak kenyataan Ayub yang menyatakan beliau sengaja mencari publisiti murahan.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya pada hari itu, disaksikan ribuan orang. Saya percaya semua perkara itu dirancang oleh polis Pulau Pinang di ketuai oleh Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.
“Saya telah ditahan lebih dari 25 kali, saya tidak perlu publisiti murahan. Tidak perlu memberikan 30 hingga 40 orang anggota polis menyerang, mencederakan saya dan menendang saya dan memalukan saya sehingga di masukkan ke wad selama empat hari,” katanya.
Menurutnya, walau apa pun cara dilakukan Umno-BN beliau dan Pakatan Rakyat tidak akan gentar dan tetap mempertahankan perjuangan mereka.
Sementara itu, peguamnya R.S.N Rayer berkata, pihaknya akan mengemukakan saman dalam tempoh terdekat kepada polis berhubung kejadian berkenaan.
Beliau menyifatkan tindakan polis ini sebagai berat sebelah kerana hanya menahan Ketua Pemuda MIC T Mohan tidak sampai sejam kerana menganjurkan perhimpunan haram sedangkan Gobala yang melaungkan reformasi ditahan, dilondehkan dan dipukul sehingga cedera.
Sumber : tvantara
Pos Terkini
Pemimpin PKR
Amk Negeri
Amk Bahagian
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Suara KeADILan Online
Suara Keadilan Online : English Edition
Malaysiakini
当今大马
மலேசியா இன்று
The Malaysian Insider
Parti KeADILan Rakyat
People's Justice Party
HarakahDaily.Net - Utama
DAP Malaysia
Dayak Baru
TVAntara : RSS Feeds
Bloggers Network Malaysia
Kategori
- BN (263)
- Umno (244)
- PR (240)
- PKR (217)
- Polis (151)
- Pilihanraya (149)
- Perak (146)
- PAS (145)
- Isu Hangat (144)
- DSAI (139)
- DAP (128)
- Selangor (127)
- Najib (118)
- Rasuah (107)
- SPRM (99)
- Mahkamah (96)
- Jenayah (77)
- Parlimen (69)
- Kuala Lumpur (61)
- Istana (60)
- Peguam (60)
- AMK (56)
- Melaka (51)
- Zalim (51)
- Demonstrasi (46)
- Nizar (39)
- Ekonomi (38)
- Skandal (37)
- Penang (35)
- ISA (34)
- Agama (32)
- Fitnah (32)
- NGO (32)
- Umum (32)
- Lim Kit Siang (30)
- Kedah (29)
- Majlis (29)
- Kelantan (28)
- Video (28)
- Mahathir (27)
- mca (27)
- Muhyidin Yassin (23)
- Semasa (23)
- Ali Rustam (22)
- Pendidikan (22)
- SPR (20)
- TGNA (20)
- Abdullah Badawi (19)
- Sarawak (19)
- TGHA (18)
- Hospital (17)
- MIC (17)
- Shamsul Iskandar (16)
- DSWA (15)
- Terengganu (15)
- Luar Negara (14)
- Johor (12)
- Media (12)
- Gerakan (11)
- Blogger (10)
- Tan Sri Khalid (10)
- Lim Guan Eng (9)
- Negeri Sembilan (9)
- KJ (8)
- sabah (8)
- BPR (5)
- Perlis (4)
- Salahuddin Ayub (4)
- Altantuya (3)
- Gaduh (3)
- AIC (2)
- Bantuan (2)
- Dr Syed Husin Ali (2)
- Ezam (2)
- Goh Leong San (2)
- Hindraf (2)
- Pahang (2)
- Palestin (2)
- Perang (2)
- Mahasiswa (1)
- katak (1)
Komen Tetamu
Arkib
22 August 2009
Gobala: Polis Semakin Melampau
18 August 2009
Gobala dipukul dan dikejarkan ke hospital Bukit Mertajam
Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.
Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.
Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.
"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.
Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.
Sementara itu, sehingga jam 1.37 tengahari ini, Gobalakrishnan masih berada di Hospital Bukit Mertajam.
Seorang pemimpin AMK Pulau Pinang (Amizudin Ahmat) yang menemani Gobalakrishnan, memberitahu Malaysiakini bahawa urusan x-ray telahpun selesai.
Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya tujuh anggota polis di situ.
Nantikan video Gobalakrisnan menyusul, saya sempat rakamkan di tempat penamaan calon dan di hospital. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
Sumber : Tranungkite
Video : Malaysiakini
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
9:31 AM
0
comments
12 August 2009
'Serpihan tulang dalam stokin Teoh'
Pakar pathologi yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat Teoh Beng Hock mendapat setiausaha politik itu mengalami pelbagai kecederaan, khususnya di bahagian kanan badannya.
Dr Khairul Azman Ibrahim juga berkata serpihan tulang ditemui di dalam sebelah stokin yang dipakai di kaki kanannya.
Khairul, bertugas di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, berkata beliau menjalankan bedah siasat Teoh pada 17 Julai, sehari selepas mayat Teoh ditemui di tingkat 5 Plaza Masalam, sehari selepas dibawa untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Membacakan laporan bedah siasatnya, Khairul hari ini berkata mayat Teoh mengalami calar-calar dan kesan keretakan.
Khairul memberikan keterangan di inkues kematian Teoh di depan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam yang masuk hari kelima.
Sementara itu Bernama melaporkan Dr Khairul berkata Teoh mati setelah mengalami kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.
Katanya, tiada bukti kecederaan ketara pada mayat mendiang yang menunjukkan berlakunya pergelutan sebelum kematiannya.
'Tiada kesan darah'
Beliau juga mendapati tiada kesan darah pada tingkap yang dipercayai merupakan tempat Teoh terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bangunan Plaza Masalam, mahupun kesan barang-barang bertaburan atau pecah di situ.
Selain itu beliau juga mengesahkan tidak terdapat kesan kecederaan akibat mempertahankan diri pada mayat Teoh berdasarkan pemeriksaan dan bedah siasat yang dijalankan pada mayat mendiang pada 17 Julai lepas.
Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, beberapa jam selepas dia memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor.
Dr Khairul juga memberitahu, hasil pemeriksaan dan bedah siasat itu menunjukkan bahawa semua kecederaan yang dialami oleh Teoh adalah bersesuaian dengan kesan kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi.
"Pada pendapat saya, saya tidak nampak kecederaan mempertahankan diri yang ketara pada mana-mana bahagian badan si mati, kecuali kesan-kesan impak jatuh," katanya.
Ketika ditanya peguam bagi pihak kerajaan, Tan Hock Chuan mengenai anggaran waktu kematian Teoh, Dr Khairul Azman menjawab:
"Berdasarkan pada keadaan mayat yang belum busuk, saya percayai Teoh mati kurang dari 36 jam daripada tarikh bedah siasat dijalankan.
"Saya juga memeriksa mayat di tempat kejadian pada pukul 7.30 malam, 16 Julai, saya dapati ia telah kaku dan pada pendapat saya Teoh telah mati enam atau lapan jam sebelum pukul 7.30 (malam).
"Tapi saya juga diberitahu...pengawal keselamatan menemui mayat pada pukul 2 petang, oleh itu mungkin Teoh mati sebelum itu," jelasnya.
Ilustrasi Teoh jatuh
Dalam prosiding itu, Dr Khairul juga diminta untuk menjelaskan bagaimana keadaan Teoh ketika terhempas di atas lantai di koridor tingkat lima itu selepas terjatuh dari tempat tinggi.
"Pada pendapat saya, berdasarkan pada kecederaan yang kita periksa, si mati dipercayai mendarat dengan kaki kanan dahulu, dan badannya sedikit condong ke sebelah kanan, dan punggungnya mungkin mendarat kemudian atau serentak dengan kaki.
"Ada juga kemungkinan badan condong ke depan berdasarkan tulang rusuk yang patah dan kesan luka di bahagian pergelangan tangan," jelas beliau.
Saksi itu kemudian menunjukkan ilustrasi kepada mahkamah bagaimana keadaan tubuh Teoh ketika terhempas di tempat kejadian yang menyebabkan suasana mahkamah yang pada mulanya tenang bertukar sedikit kecoh.
Ini berlaku apabila seorang lelaki Cina yang duduk di bahagian galeri awam tiba-tiba bangun dan berkata: "Tak nampak!"
Koroner Azmil kemudian membenarkan lelaki itu serta orang awam yang lain dalam mahkamah, untuk berdiri dan tampil ke hadapan bagi melihat demonstrasi itu dilakukan.
Dr Khairul memberitahu mahkamah beliau turut melawat tempat kejadian pada pukul 6.40 petang, 16 Julai lepas bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas keadaan lokasi kejadian bagi memudahkan pihaknya menjelaskan bagaimana si mati mengalami kecederaan tersebut.
Beliau berkata apabila sampai di sana, didapati bahawa mayat Teoh ditutupi dengan plastik hitam dan apabila plastik itu dibuka, mayat berkenaan berkeadaan terbaring mengiring ke kanan dengan tangan kiri di atas dan tangan kanan terhimpit oleh badannya.
Kesan calar pada lantai
Beliau berkata kaki kiri Teoh berada di atas kaki kanannya dan pada kaki kanan si mati masih tersarung kasut bagaimanapun pada kaki kiri tidak ada kasut.
"Saya dapati ada kesan darah mengalir dekat mulut si mati dan kami juga memeriksa kawasan berhampiran mayat dan mendapati terdapat kesan calar pada lantai di tempat kejadian berhampiran dengan bucu saluran air.
"Saya dan pakar forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Prashant Naresh Samberkar yang turut berada di situ juga berbincang untuk menentukan bagaimana cara si mati mendarat ke lantai. Kami juga memeriksa kasut yang terdapat pada kaki si mati dan menjumpai sebelah lagi kasut yang berada tidak jauh dari mayat," katanya.
Dr Khairul berkata beliau turut memandang ke tingkat atas bangunan tersebut untuk mencari tingkat di mana si mati berkemungkinan jatuh dan didapati ada tingkap yang terbuka luas daripada tingkap lain hampir bertentangan dengan kedudukan mayat si mati.
"Saya diberitahu oleh pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal bahawa tingkap itu berada di tingkat 14 dan Dr Prashant ada mengambil gambar tingkap itu dari bawah.
"Ketika berada di tingkat 14 kemudian, saya ditunjukkan di bahagian mana tingkap tersebut dan juga berkesempatan melihat tempat di mana si mati disoal siasat oleh SPRM, tempat si mati berehat serta tempat dia dijumpai kali terakhir semasa hidup," katanya.
Sementara itu, mahkamah koroner diberitahu bahawa tiada sebarang bahan bukti baru diperoleh dalam pemeriksaan forensik semalam bagi membantu siasatan Teoh.
Peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia untuk membantu prosiding inkues itu, hari ini mengesahkan hasil pemeriksaan forensik semalam terhadap beberapa kesan tompokan yang disyaki darah, yang ditemui di tempat kejadian, adalah negatif.
Empat urat benang ditemui
Tan memberitahu dalam pemeriksaan oleh pakar forensik itu, hanya empat urat benang ditemui di Tingkat Lima bangunan Plaza Masalam, tempat di mana mayat Teoh ditemui. Bagaimanapun bahan itu belum dikenal pasti.
Dalam prosiding inkues semalam, Koroner Azmil membenarkan permohonan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, untuk membawa pakar-pakar forensik bagi menyiasat beberapa kesan tompokan, disyaki darah yang ditemui di tingkat 14 dan 15 pejabat SPRM di plaza itu.
Dalam prosiding pagi ini, Tan melaporkan kepada mahkamah bahawa pasukan forensik polis, bersama-sama pakar forensik bagi pihak keluarga Teoh dan kerajaan Selangor, telah melakukan siasatan dan pemeriksaan forensik di empat lokasi berlainan di sekitar bangunan itu.
"Lokasi pertama ialah di pejabat SPRM di tingkat 15. Pada pukul 12.25 tengah hari pasukan forensik telah melakukan pemeriksaan ke atas kesan yang disyaki darah pada dinding dan pintu pejabat SPRM di tingkat itu menggunakan 'polilight' dan hasilnya adalah negatif," katanya.
Tan memberitahu, pakar forensik juga melakukan imbasan di pejabat itu dengan menggunakan 'polilight' tetapi tiada sebarang bahan bukti baru dijumpai di situ.
'Polilight' ialah alat sinaran cahaya yang digunakan pakar forensik atau saintis untuk mengesan darah, cap jari, cairan badan atau bahan bukti di tempat kejadian jenayah.
"Lokasi kedua ialah kawasan laluan tangga kecemasan di depan pejabat SPRM di tingkat 15. Pemeriksaan telah dilakukan terhadap kesan yang dikatakan darah atas lantai dan tangga naik ke tingkat 16 dengan menggunakan kaedah yang sama dan hasilnya juga negatif.
"Juruanalisis daripada Jabatan Kimia Dr Seah Lay Hong dan Encik Sasitaran telah menjalankan ujian ke atas kesan-kesan tersebut dengan menggunakan kaedah 'Kastle-Meyer' dan hasilnya juga negatif," kata Tan lagi.
Sofa tempat Teoh berehat
Selain itu, katanya juruanalisis itu juga memeriksa keseluruhan tangga naik ke tingkat 16 dengan menggunakan kaedah yang sama dan hasil pemeriksaan adalah negatif.
Mereka juga mendapati hasil pemeriksaan yang negatif bagi mengesan sebarang bahan bukti baru di ruangan tangga di tingkat 14, kata Tan.
"Lokasi ketiga ialah di pejabat SPRM di tingkat 14. Ada beberapa tempat yang telah diperiksa iaitu kawasan dinding yang disyaki tempat kejadian, kawasan ruang terbuka ping-pong dan tempat sofa di mana saksi (Teoh) berehat.
"Pakar telah menggunakan kaedah ujian 'Hemoccult sensa' di bahagian tingkap dan hasilnya negatif, begitu juga di bahagian ruang ping-pong," kata Tan.
Beliau berkata pemeriksaan forensik semalam turut dilakukan di koridor tingkat 5 bangunan itu bagi memenuhi permintaan pihak pakar forensik daripada keluarga mendiang dan kerajaan Selangor.
"Pemeriksaan telah dijalankan pada pukul 2 petang dan hasilnya kami menemui empat helai benang," kata Tan.
Berhubung penemuan fabrik itu, Tan berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan jika keluarga Teoh mahu mendapatkan seluar yang dipakai mendiang, yang kini menjadi antara barang kes prosiding itu, untuk diperiksa.
"Ia (seluar) boleh diberikan kemudian," kata Tan.
Ujian terhadap gentian benang
Peguam itu juga memberi jaminan tidak ada lagi sebarang ujian akan dilakukan terhadap kesan-kesan berkenaan, melainkan ujian lanjut terhadap gentian benang yang baru ditemui semalam.
Terhadap pernyataan Malik Imtiaz Sarwar, bagi kerajaan Selangor, yang memaklumkan mahkamah bahawa pemeriksaan forensik semalam tidak meliputi bahagian dalam pejabat SPRM di tingkat 15, Tan mengulas:
"Tiada keterangan langsung dalam siasatan ini bahawa si mati telah dibawa ke tingkat 15. Jika ada, saya percaya mereka (pihak-pihak yang berkepentingan) telah mendesak untuk melakukan pemeriksaan.
"Oleh itu bukan kita (pihak kerajaan) yang tidak membenarkan pemeriksaan dijalankan di dalam, jika ada permohonan sedemikian, silakan, kita tidak membantah," kata Tan, yang selesai membuat laporan berhubung pemeriksaan forensik semalam.
"Tidak ada sebarang elemen baru yang dibawa untuk membantu sisatan inkues ini, kecuali fiber sahaja, dan belum dapat dipastikan apakah ia.
"Oleh itu, kita tidak perlu menangguhkan lagi prosiding ini bagi mendengar keterangan saksi yang sepatutnya didengar semalam," koroner Azmil Muntapha memutuskan.
Sementara itu, prosiding inkues kematian Teoh terpaksa ditangguhkan ke esok berikutan Dr Khairul tidak sihat untuk menyambung keterangan pada prosiding sesi petang, hari ini.
Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan saksi kesepuluh itu menyambung semula keterangannya pagi esok.
Peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik bagi pihak kerajaan untuk membantu prosiding itu, kemudian memaklumkan mahkamah bahawa mereka akan memanggil seorang lagi pakar forensik, Dr Prashant Naresh Samberkar untuk memberikan keterangan selepas Dr Khairul Azman selesai memberikan keterangannya.
Mereka juga akan menimbangkan sama ada akan memanggil pakar forensik Dr Mohd Shah Mahmood untuk memberikan keterangan.
Sumber : Malaysiakini
11 August 2009
Kesan Pada Tangga Bukan Darah, Petunjuk Baru Ditemui
Dikatakan bahan berkenaan berkemungkinan besar adalah cat anti karat.
Hasil berkenaan diperolehi melalui pemeriksaan bersama pakar kimia, pakar forensik dan pakar forensik dari luar yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor. Pemeriksaan ke atas kesan berkenaan turut disaksikan peguam dari kedua-dua pihak.
Dua pakar forensik yang dilantik kerajaan negeri untuk menjalankan pemeriksaan bersama berkenaan adalah Pakar Forensik Malaysia Hamidon Anan dan Pakar Forensik Somchai Chailermsooksant dari Central Institute of Forensic Science Thailand.
Peguam pemerhati kepada keluarga Teoh Gobind Singh Deo berkata, bagaimanapun ujian lanjut akan dilakukan dan laporannya akan dikemukakan oleh pakar secepat mungkin.
“Ahli kimia telahpun memberitahu kami secara awal bahawa mungkin ianya anti karat yang digunakan untuk cat dan sebagainya tetapi ahli kimia telah meminta sedikit masa untuk mengesahkan dan akan diberikan secara rasmi kepada kami menerusi laporan yang akan dikemukakan.
“Kemungkinan (hasil kajian boleh diperoleh esok), pakar kimia bekerja keras dan saya harap mereka akan mengemukakan laporan pada petang ini atau awal pagi esok,” katanya pada sidang media selepas mengikuti pakar kimia dan forensik menjalankan pemeriksaan terhadap kesan berkenaan.
Gobind berkata, sekiranya ujian lanjut mendapati ianya adalah darah berkemungkinan ujian DNA akan dilakukan.
Proses pemeriksaan berkenaan bermula dari jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. Pemeriksaan terperinci juga telah dilakukan sekali lagi di tingkat 14, 15 dan 5 bangunan berkenaan.
Menurutnya, pihaknya juga menemui petunjuk baru yang dipercayai boleh membantu dalam usaha mendapatkan gambaran yang jelas apa yang berlaku pada malam sebelum mayat Beng Hock ditemui.
Katanya, pakar kimia telah mengambil specimen petunjuk iaitu gentian benang dipercayai dari seluar Beng Hock yang dijumpai di koridor tingkat lima di mana mayatnya ditemui dan membawanya ke makmal untuk menjalankan analisa.
“Di tempat kejadian kami menemui gentian yang dipercayai dari seluar tetapi pakar kimia akan membuat ujian dan memaklumkan kepada kami laporan selepas membuat ujian gentian berkenaan bersama dengan seluar.
“Ianya merupakan bahan benang yang mungkin boleh menolong atau membantu kami dengan lebih mendalam bagaimana impak apabila beliau jatuh. Itu menjadi satu perkara yang penting,” katanya.
Menurutnya, satu laporan terperinci akan disediakan oleh pakar kimia pada hari ini atau esok untuk dikemukakan kepada koroner untuk inkues.
Terdahulu, Pakar forensik dan peguam hadir semula ke Plaza Masalam bagi mengambil kesan yang dipercayai darah yang ditemui di tangga antara tingkat 14 dan tingkat 15 semasa lawatan Mahkamah Koroner mengadakan lawatan ke Pejabat SPRM Jumaat lalu.
Tindakan berkenaan dibuat setelah Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan permohonan peguam pemerhati keluarga Teoh yang meminta supaya Pakar DNA Dr Seah Lay Hong dan pakar forensik ke tempat kejadian.
Dalam inkues yang berlangsung selama 30 minit sebelum ditangguhkan, Gobind turut memohon agar Koroner Azmil membenarkan pihak peguam termasuk peguam pemerhati Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Peguam untuk mengikuti proses berkenaan.
Koroner Azmil turut membenarkan permohonan Gobind membawa dua pakar forensik yang dilantik kerajaan negeri dari Central Institute Of Forensic Science Thailand Pol. Lt. Col. Somchai Chailermsooksant dan Dr Triyarith Temahivong untuk mengikuti proses berkenaan.
Dalam prosiding berkenaan Gobind memberitahu mahkamah selain kesan tompokan dipercayai darah itu, mereka turut menemui kesan yang mencurigakan di dalam pejabat SPRM.
"Perkara ini telah dibawa kepada perhatian pegawai penyiasat dan kami telah meminta supaya kawasan tersebut dikawal tetapi sehingga hari ini masih belum ada pemeriksaan dilakukan ke atas kesan-kesan tersebut.
"Kami berpendapat perkara ini cukup penting dan oleh itu pakar DNA dan pakar forensik perlu mengambil spesimen kesan-kesan ini untuk menentukan sama ada ia adalah kesan darah, dan jika ia adalah darah, sama ada ia darah si mati," katanya.
Peguam pemerhati kerajaan negeri Malik Imtiaz Sarwar turut menyokong permohonan berkenaan. Sementara itu, Hock Chuan tidak membantah supaya pemeriksaan berkenaan dilakukan.
Mahkamah dimaklumkan Hock Chuan bahawa polis telah mengawal tempat penemuan kesan berkenaan berikutan surat yang diterimanya daripada Malik lewat Jumaat lalu meminta berbuat demikian.
Hock Chuan memaklumkan bahawa hasil ujian terhadap kesan berkenaan boleh diperolehi hari ini. Prosiding disambung esok.
Sementara itu, di luar mahkamah, Peguam Kerajaan Negeri Selangor Malik Imtiaz Sarwar berkata, kedua-dua pakar dari Thailand itu akan membantu pihaknya meneliti kesemua dokumen yang diperolehi.
Katanya, kedua-duanya akan mengikut prosiding inkues dan mendengar keterangan pakar forensik kerajaan dan kemudiannya akan membuat keputusan sama ada akan memanggil Pakar Forensik Patalogi Dr Pornthip Rojana-sunand dan seorang pakar dari Australia atau tidak.
Ia bergantung kepada keterangan pakar forensik kerajaan.
Dr Pornthip Rojana-sunand dan seorang pakar dari Australia yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai perunding dalam membantu pihaknya meneliti dokumen berhubung laporan forensik yang dikemukan pakar forensik kerajaan.
Sumber : tvantara
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
9:46 AM
0
comments
Labels: Hospital, Isu Hangat, Jenayah, Luar Negara, Mahkamah, Peguam, Polis, Selangor, SPRM, Zalim
30 July 2009
Kematian Teoh: Misteri DNA
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
SHAH ALAM: Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco Selangor, diberitahu hari ini bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.
Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.
Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.
Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.
"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.
"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya. Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.
"Inilah salah satu sebab mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," katanya.
Tan kemudiannya menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.
Sumber : Mstar
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
9:15 AM
0
comments
Labels: Hospital, Isu Hangat, Jenayah, Peguam, Selangor, SPRM, Zalim
25 July 2009
Perbicaraan Anwar Ditunda Pada 2 September
Pendakwaraya sebelum ini memohon menangguhkan arahan mahkamah sama bahawa bukti-bukti dalam kes liwat itu harus diserahkan kepada Anwar bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan tuntas terhadap pertuduhan itu.
Justeru mahkamah akan mendengar semula kes itu pada 2 September ini.
" Mahkamah telah memutuskan bahawa permohonan pendakwaraya untuk penangguhan pelaksanaan terhadap arahan untuk menyerahkan bukti dibenarkan. Oleh itu penggantungan diberikan sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan" kata peguam Anwar Sankara Nair.
Sankara berkata mahkamah hari ini turut menetapkan 2 September untuk sebutan kes permohonan Anwar bagi membatalkan pertuduhan itu atas alasan ia tidak berasas dan dibuat dengan niat jahat.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pada 16 Julai, Datuk Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen dan barangan bukti tertentu dari pihak pendakwa sebelum kes bermula.
Antara dokumen yang dibenarkan oleh pihak mahkamah untuk diberikan kepada pihak pembelaan ialah kenyataan Mohd Saiful, kenyataan Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, pemilik kondominium berkenaan dan tiga saksi utama lain.
Selain itu, salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di kondominium terbabit juga akan diserahkan.
Bagaimanapun hakim menolak permohonan untuk mengarahkan pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti sampel DNA untuk membolehkan peguam Anwar memperakukan kesahihan bukti berkenaan.
Peguambela Anwar , Amer Hamzah Arshad dalam hujahnya hari ini berkata, pihak mahkamah perlu memberikan ruang kepada pihak pembelaan untuk meneliti terlebih dahulu bukti yang ada pada pendakwaraya supaya perbicaraan tidak berat sebelah.
Anwar telah dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Azlan, 24 tahun di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.
Namun, laporan doktor Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur mengesahkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful di liwat.
Anwar berkata pendakwaan itu adalah konspirasi politik kedua didalangi oleh Najib razak untuk menekan pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat yang menjadi seteru politik beliau.
Sumber : tvantara
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
3:48 PM
0
comments
Labels: BN, DSAI, Fitnah, Hospital, Isu Hangat, Kuala Lumpur, Mahkamah, Najib, Peguam, PR, Umno, Zalim
Kes Anwar Berpaksi Kepada Merekacipta DNA
Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.
Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.
Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.
Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.
Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.
DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.
Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom. Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.
Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.
Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.
DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku.
Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.
Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!
Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.
Kali ini Anwar mungkin akan terpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama.
Sumber : tvantara
08 July 2009
Kes Tuduhan liwat Anwar Ditangguh Kerana Peguam Sakit
Keputusan itu dibuat oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Penangguhan tersebut ekoran peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah kini ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
Tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.
2 Julai lalu, Mahkamah Rayuan menolak bantahan pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditetapkan hari ini walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan pengadu Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwanya.
Sumber : tvantara
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
7:19 PM
0
comments
Labels: DSAI, Fitnah, Hospital, Isu Hangat, Mahkamah, Peguam, Zalim
Kes Qazaf : Setahun Berlalu, JAWI Masih 'Siasat'
Oleh: ANNA YUSOFPeguam Syariah Kamar Ainiah Kamaruddin mendedahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI melengah-lengahkan siasatan terhadap aduan Qazaf yang dibuat oleh Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat yang dilemparkan keatasnya oleh Saiful Bukhari Azlan.
Kamar Ainiah berkata pihaknya telah menulis sebanyak tiga kali kepada Jawi menanyakan status penyiasatan kes tersebut setelah hampir setahun berlalu.
"Terbaru mereka mengatakan kes ini masih dalam siasatan. Saya pun tidak faham mengapa mereka mengambil masa terlalu lama kerana bagi saya kes ini tidak rumit berbanding dengan perbicaraan kes liwat di mahkamah sivil," katanya.
Anwar telah memberi penyataan beliau secara terperinci pada 30 Julai 2008 di pejabat Jawi dan saksi-saksi juga telah dipanggil memberi keterangan. Saiful juga telah dua kali disoal pihak JAWI.
"Berdasarkan bukti-bukti laporan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Rawatan Pusrawi yang menyatakan tiada sebarang tusukan berlaku, juga mengukuhkan aduan Qazaf Anwar," kata Kamar Ainiah.
"Anwar telah memohon pengadilan syariah daripada Mahkamah Syariah untuk membersihkan kehormatannya yang telah diaibkan secara berleluasa sekali, setakat ini beliau masih menunggu keadilan daripada institusi kehakiman Islam di negara ini," jelas beliau.
"Alangkah malangnya jika pihak berkuasa berkenaan iaitu Jawi tidak memberi perhatian serius terhadap laporan tersebut," tegas Kamar Ainiah lagi.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat aduan Qazaf terhadap Saiful ke Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 9 Julai 2008.
Dalam aduannya Anwar berkata Saiful telah membuat suatu penyataan palsu yang menuduh beliau diliwat tanpa kerelaan pada 28 Jun 2008 di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur.
Kesalahan Qazaf adalah salah satu daripada kesalahan jenayah di bawah Akta Kesalahan Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Kamar Ainiah juga mendakwa Anwar adalah mangsa konspirasi berdasarkan beberapa bukti nyata.
Antaranya ialah Saiful didakwa mengadakan pertemuan dengan pegawai penyiasat kes liwat terhadap Anwar pada 1998 lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh majikannya pada 26 Jun 2008.
Menurut Kamar Ainiah yang mengendalikan kes Qazaf yang difailkan oleh Anwar, perjumpaan itu menguatkan persepsi rakyat bahawa kes liwat kedua terhadap Ketua Pembangkang itu telah direkacipta.
Kamar Ainiah juga merujuk kepada kehilangan Saiful secara tiba-tiba daripada pejabat Anwar, pertemuan dengan Najib Razak beberapa hari sebelum membuat laporan polis dan mengadakan majlis sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan Ramlang Podigi juga dalam akuan bersumpahnya mendedahkan majlis sumpah laknat itu didalangi Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Alwi.
"Mufti Wilayah Persekutuan juga membuat kenyataan berbaur politik apabila beliau mempertikaikan kelayakan bekas imam Ramlang Porigi untuk mempersoalkan keabsahan sumpah laknat tersebut.
"Saya yakin semua ini menunjukkan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah semata-mata berniat jahat untuk menjatuh beliau sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.
"Pihak berkuasa yang berasa tergugat kepentingan mereka akan melakukan apa sahaja untuk menekan Anwar termasuk membuat fitnah terhadap beliau seperti yang dilakukan oleh Saiful," kata beliau kepada Suara Keadilan.
Sumber : tvantara
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
11:43 AM
0
comments
Labels: Agama, DSAI, Fitnah, Hospital, Isu Hangat, Mahkamah, Najib, Peguam, Pilihanraya, Polis, PR, Zalim
27 June 2009
Pemuda PR hantar memo minta gugur kes Anwar
PUTRAJAYA – Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar satu memorandum kepada Jabatan Peguam Negara untuk meminta pihak pendakwaan menggugurkan kes tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tuduhan liwat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan tidak berasas kerana tiada bukti yang menunjukkan Saiful telah diliwat.
Menurutnya, pihak pembelaan telah mendapatkan pengesahan laporan perubatan dari Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menunjukkan tiada tusukan berlaku ke dubur pengadu.
“Hari ini kita telah pun menghantar satu memorandum untuk diserahkan kepada Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin peguam yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwat kedua Anwar untuk menggugurkan kes terbabit.
“Laporan Hospital Pusrawi dan pakar dari HKL adalah penting dalam menentukan sejauh mana kebenaran tuduhan liwat ini,” katanya kepada wartawan selepas menghantar memorandum kepada Jabatan Peguam Negara, semalam.
Shamsul berkata, respons yang diberikan oleh pihak pendakwaan terhadap memorandum ini adalah baik dan beliau berharap sebarang keputusan akan diketahui tujuh hari kemudian.
“Kita juga mahu tahu prinsip beliau (Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin) mengenai bukti-bukti yang kita kemukakan ini,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda PR akan kembali bermesyuarat pada Isnin ini untuk susulan sekiranya tindakan menghantar memorandum ini tidak berkesan.
“Kita akan bermesyuarat Isnin ini kalau tindakan kita menghantar memo hari ini (semalam) tidak berjaya menggugurkan kes ini, saya akan maklumkan nanti tindakan susulan kami Pemuda Pakatan," katanya.
Menurutnya, tuduhan ini merupakan konspirasi politik terhadap Anwar yang kedua selepas tuduhan pada 1998 dan beliau mendesak supaya pihak pendakwaan menimbang semula kes ini.
“Kami percaya jika kes ini tetap diteruskan di mahkamah, sudah pasti mereka tidak akan mencapai kemenangan dan akan timbul guna kuasa untuk kepentingan politik pihak tertentu,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
1:34 PM
0
comments
Labels: AMK, DSAI, Fitnah, Hospital, Isu Hangat, Mahkamah, Peguam, PR, Selangor, Shamsul Iskandar
23 June 2009
Kerajaan perlu serius bincang hasil yang ditadbir LHDN!
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
Masalah kemiskinan masih terus menghantui rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman, meskipun kerajaan telah melancarkan program membasmi kemiskinan sejak 30 tahun lalu.
Kemiskinan di kalangan bumiputera pula dilihat amat ketara berbanding kaum lain termasuk jurang pendapatan kaum Melayu yang amat tinggi berbanding kaum Cina di negara ini.
Di Sabah dan Sarawak, isu kemiskinan sering menjadi bualan, malah laporan mengenai kedhaifan rakyat di negeri itu sering dipaparkan dalam media elektronik mutakhir ini.
Tambahan pula mutakhir ini ahli Parlimen dari dua negeri itu sering membangkitkan persoalan mengenai jurang kemiskinan di negeri mereka yang amat ketara berbanding negeri di Semenanjung Malaysia.
Sekat bantuan
Namun begitu, media turut memomokan isu kemiskinan tegar dengan kerajaan Kelantan sejak negeri Cik Siti Wan Kembang itu diperintah PAS pada tahun 1990, dan sejak itu media Umno/BN meyekat peruntukan pusat ke negeri tersebut.
Akibatnya, kerajaan Kelantan terpaksa merangkak untuk membangunkan negeri yang telah dipunahkan kewangannya oleh pentadbiran Umno/BN sebelum ini.
Begitupun berkat kesabaran dan ketekunan pimpinan PAS Kelantan yang dikepalai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan kini membangun malah kuasa membeli rakyat Kelantan meningkat berbanding negeri lain.
Sebagi contoh, bagi tahun lalu pasaraya Tecso di Kelantan mencatat kuasa beli kedua tertinggi dengan kutipan lebih RM1 juta sehari selepas Tesco di Selangor ditempat pertama.
Membicarakan isu kemiskinan di Sabah pula, lebih kurang 30 tahun (1970an) yang lalu, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia selepas Selangor.
Tetapi selepas tahun 1990an, Sabah adalah negeri yang sangat baik untuk dijadikan contoh-contoh kawasan yang miskin yang setanding dengan negara yang baru selesai daripada perang saudara.
Isu tekanan 'diskrimiansi' kerajaan pusat yang menyebabkan kemiskinan antara Sabah dan Kelantan turut dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat pada 17 Jun 2009 dalam perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri pindaan 2008.
Rata-rata ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah pembentangan rang undang-undang LHDN ini memandangkan ia tidak membincangkan persoalan memperkasakan LHDN dan penyaluran hasil cukai kepada rakyat bagi mengatasi kemelut kemiskinan di beberapa buah negeri.
Kemana hasil cukai?
Perbahasan yang diutarakan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Bebas dalam Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN pindaan 2008 itu berkisarkan kepada isu ke mana perginya hasil mashyul negara yang diamanahkan kepada kerajaan untuk diuruskan.
Rata-rata ahli Parlimen membongkar persoalan bagaimana sekatan bantuan yang dikenakan ke atas negeri pakatan selain Sabah dan Sarawak yang masih belum 'membangun' sepenuhnya.
Ia bermula apabila ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman mempersoalkan tindakan kerajaan yang menafikan hasil cukai pendapatan untuk diagihkan secara 'adil' kepada rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan.
Kelantan sebagai contoh terus dinafikan geran pembangunan apabila segala saluran bantuan oleh kerajaan pusat diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditunjangi kelompok Umno/BN Kelantan, walhal kata Ustaz Halim hak itu sepatutnya diberikan kepada kerajaan yang memerintah.
Beliau juga mendakwa kerajaan menafikan hak infrastruktur yang lebih baik bagi tujuan pengangkutan menyebabkan ada sedikit masalah kepada negeri Cik Siti Wang Kembang itu untuk mendapatkan limpahan pelaburan yang boleh mengembangkan indsutri disana.
Walhal kata Ustaz Hali, membina lebih raya adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
"Kenapa tidak buat? Duk buat jalan raya di Pantai Barat. Sabah pun tidak buat. Kenapa tidak buat? Kalau kita buat, rakyat bayar cukai. Kita buat, insya-Allah pelabuhan akan dapat dibuat. Baru boleh 'heavy industry' dapat dibangunkan.
Beliau juga mendakwa kerajaan pusat tidak mahu mendaratkan hasil petrokimia yang ada di perairan pantai Kelantan di kawasan yang sepatutnya di Kelantan antaranya di Bachok dan Pasir Puteh.
"Kalau hendak lonjakkan ekonomi dan pembangunan di Kelantan dan Terengganu Utara ini termasuk Setiu dan termasuk Jerteh, boleh dibuat.
Dalam ECER ini ada disebut bahawa pembangunan petrokimia, Hasil daripada gas diluar pantai Kelantan, daripada kawasan GDA antara Siam dengan Kelantan-Terengganu.
Malaysia ini telah keluar gas ini dan didaratkan di Songkla ini dan hendak dibangunkan di Gurun.IPP di Gurun hendak hantar balik ke Selatan Thailand. Semua pengguna ini ialah 69 peratus sahaja.
"Ada lagi 31 peratus baki yang masih dijualkan oleh Petronas Carigali,. Kenapa tidak didaratkan di Jerteh kah, Pasir Puteh kah, Bachok kah? Kalau ini didaratkan maka ekonomi yang rendah di kawasan ini akan jadi melonjak," katanya.
Ujar Ustaz Halim, dalam masa Tun Abdullah Ahmad Badawi ada rombongan daripada Umno Kelantan hantar memorandum, supaya hasil gas didaratkan di Bachok, kerajaan negeri setuju menyediakan 5,000 ekar tanah, 3,000 ekar untuk kawasan industri, 2,000 ekar untuk 'buffer zone'.
Namun desakan supaya saluran itu dialih ke Bachok tidak mendapat perhatian kerajaan BN, walhal jika dapat didaratkan, PAS pun terancam, mungkin kalah.
BN halang kemajuan, tindas rakyat
Justeru bagi Ustaz Halim, kerajaan BN lah sebenarnya yang menghalang pembangunan di tempat-tempat orang Islam termasuk di Kelantan, Terengganu dan Utara.
Ustaz Halim turut memfokuskan isu kelembapan pembangunan di Sabah yang menyebabkan negeri tersebut memiliki kemiskinan tegar tertinggi menurut laporan Unit Perancangan Ekonomi bagi tahun 2008.
Sabah mencatatkan sejumlah 26.3 peratus dalam statistik kemiskinan yang diakibatkan oleh penafian hak rakyat Sabah dalam mendapat limpahan hasil kekayaan negeri terbabit.
Ucapan Ustaz Halim itu disahut beberapa ahli Parlimen termasuk dari Sabah antaranya Eric Enchin Mojimbum (Bebas-Sepanggar) yang mengkisahkan isu kemiskinan rakyat Sabah yang lebih berat berbanding Kelantan.
Ujar Eric, hasil yang dikutip LHDN seharusnya diagih dan ditadbir secara telus oleh kerajaan pusat memandangkan ia adalah amaha rakyat.
Rakyat Sabah tidak terima hasil kekayaan negeri?
Sebaliknya apa yang berlaku di Sabah mungkin banyak kutipan daripada hasil-hasil tetapi malangnya bila hasil peruntukan itu tidak nampak di mana sebenarnya kepada rakyat terutamanya di Sabah.
"Contohnya di Sabah, kita nampak dan lihat begitu teruknya jalan-jalan raya. Pembekalan air begitu teruknya, lebih-lebih lagi dengan pembekalan elektrik.
Selain itu sebelum ini rakyat Sabah menghadapi satu masalah yang besar mengenai Hospital Queen Elizabeth, walaupun pada suatu ketika Perdana Menteri datang pada bulan Mei untuk mengumumkan RM245 juta bagi pembelian satu SMC.
"Ini SMC yang kedua. Sebelum itu SMC yang pertama sudah dibeli oleh kerajaan semata-mata untuk membeli bangunan yang sudah sedia. Namun akhirnya kita dapat lihat juga Menteri Kesihatan datang menyusul kononnya pengumuman Perdana Menteri itu salah. Yang Berhormat Menteri Kesihatan umumkan bahawa sebenarnya wang yang akan digunakan untuk pembelian SMC yang kedua itu ialah RM280 juta bukan RM245 juta," katanya.
Berikutan isu tidak cukup kelengkapan peruntukan ditambah dengan RM90 juta lagi hingga berjumlah RM370 juta, katanya.
Namun sudah hampir sembilan bulan telah diisytiharkan sebahagian bangunan Hospital Queen Elizabeth tidak selamat diduduki.
"Sehingga sekarang sudah 240 hari belum ada pergerakan, belum ada tindakan. Inikah efficiency nya kerajaan? Adakah ini sebenarnya kerajaan yang prihatin kepada rakyat? Kita tidak dapat lihat keprihatinan itu kepada rakyat.
Walhal katanya hasil-hasil yang dikutip daripada rakyat begitu banyak sekali, lebih-lebih lagi hasil petroleum tetapi hanya peratus telah disalurkan kepada negeri Sabah.
Beliau merasakan sedih bila melihat angka kemiskinan di seluruh negara walaupun kerajaan memfokuskan kemiskinan di Kelantan tinggi, tetapi masih lagi di bawah 7.2 peratus.
Akan tetapi peratusan kemiskinan di Sabah pada tahun yang lalu diumumkan bahawa peratus kemiskinan di Sabah ialah 17 peratus sementara dalam data MPA kemiskinan di Sabah ialah 26.3 peratus.
"Di manakah sebenarnya keprihatinan ini? Adakah yang 3.2 atau 3.1 juta rakyat di Sabah ini kalau kita hitung hampir setengah juta yang termiskin. Bagaimana ini terjadi? Bagaimana ini boleh berlaku? Hanya kerajaan sahaja yang boleh menjawabnya," ujar Eric lagi.
Beliau seterusnya kesal dengan penafian hak yang sepatutnya diterima oleh seluruh rakyat yang sebenarnya pembayar cukai kepada kerajaan melalui LHDN.
Ini sebenarnya pandangan rakyat Sabah yang sudah begitu lama menderita disebabkan kerenah birokrasi dalam pengagihan bantuan dan pembangunan.
Suatu ketika lalu Sabah semasa menyertai Malaysai adalah negeri kedua terkaya, akhirnya kata Eric Sabah kembali menjadi negeri yang rakyatnya menderita.
Di akhir perbahasan rang undang-undang LHDN, kesemua ahli Parlimen Pakatan Rakyat sepakat menolak pembentangan itu yang disifatkan mereka sebagai tidak membincangkan isu yang sebenar iaitu persoalan hak rakyat untuk mendapatkan hasil yang dikutip.
Sumber : Harakahdaily
Mahkamah Tinggi Tunda Perbicaraan Anwar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Anwar Ibrahim pada 1 Julai ini bagi mendapatkan lebih 10 dokumen dan rakaman kamera litar tertutup daripada pendakwaraya untuk membolehkan beliau membela diri terhadap tuduhan liwat kali kedua.
Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah turut menetapkan 8 Julai untuk menimbang permohonan Ketua Pembangkang itu membatalkan pertuduhan itu kerana menyalahi proses mahkamah dan berniat jahat.
Jika permohonannya ditolak, perbicaraan akan bermula pada hari yang sama.
Perbicaraan pada asalnya dijadual bermula 1 hingga 24 Julai ini.
Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen pada 10 Jun lalu, setelah peguamnya hampir setahun cuba untuk mendapatkan bahan-bahan itu selaras dengan peruntukan undang-undang.
Dokumen yang dimohon, termasuk rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful.
Anwar menghadapi pertuduhan meliwat Mohd Saiful, pada 26 Jun, tahun lepas.
Pendakwaan yang dikecam oleh pelbagai pihak sebagai fitnah dan bermotif politik diteruskan walaupun laporan perubatan HKL dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful di liwat.
Pihak pendakwaraya juga enggan menyerahkan rakaman video CCTV kepada peguam Anwar dan sebaliknya hanya membekalkan gambar-gambar daripada video berkenaan.
“Adakah mereka (pendakwaraya) mempunyai sebab untuk menyembunyikan video itu. Gambar-gambar yang diberikan daripada rakaman video itu tidak langsung membantu kes ini,” kata peguam Anwar Sankara Nair.
Sankara berkata, sikap yang diambil oleh pendakwaraya berhubung bahan bukti itu jelas membelakangkan peruntukan undang-undang.
Dalam pada itu, Majlis Peguam Malaysia menyifatkan tindakan pendakwaraya menafikan peguam Anwar dokumen tertentu sebagai “pelik.”
Beliau berkata Seksyen 51 Kanun Prosedur Jenayah jelas menyatakan semua dokumen dan bahan bukti yang relevan perlu diserah kepada pihak berkenaan untuk memastikan pendakwaan dan pembelaan dijalankan dengan adil.
“Pada hemat saya, sekirannya dokumen-dokumen tersebut tidak diberikan kepada pihak pembelaan, mahkamah harus memerintahkan bahawa keterangan-keterangan tersebut tidak boleh dipakai oleh pihak pendakwaan,” kata Ragunath.
Beliau berkata mahkamah juga boleh bertindak membuang kes itu jika mendapati ada cubaan untuk menyembunyikan keterangan yang berpihak kepada tertuduh (Anwar).
Sumber : Suarakeadilan
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
7:42 AM
0
comments
Labels: DSAI, Fitnah, Hospital, Jenayah, Kuala Lumpur, Mahkamah, Peguam
20 June 2009
Anwar Tidak Menolak Kemungkinan Kembali Ke Penjara Kerana Konspirasi Pendakwaan Fitnah
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan pendakwaan fitnah liwat terhadapnya di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan menyaksikan beliau dijatuh hukuman dengan segera dan dikembalikan ke penjara Sungei Buloh sekali lagi.
Perbicaraan atas tuduhan liwat terhadap Anwar akan bermula pada 1 Julai meskipun dua laporan perubatan membuktikan tidak ada tanda-tanda pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.
“Senario terburuk yang mungkin saya hadapi ialah mereka menolak permohonan ikat jamin saya dan segera menjatuhkan hukuman,” anwar dipetik berkata oleh agensi berita Perancis, AFP.
Menurut Anwar, beliau menjangkakan bukti-bukti palsu akan dibentangkan di mahkamah oleh pendakwaan sekali lagi sebagaimana yang dilakukan pada perbicaraan 1998 dalam cubaan UMNO-Barisan Nasional menamatkan kareer politiknya.
“Itu adalah cara termudah bagi Umno untuk menghapuskan saya bagi menyelesaikan masalah politik mereka,” tambah beliau lagi.
Anwar, 61, secara konsisten menolak dakwaan yang dilemparkan ke atasnya oleh Saiful dan laporan perubatan Hospital Pusarawi dan Hospital Kuala Lumpur yang disahkan oleh tiga pakar perubatan menguatkan hujah Anwar bahawa tuduhan itu satu lagi rekacipta dan konspirasi politik oleh pimpinan tertinggi UMNO.
Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar beberapa hari selepas bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak.
Najib ketika itu sedang mengarahkan kempen untuk menumpaskan Anwar pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.
Najib menggunakan laporan polis itu sebagai modal politik namun rakyat menolak fitnah berkenaan. Anwar menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Meskipun tuduhan liwat oleh Saiful amat rapuh, Najib merestui tindakan Peguam Negara Gani Patail membawa pertuduhan terhadap Anwar ke mahkamah.
Anwar berkata dua laporan perubatan itu harus cukup untuk menyakinkan mana-mana pihak bahawa pertuduhan terhadapnya tidak berasas sama sekali.
“Kes ini tidak harus diteruskan apabila ia begitu jelas dilaporkan oleh pasukan doktor perubatan..yakni pakar perubatan bahawa tidak ada kesan (saiful) diliwat, jadi mengapa mereka tetap meneruskannya kecuali ia adalah menjadi satu konspirasi politik,” tambah beliau lagi.
Anwar berkata Parti Keadilan Rakyat akan mengatur langkah secara terancang dan aman untuk menarik perhatian rakyat terhadap cubaan UMNO-Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan institusi-institusi negara untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.
“Kita akan lawan dan saya juga kini lebih bersedia, tidak seperti 1998 kerana ketika itu ia berlaku secara mengejut dan tidak sesiapun menjangkakan rancangan jahat sedemikian dirancangkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful.
“Saya tiada masalah berhadapan dengannya. Isunya adalah beliau (Saiful) perlu bersedia dengan semua bukti yang menentang tuduhannya, terutamanya bukti laporan perubatan,” tambah beliau lagi.
Anwar berkata perbicaraan itu tidak akan memberi kesan kepada keutuhan Pakatan Rakyat sebagai gagasan berwibawa.
” Pakatan Rakyat bersedia menghadapi hakikat kemungkinan saya dipenjarakan dan sudahpun mengambil langkah yang sepatutnya,” tambah beliau.
Sumber : Suarakeadilan
Anwar Namakan Najib, Gani Patail dan Musa Hassan Sebagai Perekacipta Tuduhan Liwat
Anwar Ibrahim mengemukakan 98 hujah kenapa pertuduhan liwat ke atasnya harus ditolak oleh Mahkamah, termasuk dua laporan perubatan dari hospital swasta dan kerajaan yang mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari diliwat.
Beliau turut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail sebagai terbabit langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan mendalangi pertuduhan liwat itu.
Anwar mengemukakan hujah-hujah itu dalam affidavit bagi menyokong permohonan berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, kira-kira dua minggu sebelum perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula pada 1 Julai.
Dalam mengemukakan 98 hujah itu, Anwar menegaskan pertuduhan terhadapnya menyalahguna proses mahkamah atas empat sebab utama :
1- Pertuduhan itu adalah konspirasi politik
2- Pertuduhan itu mencabuli hak beliau dibawah perlembagaan
3- Pendakwaan yang dilakukan adalah berniat jahat tetapi diteruskan walaupun ada keterangan pakar-pakar menafikan kejadian liwat dan
4- kegagalan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful di Mahkamah Syariah.
Peguam Anwar Sivarasa Rasiah dan Amer Hamzah hari ini merujuk kepada laporan perubatan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang merumuskan tidak ada bukti Saiful diliwat.
Laporan awal oleh doktor Pusat Perubatan Pusrawi juga membuat rumusan sedemikian dan disertakan dalam affidavit Anwar memohon mahkamah membatalkan pertuduhan itu.
Dalam affidavit itu, Anwar berkata Perdana Menteri Najib Razak turut memainkan peranan di dalam konspirasi kes liwat terkini kerana menganggap Anwar sebagai ancaman utama kepada beliau.
“Lantaran itu, pertuduhan yang sengaja diada- adakan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu konspirasi untuk memastikan agar saya tidak menggugat kerjaya politik Najib,” kata Anwar dalam affidavit itu.
Anwar juga mengingatkan bahawa Najib telah menafikan pernah berjumpa Saiful tetapi “akhirnya mengaku ada menemui Saiful sebelum beliau membuat laporan palsu terhadap saya.”
“Mengapakan Saiful tidak terus membuat laporan polis serta merta sekiranya benar dia telah diliwat sepertimana yang didakwa? Apakah perlunya untuk beliau berjumpa dengan Najib,” tegas Anwar.
“Saya menegaskan bahawa Najib telah terlibat dalam usaha membuat laporan palsu terhadap saya,” tambah Anwar.
Anwar juga berkata kes liwat terhadapnya kali ini sekali lagi membabitkan Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang memainkan peranan penting dalam memalsukan keterangan terhadapnya dalam kes-kes 1988 dan insiden mata lebam.
“Gani Patil dan Musa Hassan terlibat dan merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menyediakan laporan polis palsu… berhubung penangkapan saya” pada tahun 1988 kata Anwar dalam afidavit itu.
Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan yang palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu Rahim Nor.
“Saya menegaskan bahawa pertuduhan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu taktik untuk memastikan saya akan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak saya lakukan dan juga untuk menutup kesalahan mereka (Gani dan Musa) sepertimana yang saya dedahkan,’ kata Anwar.
“Kedua- dua mereka tahu bahawa saya telah memperolehi maklumat mengenai salah laku mereka dan cara terbaik untuk mereka mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka ialah dengan sekali lagi mencipta pertuduhan baru dan mendakwa saya,” kata Anwar.
Anwar berkata tindakan yang diambil oleh Gani dan Musa mirip dengan perlakuan mereka dalam kes-kes 1998.
“Sejak awal (1998), apabila saya dituduh di Mahkamah secara mala fide (niat jahat), terdapat percubaan dan tindakan memalsukan keterangan terhadap saya dengan memperalatkan institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain,” kata Anwar dalam afadivitnya itu.
Dalam kes rasuahnya, Anwar berkata sampel darahnya dicuri untuk ujian DNA oleh pegawai polis Mohd Rodwan Mohd Yusof untuk “satu penipuan yang nyata.”
Dalam kes liwat, Anwar berkata pihak polis dan pendakwaan jelas menggunakan manipulasi dan tipu-helah untuk memperolehi keterangan palsu daripada pengadu Azizah Abu Bakar yang banyak memberi kenyataan bercanggah.
Pembohonan oleh Azizah akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan yang menerima rayuan Anwar dan membebaskan dari penjara pada tahun September 2004.
Anwar menguatkan hujahnya lagi dengan merujuk kepada cubaan Peguam Negara Gani Patail untuk memeras kenyataan palsu daripada R.Nallakarupan dan penderaan oleh polis terhadap Sukma Dermawan dan Munawar Anees.
Beliau berkata afadivitnya jelas menghuraikan bukti bahawa pendakwaan terbaru terhadapnya adalah pendakwaan terhadap saya dalam kes terkini” berniat jahat dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi.
Sumber : Suarakeadilan
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
12:05 PM
0
comments
Labels: DSAI, Hospital, Isu Hangat, Jenayah, Mahkamah, Najib, Peguam, Polis
15 June 2009
Lagi misteri kematian suspek polis
Kematian A Gnanapragasam dalam lokap polis menimbulkan tanda tanya apabila wujud dakwaan bahawa suspek kes pecah rumah itu pernah dipukul dan mengalami kesan lebam di mata kanannya.
Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berkata isterinya pernah melawat lelaki 52 tahun Jumaat lalu, dua hari sebelum beliau ditemui mati.
"Dalam lawatan isterinya, Gnanapragasam memberitahu bahawa beliau pernah mengadu kepada majistret yang mendengar remannya beliau dibelasah dalam tahanan polis," kata Elizabeth, yang juga ADUN Bukit Lanjan.
"Tambahan lagi, isterinya memberitahu saya bahawa suaminya mengalami kesan lebam di mata kanan sewaktu lawatan tersebut."
Gnanapragasam yang tinggal di Damansara Damai - bawah DUN Bukit Lanjan - dilaporkan meninggal dunia balai polis tidak jauh dari rumahnya kira-kira jam 8 pagi semalam.
Dalam satu kenyataannya, Elizabeth berkata isterinya dimaklumkan Gnanapragasam bakal dibebaskan hari ini tanpa sebarang pertuduhan.
"Oleh itu, adalah mengejutkan sehari sebelum beliau dijadual dibebaskan, beliau ditemui mati di dalam lokap," katanya.
Pemimpin Wanita PKR itu menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Dalam Tahanan Polis susulan kematian sejumlah suspek yang kini menjadi isu nasional.
Bernama melaporkan, polis bagaimanapun percaya kematian Gnanapragasam mempunyai hubungkait dengan dadah memandangkan suspek merupakan seorang penagih dadah tegar, kata timbalan ketua polis negara.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan akan menyiasat kes ini secara menyeluruh," Tan Sri Ismail Omar dipetik berkata hari ini.
Mayat Gnanapragasam kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Tambahnya, polis tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat daripada pengetahuan masyarakat umum berhubung punca kematian mengejut lelaki tersebut.
"Sebelum ini pun apabila ada kematian berlaku dalam lokap, kita akan menjemput doktor dan majistret untuk melihat dan memeriksa keadaan mayat di lokap sebelum mayat dikeluarkan," katanya seperti dilaporkan selepas merasmikan Bengkel Hak Asasi Untuk Pelatih Polis Asean hari ini.
Gnanapragasam yang ditahan Rabu lepas ditemui mati dalam keadaan terbaring di tandas sel oleh seorang pengawal lokap yang sedang membuat rondaan.
Sumber : Malaysiakini
11 June 2009
Peguam: Pendakwa Raya Kes Anwar Tidak Beretika, Enggan Serah Bahan Kes
Pendakwa raya dalam kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim tidak professional dan bertindak tanpa etika apabila enggan menyerahkan dokumen dan bahan berkaitan bagi membolehkan Anwar membuat persiapan membela dirinya, kata peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
Sankara Nair berkata segala bahan yang diminta adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan hak Anwar sebagai pihak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan adil.
Perbicaraan itu akan bermula 1 Julai depan, namun pasukan peguam Anwar masih belum mendapat bahan seperti contoh DNA dan dokumen tertentu untuk diperinci sebelum mahkamah bersidang.
“Selagi pihak pendakwa raya tidak memberikan kami dokumen dan bahan berkenaan dalam tempoh yang sesuai, pasukan peguam Anwar tidak mungkin dapat menyediakan pembelaan terbaik, yang seharusnya menjadi hak beliau,” Sankara berkata.
Anwar hari ini terpaksa memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya membekalkan kepada beliau semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.
Dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Anwar mahu pendakwa raya membekalkan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.
Pihak pendakwa raya juga gagal menyerahkan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.
Oleh kerana kes itu melibatkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, Anwar perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.
Sankara berkata semua dokumen dan bahan itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi mantan Timbalan Perdana Menteri itu menyediakan pembelaan yang tuntas.
Sankara kecewa dengan sikap pendakwa raya kerana tidak mengendahkan segala permohonan peguam bela untuk mendapatkan bahan-bahan berkenaan walaupun permohonan dibuat seawal 8 September 2008.
Malah, pihak pendakwaraya cuba memesongkan fakta dengan mendakwa kononnya peguam Anwar sudah pun dibekalkan dengan rakaman CCTV tetapi hakikat adalah sebaliknya.
Sankara berkata pihaknya hanya boleh merumuskan pendakwa raya dalam kes berkenaan enggan menyerahkan bahan-bahan berkenaan kepada pihaknya kerana:
i. Mahu menafikan Anwar pembelaan yang sebaik mungkin dalam menghadapi tuduhan berkenaan
ii. Menafi atau menyembunyi dari Anwar bukti yang boleh membantu pembelaan beliau
iii. Ingin “menyerang hendap” Anwar dengan bukti yang tidak boleh diperinci atau disiasat oleh pihak berkecuali sebagaimana yang dilakukan oleh pendakwa raya dalam kes-kes Anwar pada tahun 1998/99.
iv. Menafikan Anwar peluang untuk memeriksa dan mengesahkan contoh DNA dan sampel lain yang “mereka kini sedang gunakan untuk membuat dakwaan tidak berasas” terhadap Anwar.
Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Kondominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.
Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas beliau menemui Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri. Anwar ketika itu mengecam Najib berhubung beberapa isu termasuk pembunuhan mangsa Mongolia Altantuya Sharibuu serta sogokan dalam kontrak pembelian peralatan tentera.
Dakwaan Saiful bukan sahaja dilihat mempunyai motif politik malah lebih rapuh apabila doktor yang memeriksa beliau mendapati tidak ada kesan-kesan untuk menyokong dakwaan Saiful kononnya mangsa liwat.
Najib dan UMNO telah menggunakan dakwaan Saiful sebagai modal politik untuk mengaibkan Anwar dan keluarganya pada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Namun cubaan itu gagal apabila Anwar menang dengan majoriti besar dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
Sumber : tvantara
Posted by
Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu
at
7:53 AM
0
comments
Labels: DSAI, Hospital, Jenayah, Mahkamah, Najib, Peguam, Pilihanraya, Umno
26 January 2009
Bedah siasat kedua siap..
Bedah siasat kedua ke atas mayat A Kugan siap pada kira-kira jam 9.30 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bedah siasat itu, yang bermula pada kira-kira jam 2.30 petang, dijalankan oleh pakar patologi yang dikenalpasti sebagai Dr Prashant.
Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam memberitahu Malaysiakini bahawa doktor telah memberi penerangan ringkas kepada keluarga Kugan, peguam mereka N N Surendran dan ahli-ahli Parlimen yang hadir. Penerangan tersebut mengambil masa lebih daripada 30 minit mengenai keputusan bedah siasat tersebut. Bagaimanapun, keputusan bedah siasat itu tidak boleh didedahkan menunggu siasatan terhadap kes kematian Kugan. Manikavasagam berkata selain beliau, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan ahli Parlimen DAP bagi Teluk Intan, M Manogaran turut hadir di PPUM.
Ambil contoh tisu
"Apa yang kami mahu ialah anggota polis terbabit didakwa terhadap apa yang berlaku," katanya, sambil menambah bahawa pakar patologi itu turut mengambil contoh tisu dari mayat Kugan.
Kugan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 11 pagi Selasa lalu.
Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair.
Mereka mahu bedah siasat dilakukan sekali lagi.Ekoran kecaman orang ramai, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengklafikasikannya sebagai kes bunuh.
Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - tempat Kugan meninggal dunia - telah dipindahkan serta merta kelmarin. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.
Laporan bulan depan
Sementara itu, Surendran juga enggan memberi komen apabila ditanya sama ada keputusan bedah siasat itu menyokong dakwaan keluarga Kugan bahawa wujud unsur-unsur jenayah dalam kematian anak mereka itu.
Menurutnya, laporan penuh mengenai bedah siasat kedua itu dijangka akan disiapkan awal bulan depan. Mayat Kugan dijangka dikebumikan Rabu ini.
Kelmarin, pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa pihak kuasa mendakwa doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Kugan yang didakwanya membuat laporan palsu.
Sumber : Malaysiakini
Aktiviti Terkini
Lagu Rasmi Parti
Keadilan!Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)
Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang










